Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

SISTEM

PANGKALAN
DATA
SISTEM
PANGKALAN
DATA
● Pangkalan Data digunakan secara meluas di dalam setiap sudut kehidupan manusia
hari ini secara sedar atau tidak.
● Ia boleh didapati di kebanyakan organisasi sama ada kecil atau besar.
● Pangkalan Data digunakan untuk menyimpan, memanipulasi dan mencapai data di
kebanyakan organisasi.
● Ia merupakan satu koleksi data yang disimpan dalam format yang piawai dan direka
khusus supaya mampu untuk berkongsi data dengan ramai pengguna.
contoh Pangkalan Data:

Kolej
● Sistem pangkalan data pelajar Kolej Komuniti Pasir Gudang mengandungi maklumat
berkenaan peribadi, kursus, keputusan peperiksaan dan lain-lain.
● Untuk mendaftar kursus, masukkan login id dan katalaluan. Kedua-dua ini diguna
untuk mencapai pangkalan data kursus & pangkalan data peribadi.
● Sahkan kursus yang akan diambil, pangkalan data kursus akan dikemaskinikan.
Pasaraya
● Semasa membuat bayaran barang-barang yang dibeli di TESCO, setiap barang
diimbas menggunakan pembaca bar code.
● Ini dihubungkan dengan program aplikasi yang menggunakan bar code untuk
mencapai harga barang dari pangkalan data produk.
● Program akan menolak bilangan barang dalam stok. Jika stok di paras perlu order
semula, di mana sistem pangkalan data akan order secara automatik
● Perpustakaan
● Perpustakaan Tun Sri Lanang mempunyai pangkalan data mengandungi maklumat
buku, peminjam, tempahan dan lain-lain.
● Buku boleh dicari mengikut judul, penulis atau bidang subjek melalui Gemilang
(indeks berkomputer)
● Sistem pangkalan data membolehkan penempahan buku.
● Sistem ini juga perlu pembaca bar code untuk merekod buku yang keluar masuk dari
perpustakaan
ISTILAH ASAS PANGKALAN DATA
SISTEM FAIL TRADISIONAL

● Sistem Fail Tradisional adalah sistem sedia ada yang digunakan iaitu penyimpanan
secara manual. Contoh : Unit Pengambilan menyimpan maklumat pelajar dalam
kabinet (sistem fail manual) di mana fail-fail pelajar dilabel dan disusun mengikut
kelas.

● Kaedah ini sesuai jika fail-fail hanya diguna untuk stor dan mencapai data biasa.
Walaubagaimanapun sistem fail manual ini akan gagal sekiranya perlu menyilang
kait dan memproses maklumat dalam fail seperti untuk mendapatkan perbandingan
keputusan peperiksaan yang lebih baik bagi pelajar tahun 1 pada semester 2 dan
semester 1.
KONSEP SISTEM FAIL

● Sistem Fail adalah usaha awal dalam mengkomputerkan sistem fail manual bagi
membolehkan capaian data yg lebih efisyen. Sistem Fail merupakan koleksi atur cara
aplikasi yang melaksanakan perkhidmatan (contoh: pengiraan, pengisihan data dan
penjanaan laporan) kepada pengguna akhir.
● Bagi carian sebarang maklumat hanya dengan membuka Sistem Fail dan mencari
satu persatu dari awal hingga maklumat yang dikehendaki diperolehi dan juga boleh
membina sistem indeks utk pencarian lebih pantas.
KONSEP PANGKALAN DATA

● Pangkalan data sebagai koleksi data logikal yang berkaitan dan koleksi data tersebut
disusun supaya kandungannya dapat dikeluarkan, diurus dan dikemaskini dengan
mudah.
● Aplikasi pangkalan data adalah satu program yang berinteraksi dengan pangkalan
data pada masa-masa program execution.
● Sistem pangkalan data merupakan satu koleksi program aplikasi yang berinteraksi
dengan pangkalan data.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD)

● Sistem Pengurusan Pangkalan Data(Database Management System) merupakan


Perisian yang mengurus dan mengawal capaian kepada pangkalan data
Komponen Persekitaran SPPD (DBMS)

Terdapat 5 Komponen Utama dalam Persekitaran Pangkalan Data


i. Perkakasan
ii. Perisian
iii. Data
iv. Prosedur
v. Orang/Individu
i. Perkakasan
● Perkakasan merupakan alatan fizikal yang perlu digunakan bagi melarikan sistem pangkalan
data. Ia bergantung kepada keperluan organisasi dan DBMS yang digunakan.
● Keperluan paling utamanyaa dalah dari segi kapasiti storan primer (memori) dan storan
sekunder yang besar bagi menampung urusan perkongsian data yang agak kompleks.
● Perkakasan utama yang diperlukan adalah sebuah komputer.

ii. Perisian
Komponen perisian terdiri drpd;
● Perisian SPPD mempunyai 4G tools, membolehkan pembangunan aplikasi yang cepat,
menyediakan query language, penjana laporan, penjana borang, penjana grafik & penjana
aplikasi
● Program aplikasi dibangunkan menggunakan 3GL (C, C++, VB, Java) atau 4GL dlm 3GL
(SQL)
● OS (Sistem Pengoperasian) merupakanpPerisian rangkaian (jika SPPD digunakan pada
rangkaian)

iii. Data
● Merupakan komponen terpenting dan fakta asas bagi keperluan maklumat sesuatu organisasi.
● Maklumat pelajar = keputusan peperiksaan dan lain-lain. Guru = matapelajaran dan lain-lain
iv. Prosedur
● Pengamal dan pengguna akhir bertindak sebagai penggerak sistem pangkalan data
dengan mengikuti beberapa peraturan dan tatacara tertentu.
● Ianya meliputi peraturan, piawaian, panduan rekabentuk dan penggunaan pangkalan
data.

v. Orang/Individu
Individu yang terlibat:
● Pengguna akhir – individu/organisasi yang mencapai dan menggunakan pangkalan
data. contohnya, pelajar, guru dan ibubapa.
● Pemilik (pentadbir) data – mengarahkan pembangunan sistem pangkalan data.
● Pentadbir Pangkalan Data (DBA)– menentukan system keselamatan, pemulihan
bencana, kaedah capaian dan memilih DBMS.
● Pengaturcara program – bertanggungjawab membuat kod aturcara
● Pemasuk data – memasukkan dan mengemaskini data. Contoh; kerani sekolah
Jenis SPPD

a. Bilangan Pengguna - Pengguna Tunggal, Pengguna Berbilang


b. Lokasi – Terpusat, Teragih
c. Kegunaan - Transaksi/Produksi,Sokongan Keputusan
Kelebihan Dan Kelemahan Pangkalan
Data

KELEBIHAN :
1.Mengelakkan kelewahan data
2.Keselarasan data lebih terjamin
3.lebih maklumat dapat dijana
4.Perkongsian data
5. keselamatan yang lebih terjamin
6.khidmat baikpulih dan sokongan yang lebih baik
KELEMAHAN :
● Kekompleksan proses memberi kesan kepada prestasi
● Kos tinggi
● Saiz besar
● Risiko kegagalan tinggi
KELEBIHAN

● Kawalan terhadap data lewah kerana kebanyakan data disimpan di satu lokasi
● Keselarasan data yang lebih tinggi apabila kawalan terhadap data lewah
dilaksanakan
● lebih maklumat dapat dijana daripada jumlah data yang sama
● perkongsian data di antara individu atau jabatan tinggi kerana data yang dipunyai
oleh organisasi bukan individu atau jabatan tertentu
● keselamatan yang lebih baik seperti penggunaan kata laluan atau penyulitan
● penambahan kawalan serempak
● khidmat baikpulih dan sokongan yang lebih baik
KELEMAHAN

● Kekompleksan proses pembangunan akan memberi kesan kepada prestasi sistem


● saiz sistem pengurusan pangkalan data agak besar dan melibatkan storan yang
banyak

You might also like