Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Kelas 3

SGDA2233 DIGITAL
TECHNOLOGY IN
EDUCATION
Mohammad Shah bin Kamarulzaman msk@uum.edu.my

P e n s y a r a h b i d a n g Te k n o l o g i kerja2shah@gmail.com
Pendidikan (2006 – kini) 0192832512
S c h o o l o f E d u c a ti o n , U U M C A S , U U M
2. Pengenalan kepada teori pembelajaran
Hasil pembelajaran:
Para pelajar akan dapat,
 Memberikan definisi teori pembelajaran.
 Menerangkan tentang 4 teori
pembelajaran dengan jelas.
Apakah yang dimaksudkan dengan teori?
 Teori (saintifik) ialah penerangan yang jelas tentang aspek tertentu dunia sebenar,
berdasarkan penyataan yang boleh diuji (hipotesis) yang telah diuji dan dipastikan
kebenarannya melalui pemerhatian dan eksperimen.
 Teori menerangkan mengapa sesuatu fenomena berlaku.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran?
 Pembelajaran ialah proses memperolehi pengetahuan atau kemahiran setelah diajar
atau melalui pengalaman.
Teori pembelajaran?
 Teori pembelajaran ialah suatu set prinsip-prinsip yang menerangkan bagaimana
manusia memperoleh, memahami dan mengingati ilmu pengetahuan.
 Kursus ini akan fokus kepada 4 teori pembelajaran:
1. Behaviorism
2. Cognitivism
Teori-teori paling
3. Constructivism dominan

4. Connectivism
Teori pembelajaran?
Teori behaviorism
 Teori pembelajaran ini menyatakan semua tingkah
laku dipelajari melalui interaksi dengan persekitaran
(stimulus-response) melalui proses yang disebut
sebagai operant conditioning.
 Individu bermula seperti kertas kosong (tabula
rasa). Pembelajaran berlaku secara pasif dan
bergantung pada pengajaran (jenis stimuli) sama ada
penekanan positif atau negatif (positive or negative
reinforcements) .
 Positif akan menggalakkan perlakuan yang sama
manakala negatif sebaliknya. Pembelajaran dikesan
dan dinilai melalui perubahan tingkah laku.
Teori behaviorism
Teori behaviorism
 Antara tokoh-tokoh behaviorism

John B. Watson Ivan P. Pavlov B. F. Skinner Edward L. Thorndike

Albert Bandura
Teori cognitivism
 Seperti behaviourism, teori cognitivism menganggap
rangsangan persekitaran mempunyai kesan besar terhadap
pembelajaran.
 Bezanya ialah dari segi penekanan yang lebih kepada
aktiviti minda (cth: fikir, ingat, penyelesaian masalah)
yang berlaku semasa pembelajaran. Tidak perlu kepada
perubahan tingkah laku yang boleh dilihat.
 Ilmu pengetahuan merupakan skema atau simbol yang
bermakna dan diterjemahkan dalam minda.
 Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan pada
skema minda tersebut.
Teori cognitivism
Teori cognitivism
 Antara tokoh-tokoh cognitivism

Robert M. Gagné

Jerome S. Bruner
Teori constructivism
 Merupakan lanjutan daripada teori cognitivism.
 Teori ini menyatakan pelajar membina sendiri
pengetahuannya secara aktif dan bukan sekadar menerima
(pasif).
 Tidak seperti behaviourism, pelajar tidak bermula dengan
kertas kosong (tabula rasa).
 Pengalaman unik inidividu dalam dunia sebenar
terutamanya secara sosial dan refleksi terhadap pengalaman
tersebut dengan pengetahuan sedia ada (skema) akan
menyumbang kepada pembinaan ilmu (skema) baru.
 Sumbangan Vygotsky dalam zone of proximal development
(ZPD) dan scaffolding dalam membantu pembelajaran
secara aktif.
Teori constructivism
Teori constructivism
 Antara tokoh-tokoh constructivism

John Dewey Lev S. Vygotsky Jean Piaget Jerome S. Bruner


Teori connectivism
 Merupakan lanjutan daripada teori constructivism.
 Teori ini adalah integrasi prinsip yang diterokai oleh teori kekacauan (chaos), rangkaian
(network), kerumitan (complexity) dan organisasi diri (self-organization).
 Chaos – Luar kawalan. Bukan semua jangkaan akan berlaku seperti yang dipelajari.
Tindak balas biasa perlu diubah.
 Network – Hubungan individu dengan semua entiti secara langsung mahu pun tidak
(individu lain, komputer, Internet, database, buku, pencawang, binatang, pokok).
 Self-organisation – pengurusan diri / masyarakat secara spontan dalam mengurus suatu
situasi (tindak balas semasa trafik, bencana alam, terputus suatu bekalan).
 Pembelajaran berlaku secara aktif melalui tindak balas dan asimilasi terhadap hubungan
dengan sebarang entiti luar (individu, teknologi, keadaan).
Teori connectivism
Teori connectivism
 Antara tokoh-tokoh connectivism

George Siemens Stephen Downes


Aplikasi teori-teori pembelajaran
Kesimpulan pelajaran hari ini

Teori pembelajaran
Teori behaviourism,
cognitivism,
constructivism,
connectivism

Aplikasi teori
pembelajaran
Aktiviti
 Follow up: Selesai daftar kumpulan dalam link
tugasan dalam UUMOL?
 Follow up: Tugasan infografik.
 Tugasan penulisan 1: Huraikan faedah
mempelajari teori pembelajaran bagi
seseorang guru. Double space, maksimum 2
muka surat.
 Tugasan penulisan ini adalah bagi memenuhi
CLO1 kursus ini.
 Link tugasan, rubric dan due date akan
dimaklumkan dalam UUMOL dan Telegram.
Terima kasih dan maaf atas segala kekurangan

You might also like