Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

TABURAN PENDUDUK

 Konsep :
Taburan Penduduk bermaksud agihan penduduk di atas ruang bumi
yang biasanya dilihat daripada segi agihan kawasan kediaman /
tempat tinggal.

Sesuatu taburan / agihan penduduk akan memperlihatkan ciri-ciri


berikut;
i. Pola @ corak taburan.
ii. Kepadatan @ densiti.
iii. Penyelerakan.
MAKSUD KEPADATAN
PENDUDUK
 Jumlah penduduk dibahagikan dengan jumlah
keluasan sesuatu Kawasan
 Contoh kepadatan penduduk Malaysia
Jumlah penduduk : 32,743, 347 orang
Keluasan Malaysia : 329,847
Kepadatan penduduk Malaysia :
32,743,347
329,847
= 99.26 orang/km² persegi
 Kepadatan penduduk di bahagikan
kepada tiga kategori :
Padat (100 orang/km²)
Sederhana Padat (50 -99 orang /km²)
Jarang (1 -49 orang/km²)
Pola @ Corak Taburan:
satu susunan petempatan yang terhasil akibat agihan penduduk.
cth, pola berpusat, berjajar, berselerak, berkelompok atau terancang.

Kepadatan @ Densiti:
merujuk kepada bilangan penduduk bagi sekilometer persegi.
kepadatan penduduk sesebuah kawasan dapat ditentukan dengan
membahagikan jumlah penduduk dengan
keluasan kawasan ( km persegi ).
berdasarkan indeks tersebut maka diperolehi taburan penduduk yang
padat, sederhana dan jarang.

Penyelerakan:
merujuk kepada jarak antara rumah ke rumah akibat agihan penduduk
di atas sesuatu ruang tersebut.
penyelerakan ini menghasilkan 2 keadaan;
keseragaman : cth, petempatan terancang di taman perumahan
dan felda.
tidak seragam : cth, pola petempatan orang asli.
POLA TABURAN PENDUDUK DUNIA DAN
MALAYSIA

Taburan penduduk di dunia adalah tidak sekata kerana tidak semua


kawasan di permukaan bumi ini sesuai untuk dijadikan kawasan
petempatan manusia.

Secara umumnya kawasan yang menarik perhatian dan mempunyai


ramai penduduk adalah kawasan yang subur, luas dan rata,
sesuai untuk aktiviti seperti penanaman, petempatan dan sistem
perhubungan.

Manakala kawasan yang kering, ditengelami air, berhutan tebal


dan mempunyai cuaca yang melampau,
kurang / tidak menjadi tumpuan penduduk.
Kawasan berpenduduk padat;

Dunia :
Dataran Timur China, Lembangan Sg Hwang Ho,
Sg Yangtze
Dataran Pinggir Pantai Jepun
Dataran Indo-Ganges

Malaysia :
Lembah Klang, Lembah Kinta dan Kuala Lumpur.
Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan,
Delta Terengganu.
Melaka dan sebahagian Negeri Sembilan
Pulau Pinang
Kuching, Kota Kinabalu dan W.P. Labuan
Kawasan jarang penduduk;

Dunia :
kawasan gurun ; cth, Gurun Kalahari, Sahara, Attacama dll.
kawasan paya ; cth, Wetland di Louisiana, Amerika Syarikat.
kawasan sejuk melampau ; cth, kutub di Artik dan Antartika.
kawasan pergunungan tinggi ; cth, Himalaya, Andes, Rockey dll.

Malaysia :
kawasan bergunung-ganang dan berhutan tebal ;
cth, Banjaran Titiwangsa, Banjaran Crocker, Banjaran Iran dll
kawasan berpaya ; cth, kawasan Endau-Rompin, kawasan Pantai Timur
Sabah (antara Sandakan dan Tanjung Labuan), dan muara
Sg Rajang dan Sg Batang Lupar (Sarawak).
Taburan Penduduk Malaysia

Menurut Bancian Penduduk 1980, jumlah penduduk Malaysia ialah seramai 13.4
juta orang. Pada tahun 2000 jumlahnya ialah 22.3 juta orang. Semenanjung
Malaysia 17.6 juta orang (79.6%), Sabah dan Labuan 2.5 juta orang (11.3%) dan
Sarawak 2.0 juta orang (9.1%). Kini penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah
32 juta orang.
Dari data di atas, didapati taburan penduduk Malaysia adalah tidak sekata
dengan Semenanjung Malaysia merupakan kawasan yang terpadat.
Namun, taburan penduduk Semenanjung Malaysia juga tidak sekata dengan
kawasan terpadat penduduk terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Kuala Lumpur merupakan kawasan yang paling padat penduduk di Malaysia
dengan 5 340 orang / km². Ini kerana Kuala Lumpur telah menjadi pusat
pentadbiran sejak tahun 1896 lagi.

Semenanjung Malaysia ;
80 % penduduk bertumpu di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dengan
kepadatan purata seramai 135 orang / km² dari Perlis hingga ke Johor.
Sabah dan Sarawak ;
kawasan penduduk padat banyak terletak di bandar-bandar utama di
sepanjang pantai. Ini kerana kawasan tersebut rendah dan amat sesuai
untuk petempatan dan kegiatan ekonomi.
Faktor-faktor Mempengaruhi Taburan Penduduk di Malaysia

Faktor Fizikal

1.Saiz negeri – negeri yang luas mempunyai ruang isi penduduk yang lapang –
kepadatan rendah contoh negeri Pahang/Sarawak
- negeri yang kecil -ruang yang kecill -kepadatan penduduk rendah
Contoh – WP KL, Pulau Pinang

2. Kepelbagaian bentuk muka bumi mempengaruhi taburan penduduk.


Penduduk banyak bertumpu di kawasan tanah pamah, lembangan-
lembangan sungai dan delta-delta yang luas dan rata.
.
Cth, Pantai Barat Semenanjung Malaysia, tanah pamahnya yang luas
iaitu 20 hingga 60 km lebar dan 800 km panjang, membolehkan sektor
perumahan, pertanian, perindustrian, pengangkutan dll dijalankan.

Penduduk jarang / tidak bertumpu di kawasan yang sukar diterokai seperti


kawasan pergunungan, berbukit bukau dan berhutan tebal. Manakala
kawasan berpaya dan bersaliran buruk pula tidak sesuai untuk kegiatan
pertanian dan petempatan.
Cth, kawasan bertanah tinggi seperti Banjaran Titiwangsa, Banjaran
Tahan, Banjaran Iran dan Banjaran Crocker.
Cth, kawasan berpaya di Endau-Rompin
3. Kesuburan tanih
negeri yang tanaih subur- aktiviti
pertanian yang membekalkan makanan
Dijalankan contoh penanaman padi di delta
Kelantan dan kedah mempunyai tanah
alluvium yang subur
4. Sumber Alam ;

Penduduk banyak bertumpu di kawasan yang memiliki sumber


alam yang banyak.
Sumber alam mempengaruhi kegiatan ekonomi dan menjana
pembangunan sesebuah kawasan.

Cth penemuan bijih timah di Pantai Barat Semenanjung


Malaysia (Lembah Kinta dan Lembah Klang) menyebabkan
berlakunya penghijrahan masuk buruh-buruh Cina ke
Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, dan Taiping.
FAKTOR MANUSIA

1. FAKTOR SEJARAH
Negeri yang telah dimajukan lebih awal
menjadi tumpuan penduduk
Yang telah dimajukan oleh penjajah
Seperti kuala lumpur, pulau pinag dan perak
2. Faktor Ekonomi

Semakin maju ekonomi sesuatu kawasan, maka ia boleh menampung


penduduk yang ramai, lantas menjadikan kawasan tersebut padat.
Kemajuan ekonomi ini membolehkan penawaran peluang pekerjaan
yang tinggi.
contoh Kawasan perindustrian mempunyai kepadatan penduduk
yang tinggi seperti
Petaling Jaya, Shah Alam, Bayan Lepas, Seberang Prai, Bandar Baru Nilai,
Manakala Kawasan yang jarang penduduk biasanya mengamalkan
kegiatan ekonomi tradisional seperti pertanian di
dataran Kedah-Perlis, delta Kelantan.
3. Kemudahan pengangkutan
Pembangunan sistem / jaringan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan
kereta api menggalakkan mobiliti penduduk dan bertumpu di Kawasan
yang mempunyai kemudahan pengangkutan yang cekap seperti
Lebuhraya Utara-Selatan, L/raya Persekutuan, L/raya KESAS dll.
Jalanraya Timur-Barat.
Sistem Monorel, LRT Star, LRT Putra.

4. Pembangunan kawasan
Pembangunan yang dilakukan oleh kerjaan menyediakan
Kemudahan sosial seperti kemudahan pembandaran, pendidikan,
perkhidmatan, serta infrastruktur menggalakkan tumpuan penduduk.
Pembinaan pusat-pusat pengajian menggalakkan tumpuan golongan
pelajar dan pembangunan kawasan persekitaran.
UM, UniKL (Kuala Lumpur), UPM, UKM, UIAM, UiTM (Selangor),
5. Dasar Kerajaan ;

Kerajaan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi


taburan penduduk di Malaysia melalui dasar pembangunan dan
dasar kependudukan yang dilaksanakan di sesebuah kawasan.
Rancangan Pembangunan Wilayah;
Cth, Felda, Felcra, Ketengah, Kesedar, Dara, Kejora dll.
Pembangunan Perindustrian;
Cth, Plan Induk Perindustrian Negara (PIP) mewujudkan
kawasan perindustrian baru seperti Semambu dan Gebeng
(Pahang), Paka dan Kerteh (Terengganu), Nilai (Negeri
Sembilan) dll.
Pembukaan / pembinaan Bandar-bandar Baru;
Cth, Putrajaya (bandar pentadbiran baru), Bandar Baru
Selayang, Bandar Baru Ampang, Bandar Baru Salak Tinggi
(subbandar bagi Kuala Lumpur) dll.
6. Demografi ;

Faktor demografi iaitu kadar kelahiran dan kadar kematian


mempengaruhi taburan penduduk sesebuah kawasan. Kadar
kelahiran yang tinggi dan kematian yang rendah menyebabkan
kawasan tersebut padat.
Kadar kelahiran yang tinggi ini dipengaruhi oleh taraf kesihatan yang
semakin baik, kegagalan amalan perancangan keluarga, amalan saiz
keluarga besar dan migrasi.
Cth, pertumbuhan penduduk semulajadi (kadar kelahiran) yang
tinggi disertai dengan kemasukan imigran yang tinggi menjadikan
Lembah Kelang antara kawasan yang terpadat di Malaysia.
Kesan Kepadatan Penduduk Yang Tinggi

Kesan Positif

i. Tenaga buruh mencukupi – penduduk dewasa ramai – memenuhi


keperluan tenaga kerja
ii. Peningkatan kemudahan infrastruktur – penduduk ramai –
peningkatan permintaan terhadap infrastruktur seperti kemudahan
telekomunikasi, pengangkutan – kerajaan meneyediakan kemudahan
yang mencukui –contoh kuala lumpur
iii. Meluaskan saiz pasaran –penduduk yang
ramai – permintaan tinggi terhadap
barangan
Barangan dapat dipasarkan dengan meluas
Kesan negatif

i. Peningkatan kadar pengangguran


- penduduk ramai –mewujudkan persaingan dalam mendapatkan
pekerjaan
Penduduk tiada kemahiran, kelulusan yang tercicir – pengangguran
meningkat
ii. Masalah perumahan
- penduduk ramai – bilangan rumah yang disediakan tidak mencukupi
penduduk tidak mampu memiliki rumah ..membina rumah setinggan
iii. Masalah lalu lintas
- penduduk yang ramai meningkatkan jumlah kenderaan di atas
jalan raya
jalan raya menjadi sedak terutama waktur puncak
iv. Peningkatan kadar jenayah
penduduk ramai – pengangguran
meningkat . Penduduk menganggur akan
melakukan jenayah demi kelaangsungan hidup
seperti mencuri, merompak

v. Penularan wabak penyakit


penduduk ramai – meningkatkan sisa
pepejal di Kawasan pelupusan sampah
Pembiakan haiwan pembawa penyakit seperti
nyamuk, tikus – penyakit merebak
vi. Peningkaran golongann gelandangan
penduduk ramai – persaingan
mendapatkan rumah tinggi –kadfar sewa
meningkat – golongan tidak mampu
akantinggal di kaki lima/ di bawah jambatan
menjadi golongan gelandangan

You might also like