KLGT3 Kamalia Zuhayra

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KEGIATAN EKONOMI DI

MUKIM KUALA SELANGOR


KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 (KLGT3) TAHUN
2021
SEKOLAH AGAMA MENENGAH JERAM

NAMA : KAMALIA ZUHAYRA BT KHAIRUL NIZAM


KELAS : 3 IBNU SINA
NAMA GURU : CIKGU FAEZA
OBJEKTIF KAJIAN

• Menjelaskan takrifan kegiatan ekonomi


• Menghuraikan latar belakang sektor kegiatan ekonomi di Kawasan kajian dan
jenis-jenis pekerjaan penduduk
• Menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Kawasan
kajian
• Mengenalpasti kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian
anda dan alasannya.
KAEDAH KAJIAN

• KAEDAH PEMERHATIAN
Saya telah meninjau dan memerhati bentuk muka bumi , kegiatan ekonomi dan jenis
pekerjaan di Mukim Kuala Selangor. Saya dapati kawasan ini amat sesuai untuk
dijadikan sebagai kawasan kajian saya.

• KAEDAH RUJUKAN
Melalui kajian ini, saya telah merujuk beberapa rujukan seperti di Buku Teks Geografi
Tingkatan 3 dan beberapa laman sesawang untuk memperoleh maklumat berkaitan
dengan tajuk yang akan saya kaji. Rujukan yang saya perolehi amat membantu saya
dalam melakukan kajian ini.
DAPATAN KAJIAN
TAKRIFAN KEGIATAN EKONOMI
Kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang menghasilkan
pendapatan. Melalui kegiatan ekonomi, seseorang akan mendapat
pendapatan, gaji atau wang untuk membeli barang keperluan dan
mendapatkan perkhidmatan seperti pendidikan, hiburan dan
sebagainya. Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang boleh dilakukan
oleh seseorang untuk menghasikan wang. Di Malaysia, Terdapat 3
sektor kegiatan ekonomi iaitu sektor primer, sektor sekunder dan sektor
tertier. Negara akan menjadi lebih maju jika kegiatan ekonomi di
sesebuah negara tersebut berkembang dengan pesatnya.
. LATAR BELAKANG SEKTOR KEGIATAN EKONOMI DI MUKIM
KUALA SELANGOR DAN JENIS-JENIS PEKERJAAN PENDUDUK

Daerah Kuala Selangor terbahagi kepada beberapa buah mukim. Antaranya adalah Mukim
Kuala Selangor. Mukim Kuala Selangor merupakan satu dari Mukim yang terletak dalam
pentadbiran majlis pembandaran Kuala Selangor. Terdapat 3 sektor di Mukim Kuala
Selangor iaitu sektor primer,sektor sekunder dan sektor tertier. Sektor primer merupakan
kegiatan ekonomi yang berasakan sumber semula jadi. Contoh pekerjaan sektor primer
yang terdapat di kawasan kajian saya adalah pertanian. Terdapatnya ladang pertanian kelapa
sawit yang tidak jauh dari SMK Kuala Selangor. Pertanian ini membantu para petani
menghasilkan wang dan menyara kehidupan mereka.
.
Seterusnya, sektor sekunder. Sektor sekunder merupakan kegiatan ekonomi yang
menghasilkan produk atau barangan.terdapat dua jenis sektor sekunder iaitu industri berasaskan
sumber dan industri bukan berasakan sumber. Di Mukim Kuala Selangor hanya terdapat industri
bukan berasakan sumber iaitu adanya pembinaan rumah dan industri berasakan sumber tiada
kerana kawasan ini tidak sesuai dan bahan mentah yang ada berada di luar kawasan kajian ini.
Selain itu, terdapat juga sektor tertier. Sektor tertier ialah kegiatan ekonomi yang
melibatkan penawaran perkhidmatan,kewangan dan insurans. Antara pekerjaan dalam sektor tertier
yang terdapat di Mukim Kuala Selangor ialah perlancongan,pendidikan dan perkhidmatan.terdapat
beberapa tempat perlancongan yang terdapat di Mukim Kuala Selangor seperti di bukit malawati.
Ramai pelancong dari dalam mahupun luar negara yang datang melancong ke sini dan ini dapat
menambah pendapatan penduduk setempat. Pendidikan juga turut ada iaitu wujudnya sekolah-
sekolah untuk murid-murid menimba ilmu. Terdapat juga perkhidmatan di kawasan ini iaitu Klinik
Kesihatan Kuala Selangor . Klinik Kesihatan Kuala Selangor ini amat penting untuk penduduk-
pendudk di sini terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah ataupun yang tidak mampu
pergi ke klinik swasta ketika mahu mendapatkan rawatan.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN
EKONOMI DI MUKIM KUALA SELANGOR

Faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu faktor
fizikal dan faktor manusia. Faktor fizikal adalah seperti bentuk muka bumi, tanih, iklim,
saliran dan bahan mentah manakala faktor manusia pula ialah dasar kerajaan, infrastruktur,
teknologi, modal pasaran dan buruh.

Antara faktor yang wujud di Mukim Kuala Selangor ini ialah bentuk muka bumi. Tanah
pamah beralun adalah bentuk muka bumi di kawasan kajian saya. Tanah pamah beralun ini
sesuai dalam pembinaan rumah ataupun bangunan-bangunan pasaraya. Ini kerana, rumah atau
bangunan tidak boleh dibina atas tanah yang sebarangan supaya tidak ada sebarang risiko
bangunan runtuh atau kemalangan yang tidak diingani. Oleh sebab itu, terdapat banyak
kawasan perumahan di kawasan kajian saya. Tanah pamah beralun juga sesuai untuk
pembinaan jalan raya .Dengan adanya jalan raya yang dibina, sistem perhubungan di kawasan
ini akan menjadi lebih baik.
Selain itu, saliran juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
kegiatan ekonomi di Mukim Kuala Selangor. Ini kerana terdapatnya sungai yang
menghubungkan para pelancong yang datang untuk pergi ke Sky Mirrow. Sky
Mirrow ini mendapat perhatian pelancong justeru ini meningkatkan kegiatan
ekonomi di kawasan ini.
Seterusnya, pasaran adalah faktor lain yang mempengaruhi kegiatan ekonomi
di Mukim Kuala Selangor. Disebabkan populasi penduduk pada masa kini yang
semakin meningkat, terdapat pemintaan pemasaran yang tinggi di kawasan kajian
saya. Dengan adanya sistem pemasaran ini, ia membantu kawasan di sini
membangun. Contoh lokasi pasaran tempatan di kawasan kajian saya ialah pusat
beli belah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam.
KEGIATAN EKONOMI YANG BERPOTENSI DI
MAJUKAN DI MUKIM KUALA SELANGOR
Pada pendapat saya, kegiatan ekonomi yang berpotensi dimajukan di kawasan kajian
saya adalah kilang minyak kelapa sawit. Ini kerana bentuk muka bumi di kawasan kajian saya
amat sesuai untuk membina sebuah kilang kerana tanah disini merupakan tanah pamah
beralun.

Seterusnya, Kilang ini sangat penting untuk ditubuhkan terutama kepada para petani
kerana setiap kali selepas mereka bekerja, mereka akan membawa hasil tersebut ke kilang
pembuatan minyak kelapa sawit. Kilang minyak kelapa sawit itu berada agak jauh dari ladang
tersebut dan ini memakan masa dan kos tambang ke kilang itu. Oleh sebab itu, jika terbinanya
kilang kelapa sawit ini, para petani akan mendapat pelbagai manfaat seperti menjimatkan
tambang dan masa untuk pergi ke sana.

Seterusnya, jika kilang ini wujud, minyak yang terhasil akan dieksport ke negerti lain
dan ini menyebabkan permintaan kelapa sawit meningkat justeru kawasan tersebut akan
membangun dengan pelbagai lagi kegiatan ekonomi disekitarnya.

You might also like