Penggolongan Dan Penghasilan Bunyi Bahasa

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PENGGOLONGAN DAN

PENGHASILAN BUNYI
BAHASA
 Bunyi-bunyi bahasa Melayu tergolong kepada 3.

Vokal Konsonan Diftong


BUNYI VOKAL

 Bunyi vokal adalah bunyi bahasa yang bersuara.


 Semasa menghasilkan bunyi vokal, udara dari parukeluar
berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
sebarang gangguan atau sekatan udara.
 Dalam bahasa Melayu, terdapat enam vokal asli.
VOKAL LAMBANG NAMA VOKAL

Vokal depan [i] Vokal depan sempit

[e] Vokal depan separuh sempit

[a] Vokal depan luas

Vokal tengah [ ] Vokal tengah

Vokal belakang [u] Vokal belakang sempit

[o] Vokal belakang separuh sempit


 Vokal bahasa melayu
Taburan vokal asli bahasa Melayu

kedudukan
Vokal
Awal kata Tengah kata Tengah kata Akhir kata
(terbuka) (tertutup)

i iring bilah singkat serambi


e taling esak lereng rembat sate
a asasi cerakin dangkal geroda
u urat buruh kumpul soldadu
o olahraga roboh rongga logo
e[ ] eram selesema tengkorak sosialisme
BUNYI KONSONAN

 Bunyi selain bunyi vokal.

 Boleh terdiri daripada bunyi yang bersuara dan bunyi yang


tidak bersuara.

 Semasa menghasilkan bunyi konsonan, udara dari paru-paru


menerima sekatan atau gangguan udara.

 Konsonan bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada konsonan


asli dan konsonan pinjaman.
 Konsonan Letupan
 Sembilan konsonan asli boleh hadir di awal di awal, di tengah, dan
di akhir kata, iaitu, p, t, m, n, /ng/, s, h, r, dan l. konsonan b, d, g, c,
dan j hanya hadir di akhir kata pinjaman seperti pada kata adab,
akad, log, pic, dan sosej.
 Konsonan pinjaman bahasa Melayu digunakan pada kata-kata
yang dipinjam daripada bahasa sumber, sama ada daripada
bahasa Sanskrit, bahasa Arab, ataupun bahasa Inggeris. Bunyi
konsonan tersebut terdiri daripada konsonan geseran seperti
berikut :
a) geseran bibir-gigi tak bersuara [f]
b) geseran bibir-gigi bersuara [v]
c) geseran gigi tak bersuara [θ]
d) geseran gigi bersuara [ð]
e) geseran gigi-gusi bersuara [z]
f) geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š]
g) geseran lelangit lembut tak bersuara [x]
h) geseran lelangit lembut bersuara [ ]
 Konsonan pinjaman
BUNYI DIFTONG

 Percantuman dua bunyi vokal yang dihasilkan dengan satu


hembusan nafas.
 Bersifat satu suku kata dan mempunyai satu puncak
kelantangan kerana berlaku geluncuran dari satu vokal yang
mendahului ke vokal yang mengikutinya.
 Diftong mesti dibezakan dengan vokal rangkap yang merupakan
urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan
dan dua suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata saing
dan laung. Vokal a dan i pada kata saing dan vokal a dan u pada
kata laung itu ialah dua vokal penuh dan kata itu terdiri daripada
dua suku kata, iaitu sa dan ing serta la dan ung.

 Diftong vs vokal rangkap


 Terdapat tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu, iaitu [ai], [au],
dan [oi]. Contoh kata yang mengandungi bunyi diftong adalah
seperti yang berikut ini :
a) Diftong [ai] – Aidiladha, baiduri, tembikai
b) Diftong [au] – aura, daulat, lampau
c) Diftong [oi] – boikot, peroi.
lemon

soalan

You might also like