Prosa Tradisional 4 Dan 5

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

PROSA TRADISIONAL

• Daripada antologi

TINGKATAN Kepimpinan
4 Melalui Teladan

TINGKATAN Burung Terbang


Dipipiskan Lada
5
TINGKATAN 4
i) Berikan maksud tinggal sehelai
sepinggang. (2m)
Jawapan lengkap

Maksud tinggal sehelai sepinggang ialah


tidak mempunyai apa-apa lagi.
ii) Apakah tindakan yang diambil oleh Sultan Melaka setelah
mendengar aduan daripada saudagar dan orang kaya-raya
tentang kecurian harta mereka. (3m)
Jawapan lengkap

Tindakan yang diambil oleh Sultan Melaka


setelah mendengar aduan daripada saudagar
dan orang kaya –raya tentang kecurian harta
mereka ialah baginda terkejut lalu
menampar-nampar pehanya dan
mengatakan bahawa sudah datang bala
bencana ke atas negeri baginda.
(isi cukup: 2 isi)
iii) Masalah kecurian sering berlaku di kawasan kejiranan.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan kepada masyarakat
jika kecurian semakin berleluasa? (3m)
Jawapan lengkap
Pada pendapat saya, jika masalah kecurian
semakin berleluasa, kesan kepada masyarakat
ialah masyarakat berasa takut dan bimbang
akan keselamatan mereka. Selain itu, berlaku
lebih banyak kehilangan harta di kawasan
kediaman mereka.
TINGKATAN 5

BURUNG TERBANG
DIPIPISKAN LADA
Sinopsis
Raja Siam mendengar khabar bahawa negeri Melaka masih belum dtakluk  oleh
mana-mana negeri lalu menyuruh wakilnya menghantar surat sembah(ufti).
Raja Melaka Sultan Muzaffar Syah  enggan menyembah raja Siam. Raja Siam
memerintahkan panglimanya Awi Cakri menyerang Melaka.  Sultan Muzaffar
mengarahkan  rakyat dari negeri-negeri sekitar dihimpun di Melaka.  Tun Perak 
membawa orang Kelang bersama -sama anak isteri ke Melaka.
Sri Armerta memberitahu kepada Tun Perak bahawa ada rakyat  dari Kelang
mengadu kepada baginda Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah
menganiayainya. Tun Perak diperintahkan supaya menghadap baginda sultan.
Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk
menjaga negeri.
Tun Perak sanggup dipecat sekiranya dia dicerca orang. Tun Perak membawa
rakyat  lelaki dan perempuan dari Kelang supaya mereka dapat berlawan
dengan musuh seperti menjaga anak isteri mereka sendiri. Baginda sultan
gembira mendengar alasan Tun Perak lalu memerintahkan Tun Perak supaya
menetap di Melaka
Sinopsis
Siam menyerah kalah kerana banyak rakyatnya yang mati. Lalu berundur ke Muar.
Semua rakyat negeri jiran pulang ke negeri masing-masing. Sultan Muzaffar
terpikat dengan kebijaksanaan Bentara Tun Perak  dan dilantik menjadi Perdana
Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Duduk setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Anaknya Tun Nina Madi diberi gelaran Tun Bijaya Maha Menteri .  

Rakyat  Melaka berpecah menjadi dua kumpulan berpihak kepada Paduka Raja
(Tun Perak) dan Seri Nara Diraja (Seri Amerta)  yang merupaka pemimpin yang
hebat. Kedua-dua pemimpin ini sering berselisih  pendapat. Keadaan ini
merisaukan baginda sultan. Baginda sangat dukacita dan risau  khuatir negeri akan
binasa kerana tiada muafakat dalam kalangan pemimpin.

Baginda mencari akal yang  boleh mendamaikan  mereka dengan   Oleh itu Sultan
telah menceraikan isterinya Tun Kudu. Selepas habis edah Tun Kudu dikahwini oleh
Seri Nara Diraja.
Sinopsis
Selepas itu Siam yang diketuai oleh  panglima Awi Dicu mahu meyerang Melaka. 
Berita itu dimaklumkan kepada Sultan. Lalu  Sultan menitahkan Bendahara Paduka
Raja bersiap sedia.  Seri Bija Diraja yang berasal dari Muntah Lembu digelar Datuk
Bongkok telah dititahkan mengiringi Bendahara Raja berlawan dengan orang
Siam.  Orang Siam telah lari ke Batu Pahat.

Pada masa yang sama Tun Umar anak Seri Bija Diraja yang gila-gila bahasa telah
pergi dengan sebuah perahu olang oleng (perahu kecil) melanggar perahu-perahu
orang Siam. Orang Siam hairan melihat perlakuan Tun Umar

Pada waktu malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan segala pohon kayu
bakau dan nyirih dan tumpu api-api dipasang puntung api sehingga menakutkan
orang Siam kerana menyangka hulubalang Melaka terlalu ramai berada di Pantai.
Awi Dicu telah mengarahkan orang Siam berundur dari Melaka. Baginda telah
menganugerahkan persalinan kepada Bendahara Paduka Raja dan para hulubalang
kerana berjaya menghalau orang Siam
Sinopsis
Awi Dicu melaporkan  kekalahan mereka kepada Paduka Bubunnya.  Baginda
terlalu marah dan dia sendiri ingin menyerang Melaka.  Cau Pandan  menawarkan
diri menyerang Melaka. 

Di Melaka, Sultan mendengar khabar Cau Pandan akan menyerang Melaka.  Tuan
Sidi Arab  seorang yang alim berbangsa Arab yang pandai bermain panah lasykar
telah menghadap sultan Muzafar Syah dan menawarkan diri membunuh Cau
Pandan dari jauh dengan menghala panahnya ke benua Siam. Sultan hanya
tersenyum jika memang benar Cau Pandan mati, memang Sidi Arab seorang yang
keramat.

Di Siam, Cau Pandan berasa  dadanya seperti terkena panah, telah muntah darah
lalu mati.  Siam telah membatalkan niat menyerang Melaka.  Sultan mendengar
khabar kematian Cau Pandan dan menganugerahkan Tuan Sidi Arab.  Sultan
Muzafar Syah mangkat setelah memerintah selama 42 tahun diganti oleh
anakandanya Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansor Syah ketika berusia 27
tahun. Baginda berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam anak Seri Nara Diraja
i) Berikan maksud rangkai kata sungguhlah
tuan keramat. (2m)
Jawapan lengkap

Maksud rangkai kata sungguhlah tuan keramat


ialah Tuan Sidi Arab benar-benar mulia/suci/
warak/ soleh
ii)Nyatakan tindakan Tuan Sidi Arab apabila mendengar
khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka. (3m)
Jawapan lengkap

Apabila mendengar perkhabaran Cau Pandan


akan ke Melaka, Tuan Sidi Arab telah berdiri di
hadapan Sultan Muzaffar Shah dan
menghalakan panahnya ke benua Siam.
iii)Tuan Sidi Arab amat pakar dalam memanah. Pada pendapat
anda, apakah kepentingan khidmat pakar dalam sistem
pertahanan sesebuah negara?
Jawapan lengkap
Pada pendapat saya kepentingan khidmat
pakar dalam sistem pertahanan sesebuah
negara adalah dapat merancang strategi
pertahanan dengan bijak. Selain itu, negara
kita menjadi sebuah negara yang bebas dari
ancaman musuh?
TAMAT

You might also like