Bab 1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN

DEFINISI PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DAN UNTUNG
PERANAN PERNIAGAAN
FAKTOR PENGELUARAN
PROSES PERNIAGAAN
CABARAN PERNIAGAAN
PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
Perniagaan ialah aktiviti pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bertujuan mendapat keuntungan

Menyediakan
Barang atau Pertukaran Nilai
perkhidmatan

Kepuasan atau
Keuntungan
nilai faedah
Perniagaan
kepada pelanggan
A. MENYEDIAKAN BARANG DAN PERKHIDMATAN

• Barang: produk berbentuk fizikal yang boleh dilihat dan


disentuh untuk kegunaan pengguna akhir atau dijual
semula: kereta
• Perkhidmatan: produk bukan berbentuk fizikal yang tidak
boleh disentuh @ dilihat yang memberi kepuasan atau nilai
faedah kepada pengguna: perbankan
B. WUJUD PERTUKARAN NILAI
• Semua aktiviti urus niaga di mana pembeli
bersetuju memberikan sesuatu yang bernilai
kepada penjual sebagai pulangan kepada barang
atau perkhidmatan yang didapatinya yang
melibatkan pertukaran wang.
C) MENDAPATKAN KEUNTUNGAN PERNIAGAAN

• Merupakan matlamat bagi setiap aktiviti perniagaan dan


merupakan ganjaran kepada peniaga yang menjalankan
perniagaan. Diperoleh setelah semua kos pengeluaran,
kos operasi, cukai dan kos lain ditolak daripada jumlah
pendapatan atau jualan.
D) MEMUASKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK PENGGUNA

• Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia
seperti tempat tinggal, pakaian manakala kehendak merujuk kepada penggunaan
barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti hiburan, peralatan rumah
dan sebagainya.
• Untuk mendapatkan keuntungan, peniaga harus mengeluarkan atau menjual barang
atau perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Ini
kerana pengguna akan membeli sesuatu barangan jika barangan tersebut memberi
kepuasan maksimum atau nilai faedah kepadanya.
PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
 Organisasi bukan perniagaan menjalankan aktiviti yang tidak bertujuan mendapatkan keuntungan
 Contoh : kelab dan persatuan serta badan sukarela
 Ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan dan menjaga kepentingan ahli
 Aktiviti utama bercorak sosial bagi memenuhi keperluan awam seperti pendidikan, kesihatan dan agama
 Dibiayai oleh kerajaan, sektor swasta dan yuran keahlian

DIMENSI ORGANISASI PERNIAGAAN ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN

AKTIVITI Jualan barang dan perkhidmatan serta Aktiviti bercorak kemasyarakatan


UTAMA pengeluaran
TUJUAN Memaksimumkan keuntungan Memberi kebajikan kepada masyarakat

SUMBER Diperoleh daripada modal sendiri atau Diperoleh daripada yuran ahli, derma atau tajaan
KEWANGAN pemegang saham sesuatu pihak
PENGURUSA Bergantung kepada pemilikan saham Secara demokrasi
N terbesar
PERNIAGAAN DAN UNTUNG
Untung ialah lebihan daripada hasil jualan setelah ditolak belanja atau kos :
UNTUNG = HASIL – PERBELANJAAN
Peranan atau kepentingan untung kepada perniagaan

Ganjaran kewangan kepada pemilik perniagaan

Melaksanakan tanggung jawab sosial

Mempengaruhi nilai syer syarikat

Penakatan ‘ survival’-memastikan perniagaan kekal


PERANAN PERNIAGAAN KEPADA:
• Menyediakan barang dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna setempat
• Mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan supaya pengguna
PENGGUNA dapat membuat pilihan
• Menawarkan barang dan perkhidmatan supaya sampai ke pengguna, kos
yang berpatutan, kuantiti yang dikehendaki dan tepat pada masanya.
• Menyediakan perkhidmatan selepas jualan

• Menyediakan barang dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan


dan kehendak masyarakat
• Mewujudkan peluang perniagaan sampingan seperti perniagaan
restoran
• Menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat
MASYARAKAT • Pembangunan masyarakat setempat dengan menyediakan kemudahan
infrastruktur lengkap
• Menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti
sumbangan derma
PERANAN PERNIAGAAN KEPADA:

• Meningkatkan pendapatan kerajaan melalui kutipan hasil cukai syarikat


• Mewujudkan bandar-bandar baharu dan penempatan baharu
• Meningkatkan kemudahan awam seperti infrastruktur yang lebih baik kepada
rakyat
• Menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
• Membangunkan industri huluan dan hiliran
• Membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat

• Meningkatkan pendapatan negara dengan cukai yang dibayar oleh


perniagaan

NEGARA • Mengurangkan kadar pengangguran dalam negara hasil daripada


peluang perniagaan
• Membantu kerajaan dalam menyediakan kemudahan infrastruktur
• Meningkatkan ekonomi melalui perniagaan sokongan
• Pembangunan modal insan dengan menjalankan latihan dan kursus
FAKTOR PENGELUARAN
-Segala input dari sumber semula jadi yang digunakan
Bahan Mentah dalam proses pengeluaran seperti minyak, besi, kayu
balak dan Iain-Iain.

Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan


pulangan kepada organisasi perniagaan.
Modal - Terdiri daripada bentuk wang atau aset seperti wang
tunai, peralatan, jentera dan bangunan yang digunakan
sebagai input dalam memulakan perniagaan atau
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.
Modal Insan

- Tenaga kerja atau sumber manusia yang terlibat dalam menjalankan operasi
perniagaan atau diperlukan untuk membantu menukarkan bahan-bahan mentah kepada
barang dan perkhidmatan. Individu yang menyumbangkan tenaga dalam bentuk fizikal,
mental dan kemahiran dalam proses pengeluaran iaitu usahawan atau pekerja.
• Kemahiran tenaga pekerja meliputi pekerja tidak mahir, pekerja separa mahir dan
pekerja mahir. Mereka mendapat gaji atau upah basil sumbangan mereka kepada
perniagaan.
• Dalam meningkatkan kualiti pekerja, pembangunan modal insan memerlukan
pelaburan dalam aspek pendidikan dan latihan supaya pekerja dapat meningkatkan
pengetahuan, kemahiran, kesihatan dan nilai-nilai positif dalam organisasi.
Teknologi

Kaedah, peralatan, mesin atau pengetahuan yang membolehkan manusia menjalankan


tugas atau kerja-kerja dengan lebih baik.
Penggunaan teknologi baharu dapat:
1. Mempercepatkan pengeluaran barangan seterusnya meningkatkan produktiviti.
2. Mengurangkan penggunaan tenaga buruh dan kos buruh. Ini dapat menambahkan
keuntungan perniagaan.
3. Meningkatkan pengeluaran barang yang berkualiti tinggi melalui penyelidikan
dan pembangunan.
4. Meluaskan pasaran dengan menggunakan internet sebagai medium
mempromosikan produk.
5. Menyebarkan maklumat dengan cepat dan meluas.
Keusahawanan

• Kemahiran dan keupayaan seseorang individu atau sekumpulan individu


dalam menguruskan atau membangunkan sesuatu perniagaan yang
mempunyai ciri-ciri seperti kreativiti, inovatif, berpandangan jauh dan
berani berhadapan dengan risiko.
• Menggabungkan pelbagai faktor pengeluaran secara efektif untuk
mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi cita rasa pengguna dalam pasaran.
FAKTOR PENGELUARAN

• Bahan mentah
• Modal
• Modal Insan
• Teknologi
• Keusahawanan
PROSES PENGELUARAN

INPUT

HASIL JUALAN PROSES TAMBAH


NILAI

PROSES OUTPUT
PEMASARAN
PROSES PERNIAGAAN
• Melibatkan aktiviti tambah nilai dalam proses transformasi (pertukaran) terhadap input pengeluaran
bagi memastikan output diagihkan ke pasaran bertujuan mendapatkan keuntungan kepada perniagaan.

• 1) Input
• Terdiri daripada bahan mentah, modal insan, teknologi, keusahawanan dan modal yang diperlukan dalam
proses pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu barang dan perkhidmatan.

• 2) Proses Tambah Nilai atau Proses Transformasi


• Merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang menukarkan input kepada
output dengan menggunakan manusia, bahan, pengetahuan dan teknologi.
• Proses penukaran input melibatkan perubahan dari segi bentuk, rupa, warna, rasa dan saiz kepada
suatu bentuk produk lain yang dikenali sebagai output.
• Contohnya penghasilan perabot daripada kayu getah yang diproses atau ditukarkan menjadi
barang akhir iaitu perabot dengan menggunakan mesin dan peralatan yang dikendalikan oleh
pekerja-pekerja. Penghasilan perabot tersebut mempunyai ciri-ciri seperti corak kemasan yang
memenuhi cita rasa pengguna.
3) Output
Barang siap atau produk akhir hasil daripada sesuatu proses pengeluaran bahan mentah.
Contohnya penghasilan perabot daripada kayu getah.
Barang siap ini sedia dijual kepada pengguna akhir atau pengguna industri.

4) Pemasaran
Melibatkan usaha mengagihkan barang siap atau produk akhir kepada pengguna sasaran.
Melibatkan aktiviti pemasaran seperti mengkaji pasaran (bakal pembeli), memilih pasaran
(jenis pembeli yang berminat) dan membentuk campuran pemasaran iaitu penjenamaan dan
pembungkusan produk, promosi dan penentuan harga serta pengedaran produk kepada
pemborong dan peruncit.
Sebagai contoh, bagi sebuah kilang basikal, pengeluar menawarkan basikal dengan harga yang
telah ditetapkan, pengeluar mempromosikan basikal yang dikeluarkan dan Iain-Iain.
• Untung/Rugi
• Output akan dijual kepada pengguna untuk mendapatkan hasil jualan. Untung yang
diperoleh adalah lebihan hasil dari jualan ke atas kos. Sebaliknya , jika hasil kurang
daripada kos, peniaga terpaksa menanggung kerugian.
• Keuntungan yang diperoleh digunakan oleh perniagaan untuk membesarkan lagi
perniagaan dengan membuka cawangan, membeli stok baharu, meningkatkan
penggunaan teknologi, menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk
meningkatkan jualan produk dan sebagainya.
• Sebagai contoh, kilang pembuatan basikal dapat membesarkan operasi perniagaan
atau menambahkan stok basikal untuk meningkatkan jualan pada masa akan datang
hasil daripada keuntungan yang diperoleh.
CABARAN PERNIAGAAN

• ■ Perkembangan Perniagaan Masa Kini


• Perniagaan masa kini semakin mencabar dan bergantung kepada kecekapan
pengurusan, kreativiti dan inovasi usahawan.
• Aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kemajuan teknologi adalah
sangat penting untuk menghasilkan barangan yang lebih berdaya saing.
• Penggunaan teknologi moden seperti teknologi robotik jentera yang terkini dapat
meningkatkan kecekapan pengeluaran dan produktiviti.
• Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula memudahkan dan
meningkatkan lagi aktiviti perniagaan serta perdagangan di dalam negara mahupun
antarabangsa. Jaringan internet dan rangkaian komputer membolehkan
perdagangan elektronik atau e-dagang dijalankan.
CABARAN PERNIAGAAN MASA DEPAN

1. Cabaran globalisasi
Wujudnya dunia tanpa sempadan akan mewujudkan persaingan dari segi harga, kualiti barangan,
kecekapan penggunaan modal, perbezaan budaya dan kemahiran pekerja serta mobiliti pekerja dengan
perniagaan asing.
Perniagaan perlu bijak bersaing dan menyesuaikan diri dengan trend pasaran global melalui francais
atau secara usaha sama.

2. Peningkatan kemajuan teknologi


Perkembangan teknologi menyebabkan banyak kaedah-kaedah baharu dicipta. Perubahan produk
memerlukan kemahiran teknologi dan modal yang tinggi.
Perniagaan perlu bersedia untuk membuat pelaburan besar bagi memperoleh teknologi tersebut.
• 3. Peningkatan tanggungjawab sosial
• Perniagaan perlu memainkan peranan dalam memenuhi tanggungjawab sosial
selain menyempurnakan objektif keuntungannya.
• Antaranya seperti melindungi alam persekitaran, berkhidmat kepada masyarakat
melalui sumbangan derma, menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan
kurang upaya, menyediakan prasarana awam seperti pusat sukan.

• 4. Peningkatan sistem perniagaan Islam (perbankan Islam)


• Sistem ini telah mendapat tempat di dalam dunia perniagaan seperti perbankan
secara Islam dan sistem insurans Islam dalam memenuhi tuntutan pelanggan
beragama Islam.
• Perniagaan perlu memastikan setiap aktiviti dan operasi mematuhi syariah Islam.
5. Kewujudan blok-blok perdagangan
Kewujudannya memudahkan aktiviti perniagaan dijalankan dalam kalangan ahli
blok atau kesatuan tersebut bertujuan menjaga kepentingan ahli.
Ini merupakan batasan kepada negara bukan ahli untuk turut terlibat dalam
perniagaan.

6. Sumber semakin berkurangan


Inovasi dan kreativiti yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan produktiviti
melalui penciptaan kaedah baharu yang menggunakan sumber tenaga yang
sedikit.
Perniagaan juga harus berusaha meningkatkan kecekapan pengeluaran supaya
sumber sedia ada digunakan secara efisien untuk mengelakkan pembaziran.
7. Perubahan struktur demografi
• Peningkatan wanita dalam sektor pekerjaan telah meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Ini
bermakna isi-isi rumah mempunyai kuasa beli yang tinggi. Oleh itu, perniagaan harus
berusaha mencipta pelbagai jenis produk bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
• -Selain itu, ramai wanita telah menjadi pengurus, pengusaha dan pekerja. Oleh itu,
perniagaan harus memastikan persekitaran dan suasana kerja adalah sesuai untuk
mengelakkan konflik yang berlaku dalam organisasi seperti diskriminasi jantina dalam
pekerjaan, gangguan seksual dan sebagainya.

8. Jaringan perniagaan
• Perniagaan perlu mempunyai rantaian sokongan dan jaringan perniagaan bagi meluaskan
pasaran perniagaan.
• Ini boleh dilakukan dengan membentuk laman web perniagaan dan dihubungkan melalui
internet.
9. Meningkatkan produktiviti
• Tumpuan harus diberikan kepada kemahiran pengurusan bagi meningkatkan produktiviti.
• Perniagaan harus memberi ganjaran dan upah yang sepadan dengan produktiviti untuk menjadikan
pekerja bermotivasi tinggi dan seterusnya meningkatkan daya saing syarikat dan negara.

10. Kepekaan terhadap isu alam sekitar


• Perniagaan perlu memastikan proses perniagaan yang dijalankan tidak memberikan kesan negatif
terhadap alam sekitar.
• Contohnya memastikan pengurusan sisa-sisa buangan industri mengikut prosedur yang tidak
menjejaskan kualiti alam sekitar, mematuhi dan menghormati undang-undang yang sedia ada
berkaitan alam sekitar dan sebagainya.

11. Bentuk pemilikan perniagaan


• Contohnya, membangunkan perniagaan daripada perniagaan milikan tunggal dan perkongsian yang
hanya dianggotai sekumpulan kecil individu kepada perniagaan syarikat yang melibatkan sumbangan
modal daripada orang ramai.

You might also like