Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

TEORI KEPERIBADIAN MULIA

• Etika keperibadian mulia mementingkan kemuliaan peribadi.


• Teori ini dipelopori oleh Aristotle (384-322 SM).
• Aristotle menyatakan bahawa etika dikaitkan dengan keperibadian, sifat, perangai atau
ciri-ciri perwatakan.
• Moral seharusnya membentuk watak mulia yang terbaik, bukan hanya patuh kepada
peraturan masyarakat.
• Insan yang bermoral mempunyai ciri-ciri seperti keadilan, murah hati, berani, jujur,
sabar, amanah, bijaksana dan seumpamanya.
• Perkara yang diutamakan dalam teori ini ialah individu atau manusia, bukan perbuatan
atau prinsip.
• Sifat-sifat murni dan baik akan mewujudkan kebahagiaan dalam kehidupan setiap insan.
-SAMBUNGAN
• Misalnya sifat jujur dan amanah dapat mengelakkan manusia daripada gejala rasuah atau pecah amanah.
• Sifat-sifat rajin dan ikhlas akan membawa kepada kecemerlangan, kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya
atau apa-apa sahaja perkara yang dilakukan.
• Teori ini juga menjelaskan bahawa memiliki peribadi mulia bukan semula jadi.
• Manusia tidak dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Keperibadian yang ada pada manusia itu perlu
diasuh, dipelajari dan diamalkan.
• Penilaian yang baik dan betul perlu dilakukan oleh golongan profesional dalam melaksanakan semua
aktiviti secara rasional.
• Teori ini menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan dalam perlakuan, emosi, keinginan
dan sikap.
• Misalnya sifat jujur adalah antara pendedahan semua maklumat yang melanggar peraturan dengan
kerahsiaan serta menjadi begitu berahsia. Kemurahan hati pula terletak antara pembaziran sumber dengan
begitu kedekut sekali.
• 
-SAMBUNGAN

• Ciri-ciri keperibadian mulia


• Integriti
• Kejujuran
• Pertimbangan
• Menghormati diri
• Rasa tanggungjawab
TEORI TINDAKAN BETUL
(TELEOLOGIS)
• Etika Teleologis mementingkan kesan tindakan
sebelum membuat pengadilan moral.
• Utilitarianisme ialah satu daripada aliran dalam
teori teleologis. Diperkenalkan oleh Jeremy
Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill
(1806-1873).
• Utiliti bermaksud “berguna” atau “kegunaan”.
-SAMBUNGAN
• Mill menekankan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap
betul (beretika),dan bermoral jika sesuatu tindakan itu
memberi akibat atau kesan baik , iaitu apa yang diinginkan
tercapai.
• Kebaikan yang dimaksudkan mestilah yang terbaik dan
diterima oleh seramai mungkin orang dan mereka yang
terlibat harus mendapat pertimbangan yang sama.
• Penentuan tentang tindakan yang betul ialah proses
memaksimumkan kebaikan.
-SAMBUNGAN

• Empat kategori tanggungjawab


profesional:
• Kebaikan diri sendiri
• Kebaikan untuk masyarakat
• Kebaikan kepada kumpulan
• Kebaikan kemahiran.
-SAMBUNGAN
• Hasil daripada tindakan manusia sewajarnya
membawa kebahagiaan yang paling banyak dan
membawa keseronokan kepada mereka.
• Aliran ini menyatakan tingkah laku manusia
dipengaruhi dan dikuasai oleh keseronokan dan
kesakitan – manusia dalam kehidupannya akan
berusaha mencari keseronokan dan berusaha juga
mengelakkan kesakitan.
-SAMBUNGAN
• Prinsip kebahagiaan terbanyak bermaksud
sesuatu perlakuan itu baik atau benar mengikut
kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang
dihasilkan oleh perlakuan itu.
• Jika sesuatu itu menghasilkan keseronokan
sepenuhnya, maka ia dianggap sebagai benar,
baik dan diinginkan.
-SAMBUNGAN
Contoh kajian kes:
• Aliran Utilitarianisme merestui bahawa jika peperangan itu berlaku
dengan apa cara sekalipun tetapi natijah kebaikan meleihi keburukan
maka peperangan itu diharuskan. Kebaikan juga mestilah dilihat
terhadap negara yang memerangi dan negara yang diperangi secara
keseluruhannya. Jika negara yang memerangi itu mendapat kebaikan
tetapi kesan kesengsaraan dan penderitaan lebih besar terhadap
negara yang diperangi, maka tidak direstui aliran ini.
-SAMBUNGAN
• Aliran ini lebih memandang kesan dan akibat
sebagai sesuatu ,matlamat.
• BERMORAL – TINGKAH LAKU BAIK KERANA
RAMAI ORANG MENDAPAT KEBAIKAN ATAU
KEBAHAGIAAN BERBANDING DENGAN
KEBURUKAN.
 
-SAMBUNGAN
Utilitarisnisme-lakuan:
• menekankan tindakan individu dan bukan peraturan
umum.
• Ungkapan seperti “Tepati Janji”, “Jangan Menipu”,
“Jangan Ambil Rasuah” adalah sebagai panduan
umum sahaja. Pada bila-bila masa perkara ini boleh
dilanggar jika mendatangkan akibat yang baik.
-SAMBUNGAN
Utilitarisnisme-aturan:
• jika seseorang bertindak mengikut peraturan, pasti akan
menghasilkan kebaikan yang terbaik untuk semua orang.
• Tindakan individu dianggap betul jika selari dengan
peraturan yang ada.
• Contoh: menepati janji atau mengelakkan diri daripada
rasuah walaupun tindakan itu mendatangkan akibat baik
dalam situasi tertentu.
TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGIS)
• Teori ini menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi
ukuran kemoralan.
• Teori ini dipelopori oleh Immanuel Kant (1724-1804).
• Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon’ yang
bermaksud “yang diharuskan atau diwajibkan”.
• Asas pemikiran teori ini ialah tanggungjawab dan bukannya
akibat baik.
-SAMBUNGAN
• Kant mengutarakan prinsip kewajipan (principle of duty)
yang bermaksud tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana
amalan tersebut adalah suatu tanggungjawab.
• Kant memperjuangkan kebebasan nausea, maruah, dan
martabat manusia serta pandangan bahawa kewajipan moral
bukan diperoleh daripada Tuhan atau bukan daripada
autoriti manusia dan komuniti, atau daripada kegemaran dan
keperluan agen-agen manusia, tetapi daripada penaakulan
(proses berfikir) (Eow Boon Hin, 2002;45).
-SAMBUNGAN

•Kant menyatakan melakukan tindakan


yang betul seperti sentiasa jujur,
menepati janji, tidak menganiaya orang,
berlaku adil , bersimpati dan lain-lain
adalah senarai tanggungjawab yang
perlu dilakukan.
-SAMBUNGAN
• Teori ini menekankan bahawa nilai prinsip bermoral sesuatu
tindakan itu bergantung kepada niat seseorang itu sebelum
sebelum ia membuat keputusan atau melakukan sesuatu
tindakan.
• Pada pandangan teori ini betul atau salah sesuatu tindakan
itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat
tindakan tersebut. Konsep tanggungjawab tidak terikat
dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak
ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan.
-SAMBUNGAN
• Yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu betul atau
tidak ialah sikap seseorang yang komited atau tindakan yang
dikehendaki oleh ajaran agama.
• Kesan atau akibat daripada tindakan kita tidak sentiasa
berada di bawah kawalan kita tetapi motif (niat) tindakan
kita adalah di bawah kawalan kita.
• Oleh yang demikian kita harus bertanggungjawab secara
moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau
keburukan.
-SAMBUNGAN
• Motif tunggal tekad baik ialah melaksanakan kewajipan.
• Bertindak semata-mata mengikut kecenderungan
semula jadi dianggap tidak rasional dan tidak
melibatkan taakulan serta pilihan bebas.
• Manusia perlu bertindak dan merujuk mengikut
peraturan asas sejagat (universal). Pertimbangan betul
atau salah bergantung kepada kepatuhan peraturan
universal.
-SAMBUNGAN
• Untuk memastikan tindakan itu bermoral, perlulah memenuhi
kriteria berikut:
• Kebebasan keinginan manusia
• Keadilan
• Kebijaksanaan
• Pilihan yang betul (peraturan sejagat)
• TINDAKAN BERMORAL – KEBEBASAN + KEADILAN + KEBIJAKSANAAN +
PILIHAN (PERATURAN SEJAGAT/MAXIM MORAL)
-SAMBUNGAN
Prinsip yang perlu dipatuhi untuk melakukan sesuatu tindakan bermoral, iaitu:
• Konsep Tekad Baik (Goodwill)
• Tindakan yang datang daripada kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu
dengan niat yang baik. Tindakan daripada kesedaran untuk menunaikan
kewajiban akan membawa kepada perlakuan yang baik dan bermoral.
Tindakan yang dilakukan tanpa tekad baik seperti mengikut perasaan atau
mengutamakan kepentingan diri dianggap sebagai tidak bermoral. Begitu juga
jika tindakan yang dilakukan kerana kelaziman dianggap tidak mempunyai nilai
moral. Tindakan baik yang dilakukan dengan motif atau tujuan juga dianggap
sebagai tudak bermoral.
 
-SAMBUNGAN
Prinsip Perintah Mutlak
• Kant berpendapat bahawa apabila sesuatu prinsip moral,
iaitu peraturan atau undang-undang telah dibentuk, semua
orang mesti mematuhinya tanpa pengecualian kerana prinsip
ini telah bersifat universal. Prinsip moral harus boleh
diterima oleh semua orang dan bersifat universal. Kant
sangat menegaskan tentang prinsip perintah mutlak atau
tanpa syarat, iaitu semua orang perlu patuh tanpa
pengecualian atau syarat.
-SAMBUNGAN
• Tiga unsur utama dalam Prinsip Perintah Mutlak, ialah:
• Prinsip moral yang diamal mesti boleh diterima secara umum.
• Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia, bukan
memperalat manusia.
• Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian
sekiranya dia berada dalam kedudukan yang teraniaya.
•  Kemoralan perlulah mengikut naluri kemanusiaan, iaitu manusia perlu
dihormati dan bukan untuk diperalatkan oleh sesiapa yang ingin
mendapatkan keuntungan dan kepentingan diri (Eow Boon Hin,
2001;49).
TEORI HAK ASASI
• Teori ini berteraskan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa sesuatu
tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak tertentu.
• Teori telah diperkenalkan oleh John Locke (1632-1704).
• Beliau menekankan bahawa satu-satu tindakan dianggap salah kalau mencabuli atau
melanggar hak moral seseorang.
• Teori ini juga menolak akibat baik sebagai penentu utama atas semua pertimbangan
moral.
• Teori ini juga menegaskan bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang
lain kerana orang lain juga mempunyai hak yang sepatutnya dihormati.
• Namun demikian, penekanan Locke lebih kepada hak kebebasan yang terlalu
individualistik.
-SAMBUNGAN
• Beliau melihak HAK hanya sebagai satu keadaan yang menghalang orang
lain mencampuri urusan seseorang. Ini merujuk kepada hak negatif yang
meletakkan tanggungjawab seseorang supaya tidak ,mengganggu
kehidupan orang lain.
• Melden pula memperkenalkan versi kedua bagi teori ini yang disebut
sebagai Hak Kebajikan.
• Menurutnya, tanggungjawab moral ialah kemampuan menunjukkan
keprihatinan terhadap orang lain dan sifat tanggungjawab dalam
masyarakat. Pandangan ini dikaitkan dengan konsep dan hak kebajikan
yang positif, iaitu hak yang diperlukan oleh masyarakat untuk hidup yang
selesa dan sejahtera.

You might also like