Pelaksanaan Kharaj Pada Zaman Pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Pelaksanaan Kharaj pada zaman

pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab


DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD KHALAF IKRAM BIN AZIZ
 Kharaj ialah cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik
tanah di wilayah-wilayah yang telah dikuasai oleh kerajaan
Islam melalui peperangan atau secara rundingan (perdamaian
atau sukarela).
 Pada zaman Khalifah Abu Bakar, sistem kharaj tidak
dilaksanakan kerana tanah-tanah yang diperoleh melalui
PENDAHULUAN peperangan seperti di Iraq dianggap harta ghanimah dan
diagihkan kepada tentera yang terlibat.
 Sistem kharaj secara sistematik mula diperkenalkan oleh
Khalifah Umar al-Khattab selepas mendapat pandangan
sahabat-sahabat termasuk Saidina Ali bin Abi Talib.
 Cukai kharaj merupakan salah satu sumber baitulmal dan
pelaksanaannya bermula selepas Khalifah Umar meluaskan
kuasa Islam di luar Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq,
Mesir dan Syria.
Kategori dan jenis kharaj
Kadar bayaran kharaj
Syarat-syarat kharaj
Isi-isi penting Pelaksanaan kharaj di Iraq
Pelaksanaan kharaj
Pelaksanaan kharaj di
Mesir
Agihan sumber
Pelaksanaan di Syria
Kategori atau Jenis Kharaj
 Khalifah Umar al-Khattab telah membahagikan kharaj kepada dua kategori.
 Kharaj wazifah atau masahah ialah cukai yang dikenakan mengikut kawasan tanah, keluasan
tanah pertanian, jenis tanaman atau mengikut jumlah pokok yang ditanam. Cukai ini dibayar
sekali setahun tanpa mengambil kira berapa banyak hasil tanaman yang diperoleh.
 Kharaj muqasamah ialah cukai yang dikenakan berdasarkan hasil yang diperoleh daripada
tanaman seperti satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima atau satu perenam
daripada jumlah hasil tanaman. Cukai ini dibayar pada setiap kali hasil dituai. Penentuan kadar
kharaj dibuat berdasarkan pelbagai faktor bagi mengelakkan penganiayaan kepada petani.
Syarat-syarat kharaj
Pada awalnya kharaj hanya dikenakan kepada pemilik tanah Tanah bertuan terus diusahakan oleh pemiliknya. Jika pemiliknya
penduduk zimmi sahaja. memeluk Islam maka cukai kharaj ke atasnya terbatal dan
tanahnya menjadi tanah zakat. Jika sebaliknya, tanah ini akan
Khalifah Umar mengenakan beberapa syarat semasa menjadi tanah golongan zimmi dan wajib dikenakan kharaj.
membayar kharaj. Antaranya ialah kharaj dikenakan atas
kawasan pertanian sahaja dan bukan kawasan kediaman dan Tanah tidak bertuan ialah tanah sawafi. Tanah sawafi yang terbiar
sekiranya disewa atau dipajak. kharaj dikutip daripada pemilik dan terbengkalai dijadikan hak milik bersama umat Islam dan
tanah dan bukan daripada penyewa tanah. diletakkan di bawah penguasaan dan pentadbiran Pemegang
Amanah yang dianggotai oleh Ahl al-Ayyam. Pemegang Amanah
Tanah yang telah dikenakan cukai kharaj tidak dikenakan zakat. mengutip cukai kharaj dan satu perlima dihantar kepada kerajaan
Cukai kharaj dilupuskan sekiranya berlaku bencana alam yang pusat Madinah dan bakinya dibahagikan kepada Ahl al-Ayyam.
memusnahkan hasil pertanian.
Tanah-tanah lain yang dikenakan kharaj ialah tanah rampasan
Tanah yang tidak diusahakan masih dikenakan cukai kharaj 1 perang yang dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya terdiri
dirham sejarib agar si pemilik tanah yang berkemampuan tidak daripada orang bukan Islam, tanah terbiar yang diusahakan oleh
mengabaikannya. orang Islam dan tempat tinggal golongan zimmi yang ditukar
menjadi pertanian.
Tanah yang dikuasai oleh tentera Islam pada zaman Khalifah
Umar terbahagi kepada dua iaitu tanah bertuan dan tanah Cukai kharaj juga dikenakan ke atas tanah milik kerajaan yang
tidak bertuan. diusahakan oleh umat Islam (Ihya' al- Mawat).
Kadar kharaj yang dikenakan berbeza mengikut keadaan. Umumnya kadar yang
dikenakan mengikut jumlah yang mampu dibayar dan tidak membebankan.
Kadar maksimun cukai kharaj tidak akan melebihi separuh dari keseluruhan hasil
tanaman yang dibayar dalam bentuk mata wang atau hasil tanaman. Contohnya di Iraq.
Khalifah Umar al-Khattab telah menetapkan setiap jarib (unit tanah pertanian) anggur
dikenakan kharaj sebanyak 10 dirham.

Pelaksanaan Kharaj Faktor yang Menentukan Kadar Kharaj, yang pertama ialah kualiti tanah. Kadar kharaj
ditentukan oleh kesuburan tanah pertanian. Kadar kharaj lebih rendah jika tanah-tanah itu
disuburkan oleh petani sendiri seperti menyiram dengan menggunakan roda air
berbanding dengan kesuburan disebabkan keadaan semula jadi seperti hujan. Seterusnya

1) Kadar kualiti benih tanaman. Kadar kharaj tertakluk kepada jenis dan kualiti benih tanaman. Jika
benih berkualiti, maka kadar kharaj lebih tinggi dan yang terakhir ialah lokasi tanah
pertanian. Jika tanah pertanian terletak jauh di kharaj tidak dapat dibayar disebabkan
Bayaran masalah berbanding tanah pertanian yang berdekatan dengan pedalaman maka kadar
kharajnya lebih rendah kewangan, mereka akan dibenarkan membayarnya kerajaan

Kharaj berhak memberikan tanah itu kepada orang kawasan bandar dan Pelabuhan.
Kutipan kharaj dilakukan secara telus dan adil. Jika kharaj tidak dapat dibayar disebabkan
masalah kewangan, mereka akan dibenarkan membayarnya secara ansuran atau diberi
tempoh hingga kedudukan kewangannya pulih
Namun, jika enggan membayarnya sedangkan mampu, tindakan undang-undang akan
diambil dan pihak kerajaan berhak memberikan tanah itu kepada orang lain untuk
diusahakan
Bagi memastikan keberkesanan sistem pungutan kharaj dan mengelakkan penindasan,
Khalifah Umar hanya melantik pegawai kharaj yang berkelayakan sahaja seperti mahir
matematik, amanah, mujtahid dan sebagainya.
Khalifah Umar menyerahkan tugas kutipan kharaj di Iraq kepada golongan
Ahl al-Ayyam
Sebelum melaksanakan kharaj di Iraq, Khalifah Umar mengambil kira
kebudayaan dan cara hidup masyarakat di sana. Beliau berusaha
mengekalkan cara pentadbiran terdahulu dan hanya melakukan sedikit
perubahan.
Semua tanah Sawad di Iraq iaitu kawasan memanjang dari Teluk Parsi ke
2)PELAKSANA Mawsil di sebelah utara dan dari sempadan Syria-Iraq ke Hulwan di sebelah
timur telah diukur dan ditetapkan kadar cukai yang tidak membebankan.
AN KHARAJ DI Kadar kharaj adalah berdasarkan jenis tanaman seperti gandum 2 dirham,
IRAQ barli 1 dirham dan sebagainya. -Tugas mengukur tanah Sawad diserahkan
kepada Uthman bin Hanif dan Huzaifah al-Yamani yang telah mengukur
tanah Sawad yang boleh diusahakan berkeluasan 36 juta jarib
Sistem cukai kharaj yang adil dan sistematik ini Uthman bin Hanif dan
Huzaifah al-Yamani yang telah berjaya meningkatkan pendapatan petani
dan hasil tanaman di Iraq
Jumlah kharaj yang dikutip dari Iraq turut meningkatiaitu sebanyak 80 juta
dirham. Khalifah Umar juga mengekalkan taraf dan golongan marzuban dan
dahqan iaitu pemilik tanah berpengaruh sebelum kedatangan Islam di Iraq
3) PELAKSANAAN KHARAJ DI MESIR
Cukai kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar di Mesir merupakan pengubahsuaian dan cukai
yang wujud sebelumnya yang kurang cekap dan tidak adil.
Firaun-firaun telah mengukur kawasan tanah dan mengenakan cukai ke atasnya. Pada zaman
penguasaan Rom, sistem sama dipraktikkan tetapi cukainya sangat membebankan petani dan
peladang.
Khalifah Umar telah mengubah sistem cukai yang tidak adil ini dan mengemaskini sistem pungutan
cukai. Pakar-pakar diminta menganggarkan jumlah hasil tanaman dan kadar cukai yang selayaknya
dikutip kerana kebergantungan tanaman di Mesir kepada air banjir daripada sungai Nil menyebabkan
hasil tanaman sukar ditentukan dengan tepat.
Melalui pengenalan kharaj ini, cukai tanah mereka mereka dikekalkan.-Dianggarkan jumlah kutipan
tahunan kharaj di Mesir lebih kurang 1 juta dinar
4) PELAKSANAAN KHARAJ DI SYRIA
Khalifah Umar mengekalkan sistem kutipan cukai tanah yang diperkenalkan oleh Raja Tanah di
Syria dikelaskan berdasarknn kualiti dan kesuburannya.
 Pendapatan kharaj di Syria berjumlah 14 juta dinar setahun.
AGIHAN SUMBER
Kharaj merupakan sumber perbendaharaan Contohnya, mewujudkan keamanan,
negara (Baitulmal) yang penting pada zaman memperbaiki sistem perhubungan dan
Khalifah Umar al-Khattab mengadakan sistem pengairan yang baharu.
Hasil pungutan kharaj yang diperolehi Sistem kharaj telah membawa kesan positif
kerajaan dapat dimanfaatkan untuk tujuan dalam perkembangan dan kemakmuran
memperbaiki infrastruktur, prasarana dan ekonomi negara.
rancangan, pembangunan yang boleh
memajukan lagi kegiatan pertanian dalam
negara.
Khalifah Umar al-Khattab berjaya meningkatkan pendapatan negara
dengan memperkenalkan cukai kharaj.
Kharaj yang dikenakan bukan sahaja tidak membebankan rakyat,
bahkan menguntungkan para pemilik dan pengusaha tanah kerana
syarat-syarat pelaksanaannya yang sangat adil.
KESIMPULAN Kharaj yang diperkenalkan oleh Khalifah Umar diteruskan oleh
khalifah-khalifah al-Rasyidin selepasnya. Sistem kharaj mengalami
beberapa pindaan mengikut kesesuaian masa dan keadaan oleh
khalifah-khalifah Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah termasuk
pembentukan Diwan al-Kharaj kerana ia menjadi sumber penting
pendapatan negara.
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like