Task Mpu 3052 3

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

TOPIK 4

TAMADUN
MELAYU
NAMA AHLI KUMPULAN:
NUR AZWANIS
NOR AIMI MUNYATI
ILHAM FATIHAH
MUHAMMAD AQIL NAJMI
ISI
KANDUNGAN 01 02
PEMBENTUKAN PERKAITAN ANTARA
TAMADUN AGAMA ISLAM DENGAN
MELAYU TAMADUN MELAYU

03 04 05
PERBEZAAN MELAYU
CIRI-CIRI BUKTI TAMADUN DEUTRO DENGAN
TAMADUN MALAYSIA BERASASKAN MELAYU PROTO DALAM
KEPADA TAMADUN KONTEKS TAMADUN
MELAYU MELAYU DI ALAM
MELAYU NUSANTARA
4.1
KONSEP TAMADUN
MELAYU
DEFINISI TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu ialah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok


manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang
Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara. Wilayah
ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan
Melayu, Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam
Melayu & Tanah Jawi.
KONSEP TAMADUN MELAYU
 Menurut Tenas Effendy (2004), istilah Melayu mempunyai maksud yang dalam & luas. Sebahagian pengkaji menegaskan,
pada istilah Melayu terdapat dua pengertian, iaitu “Melayu” dan “kemelayuan”. Melayu dimaksudkan sebagai satu rumpun
bangsa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu, sementara kemelayuan mengandungi erti “nilai anutan” & “jati diri
Melayu”. Istilah Melayu juga boleh ditakrifkan berdasarkan kriteria mengikut rumpun bangsa & bahasanya iaitu Melayu.
Pelbagai suku yang tergolong dalam Melayu-Indonesia adalah seperti Jawa, Sunda, Madura, Aceh, Minangkabau, Bajau,
Murut, Bugis, Sasak, Melanau, Iban & Sulu.
 Tamadun Melayu ialah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu berteraskan bahasa Melayu setelah
kedatangan & penerimaan Islam di seluruh rantau alam Melayu.
 Menurut Ismail Hamid (1985), kedatangan Islam ke Nusantara telah membawa perubahan sehingga menjadikan bangsa
Melayu sebahagian daripada dunia Islam.
 Perubahan tersebut dapat dilihat dari semua aspek kehidupan seperti bidang bahasa, sastera, intelektual, undang-undang,
kepercayaan, politik, adat istiadat & kesenian.
4.2
PEMBENTUKAN
TAMADUN
MELAYU
KRONOLOGI PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU

ZAMAN PALEOLITIK ZAMAN MESOLITIK ZAMAN NEOLITIK


(35,000 TAHUN (11,000 TAHUN (5,000 TAHUN
LALU) LALU) LALU)

ZAMAN
KEDATANGAN
ZAMAN BESI (2,500
ISLAM DI
TAHUN LALU)
NUSANTARA (ABAD
KE-11 MASIHI
PEMBENTUKAN
TAMADUN MELAYU

KELOMPOK
ISTILAH MELAYU
TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu terdiri daripada bangsa Istilah Melayu juga dikenali
Melayu yang mendiami kawasan di Asia dengan ciri-ciri bangsa
Tenggara yang dikenali sebagai gugusan Melayu, adat Melayu,
kepulauan Melayu (The Malay
berbahasa Melayu,
Archipelago) meliputi Melayu-Indonesia,
Alam Melayu Nusantara atau dipanggil berbudaya
sebagai Tanah Jawi Melayu dan beragama Islam
.
PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU
Tamadun awal yang terdapat di kawasan Asia Tenggara selalunya dibentuk oleh orang Melayu.
Kebudayaan orang Melayu berjaya menghasilkan tamadun awal di rantau Asia Tenggara kerana
teknologi mereka pada waktu itu mampu untuk menguasai laluan perdagangan jarak jauh yang melalui
kawasan perairan kerajaan awal Melayu. Kemampuan ini membezakan masyarakat Melayu daripada
masyarakat lain di rantau Asia Tenggara, yang selalunya lebih tertumpu ke kawasan pedalaman Asia
Tenggara. Selepas kemunculan kerajaan Melayu awal ini, perkembangan seterusnya dalam tamadun
masyarakat Melayu adalah dalam bentuk kerajaan Melayu Islam. Kemunculan kerajaan Melayu Islam
adalah penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Melayu. Penggabungan antara kebudayaan
Melayu dan agama Islam membentuk satu tamadun Melayu yang baru iaitu satu tamadun yang
menjadi asas kepada identiti kebudayaan Melayu dan yang menjadi teras kepada pembentukan
tamadun Malaysia.
Tamadun Melayu ialah tamadun menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu
berteraskan bahasa Melayu setelah kedatangan dan penerimaan Islam di seluruh rantau alam
Melayu. Pemahaman terhadap tamadun Melayu sebagai satu tamadun bangsa di rantau alam
Melayu amat bersandar kepada pemahaman terhadap tamadun Islam. Ini kerana kemunculan
tamadun Melayu bertitik tolak daripada penerimaan Islam oleh masyarakat rantau alam
Melayu secara keseluruhannya. Tamadun Melayu terbina dengan nilai falsafah Islam yang
tercerna dalam world view masyarakat Melayu. Setiap gerak, tingkah dan usaha orang
Melayu disandarkan kepada falsafah Islam. Oleh itu, akar umbi bagi tamadun Melayu adalah
tamadun Islam. Hal ini menjadi kaitan utama kerana Islam telah berjaya merubah
kepercayaan, pemikiran, budaya dan tingkah laku masyarakat Melayu di negara dan rantau
ini.
4.3
CIRI-CIRI TAMADUN
MELAYU
Wujudnya sistem perundangan yang jelas dan teratur serta sistem nilai melalui etika
dan moral yang berwibawa.Sistem ini dikuatkuasakan untuk menjamin kemakmuran
dari semua perlakuan dan tindak tanduk masyarakat Melayu dalam segala aktiviti

Kemajuan ilmu pengetahuan melalui lahir dan berkembangnya daya kreativiti dalam
penciptaan sains,teknologi,kesenian,kesusasteraan,falsafah dan sebagainya

Terdapat penempatan masyarakat melayu di sesuatu atau beberapa kawasan yang


disatukan menjadi bandar,kota atau negara kota serta mempunyai pusat
pentadbiran yang tersusun

Peningkatan kualiti hidup melalui pendidikan,kesihatan dan perekonomian


Jangka hayat tamadun Melayu yang stabil dan panjang

Wujudnya sistem organisasi sosial dan institusi sosial yang kukuh dalam
bidang pentadbiran,ekonomi,politik,pendidikan,agama dan sebagainya

Penggunaan sistem tulisan,komunikasi dan bahasa yang sama atau


serumpun

Terdapatnya sistem kepercayaan agama(islam)dan amalan beragama


4.4
HUBUNGAN TAMADUN
MELAYU DENGAN ISLAM
Interaksi antara tamadun Melayu dengan Islam bermula apabila agama Islam
mula berkembang di alam Melayu. Perkembangan Islam di alam Melayu ini
mulanya dibawa oleh orang Arab yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-7
Masihi. Ini dapat dibuktikan melalui catatan tulisan Arab atau Jawi yang dipahat
di batu nisan dan batu bersurat. Selain daripada itu terdapat juga pendapat yang
mengatakan Islam masuk ke Tanah Melayu melalui India dan China.
Kedatangan Islam ke alam Melayu telah diterima baik oleh orang Melayu kerana
faktor ketaatan mereka terhadap sultan, pembesar istana dan tok guru.
Kemasukannya juga berlaku secara aman berdasarkan faktor dakwah, geografi,
perekonomian, perkahwinan serta faktor politik dan penaklukan.

Coedes (1968) menjelaskan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu telah


mengubah kepercayaan kehidupan beragama daripada dinamisme, animisme,
naturisma, pluralisme (Hinduisme dan Buddhisme) kepada monoteisme dengan
menyembah Tuhan yang Esa. Ia juga turut mengubah pemikiran orang Melayu
terhadap unsur religi dan magi. Kedatangan tamadun Islam mengubah corak
pemikiran, akidah dan akhlak masyarakat Melayu melalui sikap hormat-
menghormati antara manusia, cara berpakaian, cara berpolitik, kebudayaan dan
menitikberatkan soal persamaan taraf.
Biarpun Islam telah mengubah kepercayaan dan fahaman keagamaan kepada
orang Melayu, namun masyarakat Melayu masih tekal dengan identiti dan entiti
kemelayuan dengan mengekalkan nilai dan struktur yang tidak berlawanan
seperti lemah lembut, sopan santun dan sebagainya. Didikan ibu bapa atau
keluarga sangat dalam sehingga nilai kemelayuan tidak terhapus dengan
kedatangan Islam. Secara kebetulan pula nilai murni orang Melayu selari dengan
nilai Islam. Ini yang menyebabkan orang Melayu mudah menerima Islam dan pada
masa yang sama masih mengekalkan identiti kemelayuan(buerah Tunggak&Hussin
Salamon,2011)

Kesimpulannya, interaksi tamadun Islam dengan tamadun Melayu memberi


kesan besar dalam pembangunan tamadun Melayu, terutamanya dari aspek
pembangunan insan dan kesannya dapat dilihat sehinggalah hari ini.
4.5 TAMADUN MELAYU
ASAS TAMADUN
MALAYSIA
ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN MELAYU

1. Pengamalan agama Islam


2. Penerapan nilai jati diri
3. Pemupukan nilai estetika dan budaya
4. Pembinaan nilai politik dan perundangan
5. Pembinaan pembangunan ekonomi
6. Pembinaan institusi pendidikan
PENGAMALAN AGAMA
ISLAM
 Agama Islam telah memainkan peranan yang penting dalam membina tamadun Melayu.
 Islam juga datang membawa perubahan secara drastik iaitu dengan menekankan unsur akidah, akliah,
persamaan sosial, keadilan dan kemuliaan insan.
 Agama Islam yang bersifat murunah (lentur) sangat sesuai dengan jiwa dan budaya masyarakat
Melayu yang bersifat lemah lembut dan saling bertolak ansur.
 Pendidikan Islam yang bermula di istana telah dikembangkan di masjid, madrasah, pondok, sekolah
dan universiti.
PENERAPAN NILAI JATI DIRI

1. Jati diri Melayu diasuh melalui pengamalan lima rukun negara dan nilai
patriotisme melalui persejarahan bangsa. Vgghhbhg
2. Antara nilai yang diketengahkan adalah bertanggungjawab, jihad, istiqamah,
ihsan, jujur dan ikhlas, adil, bijaksana, bertolak ansur, cekap, produktif, dedikasi
serta kerjasama. fggggfggffdfd
3. Di samping itu, nilai asal sedia ada dalam masyarakat Melayu
yang terkenal adalah sopan santun, hormat-menghormati, taat setia dan mesra.
PEMUPUKAN NILAI ESTETIKA DAN
BUDAYA
● Masyarakat Melayu sangat terkenal dengan seni estetika seperti seni sastera, seni
lagu, seni tari, seni ukiran, seni bina, seni hias dan seni drama.
● Selain itu seni ukir batu nisan dengan seni tulisan khat juga berinspirasikan daripada
tamadun Islam.
● Seterusnya, seni lagu dan muzik tamadun Melayu di Malaysia juga tidak terkecuali
daripada menerima pengaruh Islam di samping seni kontemporari semasa seperti
muzik dakwah, nasyid, qasidah, muzik keroncong, muzik Melayu asli dan
sebagainya.
PEMBINAAN NILAI POLITIK DAN
PERUNDANGAN
o Pentadbiran negara pula mula ditandai melalui kesultanan Melayu Melaka.
o Politik Islam melalui musyawarah dalam membuat sebarang keputusan telah
diimplementasikan di setiap jabatan kerajaan di samping politik demokrasi dalam menentukan
dan memilih kepimpinan negara.
o Islam telah mempengaruhi perundangan Malaysia sejak pemerintahan Kerajaan Melayu
Melaka.
o Sistem perundangan Islam yang dilaksana oleh Kesultanan Melaka bukan sahaja berkisar dalam
bidang kekeluargaan (munakahat), jual beli (muamalat), jenayah (jinayat) dan kemasyarakatan
(muamalat) malah ia turut melangkaui bidang sivil.
PEMBINAAN PEMBANGUNAN EKONOMI

 Dari aspek perekonomian, sekali lagi Melaka telah mencatatkan sejarah kegemilangannya dalam
urusan perdagangannya dengan negara penjajah dari Eropah seperti Belanda dan Inggeris.
 Namun, tidak ketinggalan juga proses perdagangan yang berlaku dengan negara dari Timur Tengah
(Arab).
 Perkembangan pesat ekonomi Semenanjung Tanah Melayu telah mencetuskan keperluan tenaga
kerja di sektor perladangan dan perlombongan.
 Pada tahun 1970, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi merapatkan jurang
perbezaan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu (pertanian), masyarakat Cina (perniagaan)
dan masyarakat India (perladangan).
PEMBINAAN INSTITUSI
PENDIDIKAN
 Menurut Winstedt, bahasa Melayu sebelum kewujudan Islam di alam
Melayu ditulis dengan menggunakan huruf Kawi dan Nagari yang
berasal dari Pallava, India.
 Manakala tulisan Jawi mulai terkenal dalam tamadun Melayu selepas
kedatangan Islam.
 Kedatangan penjajah Inggeris dengan membawa tulisan Rumi turut
menjadi cabaran kepada tulisan Jawi.
 Kehadiran Inggeris dengan misi kristianisasi telah gagal mengubah
akidah orang Melayu yang kuat berpegang dengan akidah Islam tetapi
telah berjaya menggantikan tulisan Jawi dengan tulisan Rumi.
4.6 PERBEZAAN MELAYU
DEUTRO DENGAN MELAYU
PROTO
Melayu Proto Melayu deutro

• Lebih maju daripada orang negrito • Lebih maju berbanding orang Melayu-
• Hidup berpindah randah Proto
• Pandai membuat alat cucuk tanam dan • Hidup secara berkelompok dan tinggal
perhiasan menetap
• Dikenali sebagai zaman Neolitik atau • Menggunakan alat pemburuan &
Zaman Batu Bata pertanian daripada zaman besi
• Dikenali sebagai zaman logam
-Kesimpulan-

    Tamadun Melayu adalah sebuah tamadun yang unik, kerana perkembangannya


melalui beberapa tahap yang penting. Tamadun Melayu mengambil masa berabad-
abad lamanya untuk menjadi sebuah tamadun yang unggul, setanding dengan
tamadun-tamadun dunia yang lain. Sekarang masyarakat Melayu telah mencapai
kegemilangan yang tinggi, malah perkembangan tamadun Melayu telah menerima
pelbagai cabaran untuk berkembang. Diharap generasi akan datang tidak akan
mensia-siakan segala perjuangan yang telah diusahakan oleh generasi dahulu, dan
akan berusaha memantapkan lagi kekuatan yang dimiliki sekarang.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like