Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 70

Isu-isu Kepenggunaan

dalam Islam
MPU 3333
Isu-Isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Disediakan oleh: Fahrul Irfan Ishak
(fahrulirfan@mitec.unikl.edu.my)

1
Matapelajaran Umum (MPU)

Isi Kandungan

4.1 Pengenalan

4.2 Konsep konsumerisme Islam

4.3 Industri Halal

4.4 Perbankan dan Kewangan Islam

4.5 Pengurusan Harta dalam Islam.

4.6 Kesimpulan dan Rujukan

2
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

4.1 Pengenalan

 Isu-isu kepenggunaan merupakan perkara yang amat


penting kepada manusia bagi menjamin kelestarian
dan kesejahteraan kehidupan seharian.
 Isu kepenggunaan dalam bab ini memfokuskan kepada
beberapa aspek iaitu konsep konsumerisme, industri
halal, kewangan Islam dan pengurusan harta dalam
Islam.

3
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Definisi

Kepenggunaan – berasal daripada kata ‘guna’ bermakna


manfaat, faedah; peranan, fungsi; untuk, bagi; budi baik,
kebaikan.

Kepenggunaan segala hal mengenai pengguna iaitu


membeli, atau diberikan produk kepadanya, mengguna,
menyelenggara, melupuskan produk dan perkhidmatan
dalam bentuk terakhir, dalam usaha mereka mencapai
tahap kepuasan yang maksimum dengan pendapatan
yang terhad. 4
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

 Berasal dari perkataan ‘istihlaq’, dinyatakan sebagai


‘itlaf ain’iaitu melenyapkan zat dan menghilangkan
faedahnya; mengguna pakai sesuatu benda atau
barangan yang boleh memberi faedah bagi
menghasilkan manfaat yang dikehendaki.
 Dr. Muhammad Abd. Mu’im Ghafar: Menggunakan
barangan dan perkhidmatan yang akan memenuhi
keperluan manusia dan citarasa mereka. Ia
mempunyai tujuan dan matlamat penting dalam
kegiatan ekonomi.
5
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Elemen kepenggunaan
• Mengeluarkan barangan, pemprosesan,
Pengusaha pengedaran, peruncitan, perkhidmatan

• Produk makanan, minuman dan hasilannya.


Produk Produk barangan gunaan, perkakasan &
perkhidmatan

• Membeli, menyewa atau menerima barangan atau


perkhidmatan untuk digunakan, disimpan,
Pengguna dipelihara atau dibuang dalam bentuk akhirnya.
• Bersifat multidimensi dan pelbagai rupa.
6
Matapelajaran Umum (MPU)

Permintaan

Pengusaha Pengguna
Mikro Produk Agama
Budaya
PKS Barangan
Jantina
MNC Perkhidmatan
Umur
TNC
Taraf hidup

Penawaran
7
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)
PENGUSAHA PRODUK PENGGUNA
Guru
Saman AES
Burger
Doktor
Sofiah
Canon
Juruterbang

KFC
IK PAPER
ASTRO
HABIB

8
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Falsafah Penggunaan

Pemilikian
Kemaslahatan
Pengabdian
Amanah

9
Pemilikan
 Penggunaan sesuatu barangan hanya boleh berlaku
setelah berlakunya pemilikan
 “Iaitu pengkhususan seeorang terhadap sesuatu
benda yang memungkinkan untuk bertindak hukum
terhadap benda itu(sesuai dengan keinginannya),
selama tidak ada halangan Syarak”
 Hak pemilikan juga tanda pengakuan Islam terhadap
fitrah semulajadi manusia untuk memiliki harta dan
ingin menggunakanya
10
Pengabdian
 Penggunaan adalah aktiviti kehidupan yang tidak
terlepas daripada rangka tujuan pengabdian diri
kepada Allah
 Semua harta benda yang dimiliki oleh manusia serta
penggunaan, punca pendapatan, zat barangan dan
perkhidmatan akan disoal di hari akhirat samada halal
atau haram.
 Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
  “ Bagaimana kamu memperolehi hartamu dan bagaimana
pula kamu membelanjakannya”.
11
Amanah

 Penggunaan adalah amanah Allah, dengan sebab itu gelagat


pengguna dibentuk dengan baik serta mengawal kehendak yang
tidak terbatas secara terpimpin berpandukan peraturan dan
kawalan syarak.
 Tujuan agar manusia dapat mengawal sifat dan kehendak yang
tidak terbatas berpandukan kepada peraturan Allah
 Firman Allah yang bermaksud:
 “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi
dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang
dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”

12
Kemaslahatan

 Keperluan manusia terhadap barangan bukan semata-


mata berasaskan kehendak yang tidak terbatas tetapi
berasaskan keperluan sebenar berasaskan maslahah.
 Menurut Imam al-Syatibi terdapat lima perkara yang
paling asas yang mesti dijaga oleh setiap individu iaitu
nyawa, agama, akal, harta dan keturunan.

13
Prinsip-Prinsip Penggunaan
Kebenaran

Kebersihan dan Kesucian

Kesederhanaan

Kemanfaatan dan Kemaslahatan

Kerohanian dan Akhlak


14
Kebenaran
 Prinsip hanya membenarkan manusia menggunakan perkara-
perkara yang diizikan oleh Allah, baik dari segi zat, cara, tujuan
penggunaan tersebut. Arak, babi, barangan curi, barangan yang
diperolehi secara penipuan dan penindasan adalah ditegah
dalam Islam.
 Begitu juga barangan halal akan menjadi haram apabila tujuan
penggunaannya bukan kerana Alllah, seperti penyembelihan
untuk penyembahan dewa-dewa, jin syaitan dan sebagainya
kerana arah penggunaan barang tersebut bukan di atas dasar
yang hak.
 Oleh itu semua perkara dan tujuannya hanyalah semata-mata
kerana Allah s.w.t.
15
Kebersihan dan Suci
 Barangan yang digunakan mestilah bersih dan suci, baik,
berguna dan sesuai untuk dimakan(jika barangan makanan).
Barangan haram, kotor, bercampur najis, busuk atau basi adalah
barangan yang memudharatkan yang tidak boleh di gunakan
atau dimakan.
 Begitu juga persediaan barangan atau makanan seperti bekas
atau tangan yang digunakan untuk makan mestilah bersih dan
suci daripada sebarang kekotoran atau najis.
 Malah lebih jauh daripada itu, keburukan barangan atau bekas
barangan dan makanan juga dilihat kesannya kepada hati. Islam
mengharamkan barangan kemas dan sutera bagi laki-laki.

16
Kesederhanaan
 Islam menganjurkan penggunaan setakat tingkat minimum supaya dapat
mengawal dan menahan kehendak nafsu dan tidak berlebih-lebihan. Ini
jelas dalam firman Alllah s.w.t yang bermaksud:
 “Dan juga mereka(yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan
hartanya, tiada melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya)
perbelanjaan mereka adalah betul sederhana diantara kedua-dua cara(boros
dan kedekut) itu”.
 Al-Quran, Surah al-Furqan, ayat. 67.
 Rasululullah s.a.w juga turut menjelaskan dengan sabdanya yang
bermaksud:
 “Tiada satupun daripada harta benda kamu (harta dan pendapatan) menjdi
kepunyaan kamu kecuali yang apa kamu makan dan gunakan untuk pakai dan
apa yang kamu belanjakan untuk sedekah, pembalasan darinya akan disediakan
untuk Kamu”.
 Hadith riwayat Muslim dan Ahmad
17
 Penggunaan yang berlebihan adalah amalan yang dikeji
kerana perbuatan ini merupakan israf(boros) dan
tabzir.
 Israf
 Perbelanjaan secara berlebihan ke atas perkara-perkara
yang halal
 Tabzir
 Perbelanjaan yang salah atau yang haram atau
perbelanjaan yang membazir.
18
Kemanfaatan dan Kemaslahatan
 Segala anugerah Allah yang halal tidak salah untuk digunakan selagi ia boleh
memberikan manfaat dalam bentuk ketahan hidup(survival), pemulihan dan
pembentukan kesihatan serta kesempurnaan dalam usaha mengabdikan diri
kepada Allah.
 Malah dalam keadaan darurat barangan yang harampun dibolehkan asalkan
tidak keterlaluan. Perkara ini selari dengan firman Allah s.w.t yang
bermaksud:
 “Sesungguhnya Allah akan mengharamkan kepada kamu memakan
bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih
bukan kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa(memakannya kerana
darurat) sedangkan ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui
batas(pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa.
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.
 Al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat. 173.
19
Kerohanian dan Akhlak
 Penggunaan mesti dapat memenuhi etika, adat kesopanan
dan kelakuan terpuji dengan mengenepikan sifat-sifat
tercela. Sifat syukur, zikir, fikir dan sabar ada dalam masa
penggunaan.
 Bersyukur dengan pemberian yang ada sambil memikirkan
nasib mereka yang tidak mendapat peluang ini. Ingat
kepada Allah yang memberikan kita kehidupan dengan
melakukan sesuatu perbuatan dengan kalimah ‘Bismillah’.
 Sabar atas nikmat dan ujian yang Allah hadapkan dan tidak
gelojoh dalam pengunaan nikmat yang ada.
Kepenggunaan mesti dapat meningkatkan nilai-nilai
kerohanian dan akhlak.
20
Matlamat Penggunaan

• Pengguna mestilah yakin bahawa rezeki daripada Allah s.w.t.


Akidah

• Mestilah menggunakan barang-barang yang dihalalkan dan


memastikan barang-barang tersebut suci dan bersih serta
Syariah diproses mengikut cara yang betul.

• Pengguna mestilah mengamalkan sifat-sifat yang baik seperti


syukur, ikhlas, jujur dan sebagainya, sekaligus menjauhi sifat-sifat
Akhlak yang buruk seperti hasad, dengki, penipuan dan sebagainya.

21
Matapelajaran Umum (MPU)

4.2 Konsep konsumerisme Islam


Kepentingan Kepenggunaan Islam
1. Mengetahui gelagat dan tabiat pengguna Islam di
Malaysia amat lemah.
2. Meningkatkan kesedararan bahawa kuasa
konsumerisme adalah senjata umat Islam dalam
menghadapi cabaran globalisasi.
3. Menyediakan garis panduan kegiatan kepenggunaan
Islam.
4. Membangunkan sistem fiqh dan perundangan Islam
dalam kepenggunaan Islam.
22
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Tabiat kepenggunaan di Malaysia


1. Sikap tidak ambil kisah dan tidak peduli dengan hak
mereka.
2. Mengamalkan perbelanjaan melampau sehingga
terdapat peningkatan jumlah yang yang diisytiharkan
muflis.
3. Terlibat dengan perniagaan yang berunsurkan
maksiat.
4. Rasa perihatin dengan hak mereka kerana kurang
pendedahan daripada persatuan pengguna dan
media massa.
23
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Ontologi Kepenggunaan Islam


1. Mukallaf
2. World-view yang sepatutnya diamalkan oleh
pengguna Islam dengan mengambil kira prinsip societal
(sifat kepedulian hidup bermasyarakat) dan world
affirmative (dunia sebagai tempat berguna) –
mementingkan kepentingan hidup di dunia dan akhirat.
3. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam
masyarakat.
4. Peranan kerajaan dan persatuan pengguna dalam
masyarakat.
24
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Epistemologi Kepenggunaan Islam

1. Penggunaan kaedah pemikiran hukum bayani


(berasaskan kepada teks syarak) dan burhani
(mengambil kira keilmuan moden) bagi melahirkan
pandangan yang bersifat saintifik dan berasaskan nas
syarak.
2. Memahami perbezaan antara syariah dan fiqh.
3. Konsep Maqasid Shariah yang lebih terbuka.
4. Fiqh al-Awlawiyyat dalam menilai produk dan
kepenggunaan.
25
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

5. Penggunaan konsep ijtihad jamaie – ulama’ dengan


pakar ilmu kepenggunaan dan sains moden.
6. Pemakaian kaedah selected borrowing dengan
pendekatan barat dalam merumuskan sesuatu formula
kepenggunaan Islam.

26
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Aksiologi Kepenggunaan Islam


1. Konsep tauhid, al-falah dan tugas sebagai khalifah Allah.
2. Mendidik pengguna untuk mengelakkan semua sifat
mazmumah dalam soal kepenggunaan seperti
pembaziran, kemewahan, penipuan dan merosakkan
alam sekitar.
3. Menggalakkan penggunaan barangan yang bermanfaat
untuk masyarakat awam dan mendokong usaha menjana
ekonomi umat Islam.
4. Mendidik pengguna yang baik dari segi kognitif, afektif
dan psikomotor afar tidak mudak tertipu dengan iklan
dan amalan songsang dalam kepenggunaan.
27
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

5. Mendidik pengguna tentang produk dan


perkhidmatan halal.
6. Peranan persatuan pengguna Islam.
7. Mendidik pengguna tentang kaedah terbaik
pelupusan barangan menurut Islam tanpa merosakkan
ekologi.

28
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Ciri-ciri Kehendak Manusia
1. Kehendak tak terbatas
2. Kehendak boleh dipenuhi.
3. Kehendak berulang-ulang.
4. Kehendak saling melengkapi
5. Bersaing.
6. Bertukar jadi tabiat.
7. Berubah-ubah.

29
Matapelajaran Umum (MPU)

4.3 Industri Halal


4.3.1 Pendahuluan

Industri halal menjadi salah satu perusahaan yang


semakin bernilai tinggi di peringkat lokal dan global.

Selain daripada makanan, industri halal juga melibatkan


sektor-sektor yang lain seperti produk ubat-ubatan,
barangan penjagaan diri dan kosmetik, peralatan dan
pakaian hingga kepada perkhidmatan seperti
pelancongan, logistik, kewangan dan perbankan.
30
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

4.3.2 Definisi dan Prinsip Halal


Definisi Halal
Bahasa – bermaksud perkara yang dibenarkan,
diharuskan, diizinkan.
Syariah – Perkara yang diizinkan untuk Muslim sama ada
penggunaan produk, perkhidmatan dan proses. Halal
juga merangkumi semua aspek kehidupan manusia
seperti kekeluargaan, pakaian dan sebagainya.
Industri – Sesuatu produk yang bersih, suci, nutrisi dan
menjadi ‘marketing tool’ dan ‘additional value’

31
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Prinsip-Prinsip Halal & Haram

1. Asal segala sesuatu adalah harus (mubah)


2. Penentuan halal dan haram adalah hak Allah
3. Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang
haram sama dengan syirik
4. Perkara yang halal menafikan keperluan kepada yang
haram

5. Wasilah atau helah untuk melakukan yang


haram adalah haram
32
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Industri Halal

6. Niat yang baik tidak dapat menghalalkan yang haram

7. Menghindari syubhat agar tidak jatuh ke dalam yang


haram

8. Halal dan haram itu adalah bersifat universal

9. Keadaan darurat membolehkan yang haram

33
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Berikan contoh-contoh mengikut setiap
prinsip Halal & Haram.
Contoh :

Susu hukumnya harus diminum , tetapi boleh menjadi haram...

Menonton wayang harus, tetapi menjadi haram…

34
Dalil Al-Quran dan Al-Hadis
‫يأيها الناس كلوا مما فى األرض حالال طيبا وال تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين‬
Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang
halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan,
kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata
bagi kamu. (Al-Baqarah 2:68)

‫وكلوا مما رزقكم هللا حالال طيبا واتقوهللا الذى أنتم به مؤمنون‬
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu.
Iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang
kepada-Nya sahaja kamu beriman. (Al-Maidah 5:88)

35
‫فكلوا مما غنمتم حالال طيبا واتقوهللا إن هللا غفور رحيم‬
Maka makanlah dari apa yang kamu telah dapat (dalam
peperangan) daripada yang halal lagi baik, serta bertaqwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani. (Al-Anfal 8:69)

‫فكلوا مما رزقكم هللا حالال طيبا واشكروا نعمت هللا إن كنتم إياه تعبدون‬
Oleh itu makanlah (hai orang beriman) dari apa yang telah
dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi
baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya
menyembah-Nya semata-mata. (Al-Nahl 16:114)

36
‫‪Ayat-ayat lain :‬‬
‫يما أوحي لإ‪99‬يمحرما علىطاعم‪1. Surah Al-An’am 6:145 9‬‬ ‫‪ ..‬ق‪99‬لال‪ 9‬أ‪9‬جد ف‪999‬‬
‫وا‪99‬ميسر ‪2. Surah Al-Maidah 5:90‬‬ ‫‪ ..‬إ‪9‬نما لا‪99‬خمر ل‬
‫وا‪99‬م‪ 9‬ولحم‪ 9‬لا‪99‬خنزير ‪3. Surah Al-Maidah 5:3‬‬
‫‪ ...‬ح‪9‬رمتعليكم‪ 9‬لا‪99‬ميتة لد‬
‫ويحل له‪9‬م‪ 9‬لا‪99‬طيباتويحرم‪ 9‬عليهم‪ 9‬لا‪99‬خبايث‪4. Surah Al-’Araf 7:157‬‬

‫‪37‬‬
Hadis
“Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas, dan di
antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara yang samar (syubhat),
yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjauhi daripada syubhat, maka dia telah membersihkan
agama dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang termasuk ke dalam
perkara syubhat, maka dia telah termasuk dalam melakukan perkara haram,
seumpama seorang pengembala kambing yang mengembala di sekeliling
kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadannya, dan sesungguhnya
sempada Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkan-Nya.
Ketahuilah, bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia
baik, maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh
jasad. Katahuilah ia adalah hati”
(Bukhari dan Muslim)
38
Kriteria Asas Baik dan Buruk Sesuatu
Barangan Gunaan Menurut Syariah
1. Tidak mengandungi najis.
2. Tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (arak minuman).
3. Tidak bersumberkan darah yang mengalir.
4. Bukan berasaskan sumber daripada manusia.
5. Tidak mengandungi khinzir dan derivatifnya.
6. Tidak bersumberkan bangkai.
7. Tidak mendatangkan bahaya dan mudarat.
8. Tidak bersumberkan daripada usaha yang haram seperti curi,
rompak, cetak rompak dsb.
9. Tidak bersumber daripada harta yang batil seperti Riba’, perjudian
dan penipuan.
39
Matapelajaran Umum (MPU)

Perbankan dan Kewangan Islam


Perbankan Islam ialah perbankan yang berlandaskan undang-
undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat (peraturan
Islam dalam transaksi).

Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal


dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang-undang Islam
sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama
mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma), menyamakan
perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha
daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan
nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

40
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Apakah Sistem Perbankan Islam?
Berlandaskan undang-undang Islam (Syariah), iaitu fiqh muamalat
(peraturan Islam dalam transaksi). Kesemua peraturan dan
amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-
Sunnah dan sumber undang-undang Islam sekunder yang lain
seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang
sesuatu hukum syariah (ijma), menyamakan perkara baru yang
tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada mujtahid
dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah
istinbat (ijtihad).

41
Pematuhan Prinsip Syariah
Kesemua bank SPI perlu menubuhkan jawatankuasa Syariah bagi
membimbing mengenai hal-hal Syariah dan memastikan bahawa
fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain
daripada itu, Majlis Penasihat Syariah iaitu badan tertinggi yang
ditubuhkan di Bank Negara Malaysia boleh diperolehi bagi
memastikan keseragaman dalam pendapat dan amalan. Ahli-ahli
jawatankuasa Syariah dan Majlis Penasihat Syariah
kebanyakannya terdiri daripada para cendiakawan dan pakar
Syariah dalam bidang perbankan dan kewangan Islam.

42
Dosa Riba’
a) Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ia berdasarkan Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada
Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar
beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang
dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)

Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan
masih berdegil untuk meninggalkan ‘saki baki' riba dalam kehidupannya
dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan
Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut ‘saki baki', menunjukkan
bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut sunnah dan
menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas tentang riba
serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.

43
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata
kamu untuk berperang dengan Allah SWT"  (Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-
Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling
menakutkan"  (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :


Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi
SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT
dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364)

Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman
bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada" (at-Tabari,
3/72 )
44
b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan
keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )

Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-


Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba
adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut dari pemiliknya
kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan membawa dosa, sehinggalah
ia akan merasa amat miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang
banyak), selain itu, harta tadi akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk
melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu
hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba.
Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat,
dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul (Az-Zawajir ‘an
‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224).

45
Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas'ud r.a :-

Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut


kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan
papa" 
(Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya
sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan (Fath al-Bari,
4/399)

46
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :
 Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan
harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan
persaudaraannya" (Al-Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ;
Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

47
c)          Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
 Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina
dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak
perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.

Nabi SAW bersabda :


Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan
(dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn
Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-
Bukhari dan Muslim)

48
d)           Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
 Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan
ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali" (Musnad
Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam
Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm
103 )

Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia memfokuskan


kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat mengharapkan umat Islam
membuka mata mereka kepada isu ini. Ramai juga bertanya saya tentang
pelaburan FOREX melalui internet yang menawarkan pulangan sebanyak
100 % atau 200 %. Perlu saya diedahkan di sini, semuanya adalah Riba, dan
FOREX ini tidak mematuhi disiplin pertukaran wang menurut Islam, maka
Riba berlaku dengan amat serius. Sekali lagi, saya kerap dimaklumkan
bahawa ramai umat Islam terlibat dalam
49 pelaburan sepeti ini.
e)         Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :


Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuhtanpa
hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan
peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci
dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

50
Konsep Syariah Dalam Perbankan Islam
Konsep asas Syariah dalam perbankan Islam adalah terdiri daripada perkara berikut:

1. Wadi’ah (Simpanan)
Wadi’ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai manah. Di
dalam kontrak ini, pelanggan akan mendepositkan wang tunai atau asset lain sebagai
simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh
pelanggannya.

Mekanisme operasi Wadi’ah adalah seperti berikut:


 Kita mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan
kepada kita.
 Kita boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa.
 Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan dan membayar
hibah (hadiah) jika perlu.
 Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat
pemegang amanah dan peti simpanan deposit.
51
2. Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara
dua pihak, iaitu pemilik modal dan pengusaha. Pemilik modal
akan menyediakan dana bagi pengusaha untukmenjalankan
usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana
yang dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah
perkongsian untung yang telah dipersetujui. Prinsip Mudarabah
ini boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dan antara
bank (sebagai pemilik modal) dan pengusaha. Kerugian yang
dialamai akan ditanggung oleh pemilik modal.

52
 Mekanisme operasi Mudarabah (Perkongsian keuntungan)
adalah seperti berikut:
 Kita menyediakan dana kepada bank setelah setuju dengan
terma dalam perjanjian Mudarabah.
 Bank melaburkan dana ke dalam asset atau usaha niaga yang
dipersetujui.
 Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.
 Keuntungan akan dikongsi di antara kita dengan bank
berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah dipersetujui.
 Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan
mengurangkan nilai asset/pelaburan dan seterusnya amaun dana
yang telah kita laburkan di bank.
53
 3. Bai’ Bithaman Ajil – BBA (Penjualan dengan harga tertangguh)
Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada
pembeli harga jualan secara tangguh beserta dengan satu margin keuntungan
yang dipersetujui, sama ada secara sekali gus atau secara ansuran.

 Mekanisme Bai’ Bithaman Ajil (Penjualan dengan harga tertangguh)


 Kita memilih suatu asset yang dibeli.
 Kita mendapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli
asset tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.
 Bank membeli asset tersebut daripada pemilik secara tunai.
 Bank menjual asset itu kepada kita dan menyerah hak milik asset kepada kita
pada harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.
 Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh
yang dipersetujui.

54
4. Murabahah (Kos tambah)
Seperti BBA, transaksi Murabahah melibatkan penjualan barangan
di antara penjual dan pembeli pada harga jualan yang telah
termasuk margin keuntungan yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti
memaklumkan kepada pembeli kos sebenar asset dan margin
keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

55
5. Musyakarah (Usaha sama)
Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyakarah
merujuk pada perkongsian atau usaha sama perniagaan untuk
mendapatkan keuntungan. Keuntungan yang diperole akan
dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkannisbah yang dipersetujui
yang mungkin tidak sama nisbahnya dengan jumlah pelaburan
yang dibuat oleh rakan kongsi. Bagaimanapun, kerugian yang
dialami akan dikongsi berdasarkan isbah dana yang dilabur oleh
setiap rakan kongsi.

56
6. Ijarah Thumma Bai’ (Sewa beli)
Ijarah Thumma Bai’ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya pembiayaan
kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat:
 Kontrak Ijarah (pajakan/penyewaan)
 Kontrak Bai’ (Jual beli)
 Kontrak-kontrak tersebut akan dimeterai secara berasingan dengan turutan yang betul.

Mekanisme operasi Ijarah Thumma Bai’ adalah seperti berikut:


 Kita memilih kereta yang ingin dibeli.
 Kita memohon pembiyaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta berkenaan dan
berjanji akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.
 Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.
 Penjual kereta member hak milik kereta kepada bank.
 Bank memajakkan kereta tersebut kepada kita.
 Kita membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.
 Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada kita pada harga yang telah
dipersetujui.

57
7. Wakalah (Agensi)
Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal)
melantik pihak lain bagi bertindak mewakili dirinya (sebagai ejen)
untuk melaksanakan tugas-tugas khusus.pihak yang menerima
tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas khidmatnya.
Contohnya, seseorang pelanggan meminta bank membuat
pembayaran kepada pihak lain di bawah syarat-syarat tertentu.
Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk
melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank
akan dibayar fi atas perkhidmatannya.

58
 8. Qard (Kontrak hutang)
Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang
tetap atas semangat ihsan dan peminjam hanya perlu
membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja.
Walaubaaimanapun, sekiranya peminjam membayar lebih
berdasarkan budi bicaranya (tanpa ikatan perjanjian), ia
dianggap sebagai tanda penghargaan kepada peminjam.
 Contohnya: Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM
5,000 kepada peminjam berdasarkan Qard dan akan
mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM 5,000
kepadanya kelak pada masa yang dipersetujui.

59
9. Hibah (Ganjaran)
Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai
balasan kepada menfaat yang diterima. Contohnya, dalam
simpanan yang beroperasi di bawah Wadi’ah, bank lazimnya
membayar kepada penyimpan Wadi’ah hibah walaupun
pemegang akaun hanya ingin mebuat simpanan mereka di bank.
Terdapat persoalan lazim dikemukakan oleh perseorangan atau
kumpulan mengenai perbankan Islam ini.

60
 Persoalannya:
Adakah perbankan Islam hanya untuk orang Islam sahaja?
 Tidak. Perbankan Islam adalah untuk semua individu tanpa mengira
kepercayaan agama mereka.
 Apakah perbezaan perbankan Islam dengan konvensional?
 Perbezaan utama di antara perbankan Islam dan konvensional ialah
perbankan Islam berlandaskan Syariah. Perbankan Islam juga mesti
mengelak aktiviti riba’, gharar (ketidakpastian yang berlebihan),
perjudian dan penipuan. Sebagai contoh, di dalam kes pembiayaan,
sebagai ganti kepada caj faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan
yang diberikan institusi perbankan Islam sebaliknya menyediakan
pembiayaan berdasarkan kontrak musyakarah atau perkongsian
untung rugi.
61
Bagaimana bank Islam dan SPI member ganjaran kepada
penyimpan sedangkan pembayaran faedah tidak dibenarkan?

Dalam syariat, terdapat banyak cara untuk berkongsi keuntungan


di antara bank dan pelanggan. Contohnya, dalam produk deposit,
bank dan pendeposit akan berkongsi keuntungan berdasarkan
nisbah yang dipersetujui dan dibayar sebagai dividen. Bank
dibenarkan untuk member hibah (ganjaran) kepada pendeposit
sekiranya ia bersesuaian.

62
Matapelajaran Umum (MPU)

Pengurusan Harta dalam Islam

Harta bermaksud : (al-Mal) segala sesuatu yang memiliki


nilai-nilai legal dan konkrit (‘ayan) wujudnya, disukai
oleh tabiat manusia secara umum, boleh dimiliki, dapat
disimpan serta dimanfaatkan dalam perkara yang legal
menurut syarak seperti modal perniagaan, pinjaman,
penggunaan, hibah dan sebagainya. (Sofyan Zefri.)

63
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

 "Tidakkah kamu perhatikan, sesungguhnya Allah telah


memudahkan untuk kepentinganmu apa yang ada di langit dan
apa yang ada di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmatNya
lahir dan batin". Luqman : 20

64
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Kedudukan Harta Dalam Islam
1. Harta sebagai tiang penegak kehidupan.
2. Harta merupakan ‘khairan’ iaitu suatu kebaikan.
3. Harta dan kekayaan merupakan nikmat yang Allah berikan
kepada para Rasul, orang yang beriman dan bertaqwa
daripada hamba-hamba-Nya.
4. Harta kekayaan merupakan cubaan dan ujian hidup.
5. Sebaik-baik harta adalah harta yang diberikan (yang dimiliki)
oleh hamba yang soleh.

65
Matapelajaran Umum (MPU)

“Saya percaya hanya segolongan kecil masyarakat Islam


negara ini yang memahami hukum faraidh, konsep hibah,
wasiat dan wakaf. Kalau semua mereka memahaminya, sudah
tentu kita tidak akan mendengar berlakunya kes-kes di mana
pencarum KWSP menamakan teman wanita atau mana-mana
pewaris yang tidak layak dari segi hukum syarak sebagai
penama yang layak menerima caruman setelah kematian si
pencarum.

66
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Keadaan ini sungguh menyedihkan bahkan ada lagi yang lebih


menyedihkan di mana penama enggan membahagikan wang
tersebut kepada waris-waris yang selayaknya mendapat bahagian
mereka.”
YAA Datuk Sheikh Ghazali Abd Rahman.

67
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Definisi Wasiat
Wasiat adalah suatu dokumen yang mempunyai kuatkuasa
undang-undang yang membolehkan seseorang menentukan cara
dan bagaimana harta bendanya hendak dibahagi setelah berlaku
kematian.

68
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Definisi

• Orang yang membuat wasiat


Pewasiat
• Orang / pihak yang dinamakan dalam wasiat
Benefisiari yang akan menerima harta pusaka

• Orang / pihak yang dilantik untuk


Wasi melaksanakan dan menyempurkan wasiat.

69
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia
Matapelajaran Umum (MPU)

Sebelum Faraidh
1. Belanja menguruskan jenazah – mandi, kafan dan kebumi.
2. Jelaskan hutang si mati – zakat, haji, kifarah, nazar, fidyah, dan
hutang dengan manusia.
3. Harta sepencarian
4. Wasiat (amal jariah) jika ada dengan syarat – tidak lebih 1/3 dari
harta bersih setelah ditolak hutang. Tidak diwasiatkan kepada
waris yang berhak menerima pusaka kecuali setuju.
Selebihnya barulah dibahagikan menurut hukum faraidh.

70
MPU 3333 - Isu – isu Kontemporari Muslim di Malaysia

You might also like