• Menjelaskan pengertian konsep asas hubungan etnik
seperti etnik, etnisiti dan etnosentrisme • Mentakrifkan ras, rasisme, prejudis, stereotaip, diskriminasi dan segregasi • Memperincikan konsep perpaduan seperti akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi • Menjelaskan pengertian perpaduan dan integrasi
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Terdiri daripada sejumlah orang yang tinggal dalam wilayah
geografi yang spesifik, berinteraksi antara satu dengan yang lain dan berkongsi budaya yang sama. • Kumpulan manusia yang relatif dan kekal yang menetap di sesuatu wilayah, berkongsi budaya dan kebanyakan hubungannya adalah berkumpulan. • Hubungan sesama manusia dalam masyarakat adalah berstruktur, berulang-ulang dan kekal lama. • Ahli-ahli dalam masyarakat juga terikat dalam ikatan politik dan ekonomi yang sama.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Istilah etnik dapat disusurgalurkan daripada perkataan
Greek, iaitu etnos. Etnos bermaksud bangsa. • Etnos bukanlah merujuk sekumpulan manusia yang mempunyai kesatuan politik tetapi kumpulan manusia yang mempunyai asal usul yang sama atau yang mempunyai pertalian darah.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Terdapat kecenderungan para saintis sosial untuk mentakrifkan ras sebagai sekumpulan manusia yang dibezakan daripada kumpulan-kumpulan lain oleh kombinasi sifat-sifat fizikal. • Pentakrifan tersebut tidaklah saintifik dan tepat kerana manusia boleh melakukan perkahwinan campur. Dalam persejarahan manusia, perkahwinan campur berlaku dari masa ke semasa serta berlaku dalam semua masyarakat.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
Amerika dan Eropah mempunyai raut wajah dan cara bertindak yang begitu berbeza daripada mereka. • Masyarakat Eropah akhirnya membuat rumusan bahawa perbezaan luaran ini merupakan petanda wujudnya perbezaan-perbezaan lain yang lebih penting.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Stereotaip ialah suatu bentuk kepercayaan individu bahawa ahli-ahli
kumpulan lain mempunyai sifat-sifat tertentu. • Sifat-sifat ini mungkin positif ataupun negatif. • Jelasnya, individu itu telah mempunyai idea-idea tetap mengenai ahli- ahli kumpulan lain. • Pemikiran stereotaip dapat dikaitkan dengan kebiasaan untuk melakukan proses pengkategorian apabila berhadapan dengan ahli kumpulan. • Manusia akan meramalkan cara ahli kumpulan lain bertingkah laku. • Stereotaip berkait dengan pemikiran yang membesar-besarkan sesuatu sifat ahli kumpulan lain. • Kumpulan-kumpulan manusia sama ada kumpulan etnik, ras atau nasionaliti dianggap mempunyai sifat-sifat tersendiri.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Apabila sesuatu kumpulan itu dianggap berfikiran stereotaip, ahli-ahlinya
tidak dianggap sebagai individu, tetapi dianggap sebagai sebuah kumpulan. • Pemikiran stereotaip akan mewujudkan perasaan “kita dan mereka”. Dengan itu, wujudlah perbezaan kumpulan majoriti dan minoriti. • Biasanya, kumpulan majoriti akan menggunakan pemikiran stereotaip terhadap kumpulan lain untuk mengekalkan kuasa. • Seseorang yang mempunyai pemikiran stereotaip akan terus berpegang pada kepercayaannya serta tidak mempedulikan realiti. • Pemikiran stereotaip akan mendorong seseorang itu bersikap prejudis jika dia tidak mengubah pandangan terhadap kumpulan lain apabila wujud bukti-bukti yang menolak pendiriannya itu.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Diskriminasi ialah perlakuan memberikan layanan yang tidak sama
kepada individu-individu kerana keahliannya kepada kumpulan- kumpulan yang tertentu. • Tujuan layanan yang tidak sama adalah untuk menghalang kumpulan-kumpulan minoriti memiliki kuasa dan untuk menjadikan mereka itu “berbeza” daripada kumpulan majoriti. • Bentuk-bentuk diskriminasi: (i) Diskriminasi personal (ii) Diskriminasi perundangan (iii) Diskriminasi institusi
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Salah satu usaha untuk mengatasi segregasi adalah dengan
menggalakkan interaksi antara mereka yang berlainan budaya dan ras. • Di Amerika Syarikat, amalan busing dilaksanakan untuk menggalakkan interaksi antara pelajar kulit putih dengan pelajar kulit hitam di sekolah-sekolah. • Bas digunakan untuk membawa pelajar-pelajar dari kawasan- kawasan berlainan agar sekolah menjadi tempat pertemuan pelajar-pelajar yang berlainan ras.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Akomodasi ialah proses individu atau kumpulan-kumpulan dalam
masyarakat berkonflik yang mengadakan penyelesaian bersifat sementara. • Akomodasi akan berlaku apabila pihak-pihak yang berkonflik merasakan mereka perlu bekerjasama walaupun wujud perbezaan pendapat . • Melalui akomodasi, pihak-pihak lain diizinkan untuk wujud tanpa permusuhan secara terbuka . • Akomodasi mungkin merupakan penyelesaian yang bersifat sementara atau mungkin juga menjangkau beberapa abad. Penyelesaian yang mutlak mungkin tidak dapat dicapai, setiap pihak akan terus mempunyai matlamat dan pandangan yang berbeza.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Akomodasi berperanan menggantikan konflik dalam masyarakat
tanpa menyelesaikan isu pertikaian yang asas. • Dengan cara ini, punca-punca permusuhan dan perbezaan antara pihak-pihak yang terlibat dapat dikurangkan. • Sebaliknya, sikap yang lebih mesra dapat diwujudkan melalui interaksi yang aman. • Dengan mengiktiraf hak pihak lain untuk mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza-beza, pihak-pihak yang berkonflik mempunyai peluang untuk mengkaji semula isu perbalahan dan hal ini biasanya akan merintis peluang untuk hubungan yang lebih baik.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Adakalanya proses akulturasi berlaku secara yang tidak
langsung. Apabila kuasa kolonial British menjajah benua Amerika, mereka tidak memaksa penduduk peribumi Amerika, iaitu orang-orang India untuk memeluk agama Kristian. • Namun dengan merampas tanah-tanah mereka, kuasa kolonial itu telah menyebabkan penduduk peribumi tidak dapat meneruskan kehidupan tradisi mereka. • Tanpa banyak pilihan, penduduk peribumi terpaksa menerima elemen-elemen budaya kolonial.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• J. Milton Yinger mentakrifkan asimilasi sebagai: “...mengurangkan perbezaan yang mungkin berlaku apabila dua atau lebih masyarakat atau kumpulan budaya yang lebih kecil bertemu.” • Harold Abramson pula mendefinisikan proses ini sebagai: “Proses yang membawa kepada peningkatan kesamaan dalam masyarakat.” • Asimilasi juga dianggap sebagai satu proses kumpulan-kumpulan etnik mula mengamalkan elemen-elemen budaya majoriti. • Hal ini kerana, budaya majoriti menjadi pengaruh yang tidak dapat dihindarkan oleh kumpulan etnik minoriti. • Semasa proses asimilasi berlaku, kumpulan etnik minoriti kehilangan elemen- elemen budaya seperti bahasa asal mereka.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Amalgamasi merupakan suatu proses penyebatian penuh
kumpulan-kumpulan etnik. • Amalgamasi ialah peringkat tertinggi dalam interaksi antara kumpulan-kumpulan etnik. • Ahli-ahli kumpulan etnik minoriti dianggap setaraf dengan ahli kumpulan etnik dominan. • Setiap kumpulan menyumbang pada pembentukan budaya baharu. • Perkahwinan campur merupakan suatu amalan yang dapat menghasilkan proses amalgamasi. • Amalgamasi sering kali dianggap sebagai proses melting pot. • Melalui proses amalgamasi berlakulah “penyebatian budaya”.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Formula yang sering dikaitkan dengan proses amalgamasi
atau melting pot ini ialah: A+B+C=D
• D boleh dianggap sebagai entiti yang terhasil dalam bentuk
budaya yang baharu. • Dalam erti kata lain, tidak ada budaya yang dominan dalam kalangan kumpulan etnik. Budaya yang dihasilkan bersifat unik dan mungkin diamalkan di tempat-tempat berlakunya proses amalgamasi sahaja.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved
• Perpaduan boleh ditakrifkan sebagai suatu usaha atau proses
menyatukan seluruh masyarakat dalam sesebuah negara untuk membentuk satu identiti atau nilai bersama. • Integrasi adalah menyatukan dan menggabungkan komponen-komponen untuk mewujudkan suatu keseluruhan yang berpadu. • Integrasi membawa pengertian menyatukan ahli-ahli yang berbeza ras dan kumpulan etnik dalam sebuah organisasi sosial yang setaraf dan tiada sistem pemisahan.
SPG Hubungan Etnik EDISI KEDUA All Rights Reserved