Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 17

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

JXEA 1104

TAJUK : ARTIFAK
( KUPASAN KERIS )
DEFINISI KERIS
• Keris merupakan senjata pendek yang
digunakan oleh orang melayu lebih daripada 800
tahun yang lampau terutamanya pendekar,
pahlawan serta kalangan pembesar istana.
• Keris merupakan alat kebesaran bagi raja-raja
atau sebagai lambang kekuasaan dan
kedaulatan.
•Keris mempunyai dua belah mata, melebar
di pangkal dan tirus di hujung serta tajam.
Terdapat mata keris yang lurus dan tirus di hujung
dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu
yang menarik dan juga sarungnya.
JENIS KERIS :

Nusantara merupakan tempat yang paling banyak


menghasilkan keris.
Keris mempunyai banyak kegunaannya selain
daripada sebagai senjata, regolia terhadap raja
melayu, dan untuk kegunaan dalam bidang perubatan.
Antara keris yang terkenal adalah seperti keris
sepukal, keris sempena, keris cerita, keris tajung,
keris picit dan sebagainya.
BAGAIMANA CARA UNTUK
MENGENALI KERIS JAWA :
Keris jawa dikenali melalui hulu dan sarungnya
terutama pada bentuk sampirnya.
Hulunya diperbuat daripada kayu yang berbentuk
bengkok di hujungnya dan menyerupai hulu pistol.
Sesetengahnya berbentuk jawa demam dan diperbuat
daripada kayu atau gading.
Hulu keris jawa dipasang pendokok dan di bawahnya
dipasang pula cincin yang dikenali sebagai selut.
Ciri-ciri :
• BILAH KERIS
• HULU KERIS
• PENDOKOK
• SAMPIR DAN BATANG
BILAH KERIS

Keris mempuyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran.


Kebanyakan terdiri daripada jenis yang berlok, sama ada
3,5,7 atau 9 dan lurus.
Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61cm dan
matanya berbentuk mata pedang seperti keris sundang
dan ada yang sehingga 29 lok.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat
dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang
wujud dalam campuran logam dan nikel.
Keris juga diibaratkan sebagai insan.

Sesetengah empu atau pembuat keris


memasukkan unsur magis atau penunggu
supaya ianya memberikan kekuasaan.
HUL U K ER IS :

• Hulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15cm,


berkeadaan membengkok di tengahnya seperti bentuk
kepala tongkat.
• Diukir dengan tangan sepenuhnya dengan
mempunyai nilai estetika melayu yang diperbuat
daripada tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis,
sena celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu
hitam), gading gajah tanduk, gigi ikan paus, emas
perak, besi dan kemor (sejenis batu karang).
• Keris-keris yang dihasilkan diberikan
dengan pelbagai jenis nama.
• Antaranya ialah seperti Anak ayam teleng,
anak ayam sejuk, jawa demam, kakak tua,
tapak kuda, dan penaka.
• Penjelmaan reka bentuknya
menggambarkan kekuatan dan kekuasaan
senjata tersebut yang bersifat raksasa dan
garuda.
• Ragam hias hulu keris kebanyakkannya
bermotifkan bunga timbul, awan larat,
bunga tebuk, ketam guni, bentuk fauna,
bentuk dewa hindu dengan imbasan wajah
manusia.
Pendokok :

Dikenali juga sebagai dokok, pendokok, dulang-


dulang keris atau memendak.
Diperbuat daripada logam, tembaga, perak, atau
emas.
Berbentuk seperti bunga dawai pintal yang
bertakhtakan batu permata atau biasa sahaja.
Pendokok dipasangkan melekap pada pangkal hulu
keris di bahagian permukaan ganja.
SAMPIR DAN BATANG :

Sampir adalah sarung di bahagian ganja dan aring,


berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan
keris.
Diperbuat daripada jenis kayu sama seperti hulu juga
dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau
disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya
corak kayu tersebut telah menampakkan
keindahannya.
batang merupakan sarung kepada bilah keris, ia lurus
serta agak meruncing sedikit pada hujungnya.
Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan
bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak
diukir.
Kebiasaanya pada hujung batang ini akan
disarungkan dengan buntut yang diperbuat daripada
perak, emas, tanduk atau gading.
FUNGSI KERIS JAWA
 Spiritual Religius – Keris merupakan perlambangan dan
memiliki muatan-muatan religius yang dapat dilihat dari
bentuk bakal (tiap-tiap rincikan) dan pamornya. Keris
dianggap sebagai pertemuan antara sang guru bakal (pasir bsi
dari bumi) dan guru dadi (batu meter yang jatuh dari langit)
sehingga merupakan suatu konsep yang mendasar dari
bersatunta hamba dan Tuhannya (curiga manjing waranko
jumbuhing kawola lan gusti) sebagai sarana sesaji hingga saat
ini masih dapat dilihat pada upacara-upacara keagamaan di
Jawa dan Bali.
Psikologi – keris memiliki kekuatan motivasi
yang mempengaruhi perilaku keris dan
merupakan aturan/norma/ yang tervisual,
sehingga keris mempengaruhi perilaku
pemiliknya. Seseorang menjadi pemberani
kerana memiliki keris pasopati misalnya dalam
babad tanah jawi diceritakan keberanian arya
penongsang dengan keris setan kobernya.
Status Sosial – keris mewakili kedudukan dan
status individu dalam masyarakat. Hal ini
dapat dilihat dari pemakaian atau pemikiran
terus tertentu misalnya daripada kebo laje
untuk petani, dapur pasapati untuk perajurit,
dan dapur sangkelat untuk bangsawan atau
raja.
KESIMPULAN :

• Keris merupakan salah satu jenis artifak yang terdapat


di alam Melayu yang wujud sejak zaman dahulu.
• Keris turut menjadi senjata yang amat penting kepada
masyarakat masa itu kerana keris menjadi lambang
kemelayuan.
• Keris juga merupakan khazanah yang tidak ternilai
dan masih kekal hingga zaman sekarang.

You might also like