Professional Documents
Culture Documents
Sejarah Sekolahku
Sejarah Sekolahku
SEKOLAH KEBANGSAAN
KUALA DUNGUN
DISEDIAKAN OLEH :
AIRISH AZUREEN BINTI MOHD ASMADI
4 SIDDIQ
SEJARAH SEKOLAH
SEKOLAH INI BERMULA PADA 3 APRIL 1948 APABILA MURID-MURID PEREMPUAN
DIASINGKAN DARI SEKOLAH MELAYU LAKI-LAKI KE SEBUAH BANGUNAN DI
KAMPUNG BAHARU DUNGUN DAN MEMAKAI NAMA SEKOLAH MELAYU
PEREMPUAN DUNGUN.
Pada awal tahun 1963 sekolah ini telah menerima seorang kerani dan seorang
tukang kebun sebagai kakitangan. Pada akhir bulan Mei 1963, bancian
keramaian pelajar ialah 1004 orang dan mempunyai 24 bilik darjah. Jumlah
guru pula seramai 33 orang. Memandangkan jumlah pelajar yang terlalu ramai,
sekolah ini telah menerima taraf sekolah 'Jenis Besar' dan terbesar di negeri
Terengganu.
Pada tahun 1965, Sekolah Melayu Perempuan Dungun telah dipecahkan kepada
2 buah sekolah yang berasingan dengan memakai nama Sekolah Kebangsaan
Dungun Perempuan 1 dan 2, Encik Adnan binti Sulong menjawat jawatan Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 1 manakala Cik Rukiah binti
Mohd sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 2.
PADA 1972, SEKOLAH INI MEMPUNYAI 12 BILIK DARJAH DAN 444 ORANG
PELAJAR SERTA GURU PULA SERAMAI 15 ORANG. PADA TAHUN INI, SEKOLAH
KEBANGSAAN PEREMPUAN 1 MULA MENERIMA GURU-GURU LELAKI DAN
PELAJAR LELAKI.
PADA TAHUN 1973 HINGGA 1976 BILINGAN BILIK DARJAH TELAH BERTAMBAH
KEPADA 18 ALIRAN DENGAN SERAMAI 48 ORANG GURU DAN 700 ORANG
MURID DAN DIADAKAN DALAM 2 SESI IAITU PAGI DAN PETANG.
Pada 31 Jan 1978 bilangan kelas sebanyak 17 kelas dan jumlah murid seramai
646 orang. Pada 4 Julai 1978, majlis perasmian bangunan tambahan telah
dilancarkan oleh YB Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan
Malaysia.
• Pada 1 Julai 1983 Encik Mustaffa Muda telah dilantik sebagai Guru Besar
mengantikan Puan Raja Zainab Bt. Harun. Bilangan kelas pada masa itu ialah
12 kelas dengan seramai 445 orang murid.
• Pada tahun 1985, seramai 447 orang murid dan 18 orang guru. Bilangan bilik
darjah yang telah digunakan ialah 22 bilik, 3 buah bilik darjah telah diluluskan
menjadi Pusat Sumber Sekolah.Pada tahun 1986 Sekolah Kebangsaan Dungun
Perempuan 1 telah ditukar nama menjadi Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun.
• 1 Oktober 1987, Puan Hjh. Kamariah Bt. Yusof telah dilantik menjadi Guru
Besar dengan bilangan kelas sebanyak 12 kelas dengan murid seramai 488
orang dan jumlah guru seramai 21 orang.
• Pada tahun 1991, keramaian murid ialah 556 orang dengan guru seramai 26
orang. Pada tahu 1991, sekolah ini telah berjaya menjadi Johan Kebersihan
Peringkat Daerah Dungun dan menjadi wakil Daerah Dungun untuk ke
Peringkat Negeri Terengganu dan mendapat tempat ke tujuh.
• Pada tahun 1992, bilangan murid bertambah menjadi 608 orang murid
dengan bilangan guru seramai 26 orang.
•SEKIAN TERIMA KASIH