Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Laporan Lawatan Sambil Belajar ke Muzium Negara

Kelab Sejarah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tit


Bin telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke
Muzium Negara. Lawatan ini diadakan pada 6 Julai
2021, iaitu pada hari Sabtu.
Rombongan lawatan bertolak ke tempat lawatan
pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas
sekolah yang disewa khas. Seramai 35 orang murid
dan dua orang guru pengiring mengikuti lawatan
ini.
Tepat pukul 9.15 pagi, rombongan tiba di Muzium
Negara dengan selamatnya. Guru pengiring telah
membeli tiket untuk peserta rombongan yang sudah
tidak sabar untuk menjelajah Muzium Negara.
Selepas itu, mereka dibawa melihat pelbagai
khazanah lama dalam muzium. Semua guru dan
murid berasa sungguh teruja melihat khazanah lama
yang ditinggalkan oleh generasi terdahulu.
Tanpa membuang masa, murid-murid membuat
catatan tentang barang-barang yang dipamerkan.
Tetapi mereka tidak dibenarkan mengambil gambar
di dalam muzium. Peraturan ini harus dipatuhi oleh
setiap pelawat.
Pada pukul 1.00 petang, rombongan lawatan
bertolak pulang selepas makan tengah hari yang
disediakan oleh pihak Muzium Negara. Lawatan
sambil belajar ini memberikan banyak pengetahuan
dan pengalaman baharu kepada murid-murid.
Laporan disediakan oleh, 8 Julai 2021

_______________
(Nama Sendiri)
Setiauasaha Kelab Sejarah,
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tit Bin

You might also like