Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Sains, Teknologi

Dan Kejuruteraan
Dalam Islam
PUAN AISHAH BINTI MOHAMAD SAID
MPU23052

Januari, 2022
KEYAKINAN TIDAK BOLEH DIHILANGKAN DENGAN SYAK

MUHAMMAD AFIQ HAFIFI BIN YUSRI


15DKA20F2006

KAMAL BIN KAHAR


15DKA20F2002

MUHAMAD LUQMAN HAKIM BIN ABD AZIZ


15DKA20F2030

IMAN IZZAT BIN NOR IZHAN


15DKA20F2046

1
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
PENGENALAN

Kaedah fiqh merupakan rangkuman prinsip yang telah diperakui oleh


Syarak. Ia dibuat oleh para ulama untuk memudahkan proses merujuk
sesuatu masalah fiqh kepada prinsip Syarak (Abu Ghuddah 1992: 129).

la tidak dianggap sebagai dalil Syarak yang akan menentukan hukum,


sebaliknya adalah satu rumusan perundangan teliti terhadap hukum fiqh
yang pelbagai.

Ia memudahkan seseorang untuk mengingati, meneliti dan menguasai


hukum hakam fiqh (al-Zarkashiyy 1982: 65).

2
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
DEFINISI
Dari sudut bahasa, keyakinan itu membawa erti : Suatu ilmu yang tidak ada
bersamanya keraguan. Manakala dari sudut istilah pula ia membawa maksud :
Terhasilnya kepastian yang jazam sama ada sesuatu itu berlaku atau tidak
berlaku.

Syak pula dari sudut bahasa bermaksud : Ragu-ragu. Manakala dari sudut
istilah syak membawa erti : Ragu-ragu terhadap sesuatu perbuatan sama ada
berlaku atau tidak berlaku. Iaitu tidak ada murajjih (suatu yang memberatkan
salah satu ke atas satu yang lain).

3
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Dalam mensyarahkan makna kaedah ini sebahagian ulama berkata : Sekiranya seseorang itu
telah memastikan akan sesuatu, kemudian dia berasa syak adakah perkara yang dipastikan itu
telah hilang atau tidak, maka asasnya adalah masih kekal perkara yang dipastikan itu. Maka
sesuatu itu kekal di atas apa yang telah dipastikan. Rujuk Syarah Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah (Hlm.
45).

Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting di dalam feqh. Bahkan Al-Qadhi Husin al-
Syafi’e menyatakan bahawa feqh terbina dari empat kaedah utama dan antaranya adalah
kaedah ‘keyakinan tidak dihilangkan dengan syak ini’. Kaedah ini mempunyai sandarannya dari
nas-nas syarak daripada Al-Quran dan juga Al-Sunnah. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :

‫الظ َّنلَا يُ ْغ ِني ِم َن ال َْح ِ ّق َشيْ ًئا‬


َّ ‫ِإ َّن‬

Maksudnya : Sesungguhnya zhan (sangkaan) tidak menandingi kebenaran walau sedikit pun.

Surah Yunus (36)

4
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Kaedah ini menjelaskan bahawa tiap tiap perkara yang telah diyakini berlaku tidak akan terbatal
dengan sebarang keraguan yang datang kemudian. Hal ini bermaksud, sesuatu perkara yang
pada asalnya dan diyakini jelas akan sesuatu hukum itu tidak boleh ditinggalkan atas sebab
syak atau ragu ragu tentang perkara yang diperselisihkan. Keyakinan terhadap sesuatu perkara
atau hukum tidak boleh diubah atas sebab keraguan yang timbul. Jika seseoranf itu telah yakin
akan sesuatu perkara dan hukumnya, kemudian timbul pula syak atau ragu ragu terhadap
keyakinan tadi, maka keyakinan yang asal itu tidak boleh dihilangkan atau dihindarkan kecuali
dengan adanya keyakinan baharu yang dapat menghindarkannya

5
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Terdapat tujuh pecahan daripada kaedah ini, iaitu:

1. Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan


2. Secara asalnya sesuatu itu tiada
3. Seseorang itu pada asalnya bebas daripada tanggungjawab
4. Asal perkataan itu dikira berdasarkan maksudnya yang sebenar
5. Sesiapa berkeadaan syak sama ada telah melakukan atau tidak, maka ia patut
menganggapnya tidak melakukan
6. Asal setiap yang berlaku diambil kira yang paling hamper
7. Asal sesuatu itu adalah harus kecuali ada dalil lain yang mengharamkan perkara tersebut

6
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
Aplikasi Kaedah

Berikut kami nyatakan beberapa contoh pengaplikasian kaedah di atas ini


agar lebih mudah untuk difahami. Antaranya :

• Dalam isu wuduk, seseorang yang telah selesai mengambil wuduk kemudian dia berasa
sangsi dan ragu-ragu sama ada wuduknya telah terbatal atau tidak, maka hendaklah dia
berpegang dengan keyakinan bahawa dia masih berada dalam keadaan taharah (suci dari
hadas).

• Dalam isu bilangan rakaat di dalam solat, seseorang yang berasa syak tentang bilangan
rakaat solatnya maka hendaklah dia menghilangkan syak dengan mengambil pendapat yang
paling yakin dan pasti. Justeru, dalam kes kekeliruan tentang dua atau tiga rakaat, maka
seseorang menghilangkan syak dengan mengambil dua rakaat yang pasti. Lalu di
penghujung solat dia melakukan sujud sahwi.

7
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
8
9
10
PENUTUP
Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa dalam setiap perkara sama ada dalam urusan
keduniaan atau akhirat, seseorang itu hendaklah berpegang dengan hukum asal yang diyakini dan
menghilangkan syak yang mengganggu fikiran. Kaedah ini hakikatnya menjelaskan bahawa menjadi
satu tuntutan kepada setiap individu untuk meninggalkan segala keraguan dan syak dalam kehidupan
kepada keyakinan yang menenangkan. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
menenangkan. Ini bertepatan dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hasan bin ‘Ali
R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

ِ ِ ْ ‫الص ْد َقطمأ‬
‫يب ٌة‬
َ ‫ب ِر‬
َ ‫َذ‬ ‫ك‬ْ ‫ل‬‫ا‬ َ
‫ن‬ ّ ‫إ‬
ِ ‫و‬
َ ‫ة‬
ٌ َ ‫ن‬‫ي‬‫ن‬ َ ُ ّ ِ ‫يب َك َف ِإ َّن‬
ُ ‫يب َك ِإل َى َما ال َ يَ ِر‬
ُ ‫َد ْع َما يَ ِر‬

Maksudnya : Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu kepada perkara yang tidak meragukan
kamu. Sesungguhnya kebenaran itu adalah ketenangan dan pembohongan itu suatu yang meragukan.

Riwayat Al-Tirmizi (2518)

11
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam
‘’SEMOGA PENCERAHAN
INI DAPAT MELUASKAN
PEMAHAMAN KITA
TERHADAP KAEDAH
FIQH’’
KUMPULAN 1 DKA2A

You might also like