08 - Integrasi Dan Book)

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 50

LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

BAB 8
INTEGRASI DAN PERPADUAN
NEGARA

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 1


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

KONSEP PERPADUAN DAN INTEGRASI

• Satu proses menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara dari semua aspek
seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biologikal.
• Integrasi pula melibatkan semua pernyatuan di atas dan termasuk biologikal.
• Berbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti:
– asimilasi

– amalgamasi

– pluralisme

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 2


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERPADUAN NEGARA

SATU PROSES BAGI

MEWUJUDKAN SATU IDENTITI NASIONAL DI

KALANGAN KUMPULAN-KUMPULAN YANG TERPISAH

DARI SEGI KEBUDAYAAN,SOSIAL DAN LOKASI

DALAM SESEBUAH UNIT POLITIK

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 3


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERPADUAN NEGARA
Masalah Perpaduan

 Kerajaan telah mengenal pasti negara menghadapi masalah perpaduan


yang ketara apabila tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
 Kejadian ini terutama menunjukkan kesan yang ketara akibat dasar ‘pecah
dan perintah’ yang diamalkan oleh British.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 4


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

• PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN


• PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI
• PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN
• FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK
• MASALAH EKONOMI
• PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA
• PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA
• PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 5


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL ATAU PETEMPATAN


• Dasar pecah dan perintah British telah memburukkan lagi masalah perpaduan.
Jarak sosial serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik seolah-olah sengaja
diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan sendiri.
Tujuan British yang utama ialah untuk mengeksploitasi kekayaan semula jadi
Tanah Melayu; perpaduan negara tidak pernah dititikberatkan. Bagi mencapai
tujuan ini. Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan
yang berlainan bagi kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, golongan
bangsawan Melayu diberikan jawatan yang lumayan dalam perkhidmatan awam,
sementara orang Melayu kebanyakan digalakan supaya terus menetap di kawasan
luar bandar, Orang Cina pula digalakkan tinggal di lombong-lombong dan di
bandar-bandar manakala orang India di estet-estet. Interaksi antara kaum adalah
terhad pada pergaulan di pejabat dan pasar semasa jual-beli. Ini telah melahirkan
sikap prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 6


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI


• Orang-orang Melayu, Cina dan India menjalankan aktiviti ekonomi yang
berlainan. Kebanyakan orang Melayu di luar bandar merupakan petani, nelayan
atau penoreh getah. Sebilangan besar pemuda-pemuda Melayu yang berhijrah
ke bandar pada tahun 1970-an pula memegang jawatan-jawatan yang bergaji
rendah atau yang tidak memerlukan kemahiran. Kebanyakan orang Cina terlibat
dalam sektor perniagaan dan perlombogan manakala sebilangan besar orang
India merupakan buruh di estet-estet. Akibat pada kegiatan ekonomi yang
berlainan ini, wujud jurang pendapatan yang tidak seimbang diantara kaum,
dengan majoriti golongan miskin terdiri daripada kaum Melayu. Ini telah
menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kumpulan
etnik tertentu yang boleh mengancam perpaduan negara.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 7


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN

• Sehingga Laporan Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan


nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan
yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Umumnya,
setiap golongan etnik menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah
yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-
murid kecuali di sekolah Inggeris tidak berpeluang bercampur gaul dengan
murid dari kumpulan etnik lain. Kurikulum bagi setiap jenis sekolah
tersebut adalah berlainan.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 8


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

• Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira


manakala kurikulum sekolah Cina dan India adalah berasaskan apa yang
terdapat di negara masing-masing. Ini telah menghasilkan pandangan dunia
yang berlainan serta memperkukuhkan lagi keperibadian etnik di kalangan
pelajar Cina dan India. Tidak terdapat satu bahasa penghantar yang tunggal
dalam sistem sekolah beraneka bahasa. Sekolah-sekolah Inggeris, Melayu,
Cina dan India menggunakan bahasa tersendiri sebagai bahasa pengantar.
Ketiadaan satu bahasa pengantar yang tunggal sehingga tahun 1970 telah
menjejaskan persefahaman dan perhubungan yang erat antara kaum. Malahan,
sistem pendidikan sebelum merdeka tidak menitikberatkan pencapaian objektif
perpaduan. Kerajaan British tidak berusaha untuk memperkenalkan satu
kurikulum yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang
diingini bagi memupuk perpaduan.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 9


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK

• Kewujudan berbagai-bagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang


berasaskan kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identiti etnik dan
syak wasangka. Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya
memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Parti-parti
politik perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud
dikalangan kumpulan-kumpulan etnik atau isu-isu perkauman seperti bahasa,
kebudayaan dan ekonomi bagi memajukan kepentingan politik masing-masing.
Tindakan sedemikian memburukkan lagi masalah perpaduan negara.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 10


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

MASALAH EKONOMI

• Dalam bidang ekonomi, jelas menunjukkan orang-orang Melayu dan


penduduk asli lain menguasai bidang yang mundur iaitu kerja yang
memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara
pulangan dan gajinya yang rendah.
• Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina
menguasai sektor yang lebih maju.
• Justeru itu, ketidakseimbangan pendapatan berlaku dan telah menyebabkan
setiap kaum saling cemburu-mencemburui antara satu sama lain.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 11


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA

• Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.


Orang Melayu adalah beragama Islam manakala sebilangan besar orang
India beragama Hindu. Kebanyakan orang Cina pula menganut agama yang
merupakan campuran ajaran Buddha, Lao-tze dan Confucius. Terdapat juga
ramai orang Cina dan India yang beragama Kristian. Tiap-tiap kaum utama
tersebut mempunyai adat resam, bahasa, kesenian dan sistem nilai yang
berlainan. Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat
resam kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Masing-msing menganggap
kebudayaan mereka sebagai yang terbaik. Perkahwinan campur tidak begitu
meluas. Perbezaan agama dan kebudayaan ini bukan saja menguatkan lagi
sikap prasangka tetapi juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 12


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA-BEZA

• Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di


kalangan masyarakat berbagai kaum di Tanah Melayu.
• Ini kerana setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan
perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.
• Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan kaum
masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,
budaya dan sensitiviti kaum-kaum lain.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 13


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU


• Pendudukan Jepun 1942-45 telah mengakibatkan permusuhan antara orang
Melayu dengan orang Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang
Melayu telah mengakibatkan kemarahan dikalangan orang Cina. Jepun telah
mengambil orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian dari
pasukan Jepun yang menyerang Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
(pertubuhan komunis yng dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada orang
Melayu. Ini telah mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-Cina.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 14


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERISTIWA 13 MEI

• Peristiwa 13 Mei 1969 atau 513 merupakan kemuncak manifestasi masalah


perpaduan kaum di Malaysia. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang telah
mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan harta benda mempunyai
perkaitan yang rapat dengan Pilihanraya 1969. Semasa kempen pilihanraya
1969, ahli-ahli politik telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan
bahasa kebangsaan, kedudukan istimewaan orang Melayu dan hak kerakyatan
orang bukan Melayu. Tindakan sedemikian telah meningkatkan perasaan
perkauman dan syak wasangka.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 15


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PERISTIWA 13 MEI
• Parti Perikatan mengalami kekalahan teruk dalam Pilihanraya 1969. Jumlah
kerusi yang dipegang olehnya dalam Dewan Rakyat telah merosot daripada 89
pada tahun 1969. Kerajaan Perikataan telah hilang majoriti dua pertiga dalam
Dewan Rakyat telah merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66 pada
tahun 1969.
• Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat. Parti
Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat
sementara PAS memenangi 12 kerusi.
• Sebab serta-merta Peristiwa 13 Mei 1969 ialah perarakan kemenangan parti-
parti politik. Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah menghina
orang Melayu semasa berarak di jalan-jalan raya Kuala Lumpur. Parti UMNO
pula mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969. Akibat perasaan emosi
yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak, rusuhan kaum
meletus pada hari tersebut.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 16


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

KESAN PERISTIWA 13 MEI

DARURAT

MAJLIS GERAKAN NEGARA

KESAN DARIPADA JAB. PERPADUAN NEGARA


PERISTIWA 13 MEI
MAJ. PERUNDINGAN NEGARA

RUKUN NEGARA

DASAR EKONOMI BARU

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 17


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PENGISYTIHARAN DARURAT

• Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan ahli jemaah menteri yang lain
telah menasihati YDPA untuk mengisytiharkan darurat.
• Ia berkuatkuasa serta merta di hari yang sama dengan rusuhan tersebut.
• Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi kuasa yang luas ke atas
hal keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraman awam, perbekalan
dan perkhidmatan.
• Apabila Ordinan Darurat yang kedua diisytiharkan, kuasa eksekutif
Persekutuan yang sebelum ini dipegang oleh jemaah menteri diberikan
kepada Timbalan Menteri iaitu Tun Abdul Razak yang akan mengetuai
sebuah gerakan dan bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 18


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

MAJLIS GERAKAN NEGARA

• Akibat daripada rusuhan yang berlaku, darurat telah berkuatkuasa pada 16 Mei
1969. Semua kerajaan berparlimen telah digantung.
• Semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara
(MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
dan pemimpin-pemimpin politik yang lain seperti Tun Dr. Ismail, Datuk Hamzah,
Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambathan..
• Pegawai-pegawai kanan kerajaan terdiri daripada Tan Sri Abdul Kadir
Shamsuddin,Tan sri Ghazali Shafie, Pegawai polis dan tentera seperti Tengku
Osman Jiwa dan Tan Sri Mohammad Salleh dan Leftenan Jeneral Datuk
Ibrahim Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 19


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

Fungsi-fungsi utama MAGERAN:


 mengembalikan keamanan dan undang-undang negara.

 Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna.

 Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh


negara.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 20


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN MAJLIS MUHIBBAH


NEGARA
• JPN ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing
rakyat ke arah perpaduan negara. Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Ghazali
Shafie.
• JPN juga berperanan mendraf satu ideologi untuk negara dan ideologi ini
dikenali sebagai Rukunegara.
• MMN diwartakan pada 18 Julai 1969 untuk memulihkan kepercayaan dan
keyakinan antara kaum, membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela.
• Pada 1 Januari 1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian
Perpaduan Negara .

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 21


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA

 Telah ditubuhkan pada 29 Januari 1970 dengan Tun Abdul Razak sebagai
Pengerusi.
 Ahli-ahli majlis ini terdiri:
 Menteri -menteri yang menganggotai MAGERAN.

 Kerajaan-kerajaan Negeri.

 Parti-parti politik.

 Sabah dan Sarawak.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 22


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Kumpulan-kumpulan agama.

 Badan-badan profesional.

 Perkhidmatan awam.

 Kesatuan sekerja dan persatuan majikan.

 Wartawan.

 Persatuan guru-guru.

 Kumpulan minoriti

 Fungsi utama Majlis tersebut ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta
mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang kaum.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 23


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Bertindak sebagai penasihat pada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang


berkaitan dengan perhubungan kaum.
 Hasil utama perbincangan Majlis Perundingan Negara ialah Rukun Negara dan
Dasar Ekonomi Baru

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 24


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR-DASAR PENDIDIKAN

• Sebelum kemasukan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan negara


adalah secara informal.
• Pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam memulakan sistem
pendidikan formal dengan cara membina sekolah-sekolah pondok.
• Sekolah ini mengajar pelajaran-pelajaran agama seperti bacaan al-quran,
Tajwid, Tafsir Al-Quran, Hadis, Fiqah dan Tauhid.
• Selepas kemasukan British, beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu
diperkenalkan.
• Akibat dasar ‘pecah dan perintah’, sistem pendidikan antara kaum di Tanah
Melayu juga terpisah.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 25


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

Sistem Pendidikan di Tanah Melayu di Zaman Penjajahan Inggeris

SEKOLAH RENDAH
Berbagai Sukatan Pelajaran

Sekolah Agama Sekolah Aliran Sekolah Vernakular


(Pondok) Inggeris Melayu

Sekolah Vernakular Sekolah Vernakular


Tamil Cina

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 26


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

Sistem Pendidikan di Tanah Melayu di Zaman Penjajahan Inggeris

PELAJARAN MENENGAH
Berbagai Sukatan Pelajaran

Sekolah Aliran
Madrasah Sekolah Cina
Inggeris

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 27


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR-DASAR PENDIDIKAN

• PENDIDIKAN DI SABAH
• PENDIDIKAN DI SARAWAK
• DASAR-DASAR PENDIDIKAN PADA TAHAP AWAL
• DASAR-DASAR PENDIDIKAN PERINGKAT KEDUA

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 28


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR-DASAR PENDIDIKAN PERINGKAT KEDUA


LAPORAN RAZAK 1956

• Tujuan-tujuan utama laporan ini ialah

1. Menyediakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu

3. Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan

4. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan


progresif.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 29


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

LAPORAN RAZAK

Pelajaran Sekolah Rendah

Sukatan Mata Pelajaran Yang Sama

Sekolah Rendah Kebangsaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan


Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
sebagai Cina
Bahasa Pengantar Tamil sebagai
Bahasa Pengantar

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 30


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

LAPORAN RAZAK

Pelajaran Sekolah Menengah

Sukatan Mata Pelajaran Yang Sama

Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan


Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
sebagai Bahasa Pengantar sebagai Bahasa Pengantar

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 31


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

LAPORAN RAHMAN TALIB 1960


 Selepas pilihan raya tahun 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib
telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor-syor dalam Laporan Razak. Syor-syor Penyata
Rahman Talib akhirnya telah digubal menjadi Akta Pelajaran 1961

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 32


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

SYOR-SYOR LAPORAN RAHMAN TALIB

1.Bahasa Melayu dijadikan sebagai pengantar di sekolah-sekolah dan universiti

2.Pelajaran percuma untuk sekolah rendah kebangsaan

3.Kelas peralihan untuk murid-murid sekolah vernakular

4.Jemaah Nazir Persekutuan diadakan

5.Pelajaran vokasional diperkenalkan

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 33


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 digubal berdasarkan Laporan Razak


1956 dan Laporan Rahman Talib 1960.
 Matlamat utama dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan
perpaduan di kalangan rakyat.
 Antara strategi-strategi yang digunakan:

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 34


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

1. Menyediakan kurikulum yang sama kandungannya

2. Mewajibkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar

3. Menggunakan buku teks berbahsa Melayu

4. Memperluaskan pendidikan vokasional dan teknikal

5.Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah


(KBSR)

6.Menyediakan pendidikan menengah mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah (KBSM)

7. Penggunaan satu peraturan jadual waktu yang sama untuk semua sekolah

8. Penggunaan satu sistem peperiksaan yang sama.

9. Penggunaan sistem penggal persekolahan yang sama.

10 Penggunaan sistem pentadbiran dan peraturan sekolah yang sama.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 35


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

SISTEM PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN

• Dimulakan pada tahun 1965 menggantikan ‘Sekolah Pelajaran Lanjutan’.


• Digubalkan berdasarkan Laporan Aminuddin Baki.
• Di antara matlamat Pendidikan Aneka Jurusan ;

1. Menaikkan umur berhenti sekolah kepada 15 tahun.

2. Memberi persediaan kepada pelajar untuk menjawat pekerjaan yang sesuai.

3. Mengeluarkan tenaga manusia berkemahiran untuk memenuhi sektor pertanian


dan perindustrian.

4. Menyediakan pelajaran aneka jurusan bermula dari Tingkatan 4.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 36


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR EKONOMI BARU

• Pada peringkat awal terutama sebelum tahun 1971, sebahagian besar program
pembangunan ekonomi negara bertumpu pada usaha untuk menggalakkan
pertumbuhan ekonomi yang diukur melalui ‘Keluaran Dalam Negara Kasar’ dan
pertambahan dalam ‘pendapatan perkapita’.
• Dilancarkan pada tahun 1970 bertujuan membetulkan ketidakseimbangan ekonomi
yang wujud di antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara.
• Bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan
peluang-peluang ekonomi yang saksama di kalangan semua rakyat Malaysia

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 37


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

• DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata iaitu:-


– mengurangkan dan membasmi kemiskinan dengan menambah
pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada
semua rakyat tanpa mengira kaum
– menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 STRATEGI DAN PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN:-


– Pembasmian kemiskinan mengikut kawasan luar bandar dan kawasan
bandar.
– Pembasmian kemiskinan mengikut negeri

– Pembasmian kemiskinan dengan penyediaan keperluan asas dan


mutu kehidupan

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 38


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

– Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum

– Penyusunan semula corak gunatenaga

– Penyusunan semula hakmilik dalam sektor “Syarikat”

– Pencapaian-pencapaian lain

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 39


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

 Idea untuk mewujudkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan timbul hasil dari


gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.
 Digubal untuk menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan
mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 40


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

1.Kebudayaan Rakyat Asal Rantau


– Malaysia berkongsi sejarah kebudayaan dengan beberapa negara ASEAN
seperti Indonesia, Filipina dan lain-lain.
– ASEAN boleh dilihat sebagai satu perikatan yang mengukuhkan hubungan
kerjasama dan memupuk pembentukan identiti dan keperibadian
kebudayaan.
– Menggambarkan banyak persamaan dalam bahasa yang berasaskan
rumpun bahasa Melayu
– Kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada kebudayaan kebangsaan.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 41


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

2. Penerimaan Unsur-unsur Kebudayaan Lain


– Kebudayaan terbentuk melalui interaksi antara manusia

– Kebudayaan adalah produk sejarah dan interaksi sosial

– Sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang berikutnya
melalui proses penyerapan dan penyesusian yang berterusan.
– Kebudayaan Malaysia melambangkan gabungan pelbagai budaya (Cina,
India, Arab, Barat)

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 42


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

PRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

3.Islam Menjadi Unsur Utama dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan


– Institusi keagamaan merupakan institusi sosial yang banyak mempengaruhi
tindak tanduk sosial
– Agama Islam sebagai agama rasmi menjadi unsur yang penting dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 43


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

RUKUN NEGARA

 Diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 merupakan ideologi kebangsaan negara


kita.
 Perlu bagi menimbulkan semangat dan identiti yang sama dan dapat
mengeratkan perpaduan negara memandangkan rakyat akan mempunyai
fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 44


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Prinsip-prinsip Rukun Negara ialah:


• Kepercayaan kepada Tuhan
• Kesetiaan kepada Raja dan Negara
• Keluhuran Perlembagaan
• Kedaulatan Undang-undang
• Kesopanan dan Kesusilaan
 Untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta
sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik,liberal dan progresif.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 45


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

MAKSUD PRINSIP RUKUN NEGARA

 Semua rakyat Malaysia mengakui bahawa kuasa Tuhan melebihi sebarang kuasa
lain.
• Islam merupakan agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh dianuti dan
berpegang teguh pada agama akan mempunyai peribadi dan sifat-sifat yang baik.
• Pegangan agama juga dapat memandu tindakan seseorang untuk berbuat baik
dan menghindari perbuatan jahat dan mengenali dosa dan pahala.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 46


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Menekankan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah lambang perpaduan negara


kerana Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.
• Rakyat mestilah taat setia kepada baginda dan negara.
• Kesetiaan adalah suatu semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan
rakyat.
• Prinsip ini juga bertujuan melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan sanggup
berkorban untuk negara demi keamanan dan kemajuan.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 47


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Menghendaki rakyat menghormati dan mematuhi Perlembagaan yang merupakan


undang-undang teringgi dalam negara.
• Melindungi hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara dan
seseorang rakyat tidak boleh menyoal kesetiaan rakyat yang lain berdasarkan
keturunan kaum.
• Aspek-aspek utama dalam negara perlu dipatuhi sebagaimana yang dinyatakan
dalam Perlembagaan Malaysia adalah;
• Konsep Raja Berpelembagaan
• Kedudukan kaum Bumiputera dan bukan Bumiputera
• Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
• Agama Islam
• Hak asasi rakyat terjamin
• Kewarganegaraan

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 48


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Keadilan dalam masyarakat dijamin oleh undang-undang.

• Setiap rakyat tidak kira kaum atau agama adalah sama rata di sisi undang-
undang.
• Rakyat mesti mematuhi dan menghormati undang-undang negara.
• Jika kedaulatan undang-undang dipertahankan, masyarakat dapat terus
membangun dan anggotanya dapat hidup dalam aman dan harmoni.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 49


LAN 1003 – Pengajian Malaysia BAB 8:INTEGRASI DAN PERPADUAN NEGARA

 Prinsip kelima - rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan
berkelakuan baik.
• Pengamalan prinsip ini boleh membawa pada perhubungan yang harmoni dalam
masyarakat kita.
• Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur kata seseorang dan
prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus untuk
menjamin hubungan baik sesama kaum terus kekal.
• Pembentukan masyarakat berbilang kaum yang harmoni dapat dilahirkan
sekiranya setiap individu dalam masyarakat boleh berpegang teguh pada prinsip
kelima ini.

Cosmopoint Copyright Reserved 2002 50

You might also like