Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 78

Frasa Nama

Frasa nama terbentuk dengan kata nama


berfungsi sebagai inti frasa.

Subjek Predikat
Saya pelajar.
Lelaki itu pelajar UPSI.
Lelaki di bawah pokok pelajar semester dua
itu UPSI.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
1
Binaan Frasa Nama

1. inti + penerang
• guru sekolah

2. inti + inti
• ibu bapa

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


2
Jenis Penerang Nama

1. Nama keturunan: bangsa Melayu


2. Nama jenis: kerusi kayu
3. Nama tempat: pinggir bandar
4. Nama milik: negara kita
5. Nama kelamin: lembu betina
6. Nama kegunaan: serbuk perasa
7. Nama penyambut: orang gaji

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 3


Jenis Penerang Nama

8. Nama arah: bilik depan


9. Nama anggota badan: tudung kepala
10. Nama tenaga penggerak: dapur elektrik
11. Nama perkara: surat permohonan
12. Nama khas: puncak Gunung Tahan
13. Nama gelaran/panggilan: Doktor Hadi,
Cikgu Azizi, Inspektor Anuar

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 4


Jenis Penerang Bukan Nama
1. Penerang penentu depan: beberapa
pendapat
Penerang penentu belakang : budak ini

2. Penerang kata kerja : tuala mandi

3. Penerang kata adjektif : air panas

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 5


Jenis Penerang Bukan Nama

4. Penerang frasa sendi nama: buku


di atas meja

5. Penerang adverba:
caranya begitu

6. Penerang bilangan ordinal: tempat


kedua

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 6


Inti + inti
(i) inti + inti dengan persamaan makna
hutan rimba
tubuh badan
wang ringgit

(ii) inti + inti dengan pertentangan


makna
suami isteri
tuan puan
lelaki perempuan
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 7
HUKUM D-M (Diterangkan-Menerangkan)

budak sekolah
kereta baharu
restoran nasi kandar
mini maraton

Kekecualian:
ibu pejabat
Perdana Menteri
pembantu menteri

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 8
Fungsi frasa nama

1. subjek
Lelaki itu sedang tidur.
2. predikat
Lelaki itu abang Salman.
3. pelengkap
Lelaki itu menjadi guru sekolah.
4. objek
Lelaki itu membeli kereta baharu.
5. unsur dalam frasa sendi nama
ke tempat itu
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 9
Dua frasa nama boleh hadir serentak dalam ayat.
Binaan bentuk ini dikenali sebagai aposisi.
Contohnya:

Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Nama
1
Putrajaya pusat pentadbiran negara terletak di kawasan
negara yang cantik.

Anis Mastura anak adik saya sungguh comel.

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 10
Bil + Penj Bil + Gel + KNIn + KNIn + Pen + Pent

Penerang Inti Penerang


Bil Penj Bil Gel KNIn KNIn Pen Pent
(KN/KK/KA
/FSN)
sepuluh buah - rumah - murah itu
tiga buah - kereta - baharu ini
dua buah - kerusi meja di bilik ini
tiga orang tok guru - pondok itu

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 11
FRASA KERJA

 Bentuk terkecil: satu kata kerja


 Menduduki konstituen predikat
 Kata kerja transitif
tak transitif
 Contoh:
1. Kanak-kanak bermain.
2. Mereka mempelajari tatabahasa.
3. Kakak menjadi guru.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 12
FRASA KERJA

 Inti bagi frasa kerja boleh terdiri daripada


(i) kata kerja tunggal (makan)
(ii) kata kerja terbitan (bermain)
(iii) kata kerja majmuk (angkat kaki)
(iv) kata kerja ganda (main-main)

 Fungsi frasa kerja dalam ayat:


(i) Sebagai predikat: Gadis itu bertudung.
(ii) Sebagai subjek: Bercakap memang mudah.
(iii) Sebagai penerang: Tugas mengajar tugas yang mulia.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 13


Intinya kata kerja tak Tidak memerlukan
transitif. objek.

FRASA KERJA
TAK TRANSITIF
Dapat hadir bersama-
sama kata bantu dan Contoh: Komala tidur.
unsur keterangan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 14


(i)Tanpa pelengkap Bayi itu menangis.

FRASA KERJA
TAK (ii) Berpelengkap Pelajar itu ada wang.
TRANSITIF

(iii) Berpenerang Lelaki itu berjual sayur.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 15


Frasa kerja transitif
sebagai inti diikuti
oleh frasa nama
sebagai objek.

FRASA
KERJA
TRANSITIF
Contoh: Boleh
dipasifkan.
Sunjiv membaca Buku itu dibaca
buku itu.
oleh Sunjiv.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 16


PELUASAN FRASA KERJA

FRASA KERJA
TRANSITIF

(a) (b) dengan dua


dengan objek: (d) dengan
satu Ayah memberi (c) dengan keterangan:
objek: adik wang saku. kata bantu:
sudah menghiris
Lori itu (adik-objek tepat, sayur dengan
melanggar makan.
wang saku-objek pisau
anjing. sipi)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 17


Binaan Frasa Kerja

kata bantu + kata kerja transitif + objek 1 + objek 2 + keterangan

kata kata kerja objek 1 objek 2 keterangan


bantu transitif
- membaca buku - -
masih menunggu adik - di kereta
hendak memasakkan nenek bubur -
masih memberi anaknya wang sejak tadi
belum

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 18
FRASA ADJEKTIF

Menduduki Contoh:
Intinya kata konstituen
adjektif predikat Sarah pandai.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 19


Fungsi frasa adjektif dalam ayat:

Sebagai predikat • Gadis itu cantik.

Sebagai
penerang bagi • Baju biru itu kegemaran Azmi.
frasa nama

Sebagai unsur • Burung helang itu terbang


keterangan bagi
tinggi.
frasa kerja

Sebagai subjek • Merah lambang keberanian.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia


20
Binaan frasa adjektif

(i) Kata adjektif + kata adjektif


• gagah berani

(ii) Kata adjektif + kata nama


• gila pangkat

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 21


Peluasan
frasa
adjektif
Dengan
Dengan kata keterangan:
penguat: kaya dengan
sungguh ajaib minyak
Dengan kata
bantu:
masih muda

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 22


Binaan Frasa Adjektif

kata bantu + kata penguat + kata adjektif + kata adjektif + kata penguat + keterangan

Kata Kata kata adjektif kata kata keterangan


bantu penguat adjektif penguat

- sangat cantik - - -
sudah - tua - betul -
- sungguh indah - nian -
- agak tinggi rendah - -
masih terlalu banyak - - seperti dahulu

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 23
FRASA SENDI NAMA

Terdiri
daripada kata Contoh:
sendi nama
dengan frasa Makanan ini untuk anak-anak
nama menjadi yatim.
pelengkapnya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 24


Fungsi frasa sendi nama dalam ayat

Sebagai predikat • Datuk saya akan ke Mekah.

Sebagai • Beg di atas meja itu


keterangan bagi kepunyaan kakak.
frasa nama

Sebagai frasa Omar masih bekerja di


keterangan pejabat.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 25


FRASA SENDI NAMA

 Peluasan frasa sendi nama dengan kata


bantu:
Bayi itu masih di pangkuan ibunya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 26


Binaan FS

i) Kata sendi nama + • dari + Kedah


frasa nama

ii) Kata sendi nama +


kata arah + frasa • dari + dalam + bilik guru
nama

iii) Kata sendi nama + • ke + perpustakaan sekolah +


frasa nama + frasa petang semalam
keterangan
iv) Kata sendi nama +
kata arah + frasa • ke + dalam + hutan + pagi
nama + frasa semalam
keterangan
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 27
Binaan Frasa Sendi Nama

(kata bantu) + kata sendi nama + (kata arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

Frasa Sendi Nama


Kata Bantu Kata Kata Arah Frasa Nama Frasa
Sendi Keterangan
Nama
- - guru kelas -
daripada
belum ke belakang rumah -
telah ke - pejabat sebentar tadi
masih di dalam rumah dengan ibu

©Persatuan Pendidikan Bahasa


Melayu Malaysia 28
FRASA KETERANGAN
 Berfungsi untuk menerangkan frasa kerja, frasa
adjektif, dan frasa sendi nama dalam ayat.

 Dalam ayat dasar, frasa ini hadir di hujung ayat dan


merupakan sebahagian daripada predikat:
Contoh: Pelajar itu datang hari itu.

 Berfungsi untuk memberikan maklumat tambahan


kepada frasa utama predikat.

 Boleh dikedepankan.
Contoh: Hari itu pelajar itu datang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 29


FRASA KETERANGAN
 Boleh terdiri daripada:
(i) Frasa nama:
Bapa bekerja hari ini.
(ii) Frasa adjektif:
Pelajar itu tiba lewat sikit.
(iii) Frasa sendi nama:
Lori itu di bawah pokok di tepi jalan.
(iv) Kata adverba:
Mereka akan pergi sekarang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 30


FRASA KETERANGAN
 Jenis-jenis frasa keterangan:
(i) Keterangan waktu
Abang akan pulang pada bulan Disember.

(ii) Keterangan tempat/arah


Anjing itu muncul dari lorong belakang.

(iii) Keterangan alat


Dia menulis dengan pen.

(iv) Keterangan cara


Kami akan menyiapkan tugasan itu dengan segera.
(v) Keterangan hal
Pelajar itu bijak dalam semua mata pelajaran.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 31
FRASA KETERANGAN
(vi) Keterangan tujuan
Krim ini digunakan untuk kecantikan.
(vii) Keterangan bandingan
Wajahnya berseri bak bulan purnama.
(viii) Keterangan penyertaan
Saya datang dengan nenek.
(ix) Keterangan musabab
Saya datang kerana dia.
(x) Keterangan emotif
Adik suka akan kek.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 32


KLAUSA
• Dikenali juga sebagai anak ayat, ayat kecil, atau ayat
tambahan.
• Mengandungi subjek dan predikat
• Menjadi konstituen kepada ayat dan berpotensi untuk
menjadi ayat
• Contoh:
Maizurah pandai.
(boleh jadi klausa atau ayat) bergantung kepada intonasi
penyebutannya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 33


CONTOH
1. Kamal hilang.
2. Ismail akan ke majlis itu jika diundang.

Ayat (1) mengandungi subjek (Kamal) dan predikat (hilang).


Ayat ini merupakan klausa jika tidak diberikan intonasi ayat.

Ayat (2) terdiri daripada dua klausa iaitu:


Ismail akan ke majlis itu (klausa bebas)
jika diundang (klausa tak bebas)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 34
JENIS KLAUSA

(i) Klausa bebas


(ii) Klausa tak bebas
• Klausa bebas dapat berdiri dengan sendiri sebagai ayat
yang sempurna.
Maryam tidak ke sekolah.
• Klausa tak bebas tidak boleh berdiri sendiri sebagai ayat
yang sempurna.
kerana bapanya sakit
• Klausa tak bebas boleh hadir sebelum atau selepas klausa
bebas.
Kerana bapanya sakit, Maryam tidak ke sekolah.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 35
KEDUDUKAN KLAUSA DALAM AYAT

(i) Sebagai subjek:Yang berdiri itu adik saya.

(ii) Sebagai predikat:


Hanya yang berjasa yang akan diberikan hadiah.

(iii) Sebagai objek:


Semua orang mengetahui bahawa dia anak jutawan itu.

(iv) Sebagai pelengkap:


Semua orang tahu bahawa dia anak jutawan itu.

(v) Sebagai keterangan:


Kami tiba ketika dia sedang tidur.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 36
AYAT

Pengucapan ayat dimulai dan diakhiri dengan


kesenyapan. Ayat mengandungi makna yang
lengkap dan lojik, dan diucapkan dengan intonasi
yang sempurna.

1.Hashim murid tahun 5 di SK Seri Kandi. (ayat)

2. Fikiran hijau yang tidak berwarna tidur dengan amat


marahnya.
(bukan ayat walaupun binaannya dari segi tatabahasa
betul kerana ada konstituen subjek dan predikatnya)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 37


BINAAN AYAT
binaan = konstruksi

Sebagai satu binaan, ayat mempunyai konstituen,


iaitu bahagian atau komponen yang terdiri daripada
kata, frasa, dan klausa yang disusun secara
gramatis dan mempunyai makna yang lengkap.

Anak muda itu paling rajin.


Itu muda anak paling rajin.

(bukan satu binaan ayat yang gramatis)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 38


KONSTITUEN AYAT
Konstituen ialah bahagian atau komponen sesuatu ayat.

Pemain itu bermain bola di padang.

pemain itu bermain bola di padang

pemain itu bermain bola di padang

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 39


SUBJEK DAN PREDIKAT

• Setiap ayat yang sempurna dari sudut tatabahasa


terdiri daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.
• Subjek terdiri daripada frasa nama.
• Predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja,
frasa adjektif, dan frasa sendi nama.
• Contoh: Budak lelaki itu/anak adik saya.

Budak lelaki itu anak adik saya.

Budak lelaki itu anak adik saya.


©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 40
AYAT
Subjek Predikat
1. Kanak-kanak itu bermain bola.
2. Rumah itu sungguh besar.
3. Kereta di bawah pokok itu kereta baharu abang saya.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 41


Keterangan
• Sebahagian daripada predikat
• Konstituen yang hadir di hujung ayat.
• Menerangkan predikat
• Contohnya:

1. Bayi itu/tidur.
S P
2. Bayi itu/tidur di bilik.
3. Bayi itu/tidur di bilik pagi tadi.
4. Pagi tadi bayi itu/tidur di bilik.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 42


PENGGOLONGAN AYAT
Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa itu amat banyak,
namun ayat-ayat itu boleh dikategorikan seperti berikut:

Golongan ayat

1. Ayat dasar 2. Ayat terbitan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 43


Bentuk
ayat

Ayat Ayat
tunggal majmuk

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 44


Jenis ayat

1. Ayat penyata

2. Ayat tanya

3. Ayat perintah

4. Ayat seruan

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 45


Susunan • Ayat susunan biasa
konstituen • Ayat susunan songsang
ayat

Ragam • Ayat aktif


ayat • Ayat pasif

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 46


AYAT DASAR
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat dasar:

1. Frasa Nama + Frasa Nama


( FN + FN )
2. Frasa Nama + Frasa Kerja
( FN + FK )
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif
( FN + FA )
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
( FN + FS )
47
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia
AYAT TERBITAN

Ayat terbitan berasal dari ayat dasar tetapi


bentuknya berubah atau maknanya berubah.

Ayat dasar: Dia guru.


Ayat terbitan: Dia bukan guru. (ayat nafi)
Dia guru? (ayat tanya)
Dia guru dan suami Cikgu Anis. (ayat majmuk)

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 48


AYAT TUNGGAL

Ayat tunggal terbentuk daripada satu klausa, iaitu


satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.

Contoh:
1. Orang itu doktor.
2. Murid-murid sekolah berdiri di tapak perhimpunan.

©Persatuan
©Persatuan Pendidikan
Pendidikan Bahasa
Bahasa Melayu
Melayu Malaysia
Malaysia 49
AYAT MAJMUK

Ayat majmuk terbentuk daripada dua


klausa atau lebih.

Contoh :
1. Bapa sedang membaca akhbar dan/manakala

ibu sedang menjahit baju.


©Persatuan
©Persatuan Pendidikan
Pendidikan Bahasa
Bahasa Melayu
Melayu Malaysia
Malaysia 50
Jenis Ayat
Penjenisan ayat dibuat berdasarkan intonasi dan tujuan
ayat itu diucapkan. Jenis-jenis itu ialah:

1. Ayat penyata
Contoh: Bunga ros itu harum.

2. Ayat tanya
Contoh: Bayi itu masih menyusu?

3. Ayat Perintah
Contoh: Duduk di situ.
4. Ayat Seruan
Contoh: Aduh, kepala saya pening!
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 51
Susunan Konstituen Ayat
Ada dua susunan ayat:
(a) susunan biasa,
(b) susunan songsang

Ayat Susunan Biasa ialah ayat yang


subjeknya mendahului predikat.

Contoh:
Guru menyoal pelajar itu.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 52


Susunan Konstituen Ayat
Ayat Susunan Songsang ialah ayat yang
seluruh predikatnya atau sebahagian
predikatnya mendahului subjek.

Contoh:
1. Bertudung biru gadis itu.
2. Sepanjang hari dia mengelamun
sahaja.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 53
AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Ayat tunggal terdiri daripada satu


klausa.
 Boleh terbina mengikut susunan biasa
atau susunan songsang.
 Boleh terdiri daripada ayat penyata,
ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan,
ayat aktif, ayat pasif, dan ayat nafi.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 54
AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR
 Ayat dasar/ ayat inti: menjadi asas bagi
pembentukan ayat terbitan.
 Contoh: Orang itu pemandu lori.
 Ciri-ciri ayat dasar:
(i) Mengandungi satu klausa.
(ii) Susunannya susunan biasa.
(iii) Merupakan ayat penyata.
(iv) Merupakan ayat aktif.
(v) Berpotensi untuk diperluas.
(1)
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 55
AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Pola ayat dasar:


(i) FN + FN: Aziz pelajar.
(ii) FN + FK: Rokiah tidur.
(iii) FN + FA: Dia baik.
(iv) FN + FS: Ibu di dapur.

 Persamaan ayat tunggal dengan ayat dasar:


(i) Kedua-duanya mengandungi satu klausa.
(ii) Kedua-duanya mempunyai 1 konstituen subjek
dan 1 konstituen predikat.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 56


AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

 Perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal:


(i) Ayat tunggal boleh terbina dalam susunan biasa
atau susunan songsang.
(ii) Ayat dasar hanya terdiri daripada ayat penyata,
manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat
penyata atau ayat jenis lain.
(iii) Ayat dasar terdiri daripada ayat aktif sahaja,
manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat
aktif atau ayat pasif.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 57


AYAT TUNGGAL DAN AYAT DASAR

(v) Ayat dasar mesti terdiri daripada klausa lengkap,


sebaliknya ayat tunggal boleh terdiri daripada klausa
lengkap atau klausa tidak lengkap.
Contoh:
1. Dia datang (ayat dasar, ayat tunggal –klausa lengkap )
2. Datanglah esok (ayat tunggal- klausa tak lengkap )

(v) Subjek ayat dasar terdiri daripada frasa nama, tetapi


subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada kata kerja
atau kata adjektif.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 58


RAGAM AYAT

 Terbahagi dua: ayat aktif dan ayat pasif.


 Ayat aktif: ayat yang mengandungi kata kerja
yang mementingkan subjek asal sebagai judul.
 Contoh:
1. Ismail tidur.
2. Bapa Razak menebang pokok kelapa.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 59


RAGAM AYAT
 Jenis ayat aktif:
(i) Ayat aktif transitif
(ii) Ayat aktif tak transitif

 Ayat aktif transitif satu objek:


Kakak mencuci pinggan.

 Ayat aktif transitif dua objek:


Ibu memberi adik susu.

 Ayat aktif tak transitif:


Budak itu menangis.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 60
RAGAM AYAT
 Ayat aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada

tiga jenis:
(i) dengan frasa keterangan:
Atlet itu sedang berlatih di padang.
(ii) dengan pelengkap:
Pendatang itu berasal dari negara jiran.
(iii) dengan penerang:
Perempuan itu berniaga nasi lemak.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 61
RAGAM AYAT
 Ayat pasif terbentuk apabila frasa nama yang
menjadi subjek dalam sesuatu ayat menjadi
penderita kerana dikenai oleh kesan kata
kerja pasif.
 Contoh:
Bilik itu dikemas oleh Safiah.
Kawan saya dikejar peragut.
Buku itu kami hasilkan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 62


RAGAM AYAT
 Jenis ayat pasif:

(i) Dengan imbuhan kata kerja pasif


• di-, ber-, ter-, ke-…-an, ter-…-kan, dan ter-…-i.
• Contoh:
Buku saya dibawa oleh adik.
Surat itu belum berjawab.
Kereta ini terbeli olehnya juga.
Lelaki itu kemalangan.
Kelazatan makanan itu tak terkatakan.
Permintaan adik tak terpenuhi oleh ibu.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 63
• Ayat pasif dengan imbuhan di- :
(a) Ayat pasif diri ketiga
(subjeknya ialah kata ganti nama diri ketiga)
Bilik dicat oleh David.

(b) Ayat pasif dengan imbuhan di- bukan kata


ganti nama diri ketiga
(subjek bukan KGND ketiga)
Atap pokok diterbangkan oleh angin.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 64


RAGAM AYAT
(ii) Dengan kata ganti nama diri orang pertama dan
kedua/penanda klitik:
• Contoh:
Bilik itu kami sapu pagi tadi.
Jawapan ini kamu tiru.
Permohonan itu harus kautolak.
Wang ibu kusimpan di bank.

(iii) Dengan perkataan kena:


• Contoh:
Budak itu kena kejar oleh anjing.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 65
SUSUNAN KONSTITUEN AYAT

 Susunan biasa:
Lelaki itu agak tinggi.
Adik saya masih di sekolah.
 Susunan songsang:
Agak tinggi lelaki itu.
Masih di sekolah adik saya.
 Ayat susunan songsang boleh menerima partikel -lah,
-kah, dan -tah:
Dialah abang saya.
Diakah abang kamu?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 66


Bentuk susunan songsang:

(i) Pendepanan seluruh predikat


Kakak Sharmila/jururawat.
Jururawat/kakak Sharmila.

(ii) Pendepanan sebahagian predikat


Kanak-kanak itu/bermain di padang.
Bermain/kanak-kanak itu/di padang.

(iii) Pendepanan kata bantu dengan kata kerja


Bapa/belum pulang dari pejabat.
Belum pulang dari pejabat/bapa.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 67


Bentuk susunan songsang:

(iv) Pendepanan sebahagian frasa adjektif:


Cantik Mariam sejak dulu lagi.
Sangat miskin lelaki itu ketika itu.
Sedang sakit tenat nenek di rumah.

(v) Pendepanan frasa sendi nama yang


berfungsi sebagai frasa keterangan:
Dengan cat Nasir melukis.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 68


JENIS AYAT

• Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan


intonasi dan maknanya.
(1) Ayat penyata/ ayat berita
- Diujarkan untuk menyatakan sesuatu.
- Diucapkan tanpa mengharapkan jawapan
atau gerak balas.
- Tujuannya untuk memberikan maklumat tentang hal
sesuatu atau tentang apa-apa sahaja.
- Contoh:
Husna pelajar Tingkatan 4 Cempaka.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 69


JENIS AYAT

(2) Ayat tanya


- Diucapkan untuk meminta maklumat/mendapatkan
jawapan.
- Boleh dibahagikan kepada dua jenis:
(a) Berdasarkan struktur: terbahagi kepada dua jenis:
(i) tanpa kata tanya
Contoh: Mereka pelajar sekolah itu?
(ii) boleh menerima partikel -kah
Contoh: Sudah mandikah Aiman?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 70


JENIS AYAT

 Ayat tanya pasif:


Contoh: Beg ini akan diambil oleh Omar?

 Ayat tanya dengan unsur tanya 3 jenis:


(a) Dengan kata tanya:
Peperiksaan akhir bila?
Kesihatan kamu bagaimana?

(b) Dengan kata ganti tanya:


Bungkusan itu apa?

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 71


JENIS AYAT

(c) Dengan frasa sendi nama tanya:


Kamu tinggal di mana?

 Ayat tanya tertutup: yang dapat dijawab dengan


perkataan ya, tidak, tak, bukan.
Contoh:
1. Air itu panas?
2. Adakah air itu panas?
3. Dia bapa Ali?
4. Besarkah rumah Idris?
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 72
JENIS AYAT

 Ayat tanya terbuka yang mengkehendaki jawapan yang


berbentuk penjelasan/penerangan.
Menggunakan:

 kata tanya
-apa, bagaimana, berapa, bila, siapa, mana, kenapa
 frasa sendi nama tanya
-yang mana, di mana, dan sejak bila

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 73


JENIS AYAT

(3) Ayat Perintah

Untuk memberikan perintah, suruhan, ajakan,


menyatakan keinginan, harapan atau larangan.
Memerlukan gerak balas daripada pendengar.
Ditujukan kepada orang kedua:
Contoh: Berdiri di situ.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 74


JENIS AYAT

Ayat perintah terbahagi kepada:

(i) Ayat suruhan: Pergi dari sini.


(boleh dilembutkan dengan partikel -lah)
(ii) Ayat silaan: Sila masuk.
(iii) Ayat larangan: Jangan bising.
(iv) Ayat permintaan: Tolong tutup tingkap itu.
(v) Ayat ajakan: Mari/Ayuh pergi sekarang.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 75


JENIS AYAT

(4) Ayat seruan


 Untuk menyatakan sesuatu perasaan, seperti
kagum, marah, sakit, dan hairan.
Biasanya pendek.
Didahului oleh kata seru: eh, cis, wah, nah, aduh,
dan amboi.
Contoh: Pak Cik!
Tingginya!
Alangkah cantiknya!

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 76


JENIS AYAT

(5) Ayat nafi


 Mengandungi kata nafi tidak atau bukan di awal frasa
predikat

 Contoh:
Khairul bukan orang kaya.
Dia tidak makan.

©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 77


JENIS AYAT

(6) Ayat minimal


 Terdiri daripada subjek sahaja, predikat sahaja
atau keterangan sahaja.
Boleh terdiri daripada satu perkataan, satu frasa
atau satu klausa tak bebas.
Contoh:
Entah.
Sedang minum.
Masuk dari situ.
Sebab dia tak makan.
©Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia 78

You might also like