Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA

PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN


INDIA
AHLI KUMPULAN NO GILIRAN
MUHAMMAD ABU HUZAIFAH BIN AZIZ 08BEU15F3008
HARITH HAFIZZUDIN BIN AZAHA 08BEU15F3031
NORAZMAN BIN ABDUL MOHAMED 08BEU15F3032
MUHAMMAD FITRI AL-AMIN BIN KAMARUZAMAN 08BEU15F3013
SEJARAH AWAL KEDATANGAN ISLAM KE INDIA

TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA

Tahap yang pertama ialah antara abad ke-8 hingga Pada tahap kedua pula dapat dilihat apabila
abad ke-10. Pada peringkat ini, Islam dibawa masuk bermulanya kemasukan kumpulan-kumpulan muslim
melalui aktiviti perdagangan oleh pedagang-pedagang yang berketurunan Turki, Afghan dan Monggol ke India.
Arab dan dipercayaai masih belum dikatakan kuasa Pada ketika itu, penakluk-penakluk dari Turki telah
yang dominan di India. Kemasukan pedagang dan menakluki bahagian Barat Laut India dan terbentuk ibu
peniaga Islam ke India dengan membawa pengaruh kotanya di Ghaznah, Afghanistan. Kemudian bermula
yang kuat ketika itu telah menarik penduduk-penduduk pula serangan oleh tentera Mahmud Al-Ghaznawi ke
sekitar kawasan pantai memeluk Islam. Bermula sejak atas India sekitar abad ke-11. Serangan ini telah
itu, agama Islam tersebar ke India seawal tahun 712 membuahkan hasil dengan terbentuknya kerajaan
Masihi bukan sahaja melalui perdagangan tetapi Islam yang pertama di India iaitu Kerajaan Subaktigin
perkhawinan dan dakwah. Bukan itu sahaja, jalan yang turut dikenali sebagai kerajaan Ghazni. Kerajaan
dagangan lautan dan daratan yang menghubungkan Subaktigin yang memerintah sekitar tahun 1004-1186
India dengan Asia Tengah merupakan jalan utama Masihi telah menguasai sebahagian besar India Utara
dalam proses Islamisasi. dan pada masa pemerintahan Sultan Mahmud.
SUMBANGAN ISLAM KEPADA TAMADUN INDIA

SUMBANGAN POLITIK DAN PENTADBIRAN SUMBANGAN SOSIAL DAN BUDAYA

SUMBANGAN KEAGAMAAN SUMBANGAN SENI BINA

SUMBANGAN BAHASA DAN


SUMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN
KESUSASTERAAN

SUMBANGAN ILMU PENDIDIKAN


SUMBANGAN POLITIK DAN PENTADBIRAN
a)Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030 M).
 Sumbangan semasa pemerintahan Sultan Mahmud Ghaznawi dapat kita lihat dalam penjajahan di
India. Baginda lebih menumpukan penundukan dan dakwah dalam pentadbirannya berbanding
penaklukan semata-mata. Sikap yang cekap dan bersemangat itulah mendorong baginda dalam
memperkenalkan pentadbiran ketenteraan. Sungguhpun begitu, baginda memperkemaskan pasukan
tentera dengan semangat jihad serta ilmu pertahanan yang tinggi.

b)Zaman Kerajaan Ghuri ( 1150-1206)


 Ghur ialah sebuah kawasan yang terletak di lereng pergunungan Afghanistan, antara Ghaznah
dengan Herat.Muhammad Ghuri merupakan pemerintah Ghaznawi yang baru merupakan pahlawan
islam yang gagah dan bercita-cita tinggi. Kejayaan Muhammad Ghuri dalam penaklukannya di India
telah menjadikan Delhi sebagai pusat pentadbiran dan markas ketenteraan, manakala negeri-negeri
yang berada di bawah taklukannya akan dikenakan bayaran ufti tahunan. Corak Pemerintahan
berdasarkan islam di praktikkan dimana perlindungan tetap diberikan kepada semua rakyat tanpa
mengira anutan mereka.
c)Dinasti Hamba (Mamluk) Kesultanan Delhi (1206-1290 M )
– Qutubuddin Aibaq seorang hamba (1206-1210) merupakan pengasas awal dinasti ini
apabila Sultan Muhammad Ghuri meninggal dunia. Sumbangan beliau pada zamannya
dalam politik ialah menganjurkan suatu polisi baru yang berhubung dengan perkahwinan
antara golongan atasan (aristocrat) bagi menjamin kelanjutan (survival) kekuasaan. Hal
ini menyebabkan berlaku hubungan secara tidak langsung dan mempamerkan kemurnian
serta keadilan dalam sistem pemerintahan islam. Contohnya, beliau sendiri berkahwin
dengan Puteri Tajuddin Yildiz merupakan wazir kerajaan Ghuri di Ghaznah manakala
saudara perempuannya pula dikahwinkan dengan Nasiruddin Qabaca pemerintah Sind.

d)Dinasti Tughluq ( 1321-1414 M)


– Keluarga Tughluq berasal daripada keturunan Turki, berjaya memerintah kerajaan islam
di India setelah mengalahkan keluarga Khalji.Pemimpin dinasti ini ialah Ghazi Khan dan
digelar Sultan Ghiasuddin Thuluq setelah menaiki takhta. Sumbangan baginda dalam
pentadbiran ialah baginda menetapkan dasar keadilan dan kesamarataan hak tanpa
membeza-bezakan rakyat. Sultan juga melantik pegawai-pegawai kerajaan yang
mempunyai kelayakan serta bersikap jujur dan adil bersesuaian dengan kehendak agama
islam dalam membantu melicinkan pentadbiran kerajaan pada masa itu.
SUMBANGAN KEAGAMAAN
a)Zaman Kerajaan Ghaznawi Sultan Mahmud Ghaznawi (998-1030 M).
– Sumbangan islam pada masa ini ialah Sultan Mahmud menekankan penyebaran dakwah oleh itu
pembinaan pusat keagamaan dilaksanakan. Masjid-masjid dan institusi pengajian di bina supaya
penyebaran agama islam lebih jelas dan mencapai matlamat untuk melahirkan pelapis ummah
yang cemerlang. Ibu Kota Ghaznah merupakan pusat keagamaan dan penyebaran ilmu termasuk
tasawuf, perundagan islam dan di banjiri ulama pada ketika itu seperti Ibn Nasr Al-Farabi.

b)Zaman Kerajaan Ghuri ( 1150-1206)


– Selain itu, terdapat juga sumbangan islam dalam aspek agama kepada tamadun India iaitu pada
zaman pemerintahan Muhammad Ghuri. Bagi menjamin kelancaran dakwah islamiah beliau
melantik seorang ulama iaitu Fakharuddin Al-Razi sebagai penasihat. Muhammad Ghuri juga
terkenal iaitu seorang ilmuan islam yang mempunyai rasa tanggungjawab dalam menyebarkan
ajaran islam di kalangan masyarakat India yang kebanyakannya pada masa itu beragama Hindu-
Buddha. Oleh sebab itu beliau menguatkan angkatan tentera bukan atas dasar penaklukan
semata-mata tetapi lebih bersifat hormat. Buktinya, mana-mana wilayah yang telah ditakluki
dikembalikan semula dengan cara yang baik dengan bersyarat membayar ufti.
c)Dinasti Hamba (Mamluk) Kesultanan Delhi (1206-1290 M )
– Qutubuddin Aibaq juga turut menyumbang pada zaman pemerintahannya dari aspek
keagamaan. Hal ini jelas kerana Qutubudin Aibaq turut dianggap sebagai pembangun
kerohanian dan mentaliti ummah. Bagi menggalakkan penyebaran agama islam
pembinaan masjid- masjid dan surau dilaksanakan sebagai tempat beribadat selain
berfungsi sebagai tempat menimba ilmu. Antara masjid peninggalannya sejarahnya
ialah Qutub Minar yang menjadi lambang kemasyhurannya pada zaman itu.

d)Dinasti Tughluq ( 1321-1414 M)


– Pada Zaman pemerintahan zaman ini, Ghiasuddin Tunghluq meningkatkan
pembangunan rohani dan spiritual atau keagamaan banyak masjid-masjid dan pusat-
pusat pengajian didirikan agar rakyat dapat menimba ilmu agama dengan baik dan
sempurna. Baginda juga dalam menarik minat rakyat mencintai ilmu agama turut
mendampingi ulama-ulama. Segala permasalahan yang ingin diputuskan baginda kan
turut meminta pendapat dan nasihat daripada para ilmuan. Hal ini menjadi contoh
kepada rakyat jelata dan seterusnya dakwah islam dapat berkembang dengan meluas.
SUMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN
• Melihat tamadun di India, aspek ekonomi juga memainkan peranan
yang amat penting, ia mesti juga ditinjau bagi mendapatkan
gambaran yang jelas tentang India. Sewaktu ini ekonomi India
melambung naik. Di mana pertanian yang meupakan perusahaan
utama India, terdapat juga perdagangan dalam negeri dan luar
negeri yang aktif. Wilayah Sind dan Punjab merupakan wilayah-
wilayah pertanian yang utama yang bukan sahaja menghasilkan
tanaman makanan seperti gandum dan sekoi, tetapi juga
menghasilkan tanaman wang seperti tebu dan kapas.
• Sebahagian besar darinya adalah diusahakan oleh orang-orang
Islam. Negara yang terlibat dalam perdagangan dengan kerajaan
Monggol seperti China, Negara-negara Asia Tenggara, Tanah Arab,
Parsi, Portugal dan England serta Belanda.
Antara barang perniagaan di India pada zaman dahulu:
Islam juga telah memperkenalkan beberapa sistem ekonomi di
Barangan India, antaranya ialah :
perniagaan di
India Sistem Maksud
kapas Jizyah -Cukai yang dikenakan ke atas individu yang bukan Islam
yang berlindung di negara Islam.
kain sutera
gading gajah Kharaj -Cukai ke atas tanah pertanian yang telah dirampas sama ada
melalui peperangan atau damai ke atas orang bukan islam
wangi-wangian
lada hitam Zakat -Mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu
rempah ratus kepada golongan tertentu apabila cukup syarat –syaratnya.
tekstil Baitulmal -Institusi kewangan yang bertanggungjawab mentadbir
gandum cukai.
tebu Ufti -persembahan (wang, bunga emas dsb) yg diberikan oleh
negara-negara kecil kpd negara-negara besar sbg tanda
tembaga mengakui kebesaran dan kekuasaannya.
SUMBANGAN SOSIAL DAN BUDAYA
Harga diri dan perikemanusiaan.
– Islam terlebih dahulu dianuti oleh golongan kasta rendah(sudra). Mereka
merasakan Islam telah mengangkat harga diri dan nilai kemanusiaan dari
ditindas dan diperhambakan dari golongan kasta tinggi.
Hak asasi dan martabat wanita.
– Kaum wanita Hindu yang masuk Islam di beri hak asasi sebagai wanita yang
bebas dan terhormat. Sebelumnya wanita yang kematian suami tidak berhak
hidup, mereka harus membakar diri bersama mayat suaminya (sutee).
Kebersihan.
– Islam telah menghadiahkan kebersihan kepada kaum India, penganut Hindu
menganggap kotoran sebahagian ibadah yang menyampaikan seseorang
hamba ke alam nirwana.
SUMBANGAN SENI BINA

• Dalam karya Asirbadi Lal Srivastava, Medieval Indian Culture membincangkan tentang seni bina yang dihasilkan
oleh pemerintah-pemerintah Islam yang menggabungkan ciri-ciri bina Hindu dan Islam(seni bina Indo-Islam). Raja-
raja Islam telah banyak membangunkan kilang-kilang, sekolah, rumah sakit, sistem jalanraya dan senibina yang
sangat hebat seperti tajmahal.
 a)Zaman Kesultanan Delhi
– Bangunan-bangunan yang dibina melambangkan seni bina Islam. Contohnya pembinaan Masjid Quwwat-ul-
Islam yang melambangkan seni bina Delhi terawal. Masjid ini dibesarkan oleh pemerintah-pemerintah
seterusnya iaitu Iltutmish(1203M.) dan Alauddin Khilji(1296M.-1316M.)

 b)Zaman Moghul
– Pencapaian kemuncak seni bina pada Zaman Moghul ialah zaman pemerintahan Akhbar. Baginda ialah
penaung kepada perkembangan seni bina di India yang juga menggabungkan seni bina Hindu dan Muslim.
Dalam bidang seni bina, Akbar cuba mengintegrasikan unsur-unsur Muslim dan Hindu, dan mewujudkan stall
Mughal seperti yang digambarkan dalam Masjid di Fatehpur Sikri.
– Shah Jahan, pemerintah Zaman Moghul yang amat meminati bidang seni bina. Bidang seni bina mencapai
kemuncaknya pada zaman pemerintahan baginda. Bangunan yang terkenal iaitu Taj Mahal dibina atas arahan
Shah Jahan untuk memperingati isteri kesayangannya.
SUMBANGAN BAHASA DAN KESUSASTERAAN
• Selepas empayar Kushan runtuh, India mengalami perpecahan sehingga tahun 320 masihi yang
menyaksikan kemunculan Dinasti Gupta yang diasaskan oleh Chandra Gupta. Semasa
pemerintahan Samudragupta, empayar ini meliputi seluruh India Utara dan juga India Selatan.
Selain perluasan kuasa zaman Gupta, menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang kesenian,
kesuassteraan , sains , dan juga matematik.
• Dari sudut pencapaian bahasa terdapat lebih 325 bahasa dan 750 loghat tapi 14 sahaja jadi bahasa
utama dan diperakui oleh perlembagaan. Antaranya, Hindi, Tamil, Punjabi, Malayalam dan lain-lain.
Bahasa Indo-Arya: Sanskrit seperti Hindi, Kashmiri dan lain-lain. Bahasa Dravida: Telegu, Tamil,
Malayalam dan lain-lain. Terdapat juga bahasa Urdu, bahasa Inggeris.
• Melalui aspek kesusasteraan juga boleh membawa kepada pencapaian tamadun Kesultanan Delhi.
Pada masa ini. Kesultanan Delhi amat berminat pada seni dan juga sastera. Diantara ahli Sastera
yang terkenal pada masa ini ialah Amir Khusrau di zaman pemerintahan Ghiyasudin Balban. Selain
daripada itu juga, terdapat lagi sejarawan yang terkenal seperti Ziauddin Barani yang merupakan
pengarang Tarikh Firuz Syahi yang mengisahkan pemerintahan Dinasti Khilji dan juga Tughluq
terutama dalam zaman Firuz Syah Tughluq (1351-1388).  Karya sastera terutamanya puisi dalam
bahasa Parsi dan Urdu banyak diterbitkan. Selain itu ilmu sejarah juga telah dititikberatkan. Masjid
bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat menimba ilmu
pengatahuan. Syah Jehan dan Aurengzeb memainkan peranan yang penting dalam hal ini. 
SUMBANGAN ILMU PENDIDIKAN
• Kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan antara elemen penting dalam setiap tamadun. Tidak dinafikan
penerokaan yang dibuat oleh sarjana India telah memberi inspirasi kepada sarjana dunia yang lain untuk
memperkembangkannya menjadi ilmu yang lebih mantap. Elemen agama turut merupakan unsur penting
dalam setiap perkembangan ilmunya.

• Ilmu-ilmu Islam telah berkembang di tanah India dengan subur, dari kerana itu lahirlah ulama-ulama besar
bertaraf antarabangsa yang mempunyai ilmu yang luas dan mendalam contohnya ilmu hadis. Imam Ahmad b
Abdul rahim (Syah Waliyullah al Dahlawi).

• Kebangkitan Gerakan Islam.Dua gerakan Islam yang sangat ketara diperingkat antarabangsa, iaitu gerakan
‘jamaah Islamiah’ dan ‘gerakan Tabligh’. Gerakan-erakan inilah yang mewarnai kebangkitan Islam di bumi
India dan antarabangsa sampai kehari ini.

• Banyak madrasah telah ditubuhkan dan juga zawiyah telah tah dan juga individu. Alaudin Khilji adalah antara
tokoh yang terkemuka dalam pembinaan intitusi pendidikan Tamadun India. Beliau membina banyak pusat
pendidikan seperti maktab (kuttub) dan madrasah sebagai tempat belajar bagi anak-anak islam. Di samping
itu masjid juga dibina bukan sahaja semata-mata untuk tempat beribadat tetapi juga sebagai tempat untuk
menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu memberikan pendidikan agama, intitusi pendidikan ini juga telah
memeberikan pelajaran-pelajaran lain seperti perubatan, astronomi, matematik dan sebagainya. 
BIDANG MATEMATIK

• (i)Sistem Angka
• Sistem angka sifar(dikenali juga sebagai sunya). Mempelopori penggunaan sistem nombor 0 hingga
9. Konsep sifar ini menjadi asas kpd angka kosong dalam sistem matematik hari ini. Pesat di zaman
yang dikenali sebagai sulvasutra (aturan tali). Aktiviti matematiknya berdasarkan aturan kiraan tali.
Matematik berkembang pada waktu ini kerana keperluan agama (pemujaan dan pengorbananan).
Diperkenalkan pada zaman Gupta. Sebelum adanya konsep sifar hanya nombor positif sahaja yang
diketahui. Setelah nombor sifar ditemui wujudlah nombor negatif yang kita kenali sekarang ini. Sifar
atau kosong ini diwakili oleh titik yang dikenali sebagai Pujyam. Konsep kosong juga dikenali
sebagai Shukla dan Shubra. Orang Arab kemudiannya memanggilnya Siphra atau sifr.

• (ii)Geometri
• Mencapai tahap cemerlang apabila ia menjadi asas penting dalam senibina. Digunakan secara
meluas terutama dalam merangka mandala. Bentuk-bentuk geometri juga telah digabungkan
dengan bentuk tumbuhan dan menjadi hiasan kuil-kuil di seluruh India. Aryabhata telah menulis
dalam Aryabhaliyam tentang teori-teori geometri. Aryabhata turut berjaya mengira dengan tepat
jumlah hari dalam setahun iaitu 365 hari. Beliau juga membuktikan bumi berputar di atas paksinya
dan gerhana pula disebabkan bayang bumi.
 ASTRONOMI DAN KALENDAR

• Brahmagupta telah memperkenalkan hukum graviti dan berjaya menghitung


dengan tepat ukur lilit bumi. Varahamitra pula menulis buku
Panchasiddhantika atau lima aliran astronomi yang menjadi bahan rujukan di
sekolah-sekolah. Jyotisa atau ilmu kaji bintang adalah salah satu bahagian
utama Rig Veda. Ia merupakan perkiraan astronomi yang digunakan pada
zaman awal menentukan tarikh dan masa bagi upacara pengorbanan.
Berdasarkan perkiraan astronomi muncul kalendar matahari. Orang India
berjaya menemui tujuh planet tanpa bantuan teknologi peralatan. Planet-
planet tersebut ialah Matahari, Bulan, Marikh, Utarid, Musytari, Zuhrah,
Zuhal dan dan kemudian 2 lagi iaitu Rahu dan Kethu (pusat tenaga) yang
berada pada arah bertentangan 180 darjah. 27 bintang (nakshatra) ditemui
dan mempercayai bintang dan planet ini mempengaruhi kehidupan manusia.
Kepercayaan inilah yang menjadi asas bagi kemunculan astrologi.
BIDANG PERUBATAN
 Ilmu perubatan India bermula pada zaman Vedik sebagai
seni ilmu sihir. Unsur-unsur perubatan seperti fisiologi,
pembedahan, pernafasan melalui amalan yoga, reproduksi
manusia, farmakologi dan perubatan binatang , telah wujud
sebelum tahun Masihi. Teks-teks perubatan India seperti
Caraka (kurun pertama hingga ke-2) dan Susruta (kurun ke
4) dianggap setaraf dengan Hippocrates dan Galen.
KESIMPULAN
• Secara keseluruhannya, sepanjang pemerintahan Islam yang memakan masa
hampir 600 abad telah banyak sumbangan Islam dalam pembinaan tamadun
India. Peningalan Islam telah menjadi kesinambungan sehingga hari ini walaupun
selepas kemasukan Zaman Penjajahan Barat ketika itu telah membawa
perubahan bukan sahaja di India malah dirasai di peringkat global. Antaranya ialah
dalam aspek ekonomi, pentadbiran, seni bina, kesusateraan, pendidikan, sosial
dan budaya dan keagamaan dan keagamaan. Islam masih berkembang maju di
negara India pada masa kini dan merupakan agama kedua terbesar di India. Islam
kukuh di India terutamanya di daerah Kashmir, Assam dan lain lain lagi. Pada
tahun 2001, populasi yang penganut agama Islam di India ialah 138 juta penduduk
di seluruh India. Sesungguhnya agama Islam telah memberikan pelbagai kesan
yang sangat mendalam dalam pelbagai aspek di negara India. Di sini kita dapat
menyaksikan interaksi Islam antara tamadun berlaku dengan pesat di India.
Sumbangan Islam di India juga bersifat menyeluruh iaitu meliputi aspek fizikal dan
spiritual

You might also like