Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 14

KULIAH 4

CUKAI SYARIKAT

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan


Universiti Kebangsaan Malaysia
PENGENALAN
• Pengenaan Cukai Pendapatan (Scope Of Charge)
Seksyen 3, ACP 1967: Tertakluk kepada dan mengikut Akta ini, suatu cukai yang dikenali
sebagai cukai pendapatan hendaklah dikenakan bagi setiap tahun taksiran atas
pendapatan mana-mana orang mengakru dalam atau diterbitkan dari Malaysia atau
diterima dalam Malaysia dari luar Malaysia.

• Kelas-kelas pendapatan
Sek 4 dan Sek 4A
Seksyen 4, ACP 1967 Seksyen 4A, ACP 1967
(a) Perolehan atau keuntungan (i) Bayaran yang diberikan atas perkhidmatan
daripada suatu perniagaan, orang tersebut atau pekerjanya berkaitan
(b) Perolehan atau keuntungan
daripada suatu pekerjaan, penggunaan harta atau hak, pemasangan
(c) Dividen, faedah atau diskaun, atau pengendalian apa-apa logi, mesin
(d) Sewaan, royalti atau premium, atau alat-alat yang dibeli daripada orang
(e) Pencen, anuiti atau lain-lain tersebut,
bayaran berkala yg tidak terjatuh
di mana-mana perenggan (ii) Bayaran bagi nasihat teknikal, bantuan
terdahulu, atau perkhidmatan berkaitan pengurusan
(f) Perolehan atau keuntungan yg teknik atau pentadbiran pelaburan, projek,
tidak terjatuh di bawah mana- dll,
mana perenggan terdahulu.
(iii) Sewaan atau bayaran lain di bawah
perjanjian untuk menggunakan apa-apa
harta alih.
PENGENALAN
• Definisi pendapatan perniagaan (sek 2)
Termasuk pendapatan dari profesion, vokasion dan perdagangan, dan dari
setiap pengilangan, usaha atau perniagaan berupa perdagangan, tetapi
tidak termasuk penggajian.
• Kriteria perdagangan
– Melibatkan jualan dan belian;
– Terdiri dari urutan urusniaga, terdapat kesinambungan dan ulangan
jualan dan belian atau pembuatan dan jualan;
• Hanya pendapatan berbentuk hasil sahaja tertakluk di bawah Sek 4(a),
PENDAPATAN MODAL TIDAK DIKENAKAN CUKAI
• SYARIKAT – sama ada Sdn. Bhd. / Berhad
– Sekiranya sesebuah syarikat mengalami keuntungan: maka dikenakan
cukai
– Kerugian: tidak dikenakan cukai
– Keuntungan atau kerugian sesuatu Syarikat diketahui apabila penyata
kewangan bagi sesuatu tempoh disediakan.
PENGENALAN

• Pendapatan perniagaan yang diperolehi di Malaysia

Sek. 12(1)(a):

Pendapatan perniagaan yang tidak berkait dengan perniagaan yang


dijalankan di luar Malaysia adalah dikira sebagai diperolehi di Malaysia.
Sebagai petunjuk, pendapatan perniagaan adalah diperolehi di Malaysia
jika memenuhi salah satu atau lebih dari perkara di bawah:

a) kontrak dimaktub di Malaysia,


b) stok dijaga di Malaysia
c) penyerahan pemilikan dan risiko di Malaysia,
d) pendapatan jualan diterima di Malaysia.
e) perkhidmatan disediakan di Malaysia
FORMULA MENGIRA CUKAI PERNIAGAAN
SYARAT DERMA YANG DILULUSKAN (Sek44) – DITOLAK
DARI PENDAPATAN AGREGAT

1. Derma tunai adalah terhad kepada 10% dari pendapatan agregat (sekiranya
derma dibuat kpd institusi, organisasi atau dana yang diluluskan). Namun,
sekiranya derma tunai tersebut dibuat kpd kerajaan, kerajaan negeri atau
pihak berkuasa tempatan, tiada had dikenakan.
2. Derma selain tunai, iaitu hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kpd kerajaan
atau kerajaan negeri dibenarkan sebagai derma yang diluluskan.
3. Derma kpd perpustakaan yang diluluskan termasuk perpustakaan awam,
perpustakaan sekolah dan perpustakaan institutsi pengajian tinggi - hanya
derma tunai dan terhad kpd RM20,000 (Nota: s44(8) dan s34(6) adalah saling
eksklusif, jumlah yang dituntut di bawah s34(6) tidak akan memberikan
sebarang potongan di bawah s44(8)).
4. Derma lukisan kpd Galeri Seni Negara dibenarkan sebagai derma yang
diluluskan.
5. Sumbangan kepada aktiviti sukan yang diluluskan, projek berkepentingan
negara (yang juga dibenarkan) atau sumbangan wakaf – tunai dan terhad kpd
10% pendapatan agregat.
KENALPASTI BELANJA YANG TERLIBAT

1) Belanja Yang Dibenarkan


2) Belanja Yang Tidak Dibenarkan
3) Aset Modal yang Dipindahkan ke Akaun
Untung/Rugi
4) Belanja Mendapat Potongan 2 Kali
BELANJA YANG DIBENARKAN
• Belanja-belanja yang dibenarkan di bawah Sek.34(6):
– Pembelian alat sokongan bagi pekerja kurang upaya
– Belanja berkaitan projek penterjemahan/penerbitan buku atau hasil kerja saintifik, teknikal, profesional atau
sastera budaya yang diiktiraf oleh kerajaan (Dewan Bahasa dan Pustaka)
– Belanja menyediakan perpustakaan untuk kegunaan orang ramai ATAU sumbangan kepada perpustakaan
awam, perpustakaan sekolah dan institusi pengajian tinggi (kedua-dua terhad kepada RM100,000) –
dibenarkan secara tunai/dalam bentuk barang, tetapi bentuk barang hanya dihadkan kpd peruntukan
kemudahan perpustakaan.
Nota: untuk sumbangan tunai, syarikat boleh memilih penolakan di bawah Sek34(6) ini ATAU sumbangan di bawah
Sek44(8) namun Sek44(8) adalah terhad kpd RM20,000 sahaja.
– Penyediaan perkhidmatan, kemudahan awam dan sumbangan kepada kebajikan, projek komuniti yang
berkaitan dengan pendidikan, kesihatan, perumahan, pemuliharaan atau pemeliharaan alam sekitar,
peningkatan pendapatan golongan miskin, infrastruktur, ICT atau penyelenggaraan bangunan tapak warisan
– Belanja menyediakan nurseri penjagaan anak-anak pekerja
– Belanja menyediakan atau menguruskan kumpulan muzik dan kebudayaan yang diiktiraf kerajaan
– perbelanjaan untuk menaja mana-mana aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan yang diluluskan oleh
menteri (terhad kpd agregat RM1,000,000 bermula TT2020 untuk agregat aktiviti tempatan dan luar negara -
namun aktiviti luar negara hanya terhad kpd RM300,000)
– Pemberian biasiswa kepada pelajar
– Belanja untuk penglibatan dalam aktiviti ISO dan perbelanjaan hasil bagi tujuan mendapatkan akreditasi untuk
makmal atau sebagai badan pensijilan, yang diperakui oleh jabatan piawaian Malaysia (cth: Halal cert)
– Latihan praktikal di Malaysia kpd bukan pekerja yang bermastautin
BELANJA YANG DIBENARKAN
• Lain-lain belanja yang dibenarkan:

– Belanja hutang lapuk: hanya bahagian yang benar-benar disahkan lapuk yang dibenarkan ditolak, bukan
bahagian peruntukan. S34(2)
– Caruman majikan ke KWSP ke tempat yang diluluskan adalah dibenarkan, maksimum dibenarkan ialah terendah
antara jumlah caruman atau 19% dari gaji pekerja. S34(4) (Caruman permulaan- ianya adalah bersifat belanja
modal, dibenarkan untuk ditolak jika dicarum ke tempat yang diluluskan sahaja)
– Belanja faedah atas wang yang dipinjam - pastikan utk perniagaan & aset adalah aset yang terlibat dlm
pengeluaran
– Belanja sewa – terlibat dalam proses pengeluaran
– Belanja membaiki kerosakan- premis, mesinperniagaan (Jika asset yang dibeli dalam keadaan rosak dan tidak
boleh digunakan dan perlu diperbaiki, maka tidak dibenarkan)
– Belanja penggantian aset, separuh atau sepenuhnya: jika bukan sepenuhnya maka dibenarkan.
– Belanja guaman dan professional (kecuali kerugian atas urusniaga yang tidak mengikut amalan normal; belanja
atas rayuan cukai; perbelanjaan yang berkaitan dengan melanggar peraturan dan undang-undang - semuanya
tidak dibenarkan)
– Bayaran pendahuluan kepada pekerja atas sebab menjalankan pekerjaan (kecuali kerugian dari memberi
pinjaman kepada pekerja adalah tidak dibenarkan sebab tidak berkaitan dengan penghasilan pendapatan
pekerja)
– Kerugian atas sebab pekerja pecah amanah jika pekerja berkenaan di bawah arahan seseorang dalam
menjalankan kerjanya (kecuali jika pekerja tidak di bawah arahan seperti pengarah urusan dan pengurus besar,
maka tidak dibenarkan)
BELANJA YANG DIBENARKAN
• Lain-lain belanja hasil (selain modal) yang terbukti ‘KESEMUA DAN KHUSUS’
(wholly and exclusively) untuk aktiviti utama perniagaan (yang tidak dilarang
di bawah Seksyen 39):

– Kos barang dijual


– Gaji, elaun perjalanan, elaun keraian pekerja
– Caruman majikan ke KWSP
– Belanja bekalan air & elektrik
– Belanja sewa premis perniagaan
– Belanja pembaikan
– Belanja penggantian
– Belanja meraikan pekerja syarikat: makan malam tahunan, hari setiausaha
– Belanja promosi : sampel barangan
– Belanja penyelidikan : R&D
BELANJA YANG TIDAK DIBENARKAN
1.Perbelanjaan yang tidak dikeluarkan:
– peruntukan am untuk hutang lapuk dan ragu
– peruntukan untuk ganjaran
– susut nilai
– pelunasan pengubahsuaian premis
– kerugian pertukaran tidak direalisasi
– peruntukan untuk pembaikan dan penyelenggaraan
– perbelanjaan awal dihapuskira
2.Belanja modal
3.Belanja yang berkaitan pendapatan pelaburan
4.Perbelanjaan terlarang di bawah Seksyen 39:
– perbelanjaan persendirian dan domestik (cth: belanja peribadi pengarah syarikat: bil telefon persendirian, tambang percutian,
ambilan tunai oleh pengarah)
– perbelanjaan yang tidak ditetapkan sepenuhnya dan tidak eksklusif untuk tujuan menghasilkan pendapatan kasar (cth:
imbuhan berlebihan yang dibayar kepada ahli keluarga)
– wang yang dikeluarkan sebagai modal
– sumbangan kepada skim pencen/simpanan/simpanan yang tidak diluluskan
– Belanja percutian dalam dan luar Malaysia (kecuali cuti tahunan dalam Malaysia yang diberikan kepada pekerja– only meal
and accomodation allowance are allowable, cost of fares is not)
– Sebarang imbuhan /bayaran, selain daripada KERAJAAN untuk mendapatkan lesen atau permit membalak. Jika permit untuk
mencari balak didapati dari pihak selain dari kerajaan, maka bayaran mendapatkan permit berkenaan tidak dibenarkan.
– Belanja/elaun keraian kepada pekerja dalam bentuk tunai
– Belanja keraian kepada bukan pekerja/pelanggan (termasuk bayaran balik kepada kakitangan berhubung dengan keraian
kpd pelanggan) diberi potongan 50% - namun keraian yang berkaitan sepenuhnya dengan jualan akan ditolak sepenuhnya
Bagaimanapun pengecualian diberi kepada:
• Belanja meraikan keseluruhan pekerja, seperti tempat reakreasi, makan malam tahunan, maka dibenarkan 100%
• Belanja meraikan pelanggan, tapi kebetulan pekerja pun terlibat, maka 50% belanja berkenaan tidak dibenarkan.
• Perniagaan melibatkan keraian – restoran, hotel, teater, karaoke
• Belanja mempromosikan barangan di luar Malaysia adalah dibenarkan.
• Belanja menyediakan sample barangan untuk dipromosikan juga dibenarkan
ASET MODAL YANG DIPINDAHKAN KE AKAUN
UNTUNG/RUGI (TIDAK DIBENARKAN)

1.Pengubahsuaian kilang, premis pejabat;


2.Penambahbaikan untuk pembaikan;
3.Item modal bernilai kecil (cth: kerusi, kalkulator);
4.Kos pemasangan mesin yang dikenakan dalam akaun pembaikan dan
penyelenggaraan;
5.Kos pendirian yang digunakan dalam pengiklanan;
6.Deposit yang dibayar untuk telefon atau utiliti;
7.Penggantian sistem penggera elektrik
BELANJA POTONGAN CUKAI 2 KALI
1. Gaji atau upah pekerja OKU
2. Imbuhan dibayar kepada warga emas (>=60 tahun), bekas banduan, parol, orang
dalam pengawasan dan tanggungan bekas penagih dadah
3. Penyediaan program latihan amali yang diluluskan kepada pelajar (diluluskan oleh
TalentCorp)
4. Belanja latihan yang diluluskan kpd OKU yang bukan pekerja syarikat
5. Belanja latihan yang diluluskan kpd pekerja dari syarikat yang berkaitan dengan
perkilangan, bukan perkilangan, pengusaha hotel/pelancongan
6. Penyediaan pusat asuhan kanak-kanak untuk faedah pekerja (berdaftar dengan
jabatan kebajikan sosial dan elaun penjagaan anak diberi kepada pekerja)
7. Belanja untuk mendapatkan pensijilan untuk sistem dan piawaian kualiti yang diiktiraf,
dan pensijilan halal (diluluskan oleh menteri kewangan)
8. Belanja untuk pendaftaran paten, tanda dagangan (trademark) dan pelesenan produk
di luar negara (untuk mempromosi barang eksport atau hasil pertanian yang dikilang,
dikeluarkan, diproses, digred atau disusun dan dipasang di Malaysia)
9. Belanja pengiklanan barangan jenama Malaysia
10. Caj pengangkutan kapal untuk penghantaran barang dari Sabah/Sarawak ke
Semenanjung Malaysia
BELANJA POTONGAN CUKAI 2 KALI

11. Premium insurans untuk eksport dengan syarat risiko dilindungi oleh syarikat insurans
yang ditubuhkan di Malaysia
12. Premium insurans kredit eksport berdasarkan konsep Takaful (dibayar kepada
syarikat yang diluluskan oleh menteri kewangan)
13. Belanja promosi barang pembuatan dan servis untuk dieksport
14. Perbelanjaan untuk penyertaan dalam pameran perdagangan antarabangsa yang
diluluskan yang diadakan di Malaysia (penyertaan adalah untuk promosi eksport dan
diluluskan oleh MITI; pameran perdagangan antarabangsa diluluskan oleh MITI)
15. Belanja hasil untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D); pembayaran atau
sumbangan kepada institut penyelidikan yang diluluskan, syarikat R&D yang
diluluskan dan syarikat R&D kontrak
16. Belanja luar negara yang ditanggung untuk promosi pelancongan oleh perniagaan
hotel/pelancongan yang berdaftar dengan Lembaga Pelancongan Malaysia
17. Belanja untuk promosi eksport perkhidmatan profesional termasuk
perundangan/perakaunan/seni bina/kejuruteraan dan perkhidmatan kejuruteraan
bersepadu/perubatan dan pergigian

You might also like