Professional Documents
Culture Documents
Bab 1 - Perniagaan Dan Persekitaran
Bab 1 - Perniagaan Dan Persekitaran
PERNIAGAAN DAN
PERSEKITARAN
PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN
1.1.1PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN
(A) MENTAKRIFKAN MAKSUD PERNIAGAAN
• “Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan
barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak
pelanggan”.
• Perniagaan juga boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai
aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhdmatan antara pihak penjual
dengan pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual.
• “Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai
tujuan masyarakat atau ahli mereka”.
ELEMEN ASAS PERNIAGAAN
1.Penjual dan Pembeli
•Penjual dan pembeli melakukan urusniaga di pasaran
Sumber Kewangan Sumber kewangan dari modal • Sumber kewangan dari yuran ahli
sendiri dan keuntungan perniagaan dan sumbangan
masyarakat/tajaan/ derma/ swasta
• Bentuk Syarikat, Perkongsian, Milikan Tunggal, Badan Bukan kerajaan, parti politik, kelab
Koperasi. dan persatuan.
1.2 PERNIAGAAN DAN UNTUNG
(C) MENJELASKAN KEPENTINGAN KEUNTUNGAN KEPADA
SESEBUAH PERNIAGAAN
• KONSEP UNTUNG
1. Jelaskan konsep memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan bagi sebuah perniagaan
makanan segera. [6 markah].
2. Dengan memberikan satu contoh, jelaskan konsep keuntungan dalam perniagaan. [4
markah].
3. Jelaskan tiga keadaan bagaimana persekitaran ekonomi sesebuah negara dapat
mempengaruhi perkembangan sesebuah perniagaan. [6 markah].
4. Jelaskan pengaruh persekitaran politik dan perundangan terhadap sesebuah organisasi
perniagaan. [4 markah].
CONTOH JAWAPAN
1. Jelaskan konsep memuaskan kehendak dan keperluan pelanggan bagi sebuah perniagaan
makanan segera. [6 markah].
• Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan dalam kehidupan manusia seperti
makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. [1m]
• Hubungkait: Restoran makanan segera seperti KFC/McDonalds/Pizza Hut menyediakan
sajian asas makanan segera seperti burger, ayam goreng dsb untuk pelanggan yang bekerja di
pejabat untuk tempoh masa yang panjang/ tiada masa untuk makan kerana sibuk. [1]. Ini
dapat membantu pelanggan mendapat makanan yang cukup dalam masa yang terhad. [1]
• Kehendak merujuk kepada keinginan tidak terhad terhadap barangan yang dapat menjamin
keselesaan hidup seperti makanan yang enak, peralatan rumah dan hiburan. [1]
• Hubungkait: Restoran makanan segera seperti KFC/ McDonalds/Pizza Hut menyediakan
sajian makanan segera dalam pelbagai pilihan, menu dan rasa [1] untuk memenuhi citarasa
pelanggan yang berlainan. [1]
Dengan memberikn satu contoh, jelaskan konsep keuntungan
dalam perniagaan [4 markah].
• Untung merupakan pulangan yang dijangka diterima oleh pengeluar/usahawan yang sanggup
menanggung risiko perniagaan [1] dan berjaya mengurangkan kos pengeluaran. [1]
• Contohnya, seorang penternak ayam kampung menjual 100 ekor ayam dengan harga purata
RM10 seekor di pasaran. Maka, jumlah hasil yang diperoleh ialah RM1000 (RM10x 100 ekor).
Jumlah kos yang ditanggung ialah RM600. Oleh itu jumlah keuntungan ialah RM400
(RM1000-RM600). [2]
1.1.4FAKTOR PENGELUARAN
(E) MENJELASKAN FAKTOR PENGELUARAN MELIPUTI BAHAN MENTAH, MODAL,
MODAL INSAN, TEKNOLOGI, DAN KEUSAHAWANAN
5. Keusahawanan
•Keusahawanan merupakan kemahiran mengambil risiko dan kebolehan menggabungkan semua
faktor pengeluaran dalam proses pengeluaran. usahawan adalah merupakan kumpulan orang yang
bertanggungjawab dalam menjalankan proses pengeluaran.
1.1.5 PROSES PERNIAGAAN
(F) MENJELASKAN LANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT DALAM PROSES PERNIAGAAN YANG MELIPUTI
INPUT, PROSES TAMBAH NILAI, OUTPUT, PEMASARAN, DAN UNTUNG/RUGI;
1. Input
•Input merujuk kepada semua faktor pengeluaran yang digunakan untuk menjalankan proses
pengeluaran sesuatu produk atau perkhidmatan.
•Tahap pertama dalam aktiviti dalam proses perniagaan ialah proses mendapatkan semua faktor
pengeluaran iaitu bahan mentah, modal insan, modal, teknologi termasuk mesin dan peralatan
dan faktor keusahawanan seorang usahawan untuk memastikan proses perniagaan berjalan
dengan lancar.
2. Proses Transformasi
•Setelah semua faktor pengeluaran terutama faktor bahan mentah, modal insan dan teknologi
yang terdiri daripada mesin dan peralatan telah sedia untuk digemblengkan oleh usahawan,
proses tambah nilai dan transformasi akan dimulakan terhadap bahan mentah tersebut.
3. Output
•Setelah semua bahan mentah telah ditambah nilai, output yang terdiri daripada barang siap dan
barang separuh siap akan terhasil. Output yang dihasilkan akan disimpan dalam gudang dan
dijual jika terdapat permintan
4. Proses Pemasaran
•Pihak pengeluar akan menjalankan proses pemasaran terhadap output bagi memastikan ianya
sampai kepada pengguna sasaran.
•Proses pemasaran ialah urusniaga yang akan berlaku antara pengeluar dengan pelanggan.
Contohnya, Jabatan pemasaran akan menetapkan harga basikal berdasarkan aktiviti tambah nilai
yang dilakukan.
•Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak pemasar semasa proses
pemasaran produk tersebut iaitu:
1.Mengenal pasti dan menilai peluang-peluang pemsaran yang
2. Memilih sasaran pasaran,
3.Membina campuran pemasaran, dan
4.Mengurus usaha pemasaran.
5. Keuntungan atau Kerugian
•Setiap proses perniagaan akan berakhir dengan hasil jualan output yang memberikan
keuntungan atau kerugian.
•Proses perniagaan ini tidak terhenti setelah keuntungan atau kerugian diperolehi, sebaliknya
sebarang keuntungan akan digunakan semula untuk menambahkan lagi keluaran, membesarkan
perniagaan, membeli aset-aset perniagaan dan sebagainya.
SOALAN
1) Huraikan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam proses pembuatan minyak sawit.
[6 markah]
2) Jelaskan proses ketiga dan keempat dalam proses perniagaan sebuah kilang pengeluaran
kasut.
[6 markah]
• Tiga faktor pengeluaran dalam proses penghasilan minyak sawit ialah:
1)Bahan mentah.
- Merujuk kepada segala input dari sumber semulajadi yang digunakan dalam proses
pengeluaran. Bahan mentah yang digunakan dalam penghasilan minyak ialah dari sumber
pokok kelapa sawit.
2) Modal.
- Merupakan wang ringgit yang digunakan untuk memulakan perniagaan penghasilan minyak
sawit seperti membeli buah sawit dari pekebun pokok kelapa sawit untuk dijadikan minyak
bagi tujuan perniagaan.
3) Modal Insan.
- Tenaga kerja atau sumber manusia yang terlibat dalam menjalankan operasi perniagaan ATAU
individu yang menyumbangkan tenaga dalam bentuk fizikal atau mental iaitu usahawan dan
pekerja.
4) Teknologi.
-Menggunakan alatan, mesin, atau komputer bagi menjalankan kerja-kerja penghasilan minyak
kelapa sawit seperti mesin pencantas elektrik, perisian yang canggih..
5) Keusahawanan.
-Individu yang membangunkan atau menggemblengkan faktor pengeluaran dan sanggup
mengambil risiko.
1.1.6 CABARAN PERNIAGAAN
(G) MENERANGKAN PERKEMBANGAN PERNIAGAAN MASA KINI DAN CABARAN-
CABARANNYA TERMASUK PERUBAHAN FAKTOR PERSEKITARAN
• Aktiviti Perniagaan Kini
1. Aktiviti perniagaan pada masa kini telah dipengaruhi oleh perubahan persekitaran perniagaan
seperti penggunaan teknologi moden, penggunaan internet dan sebagainya.
2. Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah corak komunikasi dan hubungan antara
perniagaan seperti komunikasi melalui komputer dengan menggunakan internet lebih cepat dan
mudah.
3. Pencapaian, penghantaran dan penyimpanan maklumat perniagaan lebih cepat, tersusun serta
memudahkan usahawan membuat keputusan dengan pantas.
4. Menguruskan sumber kewangan dengan lebih berkesan seperti proses merekod, laporan
kewangan, analisis prestasi kewangan dengan cekap, pantas dan tepat.
5. Proses transaksi kewangan lebih licin dan cepat seperti pembayaran terhadap pembelian
sumber-sumber dan pembayaran gaji dapat dibuat melalui bank dengan cepat.
6. Aktiviti pasaran lebih meluas dalam memasarkan barangan dan perkhidmatan
CABARAN PERNIAGAAN MASA
HADAPAN
• Cabaran Perniagaan Masa Depan
1. Globalisasi
• Globalisasi merujuk kepada konsep dunia tanpa sempadan di mana semua peniaga bebas
menjalankan aktiviti perniagaan di dalam dan luar negara iaitu tahap antarabangsa tanpa
sebarang sekatan.
• Keadaan ini akan mewujudkan situasi persaingan yang sengit dari segi kualiti produk dan
perkhidmatan, persaingan harga, cara penyampaian produk. Pemasar yang gagal untuk
mengharungi persaingan ini akan menyebabkan mereka terus ketinggalan
2. Peningkatan Kemajuan Teknologi
•Pada masa akan datang, cabaran peningkatan kemajuan teknologi yang pesat akan
menyebabkan sebarang perubahan terhadap produk dapat dilakukan dengan cepat, dan bagi
pengeluar produk yang gagal mengambil peluang ini akan terus ketinggalan di belakang.
9. Tenaga Kerja
•Pengurusan tenaga kerja secara adil dan sistmatik adalah perlu bagi mengelakkan sebarang
pertelingkahan. Kemudahan dan suasana tempat kerja yang kondusif perlu disediakan untuk para
pekerja.
10. Konsep Perniagaan Antarabangsa
•Penglibatan syarikat domestik dalam pasaran antarabangsa telah mewujudkan syarikat-syarikat
gergasi yang berjaya menubuhkan cawangan mereka di serata dunia.
•Sesetengah perniagaan turut terlibat dalam perikatan strategik dan usaha sama dengan organisasi
perniagaan luar negara dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa
Masyaraka
t
PERSEKITARAN TUGAS
1. Pelanggan
•Pelanggan ialah pembeli produk atau perkhidmatan syarikat atau firma.
•Pelanggan boleh terdiri daripada individu, pihak kerajaan atau syarikat lain
•Setiap pelanggan mempunyai ciri-ciri kehendak yang berbeza.
•Pelanggan menyumbangkan pendapatan kepada sesebuah perniagaan dengan membeli barang
dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.
2. Pembekal
• Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang
siap, dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.
•Contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.
•Fungsi penting yang dilakukan oleh pembekal ialah memastikan
i. Tiada kekurangan barang berlaku,
ii.Tiada kelewatan dalam penghantaran barang, dan
iii. Barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, dan keperluan pihak pelanggan.
•Perhubungan yang baik dengan pembekal diperlukan supaya bekalan dapat dihantar kepada
peniaga apabila diperlukan.
•Perniagaan harus memastikan bayaran dibuat kepada pembekal mengikut masa yang ditetapkan
bagi menjamin penghantaran bekalan secara berterusan.
3. Pesaing
•Pesaing ialah firma perniagaan yang lain dalam industri sama dan keluarkan produk hampir
sama.
•Perniagaan harus mengenal pasti kekuatan serta kelemahan pesaing serta menawarkan barangan
yang lebih berkualiti berbanding dengan barangan yang ditawarkan oleh pesaing.
4. Pembiaya
•Pembiaya merupakan kreditor yang umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan,
syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang memberi bantuan kewangan bentuk pinjaman
wang kepada syarikat untuk menjalankan aktviti perniagaan.
•Sumber kewangan boleh diperoleh sama ada dalam bentuk ekuiti atau pinjaman.
•Pihak perniagaan dikehendaki membayar balik pinjaman mengikut jumlah pinjaman yang telah
dibuat berdasarkan kadar faedah dan tempoh masa yang ditetapkan.
5. Pemodal dan Pelabur
•Pemodal/ pelabur pula merupakan individu atau syarikat lain yang menjadi
pemilik/pelabur/pemegang saham yang melabur modal berbentuk kewangan dan aset dalam
syarikat.
•Keuntungan perniagaan yang tinggi membolehkan perniagaan membayar dividen yang lebih
tinggi kepada para pelabur.
•Kesannya, kepuasan pelabur akan meningkat.
6. Pekerja
•Pekerja ialah ialah individu yang memberikan sumbangan tenaga fizikal dan mental kepada
organisasi untuk menjalankan aktiviti perniagaan.
•Pekerja terdiri dari golongan mahir, separuh mahir dan tidak mahir.
•Perniagaan perlu memberi ganjaran dan kemudahan yang diperlukan oleh pekerja agar kadar
lantik henti dapat dikurangkan.
7. Kerajaan
•Kerajaan ialah pihak yang menjadi penggubal dan dan penguatkuasa undang-undang juga
memberi sokongan kepada perniagaan.
•Perniagaan harus mematuhi segala undang-undangyang ditetapkan oleh kerajaan seperti
membayar cukai pendapatan dan tidak menaikkan harga barang dengan sesuka hati.
8. Masyarakat
•Masyarakat ialah pihak yang menggunakan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
firma atau organisasi perniagaan.
•Sesebuah perniagaan akan berhadapan dengan masyarakat yang menjadi pengguna dan
penyokong perniagaan serta penentu pembentukan imej sesuatu perniagaan.
MENJELASKAN TANGGUNGJAWAB PERNIAGAAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN,
TERMASUKLAH PELANGGAN, PEMBEKAL, PEMBIAYA, PEMODAL/PELABUR, PESAING,
KERAJAAN, PEKERJA, DAN MASYARAKAT.
3. Pesaing
• Perniagaan perlu sentiasa mengamalkan persaingan yang sihat dengan pesaing.
• Perniagaan juga bertanggungjawab untuk tidak mencemarkan nama baik pesaing mereka bagi
memastikan tiada pergolakan berlaku antara perniagaan yang bersaing dalam sesuatu pasaran.
• Tanggungjawab perniagaan terhadap Persekitaran Tugas:
4. Pembiaya
• Perniagaan perlu bertanggungjawab untuk membayar segala hutang kepada pembiaya
mengikut syarat yang telah ditetapkan.
• Perniagaan juga perlu bertanggungjawab untuk membekalkan kepada pembiaya segala
maklumat yang benar dan tepat seperti yang diperlukan oleh pihak pembiaya.