• Teori ini dipelopori oleh Aristotle (384-322 SM). • Aristotle menyatakan bahawa etika dikaitkan dengan keperibadian, sifat, perangai atau ciri-ciri perwatakan. • Moral seharusnya membentuk watak mulia yang terbaik, bukan hanya patuh kepada peraturan masyarakat. • Insan yang bermoral mempunyai ciri-ciri seperti keadilan, murah hati, berani, jujur, sabar, amanah, bijaksana dan seumpamanya. • Perkara yang diutamakan dalam teori ini ialah individu atau manusia, bukan perbuatan atau prinsip. • Sifat-sifat murni dan baik akan mewujudkan kebahagiaan dalam kehidupan setiap insan. -SAMBUNGAN • Misalnya sifat jujur dan amanah dapat mengelakkan manusia daripada gejala rasuah atau pecah amanah. • Sifat-sifat rajin dan ikhlas akan membawa kepada kecemerlangan, kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya atau apa-apa sahaja perkara yang dilakukan. • Teori ini juga menjelaskan bahawa memiliki peribadi mulia bukan semula jadi. • Manusia tidak dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Keperibadian yang ada pada manusia itu perlu diasuh, dipelajari dan diamalkan. • Penilaian yang baik dan betul perlu dilakukan oleh golongan profesional dalam melaksanakan semua aktiviti secara rasional. • Teori ini menekankan kebolehan untuk mendapatkan keseimbangan dalam perlakuan, emosi, keinginan dan sikap. • Misalnya sifat jujur adalah antara pendedahan semua maklumat yang melanggar peraturan dengan kerahsiaan serta menjadi begitu berahsia. Kemurahan hati pula terletak antara pembaziran sumber dengan begitu kedekut sekali. • -SAMBUNGAN
• Ciri-ciri keperibadian mulia
• Integriti • Kejujuran • Pertimbangan • Menghormati diri • Rasa tanggungjawab TEORI TINDAKAN BETUL (TELEOLOGIS) • Etika Teleologis mementingkan kesan tindakan sebelum membuat pengadilan moral. • Utilitarianisme ialah satu daripada aliran dalam teori teleologis. Diperkenalkan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873). • Utiliti bermaksud “berguna” atau “kegunaan”. -SAMBUNGAN • Mill menekankan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap betul (beretika),dan bermoral jika sesuatu tindakan itu memberi akibat atau kesan baik , iaitu apa yang diinginkan tercapai. • Kebaikan yang dimaksudkan mestilah yang terbaik dan diterima oleh seramai mungkin orang dan mereka yang terlibat harus mendapat pertimbangan yang sama. • Penentuan tentang tindakan yang betul ialah proses memaksimumkan kebaikan. -SAMBUNGAN
• Empat kategori tanggungjawab
profesional: • Kebaikan diri sendiri • Kebaikan untuk masyarakat • Kebaikan kepada kumpulan • Kebaikan kemahiran. -SAMBUNGAN • Hasil daripada tindakan manusia sewajarnya membawa kebahagiaan yang paling banyak dan membawa keseronokan kepada mereka. • Aliran ini menyatakan tingkah laku manusia dipengaruhi dan dikuasai oleh keseronokan dan kesakitan – manusia dalam kehidupannya akan berusaha mencari keseronokan dan berusaha juga mengelakkan kesakitan. -SAMBUNGAN • Prinsip kebahagiaan terbanyak bermaksud sesuatu perlakuan itu baik atau benar mengikut kadar atau pertimbangan kebahagiaan yang dihasilkan oleh perlakuan itu. • Jika sesuatu itu menghasilkan keseronokan sepenuhnya, maka ia dianggap sebagai benar, baik dan diinginkan. -SAMBUNGAN Contoh kajian kes: • Aliran Utilitarianisme merestui bahawa jika peperangan itu berlaku dengan apa cara sekalipun tetapi natijah kebaikan meleihi keburukan maka peperangan itu diharuskan. Kebaikan juga mestilah dilihat terhadap negara yang memerangi dan negara yang diperangi secara keseluruhannya. Jika negara yang memerangi itu mendapat kebaikan tetapi kesan kesengsaraan dan penderitaan lebih besar terhadap negara yang diperangi, maka tidak direstui aliran ini. -SAMBUNGAN • Aliran ini lebih memandang kesan dan akibat sebagai sesuatu ,matlamat. • BERMORAL – TINGKAH LAKU BAIK KERANA RAMAI ORANG MENDAPAT KEBAIKAN ATAU KEBAHAGIAAN BERBANDING DENGAN KEBURUKAN.
-SAMBUNGAN Utilitarisnisme-lakuan: • menekankan tindakan individu dan bukan peraturan umum. • Ungkapan seperti “Tepati Janji”, “Jangan Menipu”, “Jangan Ambil Rasuah” adalah sebagai panduan umum sahaja. Pada bila-bila masa perkara ini boleh dilanggar jika mendatangkan akibat yang baik. -SAMBUNGAN Utilitarisnisme-aturan: • jika seseorang bertindak mengikut peraturan, pasti akan menghasilkan kebaikan yang terbaik untuk semua orang. • Tindakan individu dianggap betul jika selari dengan peraturan yang ada. • Contoh: menepati janji atau mengelakkan diri daripada rasuah walaupun tindakan itu mendatangkan akibat baik dalam situasi tertentu. TEORI WAJIBAN (DEONTOLOGIS) • Teori ini menekankan sifat perlakuan manusia yang menjadi ukuran kemoralan. • Teori ini dipelopori oleh Immanuel Kant (1724-1804). • Deontologi berasal dari perkataan Yunani “deon’ yang bermaksud “yang diharuskan atau diwajibkan”. • Asas pemikiran teori ini ialah tanggungjawab dan bukannya akibat baik. -SAMBUNGAN • Kant mengutarakan prinsip kewajipan (principle of duty) yang bermaksud tanggungjawab perlu dilaksanakan kerana amalan tersebut adalah suatu tanggungjawab. • Kant memperjuangkan kebebasan nausea, maruah, dan martabat manusia serta pandangan bahawa kewajipan moral bukan diperoleh daripada Tuhan atau bukan daripada autoriti manusia dan komuniti, atau daripada kegemaran dan keperluan agen-agen manusia, tetapi daripada penaakulan (proses berfikir) (Eow Boon Hin, 2002;45). -SAMBUNGAN
•Kant menyatakan melakukan tindakan
yang betul seperti sentiasa jujur, menepati janji, tidak menganiaya orang, berlaku adil , bersimpati dan lain-lain adalah senarai tanggungjawab yang perlu dilakukan. -SAMBUNGAN • Teori ini menekankan bahawa nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan itu bergantung kepada niat seseorang itu sebelum sebelum ia membuat keputusan atau melakukan sesuatu tindakan. • Pada pandangan teori ini betul atau salah sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Konsep tanggungjawab tidak terikat dengan konsep kebaikan dan tindakan yang betul tidak ditentukan oleh kebaikan yang akan dihasilkan. -SAMBUNGAN • Yang menentukan sama ada sesuatu tindakan itu betul atau tidak ialah sikap seseorang yang komited atau tindakan yang dikehendaki oleh ajaran agama. • Kesan atau akibat daripada tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita. • Oleh yang demikian kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. -SAMBUNGAN • Motif tunggal tekad baik ialah melaksanakan kewajipan. • Bertindak semata-mata mengikut kecenderungan semula jadi dianggap tidak rasional dan tidak melibatkan taakulan serta pilihan bebas. • Manusia perlu bertindak dan merujuk mengikut peraturan asas sejagat (universal). Pertimbangan betul atau salah bergantung kepada kepatuhan peraturan universal. -SAMBUNGAN • Untuk memastikan tindakan itu bermoral, perlulah memenuhi kriteria berikut: • Kebebasan keinginan manusia • Keadilan • Kebijaksanaan • Pilihan yang betul (peraturan sejagat) • TINDAKAN BERMORAL – KEBEBASAN + KEADILAN + KEBIJAKSANAAN + PILIHAN (PERATURAN SEJAGAT/MAXIM MORAL) -SAMBUNGAN Prinsip yang perlu dipatuhi untuk melakukan sesuatu tindakan bermoral, iaitu: • Konsep Tekad Baik (Goodwill) • Tindakan yang datang daripada kesungguhan hati untuk melakukan sesuatu dengan niat yang baik. Tindakan daripada kesedaran untuk menunaikan kewajiban akan membawa kepada perlakuan yang baik dan bermoral. Tindakan yang dilakukan tanpa tekad baik seperti mengikut perasaan atau mengutamakan kepentingan diri dianggap sebagai tidak bermoral. Begitu juga jika tindakan yang dilakukan kerana kelaziman dianggap tidak mempunyai nilai moral. Tindakan baik yang dilakukan dengan motif atau tujuan juga dianggap sebagai tudak bermoral.
-SAMBUNGAN Prinsip Perintah Mutlak • Kant berpendapat bahawa apabila sesuatu prinsip moral, iaitu peraturan atau undang-undang telah dibentuk, semua orang mesti mematuhinya tanpa pengecualian kerana prinsip ini telah bersifat universal. Prinsip moral harus boleh diterima oleh semua orang dan bersifat universal. Kant sangat menegaskan tentang prinsip perintah mutlak atau tanpa syarat, iaitu semua orang perlu patuh tanpa pengecualian atau syarat. -SAMBUNGAN • Tiga unsur utama dalam Prinsip Perintah Mutlak, ialah: • Prinsip moral yang diamal mesti boleh diterima secara umum. • Tindakan yang dilakukan mesti dapat menghormati manusia, bukan memperalat manusia. • Pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan yang teraniaya. • Kemoralan perlulah mengikut naluri kemanusiaan, iaitu manusia perlu dihormati dan bukan untuk diperalatkan oleh sesiapa yang ingin mendapatkan keuntungan dan kepentingan diri (Eow Boon Hin, 2001;49). TEORI HAK ASASI • Teori ini berteraskan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa sesuatu tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak tertentu. • Teori telah diperkenalkan oleh John Locke (1632-1704). • Beliau menekankan bahawa satu-satu tindakan dianggap salah kalau mencabuli atau melanggar hak moral seseorang. • Teori ini juga menolak akibat baik sebagai penentu utama atas semua pertimbangan moral. • Teori ini juga menegaskan bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap orang lain kerana orang lain juga mempunyai hak yang sepatutnya dihormati. • Namun demikian, penekanan Locke lebih kepada hak kebebasan yang terlalu individualistik. -SAMBUNGAN • Beliau melihak HAK hanya sebagai satu keadaan yang menghalang orang lain mencampuri urusan seseorang. Ini merujuk kepada hak negatif yang meletakkan tanggungjawab seseorang supaya tidak ,mengganggu kehidupan orang lain. • Melden pula memperkenalkan versi kedua bagi teori ini yang disebut sebagai Hak Kebajikan. • Menurutnya, tanggungjawab moral ialah kemampuan menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain dan sifat tanggungjawab dalam masyarakat. Pandangan ini dikaitkan dengan konsep dan hak kebajikan yang positif, iaitu hak yang diperlukan oleh masyarakat untuk hidup yang selesa dan sejahtera.