Perhubungan Awam

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Definisi

• Apakah yang dikatakan perhubungan awam. Perhubungan


awam adalah merupakan aktiviti-aktiviti ataupun
program-program yang dijalankan oleh syarikat untuk
mendapatkan kepercayaan, penerimaan pemahaman
daripada orang ramai, serta untuk membina imej sesebuah
syarikat. Contohnya program-program berkenaan adalah
seperti derma kebajikan , ceramah daripada pihak
pengurusan dan majlis makan malam anjuran syarikat.
Siapakah Orang Awan?
• Ia merangkumi pelanggan syarikat, bakal
pelanggan, pemegang saham, pekerja
syarikat, pembekal, masyarakat setempat
( yang tinggal berhampiran kawasan syarikat
atau mereka yang sentiasa memerhati segal
tindakan syarikat) dan pihak kerajaan. Oleh
itu perhubungan awam adalah penting dalam
menjaga hubungan baik dan reputasi syarikat
di kalangan pihak awam.
Tujuan
• Dasar Perhubungan Awam bermatlamat untuk
“mempastikan imej baikOrganisasi sentiasa
terpelihara dan dipertingkatkan melalui
persefahaman,penerimaan, kepercayaan, keyakinan
dan kerjasama yang diperolehiberkaitan layanan dan
perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan
berkesandalam hubungannya dengan orang ramai”.

• Tujuan asas perhubungan awam adalah untuk


mendapatkan sokongan masyarakat atau kumpulan-
kumpulan tertentu terhadap sesebuah organisasi atau
sesebuah program.
• Sokongan ini akan timbul sekiranya individu atau
kumpulan yakin terhadap objektif
organisasi/program dan faedah yang boleh didapati,
sama ada oleh individu/masyarakat/negara.

• Menjadi tugas dan tanggungjawab individu-


individu organisasi untuk memberitahu masyarakat
umum tentang aktiviti yang dijalankan oleh
organisasi dan individu bagi membolehkan
masyarakat umum membulatkan pandangan dan
sikap mereka terhadap organisasi.
• Dengan perkataan lain imej organisasi perlu
berada di peringkat yang terbaikdan tugas
individu dalam organisasi adalah untuk
menjaga dan mengekalkanimej ini
Objektif
a) Identiti Korporat
Untuk memperkenal dan memberi kesedaran
kepada orang ramai akan kewujudan Jabatan dan
juga peranan, tugasdan fungsi-fungsinya.

b) Imej Korporat
Untuk membina, meningkat dan memelihara
dengan baik Imej Korporat Jabatan yang dapat
digambarkan sebagai positif,dinamik, proaktif,
kreatif dan kritis.
c) Budaya Korporat
Untuk menjalin dan memelihara hubunganpersefahaman yang
erat dan kerjasama yang rapat antara Jabatan dengan publiknya.
Publik merupakan individu, kumpulan-kumpulan individu atau
organisasi yang mempunyai kepentingan terhadap Jabatan.
Publik sasaran ini meliputi publik dalaman dan publik luaran.

d) Komunikasi
Untuk mengadakan saluran komunikasi dua hala
yangmelibatkan tiga komponen utama iaitu:
a.Pengurusan Jabatan
b.Proses Komunikasi yang berterusan dari masa ke semasa
c.Publik Sasaran
e) Kekitaan
Untuk mengukuh dan memupuk semangat
kekitaan di kalangan anggota Jabatan (publik
kakitangan) yang juga merupakan publik
dalaman iaitu individu-individu yang berada
dalam ruang lingkup Jabatan. Publik
Kakitangan merangkumi pihak pengurusan
Jabatan, pihak pekerja dan kesatuan sekerja.
FUNGSI PERHUBUNGAN AWAM
1.Mengukur, menilai dan menginterpretasikan sikap pelbagai
publikyang berkenaan (Peringkat mengumpul maklumat
daripada publik yang boleh mempengaruhi kedudukan)

2.Membantu pihak pengurusan dalam mendefinisikan objektif


untukkefahaman dan penerimaan publik terhadap barangan,
rancangan,polisi dan tenaga pekerja.

3.Melengkapkan objektif ini dengan kepentingan keperluan


danmatlamat pelbagai publik yang berkenaan (peringkat
membuatperancangan).

4.Membentuk, menilai dan menjalankan kefahaman publik.


(Kenyataanakhbar, sidang akhbar, ikhlan, promosi, pameran,
rumah terbuka,derma atau apa saja kegiatan lain yang boleh
mendatangkan imejyang baik.
PRINSIP PERHUBUNGAN AWAM YANG
BAIK DALAM ORGANISASI
1.Memahami alam politik organisasi.
2.Mempelajari dan memahami system
komunikasi tisdak formal.
3.Mencari pengalaman untuk meningkatkan
kemahiran.
4.Mencari rakan sumber idea dan kerja.
5.Menyesuaikan matlamat diri dengan organisasi.
6.Belajar berkomunikasi dengan baik.
7.Hindarkan berkomplot merancang menentang.
Alat-Alat Utama Perhubungan Awan
1. Berita
• Bahagian perhubungan awam mencipta berita yang
menarik tentang syarikat, polisi, produk atau pekerjanya
dan menghantar bahan tersebut kepada pihak media
untuk disiarkan.

2. Ucapan
• Eksekutif perhubungan awam syarikat memberi
ceramah di persatuan-persatuan perdagangan atau
mesyuarat jualan serta menjawab soalan-soalan yang
berhubungkait dengan syarikat, produk dan
perkhidmatan.
3. Peristiwa istimewa
• Bermula daripada konferens berita, lawatan
akhbar, pelancaran, pertunjukkan bunga api,
pancaran laser, pelepasan belon panas,
persembahan multimedia hingga kepada
program pendidikan yang direkabentuk utnuk
mencapai pihak awam sasaran.

4. Bahan-bahan bertulis
• Contoh: laporan tahunan, brosur, artikel, surat
pemberitahuan serta majalan syarikat.
5. Bahan-bahan pandang dengar.
• Contoh: filem, program slaid dan bunyian, video
dan kaset digunakan sebagai alat komunikasi.

6. Bahan-bahan identiti korporat


• Contoh: Logo, alat tulis, brosur, papantanda,
borang perniagaan, kad perniagaan, bangunan,
pakaian seragam dan kereta serta trak syarikat,
semuanya menjadi alat pemasaran apabila ia
menarik, unik dan mudah diingati.
7. Akvititi perkhidmatan awam
• Syarikat dapat memperbaiki hubungan baik
dengan pihak awam melalui cara
menyumbangkan wang dan meluangkan masa
untuk aktiviti khidmat awam.

You might also like