Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Limau merupakan pokok buah-buahan yang berdaun sepanjang tahun dan bersaiz kecil hingga

ke sederhana.  Pokok limau mengeluarkan banyak cabang dan ranting, mempunyai tabiat
pertumbuhan dahan dari menegak hingga melempai dan kanopi berbentuk bulat hingga ke
bujur.  Pokok limau mempunyai sistem perakaran akar tunjang.

Varieti limau mandarin mempunyai daun berbentuk 'lanceolate/oblong' dengan tiada


pembentukan kepak (wing) di tangkai daun.  Pada kebiasannya daun berwarna daripada hijau
muda ke hijau tua.  Pada bahagian daun, terdapat kelenjar-kelenjar minyak (oil glands) yang
mengeluar aroma yang menarik apabila dilipat atau diramas.

Pokok yang dibiak secara tampang mula berbunga antara 2-3 tahun selepas ditanam.  Bunga
terbentuk secara satu-satu atau secara jejambak di celah-celah tangkai daun pada ranting-
ranting muda.  Kebiasaannya bunga mengeluarkan bau yang harum.  Bunga mempunyai 5
kelopak yang berasingan, berwarna putih dan terletak di atas kalik.  Stamennya yang banyak
dan bercantum dipangkal biasanya berwarna puteh dengan hujungnya (anther) berwarna
kuning.  Stigma pula berwarna hijau kekuningan dan mempunyai stil yang sama panjang dengan
stamen dan kedua-dua stamen dan stil terdapat di dalam kuntum bunga.

Pendebungaan pokok limau berlaku secara pendebungaan sendiri.  Agen pendebunga ialah
serangga seperti kutu trip, hamama dan lebah madu.  Angin juga membantu proses
pendebungaan pokok limau.  Stigma bunga berupaya menerima debunga antara 1-3 hari
sebelum antesis dan antara 6-8 hari selepas antesis.  Enam hari selepas proses pendebungaan,
semua bahagian bunga akan luruh kecuali ovari dan stil.  Ovari akan mula membesar dan stil
mulai kering bermula dari bahagian stigma (101-5 hari selepas antesis). 

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


1
Biji limau boleh mengeluar 2 hingga 5 anak benih dan salah satu daripada anak benih tersebut
terbentuk melalui proses seksual  manakala yang selebihnya dihasilkan melalui proses aseksual
(necellar embryo). 

VARIETI LIMAU

Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis
potong (sweet orange).  Terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. 
Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat (Citrus suhuiensis).  Limau
Langkat dan limau jenis "Kwantung" lebih digemari oleh masyarakat berbanding dengan limau
mandarin jenis lain.  Disamping itu, limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli
dan didapati amat laris dalam pasaran.  Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar,
rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang
tinggi.

1). LIMAU MADU (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan)

Sejenis limau Mandarin.  Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau
madu ialah serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan
penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun.  Penyakit reput batang
phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang
bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha
tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam
mengusahakan tanaman limau madu di Malaysia.

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


2
CAG1002 :Amalan Tanaman Saka
3
Kematangan Pokok Limau Madu

Walaupun limau tergolong dalam buah-buahan tidak bermusim, umumnya terdapat dua musim
utama pengeluaran buahnya yang tinggi.  Di Terengganu, musim utama limau madu ialah pada
bulan Mac hingga April dan Oktober hingga November.

Oleh sebab limau madu adalah daripada jenis bukan klimakterik, buahnya perlu dipetik pada
peringkat masak kerana proses pemasakan tidak berlaku selepas buah dipetik.  Penentuan
peringkat kematangan buah limau biasanya berasaskan tarikh bunga kembang, tekstur buah,
perubahan warna kulit, keadaan kelenjar minyak (oil glands) dan uji rasa.  Buah limau madu
sesuai dipetik apabila berumur 8-10 bulan selepas bunga kembang.  Apabila matang, kulitnya
menjadi lembut terutama pada hujung buah, kelenjar minyaknya jelas kelihatan, kulit menjadi
berkilat dan mudah dikupas.

Penuaian dilakukan dengan menggunakan gunting atau sekateur.  Buah dipetik dengan cara
memohon tangkai yang agak panjang pada kali pertama.  Pada kali kedua tangkai dipotong lebih
rapat dengan permukaan buah.  Jika tangkai yang agak panjang dibiarkan pada buah, tangkai
tersebut boleh mencederakan antara satu sama lain semasa berada dalam bekas pengisi seperti
bakul atau kotak.  Pemetikan cara merabut atau menarik buah dengan tangan tidak digalakkan
kerana boleh mengoyakkan kulit buah.  Buah yang dipetik seelok-eloknya dimasukkan ke dalam
bekas yang mampu dibawa oleh pemetik dan digalas pada bahu atau pinggang, atau dimasukkan
terus ke dalam bakul atau kereta sorong.  Amalan mencampakkan buah atau membiarkan buah
gugur ke permukaan perlu dielakkan kerana ini menyebabkan buah menjadi lebam.

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


4
2). LIUKAN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Liuzhou, China dan sangat popular dengan kulit luarnya yang bersih serta cantik
dengan berwarna oren.  Namun warna buahnya kekal hijau apabila matang jika diusahakan di kawasan
tanah rendah dan mempunyai harga pasaran yang lebih rendah daripada varieti lain.  Varieti limau ini
mampu menghasilkan buah yang banyak, tetapi ianya mampu bertahan untuk beberapa musim sahaja
dan perlu diganti.  Varieti limau ini juga mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening' dan juga penyakit
virus tristeza.
 
3). CHAOZHOU HONEY MANDARIN (Citrus reticulata Blanco)
Berasal dari daerah Chaozhou, Cina.  Menghasilkan buah yang besar seperti limau madu tetapi
mempunyai kandungan jus yang tinggi dan tidak berasid.  Varieti ini tidak sepopular varieti limau
madu.  Buahnya berasa tawar jika dituai pad musim hujan dan masalah buah kembung merupakan
masalah utama dan mudah dijangkiti oleh penyakit 'greening'.

4). KWANTUNG MANDARIN (Citrus reticulata Blanco var.tangerina Hort.ex.Tan)

Ia sangat diminati oleh masyarakat tempatan dan biasanya dibiak secara cantuman tunas
dan limau dari varieti ini sangat mudah dijangkiti oleh penyakit virus tristeza.  Varieti ini
mampu menghasilkan buah dalam kualiti yang banyak sehingga petani perlu melaksanakan
proses penjarangan buah.  Hasil mesti dituai pada masa yang tepat, iaitu ketika buah
berwarna oren, dan jika dituai sebelum sampai masanya ianya menghasilkan buah yang
berasa masam dan tidak sesuai untuk dipasarkan.
 

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


5
Citrus japonica
Only in China locally known 5). PONKAN (Citrus reticulata Blanco var.ponki
as kumquats Hort.ex.Tan)Limau daripada varieti ini menghasilkan buah
yang bermutu tinggi.  Varieti ini paling banyak diusahakan
di Cameron Highlands dan kadang-kadang dikenali sebagai
Hokkienkam.  Walaupun ia menghasilkan buah yang
bermutu tinggi tetapi hasil tanaman kurang memuaskan
berbanding dengan varieti limau yang lain.

6).LIMAU PURUT Citrus hystrix


Limau purut berbau lebih kuat dan tajam.  Berasal dari kepulauan
Asia Tenggara, ia merupakan tumbuhan herba yang mula mencipta
nama.  Pokoknya mudah dikenali dari struktur daunnya yang
berwarna hijau pekat dan berbentuk seperti nombor lapan.  Buah
limau purut juga boleh dibezakan dengan mudah kerana buah yang
matang berwarna kuning, berbentuk seperti buah pir dan kulitnya
menggerutu.  Pokok ini hidup subur di kawasan yang mempunyai
pancaran cahaya matahari yang kuat, tidak memerlukan naungan
dan boleh hidup selama beberapa tahun.  Lazimnya buah limau
purut tidak mengeluarkan jus yang banyak tetapi setitis jusnya
setanding dengan 10-15 titis bau dan rasa masam jus limau nipis. 
Nama lain bagi limau purut (Citrus hystrix) ialah limau kaffir dan
'leech lime'.

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


6
Daun limau purut telah lama digunakan sebagai bahan perubatan dan masakan.  Bau dan rasa ini
tidak boleh didapati daripada daun limau yang lain.  Daun limau purut juga pernah digunakan
untuk menambah rasa ruak atau arak beras.  Limau purut mengandungi beberapa minyak pati
yang mempunyai nilai ubatan yang tinggi antara alfa, beta-pinena, sitronelal, neral dan limonena. 
Kajian terbaru menunjukkan ekstrak daun limau purut mempunyai sifat antipertumbuhan kuman,
boleh menghalang pembesaran sel kanser, mengurangkan tanda-tanda alahan, mengurangkan
tekanan darah tinggi dan menaikkan nafsu makan.

7).LIMAU BALI (Citrus grandis (L)


Osbeck)
Limau Bali adalah buah yang terbesar
dalam kumpulan citrus.  Ia berasal dari kawasan Asia
Tenggara terutamanya Indonesia, China dan
Thailand.  Di Malaysia, limau ini dikenali juga sebagai Limau Besar
atau Limau Betawi.

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


7
8).LIMAU NIPIS (Citrus Aurantifolia)
9).LIMAU LANGKAT (Citrus suhuiensis)

CAG1002 :Amalan Tanaman Saka


8
CAG1002 :Amalan Tanaman Saka
9
CAG1002 :Amalan Tanaman Saka
10

You might also like