Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

DASAR WARGA

EMAS
KEBANGSAAN
 Merupakan ahli maysyarakat dan negara yang mempunyai banyak
pengalaman dan kemahiran.
 Banyak memberi sumbangan selama ini dan mempunyai potensi
untuk menyumbang kepada keluarga,masyarakat dan negara.
 Oleh itu, mereka wajar mendapat perhatian,penghormatan dan kasih
saying bagi memastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang
hayat.
 Dasar ini digubal untuk mewujudkan masyarakat warga tua yang
sejahtera, bermaruah, mempunyai martabat diri yang tinggi dengan
mengoptimumkan potensi diri mereka dan menentukan bahawa
mereka menikmati semua peluang di samping mendapat penjagaan
dan perlindungan sebagai ahli keluarga,masyarakat dan negara
OBJEKTIF

 Meningkatkan kehormatan dan martabat diri warga tua


dalam keluarga, masyarakat dan negara
 Memajukan potensi warga tua agar mereka terus aktif dan
produktif dalam pembangunan negara serta mewujudkan
peluang untuk membantu mereka terus hidup berdikari
 Menyediakan kemudahan-kemudahan yang tertentu demi
menjamin penjagaan dan perlindungan warga tua ke arah
kesejahteraan hidup mereka
STRATEGI
 Memastikan warga tua mendapat layanan yang adil dan saksama tanpa mengira umur, jantina,
keturunan etnik, agama, kecacatan, atau lain-lain keadaan dengan tidak mengambil kira
keupayaan sumbangan mereka
 Membolehkan warga tua menikmati peluang untuk merealisasikan potensi optimum mereka
 Memudahkan warga tua mendapat peluang untuk terus berkhidmat dan memberikan sumbangan
kepada negara
 Memastikan warga tua dapat menikmati persekitaran yang selamat dan mudah diubahsuaikan
selari dengan keupayaan yang berubah
 Membolehkan warga tua memainkan peranan dalam masyarakat dan melibatkan diri secara aktif
dalam penggubalan dasar-dasar berkaitan dengan kesejahteraan mereka
 Mewujudkan kemudahan bagi penjagaan dan perlindungan dalam keluarga dan masyarakat
sesuai dengan sistem dan nilai-nilai masyarakat negara ini
 Menggalakkan pelaksanaan kajian-kajian mengenai warga tua bagi tujuan
pengumpulanmaklumat untuk kegunaan perancangan program pembangunan warga tua
DASAR
INTEGRASI
NASIONAL
• DIN merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbeza latar
belakang,budaya dan cara hidup untuk menjadi 1 entiti yang terikat oleh
norma masyarakat demi kepentingan bersama.
• Perpaduan diertikan dengan hubungan rapat dan sifat bertoleransi yang
sengaja diwujudkan untuk mencapai matlamat bersama.
• Wujudnya IN menunjukkan persefahaman antara kaum yang timbul
sendiri tanpa paksaan
• Keharmonian yang berpanjangan dapat dinikmati oleh masyarakat
FAKTOR-FAKTOR PENGHALANG
INTEGRASI NASIONAL
 • Sifat Perkauman-wujud dikalangan sesetengah masyarakat turut menyukarkan
integrasi.
 • Perbezaan sosial ekonomi-Perbezaan dari pengenalan kaum mengikut ekonomi
yang wujud sejak zaman penjajahan Inggeris telah menyebabkan wujudnya
perasaan cemburu terhadap sesuatu kaum
 • Perbezaan kebudayaan-Ketidakfahaman dan tiadanya pendedahan terhadap
corak hidupdan budaya sesuatu kaum.
 • Perbezaan tempat tinggal-pengelompokan kaum dari segi tempat tinggal
menyebabkan tiadanya komunikasi atau hubungan antara kaum turut
menyebabkan masalah ini.
STRATEGI
 • Perlembagaan persekutuan-Perkara 8,perlembagaan persekutuan menyentuh
tentang kesamarataan disisi undang undang iaitu semua orang berhak mendapat
perlindungan disisi undang undang.
 • Politik-Parti yang memerintah negara(BN) adalah gabungan beberapa parti
perkauman seperti UMNO,MCA,MIC dan sebagainya.
 • Sukatan pelajaran yang sama-Melalui pembelajaran sukatan yang sama diharap
semangat patriotik dan persefahaman wujud antara kaum.
 • Akta keselamatan dalam negeri-berkuasa menahan sesiapa yang menimbulkan
masalah dalam negara dan boleh ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan.
PELAN
INTEGRASI
NASIONAL
 Dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2004 dengan fokus utamanya untuk
menanamkan dan memupuk budaya etika dan integriti dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
 Pelan ini selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk
masyarakat yang kukuh dari segi ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur.
 Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana
dapat memastikan perlaksanaan apa-apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik
serta beretika.
 Pelan ini membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha
yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan
hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha
mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan
seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau kerenah
birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu
program.
OBJEKTIF
 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supava mereka dapat bekerjasama
dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, harmoni, berintegriti,
bermoral, dan beretika
 Meningkatkan kesedaran, komitmen, dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha
peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam
semua bidang
 Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti
 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan
peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat
 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran
abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan
NILAI-NILAI
 Amanah: Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas
 Benar: Setiap amalan, tindakan, dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran, undang-
undang dan peraturan
 Bijaksana: Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana
berpandukan ilmu, kemahiran, dan tahap profesionalisme yang tinggi
 Telus: Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses yang telus dan
maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi tidak bercanggah dengan
undang-undang dan peraturan
 Adil: Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan
keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan, serta fakta yang lengkap dan
tepat
 Bersyukur: Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan
anugerah yang diperoleh serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima
STRATEGI

 Strategi 1 : Memantapkan Keberkesanan Tadbir Urus Terbaik


 Strategi
2: Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian
Perkhidmatan
 Strategi3: Melaksanakan Program Kesedaran Memerangi
Rasuah, Penyelewengan dan Salah Guna Kuasa, serta
MeningkatkanIntegriti
 Strategi 4 : Memantapkan Pentadbiran Sistem Keadilan
 Strategi 5 : Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia

You might also like