Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

FAKTOR-FAKTOR YANG

MELETAKKAN ASAS BAGI


PEMBENTUKAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN DI AMERIKA
SYARIKAT
PENDAHULUAN
• Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri atau wilayah yang dahulunya
bebas tetapi kemudiannya menjadi negara bersekutu di bawah satu perlembagaan
pusat.
• Amerika Syarikat mengamalkan sistem kerajaan persekutuan tetapi memberi
kebebasan kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang yang berkaitan
adat dan budaya masing-masing.
• Sistem pemerintahan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat berasaskan
perlembagaan dan merangkumi badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat
seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman.
PERBEZAAN SOSIAL DAN AGAMA
• perbezaan dalam aspek sosial dan agama antara penduduk England dan penduduk
di koloni Amerika Syarikat
• penduduk di England mengamalkan fahaman Anglican manakala penduduk di
koloni Amerika berfahaman Puritan
• penduduk di England terdiri daripada golongan konservatif manakala penduduk di
Amerika terdedah kepada idea moden
• perbezaan ini mendorong penduduk di koloni tanah jajahan Amerika Syarikat
berjuang untuk membebaskan negara daripada cengkaman England
PERANG TUJUH TAHUN
• tercetus pada tahun 1756-1763 antara Perancis dan Britain di Eropah
• berakhir pada 1763 dengan orang Perancis telah dikalahkan oleh Britain
• walaupun kemenangan berpihak kepada Britain, namun kesannya negara tersebut
terpaksa menangung perbelanjaan yang besar
• Britain menuntut penduduk koloni di Amerika menanggung sebahagian perbelanjaan
peperangan tersebut
• mencetuskan bantahan dan penentangan hebat sehingga mendorong rakyat melancarkan
gerakan untuk membebaskan Amerika Syarikat daripada Britain
DASAR CAMPUR TANGAN ENGLAND
• dasar campur tangan England dalam hal ehwal koloni
• Raja George III mengamalkan dasar campur tangan dalam hal ehwal penduduk koloni-
koloni di Amerika Syarikat
• Baginda tidak menghiraukan bantahan yang dikemukakan oleh penduduk koloni
• Sebalikya, baginda bertindak tegas untuk mendapatkan wang daripada penduduk di
koloni
• menyebabkan penduduk koloni bangkit menamatkan pemerintahan England di Amerika
PENGENALAN AKTA-AKTA BARU
• Penduduk koloni membantah akta-akta baru
• seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh yang diluluskan oleh
Parlimen di London
• diperkenalkan untuk memungut cukai daripada penduduk di koloni-koloni Amerika
Syarikat
• undang-undang memerlukan penduduk koloni membayar perbelanjaan tentera
Britain yang berkhidmat di Amerika Syarikat diluluskan
• Penduduk koloni membantah akta-akta ini kerana mereka berpendapat Parlimen di
London tidak berhak mengenakan cukai
PERISTIWA PEMBUANGAN TEH
BOSTON
• Pada tahun 1773, Lord North meluluskan Akta Teh di Parlimen London
• membenarkan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) menjual teh kepada
penduduk di koloni tanpa membayar cukai
• dipaksa membeli teh daripada Britain melalui SHTI
• menimbulkan kemarahan penduduk di koloni terhadap kerajaan British
• bertindak membuang kotak-kotak berisi teh ke dalam laut dikenali sebagai
Peristiwa Pembuangan Teh Boston
• kerajaan Britain mengambil keputusan untuk menutup Pelabuhan Boston pada
tahun 1774
PERANG KEMERDEKAAN AMERIKA
• Pada bulan September 1774, pemimpin daripada 13 buah koloni mengadakan pertemuan
di Philadelphia
• menubuhkan Kongres
• Pada 6 Julai 1775, Kongres membuat keputusan untuk mengisytiharkan peperangan
terhadap Britain
• tentera koloni melancarkan peperangan terhadap tentera Inggeris pada bulan April 1776
di Lexington
• Pada tahun 1781, tentera Britain di bawah pimpinan Jeneral Cornwallis dikalahkan
dalam pertempuran di Yorktown
KESIMPULAN
Pada tahun 1783, Perang Kemerdekaan Amerika berakhir
dengan termeterainya Perjanjian Versailles. Perjanjian ini
menyebabkan Britain menyerahkan kesemua 13 tanah
jajahan dan mengakui kemerdekaan Amerika Syarikat.
Selepas mencapai kemerdekaan, perlembagaan baru digubal
bagi negara persekutuan Amerika Syarikat

You might also like