Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

CFT 1022: Kebudayaan dan Tamadun Melayu

TAMADUN
Konsep dan Istilah
Tamadun

• “Tamadun”- berasal daripada perkataan Arab tamaddun –


bermaksud kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku yang
berpunca daripada kata kerja ‘maddana’. Yang bereti memperhalusi
budi bahasa dan pemperelok tingkah laku dan juga bererti membuka
atau membuat bandar.
• Madina – bandar, perkataan “madana” bererti halus dan beradab
sopan dalam budi bahasa dan tingkah laku
• Madani – yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus
dalam budi bahasa dan beradap sopan dalam tingkah laku (urbane,
civilised, and refined).
• “Tamadun” – sama dengan istilah hadharah yang bermaksud diam di
bandar, tahu adap sopan dan manis tingkah laku.
• Umran – Istilah yang digunakan oleh Ibn Khaldun, yang
bermaksud kemakmuran, kemajuan atau kawasan yang makmur
iaitu daripada kata kerja amara bermaksud mendiami sesuatu
tempat dan memakmurkan atau mengimarahkannya dengan
kemajuan dan keamanan.
• Bertukar ganti dengan istilah peradaban (daripada perkataan
adab) yang membawa maksud keadaan serta tahap kemajuan
dalam kehidupan jasmani, rohani dan material bagi sesuatu
bangsa dan masyarakat.
• Istilah tamadun boleh disamakan degan istilah bahasa Inggeris
yang berasal daripad Latin civitas yang bermaksud bandar
ataupun kota.
• Masyarakat Barat mengaitkan pengertian tamadun dengan
pembangunan lahiriah seperti dalam aspek kebudayaan
contohnya penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran.
• Civilization membawa 3 maksud:
• 1- a relatively high level of cultural and technological
development
• 2- the culture characteristic of a particular time or place
• 3 –the process of being civilized or refinement of manners,
thought and taste or a situation of urban comfort (Merriam –
webster’s collegiate dictionary, 1996).
• Kesimpulan:
• Tamadun boleh ditakrifkan sebagai pencapaian dan
pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan
penciptaan yang baik, halus, sopan dan santun bagi
pembentukan peribadi, akhlak, tatasusila, adab, tingkah laku
dan budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu
kelompok manusia yang membentuk sebuah masyarakat atau
negara bangsa.
• Selari dengan Dr Albert Schweitzer: Civilization is the sum total of
all progress made by mankind in every sphere of action and every point
of view, in so far as this progress is serviceable for spiritual perfecting of
individual and the community (Schweitzer, 1995: vii).
• Menurut Pandangan Beberapa Tokoh Sejarawan:-
• Gordon Childe, Darcy Riberio, R.A Buchanan:
• Mementingkan pencapaian lahiriah dan menolak unsur rohaniah
• Syed Naquib Al-Attas
• Menekankan pencapaian tatasusila yang tinggi dan kebudayaan
masyarakat yang luhur
• Ibn Khaldun
• Kehidupan bandar sebagai kehidupan yang bertamadun.
• Tatasusila, kesopanan dan moral yang tinggi.
• Richard Sullivan
• Mengakui unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun
• Ciri Asas Tamadun Utama adalah:
1. Penempatan manusia di suatu atua beberapa pusat perbandaran yang
disatukan (Madinah / Metoropolis)
2. Hayat penghidupan stabil yang agak panjang.
3. Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi,
sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan berwibawa
4. Adanya satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun yang menjadi
pengungkap dan pengantar segala kegiatan ketamadunan dengan sistem
tulisannya yang cekap demi perakaman, penyampaian, pendidikan dan
pewarisannya.
5. Adanya undang undang, norma dan ethos yang teratur dan berwiabawa
6. Lahir serta meningkatnya daya produktiviti, kreativiti dan pemikiran
falsafah, etika, moral dn metafizik atau keagamaan, sains, teknologi, dan
juga kekreatifan seni tersendiri yang membolehkan masyarakat itu
mengatasi sebahagian besar daripada permasalahan dan memenuhi
tuntutan yang berkaitan dengan penyaraan, pendidikan, kebajikan,
pertahanan, keselamatan, kesejahteraan, rekreasi dan segala gelagat
penghidupan bersama dalam alam persekitaran sosial dna fizikalnya.
• Ringkasnya tamadun boleh dilihat daripada pencapaian
fizikal dan intelektual:
1. Fizikal – penubuhan sebuah kerajaan atau empayar
yang membesar melalui penggabungan beberapa pusat
perbandaran yang berdekatan, perluasan sempadan
atau melalui penaklukan.
2. Intelektual – penemuan fikiran yang baharu samada
secara pemerolehan mahupun melaui ilham/wahyu
misalnya: kemunculan tamadun Islam ataupun
penemuan, penyuburan dan pentafsiran kembali fikiran
lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran,
sains, dan teknologi yang berwiabawa dan bertenaga
seperti yang berlaku dalam renaissance Barat.
Tipologi Tamadun Manusia
• Lucien Goldman (1995, The Hidden God, dipetik oleh Braudel,
1993:16) :-
• Unsur utama yang menjadi pembeza ialah pandangan alam
semesta atau view of the world yang mendasari setiap tamadun.
Pandangan alam semesta menurut beliau adalah:
• The sum total of the thoughts which the community or the individual
think about the nature and purpose of the universe and about the
place and destiny of mankind within the world (Opcit:vi).
• Manakala menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995:1-5)
• the worldview of Islam encompasses both al dunya and al akhirat, in
which the dunya – aspect must be related in a profound and
inseparable way to the akhirat aspect. And in which the akhirat
aspect has ultimate and final significance…..worldview, according to
the perspective of Islam, is the vision of reality and truth that appears
before our mind’s eye revealing what existence is all about, for it is the
world of existence in totality that Islam is projecting.
Tipologi Tamadun Manusia
• Bedasarkan konsep tersebut, terdapat lima jenis
tamadun manusia yang utama seperti yang dilakukan
oleh sarjana Islam Sayyed Abul Hasan Ali Nadwi
(1980:44) dengan tambahan tamadun berasaskan
ideologi budaya atau agama dan tamadun berasaskan
wilayah geografi, iaitu:
a. Tamadun materialistik
b. Tamadun intelektual
c. Tamadun mistik
d. Tamadun berasaskan wahyu
e. Tamadun berasaskan ideologi budaya, nasionalisme,
agama dan wilayah geografi.
Tamadun materialistik
• Melihat dunia dan segala yang wujud hanya terhad kepada apa yang
mempunyai jisim/material dan menanganinya berdasarkan apa yang
dapat ditanggapi oleh deria yang lima atau pancaindera serta dapat
dikeasan dan diukur melalui alat alat sains dan teknologi semata mata.
• Kesan: tidak akan lahir kepercayaan dan keyakinan kepada sesuatu
kuasa atau kewujudan yang di luar daripada tanggapan pancaindera.
Contoh: kepercayaan kepada kewujudan Tuhan, kehidupan sesudah mati
dan pembalasan pada hari akhirat sebagai destini manusia yang
muktamad seperti yang diajukan oleh agama wahyu kerana tidak dapat
dikesan oleh sains.
• Cara berfikir:
1. melahirkan falsafah sekularisme (daripada bahasa Latin saeculum
bermaksud masa ini dan tempat ini iaitu dunia sahaja), untuk memenuhi
tuntutan instant sensual gratification iaitu kepuasan hawa nafsu semasa
kehidupan di dunia semata.
2. Melahirkan falsafah humanism yang meletakkan fikiran manusia sebagai
lokus atau pusat segala pertimbangan, keputusan dan pembebesan
daripada sebagarang autoriti agama.
Tamadun materialistik
3 Melahirkan aliran falsafah pragmatisme: sesuatu yang baik dan
benar adalah yang membawa kepada manfaat yang praktikal
dan pencapaian matlamat bagi sesuatu itu mewajarkan segala
bentuk tindakan ke arahnya (the end justifies the means).
• Justeru, tamadun awal materialistik tidak menekankan kepada
nilai moral yang mulia tetapi kepentingan diri sendiri dan rasa
tamak haloba.
• Setelah berkembang, ia menuntut keperluan hidup
bermasyarakat yang dipandukan dengan satu konsep etika dan
moral, namun masih memenuhi tuntutan keseronokan dan
kelazatan hawa nafsu yang rendah dan segera.
• Pada tahap yang lebih tinggi: masyarakat merubah ideal kepada
keperluan memenuhi faedah atau kegunaan tertentu yang
dianggap lebih tinggi dan mulia. Contoh: memenuhi ideologi
sosiopolitik, kolonialisme, liberaliseme etc. yang ditandai oleh
sifat penting diri sendiri, tamak haloba, licik dan egois etc.
Tamadun materialistik
• Tamadun ini banyak menyumbang kepada
pembangunan dan kebajikan material
manusia kerana ciri ciri memang
dilengkapkan dengan segala kekuatan dan
tenaga untuk kemajuan material.
• Namun hakikat sebenarnya, tamadun ini
menguasai dan memperalatkan kebolehan
intelek bagi memenuhi keseronokan dan
kepuasan pancaindera dan hawa nafsu
semata mta.
Ad
Contoh tamadun materialisitk
(Selata
n
dalam sejarah manusia Semen
anjung
Arab),
Kaum
Thamu
d
9utara
dan
Barat
Semen
anjung
Arab),
Tamadun Mesir Purba, Syria
Kaum
Purba, Farsi purba, Yunani dan
Nimrud
Romawi purba (sekular Barat)
dan
Kaum
Lut
Renaissance Eropah – bermula di Italy pada aband ke 14,
kemudian ke Perancis pada aband ke 15, ke England dan
jerman pada aband ke 16, Proses Enlightenment pada
abad ke 17 – 19
• Di barat, gerakan Renaissance dan Enlightenment
Eropah dinamakan zaman moden yang ditandai oleh
proses industrialisasi dan urbanisasi yand pesat dan
meluas dengan tiga gagasan serangkai ideal iaitu
“reason – science – progress”
• Justeru, proses penjajahan politik kuasa barat
selamat hapir 500 tahun ke seluruh dunia baru, afrika
dan sbehagian besar asia dan autralasia, bermula
penghujung abad ke 15 dan berakhir pada
pertengahan abad ke 20, yang diikuti oleh dominasi
budaya, pendidikan, sains, teknologi dan ekonomi
barat, tamadun materialistik merebak ke seluruh
dunia hasil daripada globalisasi.
Tamadun Intelektual
• Mengutamakan penggunaan akl (ration/mind) dan taakulan
(rationality/reasoning) dalam menentukan samada sesuatu itu benar,
sah dan dapat diterima, dengan demikian ianya dianggap sebagai
paling rasional dan saintifik.
• Sesuatu perkata tidak akan diterima sebagai sah dan benar
sebelum ianya dinilai dan dipertimbangkan oleh akal dan intelek.
• Intelek: kemampuan menganalisis, menghubungkait, mensintesis,
mentertib dan mensistem, mengabstraksi, mencipta dan
memperoleh ilmu pengetahuan tentang perkara, keadaan dan
kejadian yang dialami dalam alam kewujuan ini.
• Tamadun Barat dewasa ini mengikut pandangan etnosentrik Barat
ialah tamadun intelektual par excellence – penggunaan intelek dan
penaakulan yang membuahkan pelbagai hasil yang paling rasional
dan saintifik dalam sejarah manusia.
Tamadun Intelektual
• Kelemahan:
• - dibatasi kepada perkara, kejadian dan keadaan yang
dapat ditanggapi oleh persepsi manusi melalui apa
yang dapat dilihat, didengar dan difahami melalui
pengalaman manusia semata mata.
• - penaakulan dan intelek semata mata tidak pernah
tidak pernah menjadi asas dan punca sebagai sebarang
tamadun dalam sejarah manusia (sejarah tamadun
manusia menunjukkan intelek dan penaakulan timbul
kemudian daripd timbulnya unsur unsur tamadun yang
berupa adat, tabiat, kepercayaan dan tahyul yang terbit
daripada perasaan, emosi, anggapan, rangsangan dan
sangkaan yang mendahului akal)
Tamadun Mistik
• Antitesis kepada tamadun materialistik.
• Cuba memusnahkan hakikat kewujudan jisim dan menolak tuntutan
dan keberahian nafsu badaniah yang dianggap membawa kepada
noda, dosa dan kedurjanaan, seperti tamadun materialistik yang
menolak hakikat kewujudan unsur rohaniah yang luhur dan kudus dan
kewujudan hati yang boleh menerima ilhan dan hidayat bagi
memahami hakikat wujud yang transendental yang merentasi alam
fizikal.
• Tamadun ini melihat roh sebagai unsur yang terperangkap dalam
badan manusia yang tertahan daripada peningkatan dan kemajuan
dalam pergerakan menuju keara kewujudan yang tinggi dan bersatu
dalam kewujudan Tuhan yang Kudus.
• Roh yang terjebak dengan segala urusan permasalahn dan kemelut
nafsu syawat dan tuntutan badaniah tidak akan dapat menembusi
alam wujud yang luhur dan suci dan meningkat ke maqam tinggi yang
kudus. (Zaman Gelap di Eropah)
• Contoh – gerakan monasticism
Tamadun Mistik
• Kelemahan:
• - menafikan dan menekankan segala
tuntutan dan kehendak badaniah.

• Contoh: “…Marriage was considered a sin,


women worldly scourge, relationship with
the fair sex an impediment in the way
spiritual development…”
Tamadun Wahyu
• Mempunyai pandangan semesta dan unsur unsur asas yang dominan ,
berbeza dengan tamadun tamadun yang bersifat materialistik, intelektual
dan mistik.
• Tidak menafikan bahawa unsur unsur itu mungkin wujud dalam tamadun
berasaskan wahyu sebagai unsur pelengkap.
• ada elemen yang memenuhi kehendak nafsu badaniah, menggunakan
intelek, rasional dan penaakulan, mistik dan kerohanian.
• Kombinasi secara seimbang dan saksama.
• Perkara yang membezakan tamdun wahyu daripada tamadun lain
berdasarkan tulisan Abul Hassan Al Nadwi (1980:93-114), seperti berikut:
• 1- alam ini bukan kejadian semualajadi yang tiada pencipta, bukan
kerajaan yang ditadbirkan oleh sekumpulan dewa dewa namun ianya
dicipta oleh Pencipta
• 2- Manusia akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas segala
tindak tanduk dalam kehidupan di dunia, yang akan mempengaruhi dan
megolah seuluruh sikap dan nilai kehidupan manusia. Konsep
akauntabiliti muktamad
Tamadun Wahyu
• Keyakinan sepenuhnya kepada Tuhan dan kepercayaan bahawa segala
amalan dan perbuatan baik akanm ematuhi hukum alam dan hukum
syariah ciptaan Tuhan pasti mendapat balasa, yang baik di dunia dan
akhirat.
• Menghormati maruah dan martabat kemanusiaan yang akan
mengelakkan diri daripada perbuatan zalim, kasar, rakus, hina dan
menekan manusia lain untuk kepentingan diri.
• Keadilan dan kesaksamaan tanpa kompromi samada untuk kepentingan
diri atau kumpulan dan tanpa diskriminasi antara manusia atas dasar
bangsa, warna kulit, budaya, keturunann dsb (ummatan wahidatan –
umat manusia global)
• Amalan dan corak penghidupan yang seimbang dan pertengahan iaitu
kombinasi tuntutan kehendak nafsu badaniah dengan penggapaian dan
kerinduan jiwa dan roh kepada sumber kejadiannya yang luhur dan
kudus berdasarkan akhlak dan kod etika syariah yang tetap, dan
penggembelengan daya usaha dan kreativiti intelek dan akal yang
rasional dan saintifik dengan pengilhaman hati dan kalbu yang
tansendental dan kudus.
Tamadun Berasaskan Ideologi Budaya,
nasionalisme ,Agama Wilayah Geografi.

• Tamadun berasaskan Agama :- Tamadun


ortodoks Kristian, Tamadun Hindu,
Tamaduna Buddha, Tamadun Islam
• Tamadun Wilayah Geografi:- Tamadun
Barat, Tamadun Amerika Latin, Tamadun
Afrika
• Teori Tamadun:
• Ibn Khaldun (1332-1406)
– Toeri kitaran (cyclical theory)
– Hasil pengamatan tentang masyarakat desa dan bandar
– Bagaimana tamadun bermula, berkembang, dan akhirnya jatuh
seperti kitaran roda
– Menekankan pembentukan organisasi sosial menerusi semangat
asabiyah (solidiri sosial)
– Semangat yang memungkinkan komuniti sosial, masyarakat,
kerajaan dibentuk dan selanjutnya membangunkan sistem
ekonomi, sosial dan politik yang stabil dan matang.
– Tiga tahap perkembangan tamadun:
• Tahap awal (kelahiran sesebuah tamadun)
• Tahap kehidupan menetap (terbinanya sesebuah tamadun)
• Tahap lemah (kejatuhan sesebuah tamadun)
• Arnold Toynbee
– Kagum dengan Ibn Khaldun dan menggelar beliau sebagai
mahaguru dalam sejarah, sosiologi dan tamadun
– Sejarawan terkenal Eropah dan dunia
– A Study of History: banyak memberi kesedaran dan perspektif baru
tentang pengertian sejarah dan tamadun.
– Pengaruh Ibn Khaldun
– Perkembangan tamadun melalui 3 fasa:
• Awal
• Semasa
• Tamadun berakhir dengan kejatuhan
– Faktor paling penting tamadun mampu bertahan adalah sebab
agama dan sistem nilai yang dapat dipertahankan oleh sesebuah
masyarakat
• Malek bin Nabi (1905 – 1973)
– Sarjana dan pemikir Islam kontemporari
– Dipengaruh oleh idea sarjana Islam dan Barat
– Kelahiran Algeria dan dibesarkan dalam Imperialis Perancis
– Pemikiran seakan sama dengan Ibn Khaldun
– Teori kemajuan dan tamadun berasaskan beberapa pemboleh ubah:
• Manusia sebagai penggerak perubahan sosial
• Pendidikan
• Unsur-unsur material atau dikenali sebagai bahan
• Penglahiran dan aplikasi idea
• Masa
– Manusia memiliki penghayatan dan amalan agama yang tinggi sebagai
pemacu yang menggerak dan memartabatkan sesebuah kemajuan dan
tamadun.
– Perkembangan masyarakat kepada tiga:
• Tahap masyarakat pratamadun
• Tahap masyarakat bertamadun
• Tahap masyarakat pascatamadun
• Karl Marx (1818-1883)
– Ikon sosialisme/komunisme awal abad ke 19.
– Buku terkenal Communist Manifesto, pengkritik kapitalisme
– Idea kapitalisme tentang ekonomi dan keadilan sosial tidak mampu
membina sebuah masyarakat yang memiliki ikatan sosial yang
kukuh dan padu.
– Kapitalisme menimbulkan pertentangan dan ketidakpuasan hati di
kalangan pihak terbanyak, iaitu golongan pekerja.
– Sejarah pembinaan masyarakat akan sentiasa berada dalam konflik
kerana diskriminasi dan penindasan oleh pihak superior (folongan
feudal) terhadap pihak pekerja (bourgeois).
– Ketidak adilan ekonomi dan pembahagian kerja boleh melemahkan
sistem sosial sesebuah masyarakat
– Akibat: konflik dan pertentangan kelas bawahan dan atas sentiasa
berlaku selagi ada pihak yang menguasai dan mengeksploitasi
sumber sumber ekonomi
– Konflik mesti berkahir dengan kewujudan kelas baru yang memiliki
hak hak dan peranan ekonomi yang adil dan seimbang
– Kewujudan masyarakat sosialis dapat melahirkan perubahan sosial
yang lebih makmur dan harmoni
– Berpunca daripada kewujudan suatu bentuk sistem ekonomi tunggal
sosialisme.
– Kesinambungan masyarakat yang bertamadun dapat dicapai
menerusi legitimasi politik dan kuasa itu sendiri.
• Max Weber (1864-1920)
– Dipengaruhi oleh reformer mazhab protestan, John Calvin
– Berpendapat masyarakat akan berada pada tahap maju dan
dinamik apabila mereka memiliki etika protestan yang tinggi dan
dalam masa sama mengaplikasi sebagai seorang pekerja
– Etika protestan mementingkan kualiti kerja yang tinggi yang
menganjurkan setiap individu bekerja keras untuk memperoleh
ganjaran material yang dapat membahagiakan kehidupan
masyarakat seluruhnya
– Ianya dilihat sebaga pemacu kemajuan dan pembinaan sesuatu
tamadun kapitalis yang unggul khususnya bagi masyarakat Eropah
Barat pada waktu itu.
– Idea weber menyanggah idea sosialisme yang pada anggapannya
begitu naif dan kolot
• Auguste Comte (1798-1857)
– Father of Sociology
– Banyak memberi sumbangan besar kepada sejarah pemikiran dan
perkembangan manusia
– Terkenal dengan falsafah positif yang mendeskripsikan masyarakat
dalam bentuk tipologi yang berbeza menerusi Law of Human
Progress.
– Comte menyatakan masyarakat akan berkembang secara evolusi
menerusi 3 tahap:
• Mistik dan Supernatural – pemikiran dan tindakan manusia
yang terikat kepada unsur unsur nature yang mereka percaya
memberi pengaruh besar dalam kehidupan seharian
• Kuasa ghaib dan abstrak- mempengaruhi kerangka nilai,
pemikiran dan tindakan
• Idea ideaa saintifik-kerangka terpenting
• Ali Shariati (1993- 1977)
• Sarjana Islam terkenal
• Terkenal dengan teori perkembangan tamadun
• Terdapat 2 pemboleh ubah penting yang menjadikan sesebuah tamadun
berkembang maju:
– Hijrah
– Mausia
• Melalui pemerhatian beliau, terhadap 27 tamadun dunia, jatuh dan
bangunnya sesebuah tamadun dipengaruhi oleh dua pemboleh ubah ini.
• penghijrahan – mampu mempertemukan budaya, pemikiran, dan tradisi
yang beza, menjadikan suatu lonjakan yang besar terhadap pembinaan
suatu bentuk masyarakat, budaya dan sekaligus tamadun baru.
• Hijrah juga memberikan kekuatan, semangat, pemikiran baru kepada
masyarakat yang inginkan perubahan.
• Hijrah juga merupakan titik mula kepada perubahan hidup yang lebih baik
daripada yang sebelumnya.
• Talcott Parson (1902-1979)
– Mengkaji pembentukan masyarakat dari perspektif struktur fungsional
– Mengandaikan setiap elemen struktur sosial mestilah memainkan
peranannya bagi memastikan kewujudan sebuah masyarakat yang
unggul terus wujud iairu:
• Masyarakat perlu melakukan penyesuaian terhadap persekitaran.
Penyesuian membolehkan manusia terus hidup
• Masyarakat mesti memiliki matlamat yang memandu manusia ke
arah penghidupan yang bermakna. Matlamat masyarakat adalah
memperoleh keharmonian dan keselesaan hidup. Masyarakat tidak
boleh menyeleweng daripada matlamat yang telah sama sama
dipersetujui
• Integrasi sosial dan semangat kerjasama yang tinggi akan dapat
mendorong masyarakat untuk melakukan penyesuaian diri
sekaligus mencapai matlamat yang telah dipersetujui
• Perkongsian nilai dan kepatuhan norma dalam usaha mencapai
suatu perpaduan sosial yang kukuh. Tanpanya manusia akan kucar
kacir dan tidak berpadu.
• Point to ponder
– Masyarakat la yang membina tamadun
– Yang terdiri daripada individu
– Individu yang membentuk ikatan sosial
– Jadi, sekiranya setiap individu tidak memiliki
nilai, etika, norma, dan kepatuhan sosial, maka
tamadun tidak mampu dibangun dan
berkembang maju.
• Kebangkitan dan kejatuhan Tamadun
– Riberio (1980)
• Menetap dan memajukan kawasan
• Wujud kilang / industri yang mengeluarkan produk untuk
kegunaan masyarakat kawasan tersebut
• Wujud perkembangan, penyebaran, serta revolusi tekonologi
terhadap kaedah atau peralatan yang menyokong kegiatan
sosioekonomi setempat.contoh teknik pertanian baru seperti
pengairan, teknologi peralatan perang etc
• Perkembangan bidang pertanian dan penternakan yang
ekstnesif bagi meyokong makanan penduduk
• Pertumbuhan bandar dan perbandaran sehingga terbentuk
bandar, daerah, negeri dan negara serta empayar
• Wujud susun lapis dan penstrukturan sosial yang kompleks. Ada
ketua dan pengikut, wujud sistem nilai dan ritual dalam sistem
sosial tersebut
– Tercetus revolusi penggunaan logam yang membawa kepaa
penciptaan teknologi susulan seperti peleburan, percetakan, ukiran,
penciptaan wang dsb.
– Berlaku revolusi perdagangan dan perniagaan antara ahli kumpulan
tamadun tersebut atau komuniti luar.penciptaan sistem tukar ganti,
jual beli serta perkembangan sistem pengangkutan
– Revolusi perbandaran kerana perbandaran membolehkan kesemua
urusan aktiviti dijalankan dengan baik
– Perhubungan. Pada masa lampua sungai merupakan sistem
perhubungan yang penting. Kerana itula kebanyakan tamadun
bermula di tepi sungai. Contoh. Lembah sungai Tigris, Nil, Huang
Ho.etc
• Wan Hashim (1997) – faktor yang
membawa kepada terbinanya tamadun dan
faktor yang membawa keruntuhan:
– Semangat Kerjasama
– Pegangan agama
– Keselesaan hidup dan kemewahan dinikmati setelah mencapai
kejayaan boleh melemahkan dan merosakkan kesatuan sesuatu
masyarakat dan menjadi gejala yang melalaikan golongan elitnya.
Justru pegangan kepada agama mampu menguasai individu atau
kelompok manusia
– Industrialisasi membawa masalah individualisme dan egoisme
apabila mereka terlepas daripada ikatan norma dan nilai budaya
yang berpaksikan agama. Agama dianggap sebagai moral order
yang tertinggi yang membantu membanteras segala gejala sosial
kesan daripada perkembangan sosialisme
– Unsur budaya dan nilai ajaran Islam (seperti gerakan reformasi
Calvinisme dan etika Protestan bagi masyarakat kristian Eropah abad
17 – 18) boleh dan perlu digunakan untuk memacu masyarakat
Melayu ke arah kemajuan maerial yang dihasratkan. Namun unsur
yang sama juga perlu digunakan bagi mengimbangi antara kejayaan
material dan kekuata rohaniah
– Hijrah – meninggalkan tempat asal perlu dipupuksebagai suatu
tuntutan untuk merealisasikan pembinaan sesebuah tamadun pada
abad ke 21. kita sebagai manusia bertanggungjawab mencorakkan
masa depan kita bersama.
• Kejatuhan Tamadun
– Berpunca daripada sikap manusia yang lupa diri. Bermewah mewah
dan bermegah megah apabila sudah mencapai kejayaan
– Menurut Toynbee (1960)
– Berpunca daripada kegoyana institusi politik
– Kebejatan sosial akibat sikap suka berfoya foya pemimpian dan
rakyat dalam tamadun tersebut
– Lazimnya: apabila masalah ini berlaku, kebajikan rakyat akan
terabai.Contoh: dinasi Sui, kemewahan telah mengakibatkan
Maharaja dan para pegawai kerajaan berfoya hidpa dalam
kemewahan, mementingkan monumen serta kemegahan. Hidup
yang dibina atas kesengsaraan rakyat yang berdepan dengan
bencana Alama (banjir dan kemarau)
– Rom – para pembesar Rom hidup dalam berfoya foya hinggakan
kota Rom menjadi lemah dan Rom ditawan pihak Islam.
– Lazimnya peemrintah terakhir dalam sesuatu tamadun itu lemah,
kejam, zalin, hidup berfoya foya, disirami kemewahan
sehinggakan tanggungjawab sebagai pemimpin diabaikan.
– Contoh : Mesopotamia, Sumeria, India, Mesir
– Contoh Tamadun Melayu: Melaka dan Majapahit
– Tamadun Islam: Umayyah, Abbasiyah.
– Apabila berlaku kebangkitan dalaman dan ancaman luaran,
pemerintah tidak berupaya mempertahankan kejayaan yang telah
dicipta oleh nenek moyang sejak berpuluh ,ratus dan ribu tahun
lampau.
– Runtuhnya tamadun bukan dari aspek fizikal sahaja namun juga
dari aspek metafizikal
– Mahyudin (1998) menyifatkan kejatuhan sesebuah tamadun
disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti:
• Berlaku penyelewengan agaman dan menyebabkan manusia
menjadi daif dan kasar (tidak memiliki kemanusiaan / keinsanan
• Ketidakstabilan politik (timbulnya persaingan, penyalahgunaan
kuasa, boros, kronisme, rasuah, persengketaan, peperangan
dan perbalahan
• Kehilangan disiplin dan akhlak : akibat timbul anarki dan
diskriminasi
• Tertutupnya pinti ijtihan dan berlakunya taklid (berlaku
kemandulan dan kebekuan ilmu pengetahuan)
• Faktor faktor lain mengikut Mohd Fauzi et.al
2005:
– Berlaku perubahan iklim yang drastik dan sekaligus mengakibatkan
perubahan cuaca dan suhu yang ekstrim seperti apa yang berlaku
kepada tamadun Maya dan Inca di Amerika Selatan
– Jalan perhubungan yang kurang sesuai
– Kurang bekalan air
– Hakisan tanah yang melampau (seperti di Mesopotamia, palestin,
Greek, Itali, China dan Mexico)
References
• Deraman, A.A. 2001. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Edisi
Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
• Mohd Balwi, M.K.2005. Peradaban Melayu. Penerbit UTM: Skudai.
• Shafie, G. Wan Teh, W.H. & Hussein, I. 2001. Tamadun Melayu
Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu. 2nd Ed. Penerbit UKM. Bangi.
• Musa, H. 2005.Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: menghadapi
Globalisasi Barat. Penerbit UKM: Bangi.
• Mohd Balwi, M.K. 2005. Peradaban Melayu. Penerbit UTM: Johor.
• Din, A. 2016. Asas Kebudayaan dan Kesenian Melayu. Penerbit UKM:
Bangi.
• Khalid. E & Abd. Hamid. M. A. 2005. Beberapa Aspek: Tamadun
Melayu, India, China dan Jepun. Penerbit UKM: Johor.

You might also like