Unit 1 - Perniagaan Persekitaran

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

UNIT 1

PERNIAGAAN & PERSEKITARAN

1
DEFINASI PERNIAGAAN

Sebagai aktiviti menyediakan barang dan perkhidmatan kepada pelanggan dengan


bermotifkan keuntungan.Ianya merangkumi empat perkara yang berikut iaitu barangan
dan perkhidmatan ,pertukaran nilai,keuntungan perniagaan serta memuaskan
keperluan dan kehendak.

**Barangan dan perkhidmatan


a)Barangan ialah produk fizikal seperti roti,kereta,telivisyen dan komputer yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir atau
untuk tujuan pengeluaran dan jualan semula.
b)Perkhidmatan merupakan sesuatu aktiviti yang mendatangkan faedah kepada konsumer dan lain lain perniagaan.syarikat
pengangkutan.salon ,agen perlancongan adalah merupakan contoh perniagaan yang berorientasikan perkhidmatan.
**Pertukaran nilai
a)Pertukaran nilai merujuk kepada semua aktiviti urus niaga dimana pembeli memberikan sesuatu yang bernilai kepada penjual
sebagai pulangan kepada produk yang didapatinya samada dalam bentukbarangan atau perkhidmatan.
b)urusniaga tersebut selalunya melibatkan pertukaran wang(nilai pada kadar semasa)
**Keuntungan perniagaan
a)keuntungan ialah matlamat dalam semua perniagaan.
b)keuntungan diperolehi setelah semua kos pengeluaran ,kos operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah
jualan.
c)Keuntungan ialah kayu pengukur kejayaan dan juga ganjaran bagi sesuatu perniagaan yang mampu bersaing di pasaran.
**Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna
a)Pengguna mempunyai keperluan semulajadi untuk barangan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggal.
b)Kehendak pengguna adalah tidak terhad yang merangsang pangguna untuk memiliki barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh pemasar.
c)Untuk memastikan urusniaga berlaku dan keuntungan diperolehi,syarikat perniagaan perlu menawarkan barangan dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

2
PERNIAGAAN DAN BUKAN PERNIAGAAN

Mempunyai objektif memaksimumkan


Organisasi Perniagaan
keuntungan disamping objektif penakatan
(survival), pertumbuhan dan tangungjawab
sosial.

- Elemen keuntungan tidak wujud dalam menjalankan aktiviti


Organisasi Bukan perniagaan.
Perniagaan - Lebih memikul tangungjawab sosial dan ditubuhkan untuk
memenuhi keperluan awam
- Aktiviti mereka dibantu dan dibiayai oleh kerajaan, derma dan
sumbangan.
- Objektifnya untuk meningkatkan taraf hidup ahli, menjaga
kepentingan ahli dan penglibatan ahli dalam aktivitinya.
- Contohnya :- sekolah, hospital, universiti, persatuan dan kelab
dan lain-lain.

3
PERNIAGAAN DAN UNTUNG

Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan


pemasaran barangan dan perkhidmatan di tolak dari jumlah pendapatan atau jumlah
penerimaan.Perniagaan memperolehi keuntungan setelah semua kos pengeluaran ,kos
operasi dan cukai ditolak daripada jumlah pendapatan dan jumlah jualan.

Keuntungan untuk perniagaan adalah untuk tujuan-tujuan berikut:-


a)Penakatan merupakan objektif untuk terus beroperasi di pasaran kerana hanya
apabila sesebuah syarikat itu dapat terus hidup,objektif objektif lain boleh tercapai.

b)Pertumbuhan pula adalah objektif untuk memajukan syarikat.Peingkatan syer


pasaran,produktiviti dan pembangunan individu adalah objektif pertumbuhan yang
sangat penting.pembukaan beberapa cawangan MAKRO diseluruh malaysia adalah
satu objektif malalui pertumbuhan.

c)Tanggungjawab sosial ialah satu komitmen oleh pihak syarikat untuk memberi
eprhatian kepada keprluan dan kebajikan awam disamping aktiviti utama syarikat
yang bermatlamatkan keuntungan.contohnya untuk mengawal pencemaran
persekitaran,syarikat menggunakan bahan bahan pembungkusanyang boleh di kitar
semula.

4
PERNIAGAAN DAN EKONOMI
Hubungan antara peniagaan dan ekonomi.

Tenaga

Upah

Pekerja/ Pengguna Pengeluar/ Pengusaha


Barang
Harga

Kesan Persekitaran ekonomi dan Perniagaan.


Kesan baik
-perniagaan akan dapat mempengaruhi perniagaan.
-perniagaan akan maju dalam keadaan ekonomi baik.
-dapat wujudkan persaingan yang sihat.
-peluang pekerjaan yang luas.
Kesan buruk
-perniagaan akan menjadi lembap dalam keadaan ekonomi yang tidak baik.
-peluang sempit dalam sistem ekonomi sara diri
-berlakunya pencemaran alam sekitar iaitu mengkhusus kepada air,udara dan bunyi
-berlaku kekurangan bekalan air akibat kekurangan kawasan tadahan air
-kesan terhadap penindasan iaitu tenaga yang disumbangkan tidak setimpal
-masyarakat menghadapi masalah sosial terutamanya dengan kedatangan pekerja asing 5
PERNIAGAAN DAN MASYARAKAT.
Hubungan perniagaan dengan masyarakat
- Mestilah menerima tanggungjawab untuk melindungi perseitaran seperti mengawal pencemaran
- Penjimatan tenaga dan penghapusan amalan amalan diskriminasi memberi sumbangan derma
kepada badan badan kebajikan
- Membekalkan kepakaran dalam bidang pelajaran dan kemahiran
- Menyedikan pekerjaan kepada orang yang kurang berupaya seperti golongan cacat
- Menyedikan prasarana seperti taman reakreasi dan sebagainya

Konsep kepercayaan yang harus ada dalam sesebuah perniagaan


- Apa yang baik untuk masyarakat juga baik untuk perniagaan
- Objektif sosial sebenarnya meningkatkanlagi keuntungan syarikat dalam jangka masa panjang
- Syarikat perlu menyumbang kearah pembentukan persekitaran yang sihat untuk memastikan
keadaan masyarakat (dimana syarikat memperolehi keuntungan ) akan berkekalan pada masa
masa akan datang contohnya bersama sama menyumbang dalam aktiviti sosial

Tanggungjawab sosial perniagaan terhadap masyarakat


- Melindungi persekitaran seperti kawasan pencemaran,penjimatan dan penghapusan amalan
diskriminasai.
- Memberi sumbangan derma kepada badan badan kebajikan
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan kurang berupaya seperti orang cacat.
- Menyediakan prasarana seperti taman reakreasi.
- Membekalakan kepakaran dalam bidang pelajaran dan latihan. 6
FAKTOR PENGELUARAN
a) Tanah /Bahan Mentah
Merupakan alam semulajadi yang boleh digunakan untuk keluaran barang dan
perkhidmatan.meliputi semua sumber perhutanan,sumber pertanian,sumber perusahaan dan
sumber galian dan juga barang-barang separuh siap.
b) Buruh/ Guna tenaga.
Merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan bahan mentah kepada
barangan dan perkhidmatan termasuk dalam organisasi dati atas hing ke peringkat bawahan.setiap
pekerja mampunyai kemahiran yang berbeza dan pengurusan merupakan aspek penting bagi tenga
buruh dalam sesebuah organisasi.
c) Modal
Adalah jumlah kewangan dan peralatan ,kelengkapan,jentera dan bangunan yang digunakan untuk
pengeluaran barang dan perkhidmatan.ianya bukan sahaja merujuk kepda wang kerana wang tidak
proaktif namun wang digunakan untuk membeli kelengkapan organisasi tersebut dan barulah wang
tersebut dikenali sebagai wang yang proaktif.
d) Keusahawanan
Himpunan kemahiran dan keupayaan menghadaoi risikoserta kreativiti yang perlu digabungkan
dengan faktor faktor pengeluaran yang lai untuk peneluaran barang dan perkhidmatan
e) Teknologi.
Merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk mengeluarkan sesuatu barangan dan ia juga merujuk
kepada bentuk penggunaan mesin ataupun cara mengeluarkan sesuatu barangan.

7
MEMENUHI KEPERLUAN DENGAN SUMBER TERHAD

Bagaimana perniagaan menggunakan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan


yang tidak terhad:-
a) Memastikan sumber itu betul betul di agihkan untuk pengeluaran yang benar benar
dikehendaki oleh pengguna untuk memenuhi keperluan pengguna.
b) Memastikan sumber sumber yang digunakan secara maksimum tanpa pembaziran
c) Memastikan barang barang yang dikeluarkan cukup cukup untuk memenuhi keperluan
pasaran tanpa pembaziran.
d) Memenuhi kehendak setiap lapisan masyarakat walaupun secara minimum.
e) Menabung untuk kegunaan pada masa hadapan atau tidak memaksimumkan
penggunaan sedia ada.

Persoalan di atas dapat diselesaikan dengan mengambil kira


masalah ekonomi di bawah

1. Apa Yang Hendak dikeluarkan


2. Bagaimana Hendak Mengeluarkannya
3. Untuk Siapa Dikeluarkan
4. Berapa banyak Hendak Digunakan dan Berapa Banyak Hendak
Ditabungkan.
8
PROSES PERNIAGAAN

1. MEMBANGUNKAN KELUARAN
Mengenalpasti apakah produk yang hendak dikeluarkan:
a) Produk Inovasi
b) Produk Baru

2. PENGURUSAN PERMINTAAN
Mengenalpasti keperluan dan kehendak pengguna
a) Penyelidikan pemasaran
b) Promosi, pengiklanan, julan, pembungkusan & pesanan
c) Peranan mewujudkan permintaan

3. MEMENUHI PESANAN
a) Perlu efisyen dan efekti
b) Merangkumi proses memesan bahan, mengumpul, menjadual,menyimpan
dan lain-lain.
c) Pastikan keperluan mencukupi supaya pesanan dapat dipenuhi secepat
mungkin dan mengikut spesifikasi
9
PERNIAGAAN KINI DAN AKTIVITI PERNIAGAAN MASA DEPAN.
Antara cabaran - cabaran kepada perniagaan pada masa depan
a) Kekurangan sumber tenaga yang semakin ketara.
Apabila sumber tenaga berkurangan,perniagaan perlu mencipta kaedah baru untuk
menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan sumber tenaga yang sedikit atau
mencari sumber alternatif tenaga yang lain.
b) Pentingnya perniagaan di peringkat antarabangsa
Kini perniagaan antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana skop pasaran yang
luas.jumlah syarikat perniagaan dan peratusan transaksi atau urusniaga di peringkat
antarabangsa semakin meningkat.
c) Cabaran teknologi
Kebanyakkan industri berada di pertengahan revolusi teknologi .kehadiran robot dan teknologo
laser amat diperlukan dalam aktiviti perniagaan.industri berat seperti besi dan automotif perlu
dilengkapi dengan teknologi baru sekiranya syarikat ingin bersaing seiring dengan syarikat
syarikat di peringkat antarabangsa.
d) Meningkatkan produktiviti
Kemahiran pengurusan perlulah ditumpukan terhadap produktiviti.output seorang pekerja
seharusnya setanding dengan output pekerja negara negara lain.
e) Pentingnya tanggungjawab sosial di kalangan syrikat perniagaan
Semakin banyak tekanan di kenakan terhadap sektor perniagaan untik menyempurnakan
objektif dua hala iaitu objektif keuntunan dan tanggungjawab sosial.
f) Penipuan dalam dunia perniagaan dengan bantuan teknologi yang canggih.
Melalui pengunaan komputer dan penelitian terhadap kerja kerja yang baru.

10
Perubahan-perubahan yang perlu dilakukan oleh peniaga:

a) Peningkatan tahap dan kualiti kehidupan manusia melalui hasil keluaran yang
lebih berkualiti seperti telivisyen yang membolehkan individu memperolehi
mekluamat dan hiburan.

b) Kemajuan dalam budang komunikasi kesan daripada usaha giat pengeluar untuk
berhubung dengan pengguna tentang barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan. Contohnya melalui usaha pelbagai pihak khasnya pengeluar ,
pelbagai barangan dan perkhidmatan dapat di pesan melalui komputer dengan
kemudahan internet kini atau e-dagang.

c) Peningkatan mutu perkhidmatan kesan daripada penggunaan komputer yang


semakin berleluasa. Komputer telah mempermudah dan mempercepat pelbagai
proses pengeluaran seperti menyimpan rekod pelanggan dan membantu
pengeluar mencipta produk baru.

11
PEMILIK
PENGURUS
PEKERJA
LEMBAGA
PENGARAH

PERSEKITARAN PERNIAGAAN.
12
Persekitaran ekonomi.
Melihat kepada sistem ekonomi yang diamalkan di dalam sesebuah negara. Antara sisitem yang
diamalkan ialah sisitem ekonomi kapitaslisme, sosialisme, campuran dan sisitem ekonomi islam.
Setiap sistem yang diamalkan akan memberi kesan yang berbeza dari segi pemilikan perusahaan,
hak keatas keuntungan, pengurusan perusahaan, hak pekerja, imbuhan dan pampasan pekerja.
Persekitaran persaingan / jaringan
Ianya merupakan faktor yang mempengaruhi usaha usaha pemasaran syraikat oleh itu syarikat
perlu untuk mengkaji pesaingnya dari segi strategi pemasaran, bentuk syarikat sama ada syarikat
domestik atau syarikat asinng dan juga saiz syarikat.
Didalam persekitaran persaingan terdapat beberapa struktur pasaran iaitu persaingan
monopoli,persaingan oligopoli, persaiang monipolistik, persaingan tulen.
Persaingan persaingan tersebut secara tidak lengsung dapat membantu syrikat perniagaan dalam
meingkatkan kualiti sesuatu perniagaan yang hendah di jalankan.
Persekitaran sosiobudaya.
Sosiobudaya adalah satu set gabungan kepercayaan , nilai, adat, amalan, idea dan sikap yang
serupa yang terdapat dalam sesuatu kumpulan.
Ianya merangkumi aspek aspek kebendaan dan bukan kebendaan.
Ini bermaksud sesuatu perniagaan yang hendak dijalankan mestilah mendasari kepercayaan
mastarakat itu kerana jika perniagaan yang dijalan tidak memenuhi kehendak masyarakat tersebut
maka ianya tidak dapat menembusi sesuatu pasaran.
Oleh itu syarikat perniagaan yang ingin menebusi sesuatu pasaran perlu terlebih dahulu
mengetahiu budaya tempat berkenaan kerana budaya penduduk sesuatu tempat itu
mempengaruhi gaya hidup, cara pembelian dan pemikiran mereka.

13
Persekitaran politik dan undang undang
Persekitaran politik dan undang undang mengandungi undang undang dan peraturan yang
kebanyakkannya menyekat aktiviti perniagaan.
Namun perniagaan memerlukan politik dan perundanganyang dibuat oleh kerajaan untuk
melindungi masyarakat daripada alam sekitar, mewujudkan persaingan yang sihat dan dapat
melindungai pengguna dari di kelirukan oleh syarikat perniagaan yang tidak bertanggungjawab.
Begitu juga dengan perubahan politik di sesuatu tempat.

Persekitaran teknologi
Merujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan.
Teknologi telah mendatangkan kesan jangka panjang kepada gaya hidup, corak perbelanjaan dan
ekonomi masyarakat.
Penemuan teknologi baru boleh menyebabkan perubahan perubahan seperti:-
-Mewujudkan industri baru.
-Mengubah atau menghapuskan industri yang sedia ada.
-Merangsang pasaran dan industri yang tidak berkaitan dengan teknologo baru.
-Berlaku kemajuan dalam teknologi seperti internet.

Persekitaran fizikal
Merangkumi semua sumber semulajadi termasuk air , udara , bahan galian dan hasil tanaman
yang dijadikan sebagi input untuk pengeluaran barangan.

14
Pembekal
-Pembekal merupakan orang yang menghubungkan diantara pihak pengeluar dan pelanggan.
-Pembekal adalah pihak yang bertanggungjawab membekalkan bahan mentah, peralatan, barang siap,
dan separuh siap sebagi input kepada sesebuah syarikat perniagaan.Input input tersebut diperlikan oleh
peniagaan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatn yang diperlukan oleh pelanggan pelanggan lain.
-contoh pembekal ialah pemborong, peruncit dan agen serta broker.
-Fungsi penting yang dilakuakn oleh mereka ialah:-
-tiada kekurangan barang berlaku
-tiada kelewatan dalam penghantaran barang
-barang yang dihantar mestilah mengikut spesifikasi, kualiti, keperluan pihak pelanggan.

Pelanggan
-Pelanggan merupakan komponen terpenting dan fokus utama sesebuah perniagaan dijalankan.
-Pelanggan adalah oarang yang terpenting dalam menentukan kehendak dan keperluan mereka.
-contoh pelanggan ialah individu, kerajaan da syarikat lain.
-Setiap pelanggan mempunyai ciri yang berbezasama ada dari segi produk yang dibeli ataupun cara
keputusan belian yang dibuat.

15
Pembiaya dan pemodal
-Umumnya merujuk kepada bank, syarikat kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit yang
terlibat dalam urus niaga kewangan yang menaggung risiko dalam urus niaga belian dan jualan barangan.
-peniaga kecil banyak bergantung kepada pembiaya dan pemodal dalam mendapatkan sumber modal
untuk meningkatkan aktiviti mereka.
-selainitu pengguna akhir memerlukan khidmat pembiaya untuk membuat pembelian kerana sekiranya
tiada pembiaya pengguna akhir tidak dapat melakukan pembelian akibat berlakunya kekangan dalam
wang tunai.
Kerajaan
Tangungjawab firma terhadap perniagaan ialah memastikan perniagaan mengikut syarat-syarat, undang-
undang dan peraturan yang telah ditetapkan.
Tujuannya untuk memastikan masyarakat mendapat layanan yang adil dan kesejahteraan dan keadaan
fizikal terpelihara.
Dapat meyediakan kemudahan untuk golongan peniaga.

Pekerja.
Perniagaan mesti meyediakan suasana tempat kerja yang baik dan ianya dapat mempengaruhi tingkahlaku
pekerja dan akhirnya akan membawa kepada produktivitinya.
Menyediakan kemudahan tempat kerja yang selamat.
Memberikan pelbagai faedah kepada pekerja diamping faedah wajib yang mereka perolehi.
Berlaku adil semasa melakukan pemilihan pekerja.

16
ENTITI PERNIAGAAN.
Dimensi Jenis Entiti Sumber Modal Milikan Cara Penubuhan

Tunggal Tiada Tidak 1. Pemilik Dimiliki oleh -Daftar dgn Pejabat


Berasingan 2. Tabungan dan seorang sahaja Pendaftar Perniagaan.
Keluarga -Mengisi Borang A
-Bayar Yuran Pendaftaran

Perkongsian 1. Umum Tidak 1.Rakan kongsi 2 hingga 20 -Daftar dgn Pejabat


2. Perkongsian Berasingan 2.Pinjaman orang Pendaftar Perniagaan.
Terhad -Mengisi Borang A
3. Perkongsian -Bayar Yuran Pendaftaran
tetap - Kawalan Akta
4. Perkongsian Perkongsian 1961
nominal

Syarikat 1.Syarikat Berasingan 1.Saham Pemegang -Daftar dgn pendaftar


Sdn.Bhd beberapa orang saham Syarikat.
2.Sykt. Umum tertentu sahaja Dokumen tertentu,borang
Bhd 2.Saham orang 13A,14,7,44,48A,49,6,24.
3.Skt Bhd dgn awam -Tataurus dan
saham memorendum.
4.Syt. Bhd dgn -Bayaran berasaskan
jaminan modal dibayar.
5.Skt dgn jaminan -Kawalan Akta Syarikat
dan saham 1965

Koperasi 1. Koperasi berasingan 1.Yuran ahli Dimiliki oleh ahli -Didaftarkan dengan
Pengeluar 2.Saham ahli sekurang- Pendaftar Koperasi SKM.
2. Koop kurangnya 100 Jawatankuasa penaja
Pengguna orang dan sekurang-kurangnya 10 org
3. Koop ditadbir oleh ALP -Akta Koperasi 1993.
perumahan

Perbandingan antara milikan perniagaan. 17


AKTIVITI PERNIAGAAN

Pengeluaran Perkhidmatan

Ekstraktif dan perladangan a) Runcit dan Borong

Barangan Pengguna dan industri b) Kewangan & Insurans

Pembuatan dan Pemasangan c) Perkhidmatan Profesional

d) Pengangkutan dan
pergudangan

e) Pembinaan dan kontrak

f) Pengurusan profesional dan


pembangunan sumber manusia

g) Perkhidmatan Perhotelan

h) Perkhidmatan Pendidikan

18
SEKTOR
Swasta
- Sektor swasta merujuk kepada organisasi perniagaan yang dimiliki oleh individu individu
atau organisasi organisasi tertentu secara persendirian.
- Bentuk pernigaan yang termasuk dalam sektor swasta ialah perniagaan milikan tunggal ,
perkongsian,perniagaan syarikat.
- Bermatlamat utama untuk mencari keuntungan.

Awam
- Sektor awam merujuk kepada organisasi-organisasi milik kerajaan yang menawarkan
pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan, rawatan
perubatan, perkhidmatan polis dan sebagainya.
- Organisasi ini boleh dibahagikan kepda jabatan-jabatan kerajaan dalam kemeterian
tertentu.
- Ianya dibahagikan kepada peringkat kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- Tidak bermatlamat mencari keuntungan
Badan berkanun
- Merupakan perbadana yang ditubuhkan di bawah undang-undang tertentu
- Organisasi organisasi ini mewujudkan perkhidmatan-perkhidmatan yang penting kepada
sektor industri , perdagangan dan juga sektor sosial dalam negeri.
- Merupakan entiti berasingan daripada perkhidmatan awam yang diuruskan oleh
pengurus-pengurus yang berkemahiran dan kerpengalaman sebagai pentadbir dalam
19
kerajaan.
TAHAP-TAHAP PERNIAGAAN
PERINGKAT PROSES

Primer
Merangkumi pengeluaran sumber sumber bahan mentah dari tempat asalnya dan altiviti aktiviti yang
menggunakan sumber tersebut dalam bentuk asalnya.Industri yang terlibat dalam tahap ini ialah cari
gali minyak, arang batu, besi dan lain lain bahan galian, pembalakan, pertanian, ternakanikan dan lain
lain lagi.sektor dalam tahap primer ini juga termasuk penjanaan kuasa melalui arang batu , minyak
dan stesen janauasa nuklear, gas asli dan hidroelektrik.

Sekunder
Perniagaan terlibat dalam pemprosesan sumber sumber semulajadi atau bahan mentah kepada
barangan siap atau barangan separuh siap.contoh bijih besi ditukarkan kepada kepingan besi.
Pengeluaran pada tahap sekunder termasuk pengeluaran baramg barang komponen yang di pasang
kepada barangan pengguna dan barangan industri.sesetengan negara yang tidak mempunyai sumber
semulajadi mereka masih mampu untuk mengeluarkan produk sekunder dengan menyimpan bahan
mentah yang diperlukan.

Tertier
Perniagaan pada tahap ini menghasilkan produk yang tidak ketara /perkhidmatan.contohnya ialah
syarikat pengangkutan yang menghantar produk mereka dari kilang ke pasaran melalui udara , laut,
darat.pengeluaran lain pada tahap tertiar ialah perkhidmatn perkapalan,pos dan telekom, hotel,
bank,insuran dan kewangan.
Perkhidmtan yang ditawarkan oleh badan badan profesioanal seperti doktor, akauntan, jurutera dan
sebagainya.

21
PERINGKAT INDUSTRI

Huluan
Perniagaan pada peringkat huluan bermaksud perniagaan utama atau teras diwujudkan
oleh sesebuah organisasi.perniagaan ini melibatkan aktiviti yang berasaskan semulajadi
seperti bahan galian, tanaman, ternakan dan lain lain.aktivitiaktiviti tersebut boleh
dikategorikan kepada pelbagaiindustri seperti industri pertanian pembuatan dan
perkhidmatan.

Hiliran
Perniagaan pada tahap hiliran pula meliputi aktiviti aktiviti perniagaan yang diwujudkan
daripada sesebuah perniagaan yang lain.contohnya peruasahan perusahaan yang
berasaskan kayu seperti kayu balak, kilang perabot dan sebagaimya.

22
PERINGKAT PASARAN

Domestik
Perniagaan yang beroperasi di dalam sesebuah negara dan
mengeluarkanhasil keluaran untuk pasaran tempatan atau domestik di
negara tersebut sahaja.
Perniagaan domestik di malaysia merangkumi perniagaan yang
berteaskan pertanian ,perladangan ,pekilangan dan perkhidmatan.

Antarabangsa
Perniagaan antarabangsa sama ada kecil atau besar merujuk kepada
perniagaan yang memasarkan produknya dalam dua atau lebih
negara.pengkibatan perniagaan di perngkat antarabangsa selalunya
bermula dengan aktiviti eksport samada diperingkat seratau atau di
peringkat global.operasi perniagaan selaunya berpusat di negara
sendiri.

You might also like