Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 54

LENCANA

KEAHLIAN
Disediakan oleh :-

MUHAMMAD AIMAN IFWAT BIN MOHAMED NOR


TIMBALAN PENGERUSI SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA KEBANGSAAN
REKOD PERIBADI
 NAMA : _____________________________
 TARIKH LAHIR : ______________________
 NO. K/P : ___________________________
 NO. AHLI : __________________________
 KUMPULAN : ________________________
 DAERAH : ___________________________
 NEGERI : ____________________________
 ALAMAT KUMPULAN : ________________________________
 NO. TELEFON : _______________________
 PANGKAT : ___________________________
LENCANA KEAHLIAN

PERSETIAAN DAN
UNDANG-UNDANG
PENGAKAP
PERSETIAAN PENGAKAP
 Merujuk kepada di bawah Peraturan
3, 4, 5 dan 6, Bahagian II : Tujuan Dan
Dasar, Dasar Pertubuhan Peraturan,
Persekutuan Pengakap Malaysia.
PERSETIAAN PENGAKAP

1. Perlu membuat atau memperbaharui


Persetiaan, apabila :

 Sewaktu Pengakap dilantik;


 Pemimpin Pengakap yang menerima tauliah kali
pertama;
 Individu lain yang menjadi ahli bersekutu, boleh
membuat Persetiaan (tidak wajib)
PERSETIAAN PENGAKAP

2. Persetiaan Pengakap mengikut umur


dan unit :

a) PKK : Mengenal persetiaan, asas pergerakan,


mengenal diri, bangsa dan Raja.
b) PM & PR : Memupuk dan menanam semangat serta
memahami tujuan pergerakan.
c) PK & Pemimpin : Mempraktikkan Persetiaan,
menunjukkan teladan yang baik dengan tugas yang
lebih luas lagi.
PERSETIAAN PENGAKAP
UNDANG-UNDANG PENGAKAP

1. Dipercayai
2. Taat
3. Berguna
4. Bersaudara
5. Berbudi
6. Kasihkan Binatang
7. Menurut Perintah
8. Tabah Hati
9. Berjimat
10. Suci Fikiran, Suci Perkataan & Suci Perbuatan.
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
LENCANA KEAHLIAN

TUJUAN PERGERAKAN
PENGAKAP DAN
PERANAN KELANA
TUJUAN & DASAR
PENGAKAPAN

o Merujuk kepada di bawah Peraturan


1(a), 1(b) dan 2, Bahagian II : Tujuan
dan Dasar, Dasar Pertubuhan
Peraturan, Persekutuan Pengakap
Malaysia.
TUJUAN & DASAR
PENGAKAPAN
1. Tujuan
 Melatih individu supaya :

I. Menjadi rakyat yang baik;


II. Mempunyai sikap individu supaya peka, menurut
perintah dan yakin pada kebolehan diri;
III. Menanam semangat taat setia dan bertoleransi;
IV. Boleh berkhidmat, berguna kepada masyarakat dan
berdikari; dan
V. Meningkatkan taraf kesihatan tubuh badan,
pemikiran dan semangat terhadap agama.
TUJUAN & DASAR
PENGAKAPAN
 Cara Latihan :

I. Penerimaan keahliannya kepada satu pasukan yang


disukainya;
II. Dipimpin oleh Pemimpin Dewasa;
III. Mengelolakan sesuatu perkara di dalam kumpulannya
sendiri mengikut peringkat umur secara berperingkat;
IV. Membuka peluang berkhidmat kepada orang lain melalui
aktiviti-aktiviti yang berturut dan berkongsi kejayaan
bersama;
V. Memberi tanggungjawab secara berperingkat supaya
mempunyai kelayakan, berdikari, berkelakuan yang boleh
dicontohi, berguna, daya bekerjasama dan berkepimpinan.
TUJUAN & DASAR
PENGAKAPAN
2. Dasar

 Dasar ini dibentuk melalui Persetiaan


Pengakap dan Undang-undang Pengakap.
TUJUAN & DASAR
PENGAKAPAN
3. Kaedah

 Kaedah Pengakapan adalah Sistem


Pembelajaran Memajukan Diri Sendiri dengan
melalui :
I. Persetiaan & Undang-undang Pengakap
II. Belajar sambil membuat (hands-on)
III. Sistem sekawan / Berpatrol / Troop / Krew; dan
IV. Skim Latihan Kemajuan
APA ITU PENGAKAPAN?
1. Kita mungkin telah biasa dengan Pengakap dalam
kehidupan seharian kita.
2. Kita melihat mereka semasa di alam persekolahan dan
sekarang pula di alam kedewasaan.
3. Ini adalah kerana Pengakapan adalah anak emas dan
persatuan tertua di Malaysia dan ini telah menjangkau usia
105 tahun.
4. Jika ditanya apakah itu Pengakapan, jawapan yang pasti
kita perolehi adalah seperti berkhemah, malam Pengakap,
mengembara, menolong orang dan lain-lain lagi.
5. Tetapi apakah sebenarnya itu Pengakapan?
APA ITU PENGAKAPAN?
 Pengakapan secara ringkasnya adalah
suatu program aktiviti yang penuh dengan
cabaran dan pengalaman untuk golongan
muda, remaja dan belia dalam lingkungan
umur 8 hingga 40 tahun.
MATLAMAT PENGAKAP
KELANA
Matlamat Pengakap Kelana adalah untuk :-

 Memperkenalkan kerakyatan yang aktif.


 Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan negara.
 Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk
meningkatkan kebolehan diri sendiri.
 Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan
kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah.
 Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan
pergerakan Pengakap.
TUJUAN PENUBUHAN
PENGAKAP KELANA
Tujuan Penubuhan Pengakap Kelana adalah untuk :-

 Membentuk warganegara yang taat kepada Negara.


 Meninggikan persaudaraan antara Pengakap-pengakap
Sedunia.
 Persaudaraan Aktiviti-aktiviti Luar.
 Perkhidmatan Masyarakat.
 Fikiran Progresif Antara Belia.
 Berdikari.
 Perlindungan Alam Semulajadi.
COGAN KATA PENGAKAP
KELANA

“BERKHIDMAT”
LENCANA KEAHLIAN

SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP
SEJARAH KEPENGAKAPAN
 Riwayat Hidup
Pengasas Pengakap

 Permulaan Pergerakan
Pengakap Dunia

 Sejarah Perkembangan
Pengakap di Malaysia
SEJARAH KEPENGAKAPAN
1. Riwayat Hidup Pengasas Pengakap.

a) Nama penuh beliau Robert Stephenson Smyth Baden Powell.


Dikenali sebagai Lord Robert Baden Powell iaitu 1st Baron
Baden-Powell.
b) Dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Paddington, London.
c) Bapanya bernama Reverend Professor Baden Powell –
Pensyarah Universiti Oxford.
d) Ibunya bernama Henrietta Grace Smyth – anak seorang
Laksamana British.
e) Berkahwin dengan Olave St. Clair Soames atau dikenali
sebagai Lady Olive Baden Powell (Pengasas Pandu Puteri)
pada 22 Februari 1912 dan mempunyai 3 orang anak.
f) Mempunyai 10 orang adik-beradik. Beliau anak ke – 8.
g) Bapanya meninggal ketika B.P berusia 3 tahun, dan
SEJARAH KEPENGAKAPAN
2. B.P. semasa kanak-kanak :

a) Kehidupan keluarga B.P dalam serba-serbi kekurangan.


b) B.P mendapat pendidikan di Sekolah Rose Hill, Tunbridge
Wells.
c) 1870 – mendapat biasiswa untuk belajar di Sekolah
Charterhouse, London.
d) Beliau sentiasa mengetuai aktiviti keramaian sekolah.
e) Beliau terkenal dengan kebolehan menjadi penjaga gol
pasukan bolasepak Sekolah Charterhouse; dan
f) Setiap kali berlakon, beliau sentiasa mempersembahkan
lakonan yang ceria dan gelak ketawa.
SEJARAH KEPENGAKAPAN
3. B.P. semasa seorang tentera :

a) B.P telah lulus dari Sekolah Charterhouse pada usia 19 tahun.


b) B.P telah mencapai tempat ke-2 dalam peperiksaan Pasukan
Tentera Berkuda (Calvary).
c) 1876 – Ditauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan
Hussar ke-13 dan ditempatkan di Lucknow, India.
d) 1887 – B.P berada di Afrika menyertai peperangan menentang
keganasan kaum Zulu.
e) Beliau turut menyertai peperangan dengan orang Ashanti dan
Matabele.
f) Di situ beliau digelar “Kantaneye” bermaksud “Topi Besar”
SEJARAH KEPENGAKAPAN
g) Musuh amat takut pada B.P sehingga digelar “Impessa”
bermaksud “Serigala yang tak pernah tidur” kerana kecekalan
hati, kepintaran menangkap dan kebolehan yang luar biasa
dalam gerak kerja mengesan.
h) 1899 – Dinaikkan pangkat menjadi Kolonel.
i) 1899 – Beliau menyerang terhadap Bandar Mafeking
menggunakan kanak-kanak.
j) 1899 – 1902. Perang Boer tercetus antara Inggeris dan
Republik Boer di Afrika Selatan dan kajayaan memenangi
peperangan menjadikan B.P dinaikkan pangkat sebagai Major
Jeneral.
k) 1903 – Dinaikkan pangkat sebagai Jeneral Inspektor dan
beliau pulang ke England.
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP DUNIA
a) 1907 – B.P menganjurkan perkhemahan percubaan (perkhemahan
pertama pengakap) selama 7 hari kepada seramai 20 orang kanak-kanak
lelaki berbangsa Inggeris di Pulau Brownsea, Dorset, di pinggir Pantai
Selatan England.
b) 1908 – Beliau mengarang buku ‘Scouting For Boys’. Tanpa diduga,
pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan
daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa
tahun sahaja ia ditubuhkan.
c) 1909 – B.P bersama adiknya Agnes Smyth Baden Powell
memperkenalkan buku Panduan Pengakap Puteri.
d) 1912 – B.P telah mengelilingi dunia untuk menemui beberapa pergerakan
pengakap di seluruh dunia; dan
e) 1920 - Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia,
London. Disinilah beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia. (30
Julai 1920).
f) 1929 – Di anugerahkan gelaran “1st Baron of Gilwell" kepada beliau oleh
King George V. (22 Februari 1929).
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP DUNIA
f) 1937 – Ketika berumur 80 tahun, B.P. bersama isterinya
meninggalkan London dan tinggal di Nyeri, Kenya, Afrika.
g) B.P meninggal dunia pada 8 Januari 1941.
h) Kini Pengakap dan Pemimpin Pengakap telah meningkat kepada
16 juta dari 150 buah negara dan wilayah; dan
i) Kata-kata B.P yang terakhir “Tuhan memimpin dan membantumu
di dalam kerja-kerjamu”.
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP DUNIA
Logo Organisasi Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM) dan maksudnya :
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP MALAYSIA
a) Selepas 2 tahun pengakap diasaskan oleh Baden Powell.
b) Frank Copper Sands dari London – menubuhkan 2 pasukan untuk
anak-anak Inggeris seramai 30 orang di Singapura, 1910 dan
beliau merupakan Ketua Pesuruhjaya Agung Pengakap Malaya
sehingga 1948.
c) Kapten N.M. Hashim dan A.Z. Alsagoff – untuk budak-budak
Melayu (yang tahu berbahasa Inggeris) di Singapura, 1919.
d) G.M. Laidlow – Pahang, 1912. Beliau meninggal dunia &
pergerakan pengakap terhenti;
e) H.P. Hertslet – Pahang, 1927 (menghidupkan kembali) dan
diasaskan oleh Wheeler dan Frisbby dari Pejabat Pelajaran
Pahang.
f) H.R. Cheesman – Penang Free School, Pulau Pinang, 1915 &
berkhidmat selama 13 tahun sebagai Penolong Pesuruhjaya
Pengakap Malaya.
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP MALAYSIA
g) I.R. Wheeler – Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak, 1926.
h) E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield –
Kedah, 1922.
i) H.R. Cheesman – English College (Maktab Sultan Abu Bakar),
Johor Bahru, Johor, 1928.
j) Brunstone – Melaka dan Negeri Sembilan, 1926.
k) A.J. Gracle – Terengganu, 1927.
l) Y.M. Tengku Ahmad Temenggong – Kelantan, 1927.
m) Perlis – 1931 (dibawah naungan negeri Kedah).
n) Thomas Cecil Alexander – Sandakan, Sabah, 1915; dan
o) Hockien Free (dikenali Mr. Cox) seorang pengetua sekolah –
Sarawak, 1913 tetapi terhenti pergerakannya dan bergiat semula
pada 1930.
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP MALAYSIA
Penubuhan Pengakap di Malaysia mengikut tahun :

Negeri Tahun
Singapura 1910
Pahang 1912
Sarawak 1913
Sabah 1915
Pulau Pinang 1915
Kedah 1922
Perak 1926
Melaka 1926
Negeri Sembilan 1926
Selangor 1926
Terengganu 1927
Kelantan 1927
Johor 1928
Perlis 1931
SEJARAH PERGERAKAN
PENGAKAP MALAYSIA
Logo Persekutuan Pengakap Malaysia dan maksudnya :
KEPIMPINAN TERKINI
PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

Pemangku Ketua Pengakap Negara


merangkap
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara,
Ybhg. Mej. Jen. Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Zin
Bin Bidin (B)
TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM
PENGAKAP KELANA

Pengakap Kelana
(Lelaki)
TATACARA PEMAKAIAN UNIFORM
PENGAKAP KELANA
Pengakap Kelana
(Wanita)
TATACARA PEMAKAIAN LENCANA
PENGAKAP KELANA
JENIS-JENIS SERAGAM PENGAKAP
LENCANA KEAHLIAN

DASAR KEAGAMAAN
DASAR KEAGAMAAN

 Merujuk kepada di bawah Peraturan 17


(1) dan (2), Bahagian III, Seksyen III :
Dasar Agama, Dasar Pertubuhan
Peraturan, Peersekutuan Pengakap
Malaysia.
DASAR KEAGAMAAN

1. Tidak terhad kepada sesuatu agama.


2. Hendaklah mengamalkan amalan agama
yang dianuti.
3. Menghormati kepercayaan orang lain.
4. Sesuatu kumpulan yang mengandungi ahli-
ahlinya daripada SATU agama, Pemimpin
Kumpulan boleh mengaturkan sembahyang
dan pelajaran agama itu yang difikirkannya
baik dengan berunding dengan pegawai
agama yang berkenaan.
DASAR KEAGAMAAN
5. Dalam sesuatu Kumpulan yang mengandungi ahli-
ahlinya daripada BERBAGAI agama, maka menjadi
tanggungjawab Pemimpin menggalakkan mereka
membuat ibadat mengikut cara agama masing-
masing.
6. Jangan diadakan satu sembahyang yang khas bagi
kesemuanya dalam kumpulan itu.
7. Jika ada tegahan tidak membenarkan seorang
Pengakap itu menghadiri perkumpulan agama
selain daripada perkumpulan agamanya sendiri,
maka Pemimpin Pengakap dalam kumpulan itu
hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi
selagi Pengakap itu berada di bawah kawalannya.
LENCANA KEAHLIAN

SIMPULAN DAN IKATAN


SIMPULAN & IKATAN

1. Buku Sila (Reef Knot)


2. Bunga Geti (Sheet Bend)
3. Simpul Manuk (Clove Hitch)
4. Tindih Kasih (Bowline)
5. Lilit Dua Simpul (Round Turn and Two
Half Hitch)
6. Lilit Pemati Biasa (Common Whipping)
7. Ikatan Seraya (Square Lashing)
8. Ikatan Serong (Diagonal Lashing)
BUKU SILA
 Kegunaannya ialah menyambung dua tali yang
sama besar saiznya, mengikat bungkusan dan
mengikat anduh di dalam pertolongan cemas.
BUNGA GETI
 Kegunaannya ialah menyambung dua tali
yang TIDAK sama besar saiznya.
SIMPUL MANUK
 Kegunaannya ialah mengikat pada batang,
tali khemah pada tiang dan tali bagi
sampan/bot semasa berlabuh.
TINDIH KASIH
 Kegunaannya ialah menyelamatkan orang ketika
kecemasan (menurun dan menaikkan mangsa).
Menjerut binatang tanpa mendatangkan kecederaan.
LILIT DUA SIMPUL
 Kegunaannya ialah mengikat tali pada pancang
khemah.
LILIT PEMATI BIASA
 Kegunaannya ialah untuk mematikan hujung tali
yang tidak kemas.
IKATAN SERAYA
 Kegunaannya ialah untuk mengikat dua batang
kayu/buluh yang bersilang.

* Mulakan dan akhiri dengan simpul manuk.


IKATAN SERONG
 Kegunaannya ialah untuk membuat gajet, menara,
jambatan dan mengikat kayu yang bersilang.

* Mulakan dengan lilit balak dan akhiri


dengan simpul manuk.
LILIT BALAK (TIMBER HITCH)
 Kegunaannya ialah untuk mengikat tapi pada
balak dan untuk mengheret batang kayu atau
balak.
TERIMA KASIH

You might also like