Presentation

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

(A) Tahap perniagaan yang dijalankan oleh Syarikat Top Fruits

(i) Fakta - Huluan


Huraian - Merupakan perniagaan utama atau teras diwujudkan oleh
sebuah organisasi perniagaan yang melibatkan aktiviti berasaskan
bahan semulajadi
Kaitan kes - Contohnya , Top Fruits ialah sebuah syarikat perladangan
produk makanan berasaskan buah-buahan tempatan.
(ii) Fakta - Hiliran
Huraian - Meliputi aktiviti perniagaan yang diwujudkan daripada
sesebuah perniagaan yang lain.
Kaitan kes - Contohnya, Top Fruits ialah sebuah syarikat pengeluaran
produk makanan berasaskan buah-buahan tempatan.
(iii) Fakta - Antarabangsa
Huraian - Perniagaan yang memasarkan produk merentasi sempadan
(iv) Fakta - Domestik
Huraian - Perniagaan yang beroperasi dalam sesebuah negara.
Kaitan kes - Contohnya, syarikat milik keluarga ini beroperasi di Parit
Sulong, Johor sejak tahun 1986.
(v) Fakta - Primer
Huraian - Aktiviti yang menggunakan sumber bahan mentah dalam
bentuk asal.
Kaitan kes - Contohnya, Top Fruits ialah sebuah syarikat perladangan
produk makanan yang berasaskan buah-buahan tempatan.
(vi) Fakta - Sekunder
Huraian - Perniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber semulajadi
atau bahan mentah kepada barang siap atau separuh siap.
Kaitan kes - Contohnya,selain aktiviti perladangan dan penjualan buah-
buahan segar, syarikat ini juga memproses buah-buahan segar menjadi
(vii) Fakta - Tertiar
Huraian - Penghasilan produk yang tidak kertara atau perkhidmatan.
Kaitan kes - Contohnya , syarikat turut memasarkan produk secara
dalam talian melalui www.durianseller.com dan Halal Mart.
(B) Pendekatan strategik yang digunakan oleh Syarikat Top Fruits dalam
menentukan strategi dan objektif pemasaran
(i) Fakta - Penembusan pasaran
Huraian - Merupakan suatu strategi pertumbuhan syarikat melalui
peningkatan jualan kepada produk sedia ada dalam segmen pasaran
lama tanpa melakukan sebarang perubahan dalam produk tersebut
Kaitan kes - Syarikat Top Fruits menggunakan jenama My Durian untuk
mengetengahkan pelbagai produk berasaskan durian.
(ii) Fakta - Pembangunan pasaran
Huraian - Strategi pertumbuhan syarikat dengan mencari dan
membangunkan segmen pasaran baharu untuk produk sedia ada
Kaitan kes - Contohnya, destinasi utama eksport produk ini ialah di
Indonesia, China dan Hong kong.
(iii) Fakta - Pembangunan produk
Huraian - Strategi pertumbuhan syarikat dengan memperkenalkan
produk baharu atau membuat pengubahsuaian terhadap produk sedia
ada untuk segmen pasaran lama.
Kaitan kes - Contohnya, selain aktiviti perladangan dan penjualan buah-
buahan segar, syarikat ini juga memproses buah-buahan menjadi pes.
(C) Campuran pemasaran yang terdapat dalam Syarikat Top Fruits
(i) Fakta - Produk
Huraian - Produk ialah sesuatu yang boleh ditawarkan kepada pasaran
untuk pembelian dan penggunaan yang dapat memenuhi keperluan
dan kehendak pengguna.
Kaitan kes - Contohnya, Syarikat Top Fruits berpengalaman lebih dari 30
tahun dalam bidang penanaman durian dan buah-buahan tempatan
lain seperti manggis, rambutan dan nangka madu.
(ii) Fakta - Pengedaran
Huraian - Merupakan proses memindahkan produk daripada pengeluar
kepasa pengguna.
Kaitan kes - Contohnya, destinasi utama eksport produk ini ialah di
Indonesia, China dan Hong Kong.
(iii) Fakta - Promosi
Huraian - Merupakan proses komunikasi untuk mendedahkan
maklumat tentang sesuatu produk kepada pengguna.
Kaitan kes - Contohnya,
- Syarikat Top Fruits menggunakan jenama My Durian untuk
mengetengahkan pelbagai produk berasaskan durian.
- Menggunakan laman sesawang sebagai medium penyampaian
maklumat dan promosi produk-produk syarikat dengan mempaparkan
gambar-gambar yang menarik.

You might also like