Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Zaynab Al-Ghazali

Menelusuri Kehidupan Serikandi Mujahidah


Latar Belakang Kehidupan
 Dilahirkan pada 2 January 1917 di perkampungan Al-Buhaira yang terletak d utara Kaherah,
Mesir.
 Meninggal pada 3 Ogos 2005 (88 tahun)
 Keluarganya berpegang teguh dengan ajaran Islam. Bapanya merupakan seorang ulama’ yang
berpengaruh di al-Azhar. Beliaulah yang bertanggungjawab mentarbiyah Zaynab engan ilmu-
ilmu agama agar beliau berpegang kepada kebenaran.
 Digelar oleh bapanya sebagai Nusaibah Binti Ka’ab bersempena dengan tokoh serikandi Islam
ketika zaman Rasulullah S.A.W.
 Sifat peribadi Zaynab – seorang yang berani, tabah & kental hasil didikan bapanya. Beliau
seringkali dibawa bapanya ke majlis-majlis ta’alim & diceritakan mengenai kisah-kisah
sahabiyah ulung untuk beliau mencontohi perjuangan mereka.
 Setelah bapanya meninggal ketika umurnya 10 tahun, beliau sekeluarga telah dibawa
berpindah oleh ibunya ke Kaherah.
 Di Kaherah, bermulalah episode perjuangan Zaynab dalam dakwah.
Bermulanya aktiviti kemasyarakatan
 Pernah menganggotai sebuah pertubuhan wanita yang dipimpin oleh Huda Sya’rawi pada
tahun 1923.
 Namun pertubuhan tersebut seringkali mendapat kritikn oleh para ulama’ al-azhar kerana
membawa agenda kebaratan, feminisme & liberalisme.
 Para ulama’ melihat pertubuhan ini menyeleweng daripada nas-nas Islam yang sebenar &
akhirnya pertubuhan ini diharamkan untuk aktif bergerak di Mesir.
 Huda nampak potensi yang ada pada Zaynab sehingga mahu beliau menggantikannya
memimpin kumpulan itu.
 Namun, setelah sekian lama bersama pertubuhan itu, Zaynab memilih untuk meninggalkan
pertubuhan itu & menubuhkan satu lagi pertubuhan muslimat yang bertujuan untuk
menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah dalam kalangan kaum wanita pada
tahun 1936.
 Pertubuhan tersebut dinamakan Jemaah Saiditina Muslimah.
Jemaah Saiditina Muslimah
 Ditubuhkan pada tahun 1936 ketika beliau berusia 18 tahun.
 Satu-satunya pertubuhan wanita yang selari dengan matlamat Ikhawanul Muslimin.
Beliau giat memperkenalkan JSM ini sebagai salah satu sayap bagi gerakan IM.
 Objektifnya adalah untuk memimpin wanita Islam dan menyedarkan mereka untuk
menyebarkan panji-panji Islam, agar memahami Islam, supaya wanita-wanita ini dapat
menjalankan peranan wanita dengan mengikuti contoh wanita salafus soleh.
 Ahli Jemaah ini semuanya dibentuk dan dididik dengan model Tarbiyah Madrasah
Rasulullah S.A.W.
 Dengan kerjasama tenaga pengajar dalam kalangan ulama’ di al-azhar, Jemaah ini
menyusun kelas-kelas pengajian di masjid-masjid khusus untuk wanita.
 Pelbagai kegiatan lain disusun antaranya penubuhankan pusat dakwah bagi melahirkan
para pendakwah wanita dimana dalam tempoh 6 bulan para peserta mengikuti mata
pelajaran – Fiqh, Seerah, Hadith & berbagai Ulum Syari’yah sehingga mereka berkelayakan
menyampaikan kembali pengajian di masjid-masjid.
 Jemaah ini juga menyediakan rumah-rumah bagi penempatan anak-anak yatim dan
menjaga kepentingan mereka.
Revolusi 1952
 Revolusi ini pada asalnya untuk menggulingkan Raja Farouk. Dan mereka berjaya.
 Namun, IM serta JSM telah dkhianati oleh Jamal Abdul Nasser & akhirnya IM telah
diharamkan pada tahun 1954.
 Ketika bermulanya revolusi ini, ramai pemimpin IM telah ditangkap, dipenjara & dihukum
mati. Walaupun bergerak secara rahsia, JSM telah memainkan peranan penting dalam
menghubungi & membantu isteri-isteri serta keluarga pemimpin-pemimpin IM dalam
menjaga kebajikan mereka.
 1962, Zaynab telah menerbitkan buku yang dikarang oleh Sayyid Qutb yang berjudul
Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Buku tersebut telah dijadikan sebagai
rujukan dakwahnya.
 Jamal mulai curiga dgn JSM lalu ianya telah diharamkan pada 1965. Akan tetapi, Jamal
telah membuat tawaran, sekiranya mahu JSM terus aktif, maka Zaynab hendaklah
bersetuju untuk bekerjasama dengan Parti Istrokiyah.
 Beliau juga ditawarkan dengan jawatan Menteri Kebajikan Masyarakat. Namun beliau tolak
kedua-duanya sekali.
 Akibat penolakan tersebut, rumah Zaynab telah digeledah oleh pihak tentera & beliau
telah diheret dengan kasar ke penjara.
 Tahun 1966, beliau telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. & Jamal telah
memerintahka agar Zaynab diseksa bak seorang lelaki malah lebih lagi dahsyat.
 Beliau telah diseksa, dimaki hamun dengan maha dahsyat sekali. Juga banyak cubaan
membunuh beliau namun tidak berjaya.
 Dipukul dengan cemeti, tongkat, direndam dengan air, diletakkan dalam penjara penuh
dengan anjing liar, makanan disapu najis dan pelbagai seksaan lagi yang tak terjangkau dek
akal fikiran kita.
 Berbekalkan dengan Iman yang teguh didalam dada, beliau tetap bertawakkal dan
berserah kepada Allah.
 Pada tahun 1971, Zaynab al-Ghazali akhirnya dibebaskan setelah Jamal meninggal dunia
dan Anwar Sadar mengambil alih pemerintahan di Mesir.
 Beliau tetap meneruskan perjuangan sehingga ke hujung nyawanya dan akhirnya
meninggal ketika berusia 88 tahun.
Sumbangan Zaynab Al-Ghazali
1) Pengajian & Seminar
 Beliau memperkasakan & melaksanakan halaqah-halaqah pengajian di masjid-masjid terutamanya
khusus untuk wanita.
 Beliau juga telah melakukan seminar-seminar di dalam dan luar negara.

2) Penulisan
 Seorang yang berbakat besar dalam penulisan.
 Merupakan seorang editor bagi ruangan dalam majalah Ad-Dakwa bagi pembangunan rumah
tangga Muslim yang sejati.
 Melalui banyak menyebarkan dakwah melalui penulisan-penulisan beliau antaranya Ayyamin Hayati
Nahwa Ba’thu Jadid, Nazarat Fi Kitabillah, Musykilatu Shabab wa Fatayat, Gharizah al-Mar’ah,
Asma’ Allah al-Husna.
4) Kekeluargaan
 Di dalam bukunya al-Ayyam Min Hayati, Zaynab telah memuatkan kisah mengenai suaminya yang sentiasa memberi
sokongan & dorongan terhadap perjuangannya.
 Beliau menekankan, walaupun beliau sibuk dengan perjuangan dakwah & tarbiyahnya, namun tidak sesekali beliau
mengabaikan tanggungjawab terhadap suami & keluarga.

6) Wanita
 Menggerakkan JSM dengan kerja-kerja dakwah & kebajikan
 Menggerakkan ahli-ahli JSM agar menjadi pembela-pembela Allah.
 Menggarapkan ilmu dalam kalangan ahli JSM
 Mentarbiyah ahli-ahli JSM agar berkemampuan untuk berpidato, berhujah dan berinteraksi dengan masyarakat sekeliling
untuk memimpin umat kembali kepada Islam.

7) Politik
 Memimpin salah satu bahagian didalam organisasi IM.
 Memperjuangkan agama Islam bersama Imam Hassan al-Banna di dalam IM.
 Membantu keluarga IM ketika golongan ini ditindas oleh pemerintah pada tahun 1954.
 Ketika di dalam penjara, beliau sentiasa berdakwah dengan banduan-banduan lain.
 Dan setelah keluar, beliau lantang menyedarkan para pemuda pemudi serta membimbing mereka kearah keredhoan Allah.
Rujukan
 http://conference.kuis.edu.my/icpr/2014/eproceedings/29.%
20Siti%20Zaharah%20Hamid.pdf
 http://
www.tarbawi.my/2017/03/mengenang-perjuangan-zainab-al-ghazali.html
 https://tzkrh.com/zainab-al-ghazali-lambang-perjuangan-agung-yang-perlu-d
iteladani
/
 http://
persatuan-pmms.blogspot.com/2009/08/zainab-al-ghazali-al-zubaili-seksaan.
html

You might also like