Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ALLAMA IQBAL

PENYAIR,PEMIKIR
DAN
AHLI POLITIK
Nama sebenar adalah Muhammad Iqbal yang dikenali sebagai allama
iqbal dilahirkan pada 22 februari 1873 di Punjab. Iqbal dilahirkan
dalam keluarga ulama dan intelektual.
Kejayaan beliau dalam pengajian bidang falsafah membolehkan Iqbal
untuk melanjutkan pengajiannya ke Eropah pada tahun 1905.
Pengalaman Iqbal di Eropah telah membuka mata dan mematangkan
fikiran beliau tentang Islam. Beliau meyakini bahawa Islam sebagai
organisasi sosial dan politik yang akan menjadi teras dalam
pembentukan sebuah masyarakat Islam di India
Iqbal telah memberikan sumbangan besar dalam pelbagai bidang
termasuk bidang puisi
Beliau melihat puisi sebagai satu kaedah untuk meransang semangat
perjuangan umat Islam
Iqbal merasakan golongan penyajak haruslah mampu menyampaikan
mesej dan amanat yang lebih jelas terutama kepada orang Islam
Beliau ingin memaparkan bahawa setiap penyair Islam mempunyai
tugas dan kewajipan penting dalam perjuangan
Iqbal sentiasa berpesan agar mencipta sajak-sajak yang dapat
membangkitkan jiwa umat untuk berjuang
Beliau menekankan ajaran islam dan segala bentuk falsafah dalam
agama islam sebagaimana yang dimuatkan di dalam bukunya iaitu
Reconstruction Of Religious Thought In Islam
Kegiatan beliau di dalam bidang puisi telah meletakkan Iqbal sebaris
dengan penyair dunia manakala bidang falsafah dan pemikiran yang
diceburinya menjadikan Iqbal sebagai antara tokoh pemikir islam
Iqbal menyemai fahaman tentang ketuhanan kepada masyarakat
islam melalui syair dan syarahan.
Syarahannya yang bertajuk Islam as I understand yang menjelaskan
mengenai prinsip islam dan pendekatan ini berjaya memberikan
kesedaran terhadap masyarakat Islam bahawa Islam adalah agama
yang bersifat sejagat, kukuh dan mampu menyelesaikan masalah yang
dihadapi manusia
Iqbal berjaya menempatkan dirinya sebagai ahli politik yang penting
dan sebaris dengan pemimpin unggul yang lain pada abad ke 20
Iqbal aktif sebagai seorang ahli politik dalam Liga Muslim apabila
beliau memberikan pandangannya tentang situasi dan kedudukan
masyarakat Islam di hadapan Suruhanjaya Simon yang ditubuhkan
untuk menyelesaikan segala permasalahan di India
Iqbal telah mengutus surat kepada pemimpin Liga Muslim yang
menekankan betapa perlunya hukum Islam dibentuk untuk umat
Islam
Allama Iqbal berjaya meletakkan dirinya sebagai tokoh pemikir dan
intelektual Islam yang penting pada abad ke 20
Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam
perkembangan gerakan Islam
Pegangan Iqbal yang jitu terhadap Al Quran dan ajaran Islam yang
sebenarnya membezakan beliau dengan tokoh yang lain dan dianggap
unik dalam perkembangan gerakan Islam
Pemimpin-pemimpin Islam menjadikan idea beliau sebagai tunjang
penting dalam perjuangan mereka sebagaimana yang dilakukan oleh
Muhammad Ali Jinnah

You might also like