Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

FAKTOR-FAKTOR

SITUASI
PEMBUATAN
KEPUTUSAN
• Pengaruh factor situasi terhadap pembuatan keputusan
-merangkumi factor dalaman seperti sokongan dan komitmen daripada rakan
sekerja,kemampuan dan keupayaan syarikat
-faktor luaran seperti situasi ekonomi,perundangan,kepastian,kesamaran,berisiko dan
ketidakpastian
Kepastian
• Pembuat keputusan mempunyai maklumat yang lengkap, jelas dan tepat tentang
punca masalah dan alternatif penyelesaian. Kesannya hasil yang diperoleh daripada
keputusan yang dibuat adalah lebih jelas dan tepat.
• Keputusan yang dibuat akan diyakini mencapai matlamat yang ditetapkan.
• Pengalaman pembuat keputusan pada masa-masa lepas selain keputusan yang dibuat
merupakan masalah yang berulang-ulang atau rutin, maka hasil keputusan dapat
dijangkakan.
• Contohnya, membuat keputusan dalam pembelian peralatan kilang, penyelenggaraan
pejabat dan lain-lain.
Risiko

• Pembuatkeputusan mempunyai maklumat yang lengkap, mencukupi dan jelas tentang punca masalah.
• Tetapi hasil yang akan diperoleh daripada keputusan yang dibuat adalah tidak jelas dan masih tertakluk
kepada kebarangkalian.
• Keadaan berisiko ini juga wujud disebabkan keadaan persekitaran yang sentiasa berubah. Ini kerana
maklumat yang digunakan memungkinkan keputusan yang dibuat tidak sesuai dengan perubahan
persekitaran.
• Pembuat keputusan mengetahui masalah yang ingin diselesaikan dan alternatif-alternatif yang boleh
digunakan.
• - Pembuat keputusan akan berusaha mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang ada bagi
mengurangkan kebarangkalian kegagalan mencapai matlamat dalam membuat keputusan.
• Tindakan dan hasil yang diperoleh dari keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kebarangkalian objektif
iaitu menggunakan model matematik atau kebarangkalian subjektif iaitu menggunakan pengalaman dan
pertimbangan.
• Contohnya, membuat keputusan dalam menjual produk di kawasan pasaran yang baharu.
Ketidakpastian
• Pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat yang lengkap, mencukupi dan
jelas tentang punca masalah.
• Tetapi hasil yang dijangkakan akan diperoleh daripada keputusan yang dibuat
adalah jelas dan boleh dicapai.
• Pembuat keputusan menggunakan pengalaman, kreativiti dan pertimbangan
untuk membuat ramalan ke atas sesuatu situasi yang berlaku.
• Contohnya, membuat keputusan dalam menghadapi kemasukan pesaing
baharu atau produk baharu dalam pasaran yang tidak dijangkakan.
Kesamaran
• Pembuat keputusan tidak mempunyai maklumat yang lengkap, mencukupi dan jelas tentang punca
masalah.
• Manakala kesan daripada hasil yang dijangkakan akan diperoleh daripada keputusan yang dibuat juga
tidak jelas dan tidak mungkin dicapai.
• Pembuat keputusan tidak mempunyai alternatif yang sesuai dan terbaik untuk digunakan dalam proses
pemilihan pembuatan keputusan. Juga tidak mengetahui matlamat dengan jelas dan masalah yang
dihadapi secara terperinci.
• Pembuat keputusan menghadapi konflik antara matlamat yang ingin dicapai dengan alternatif yang ada
kerana ketiadaan maklumat yang lengkap dan jelas.
• Pembuat keputusan harus bertindak bijak dengan berimaginatif dalam mengenalpasti masalah yang
mungkin berlaku serta bersikap analitikal dalam pemerhatian terhadap persekitarandalam menyelesaikan
sesuatu masalah.

You might also like