Teknik Menjawab Sejarah STPM 2009

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN SEJARAH STPM

Terdiri daripada :

Sejarah Kertas 1
Bahagian A -Tamadun Dunia
Bahagian B - Tamadun Islam
8 soalan akan dikemukakan bagi setiap bahagian, calon
dikehendaki menjawab 2 soalan daripada bahagian A dan
2 soalan dari bahagian B
Sejarah Kertas 2
Bahagian A - Sejarah Malaysia
Bahagian B - Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia
Timur
4 soalan akan dikemukakan bagi setiap bahagian, calon
dikehendaki menjawab 2 soalan daripada bahagian A dan
2 soalan dari bahagian B

Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan kedua-


dua kertas adalah 3 jam bererti purata masa menjawab
setiap soalan ialah 45 minit. Masing-masing kertas
mempunyai purata 50 %.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN
• Pemilihan Soalan
a. Pilih soalan yang dianggap paling
senang untuk dijawab
b. Fahami kehendak soalan supaya
jawapan tidak menyeleweng
c. Memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap soalan dan jawapan
• Menyediakan rangka jawapan:
a. Elakkan daripada menjawab tanpa
menyediakan rangka jawapan
terlebih dahulu

b. Sediakan rangka jawapan sebelum


menjawab. Masa yang diperuntukkan
adalah 5 minit, bererti pelajar masih
mempunyai masa 40 minit untuk
menghurai dengan baik
• Pengagihan masa :

a. Jangan menggunakan lebih


daripada 40 minit untuk menjawab
1 soalan

b. Masa 3 jam yang diberikan itu


termasuklah masa untuk membaca
semua soalan, menyedia rangka
jawapan dan menulis jawapan
PENILAIAN TERHADAP JAWAPAN
• Jawapan calon mestilah berformat, iaitu
mempunyai pendahuluan, pengembangan
fakta / isi dan kesimpulan.
• Jawapan yang dikemukakan mestilah
mempunyai fakta yang tepat dan
memperlihatkan kematangan calon
dalam menghasilkan esei yang menarik.
(Menunjukkan pemahaman calon terhadap
kehendak soalan, ada daya kritik,
perbandingan, penghujahan dan
pandangan ahli sejarah).
CIRI-CIRI PENDAHULUAN YANG BAIK

• Pendahuluan memperlihatkan tentang


pemahaman calon terhadap kehendak
soalan. Pendahuluan menggambarkan
latar belakang tajuk soalan dan fakta-
fakta yang bakal dihuraikan.
• Pendahuluan mesti diletakkan di
permulaan jawapan dan ditulis 1
perenggan sahaja. Jika dibuat 2 atau
lebih perenggan, maka yang diambil kira
hanya perenggan pertama sahaja.
Perenggan berikutnya secara automatik
dianggap isi.
• Jika soalan mengemukakan 2 negara
atau tamadun, dalam pengenalan mesti
dinyatakan secara ringkas kedua-
duanya.

• Pemeriksa akan dapat menilai secara


keseluruhan tentang isi jawapan calon
daripada pendahuluan yang diberikan.

• Markah untuk pendahuluan ialah 2 -


3 markah.
PENGEMBANGAN FAKTA / ISI
• Bahagian ini sangat penting kerana
hampir keseluruhan markah terdapat di
sini. Setiap perenggan mesti
mempunyai fakta, penjelasan fakta dan
contoh.
• Fakta mesti diletakkan di awal
perenggan. Ayat awal setiap perenggan
mestilah berkaitan dengan kehendak
soalan.
• Setiap fakta mesti dihuraikan dalam 1
perenggan sahaja.
• Contoh-contoh diperlukan untuk
menyokong fakta yang dihuraikan. Contoh
mestilah tepat dan relevan. Elakkan
memberikan contoh yang umum.
Pendapat ahli sejarah boleh menyokong
fakta yang diutarakan calon.
• Panjang setiap perenggan sekurang-
kurangnya 5 – 7 baris.
• Setiap esei mesti mengandungi 6 atau 7
fakta (ditulis dalam 6 atau 7 perenggan).
Ini bererti setiap fakta mewakili 3
markah. (Fakta = 1 markah, Penjelasan
Fakta = 1markah, Contoh = 1 markah)
MEMBUAT KESIMPULAN
• Kesimpulan merupakan bahagian akhir
setiap esei. Kesimpulan boleh ditulis
dalam bentuk penegasan terhadap
fakta-fakta yang telah
dihuraikan,pernyataan fakta yang
dominan dalam huraian dan kesan
peristiwa yang membawa kepada
peralihan zaman seterusnya.
• Kesimpulan mesti 1 perenggan sahaja.
• Markah kesimpulan ialah 2 - 3
markah.
KELEMAHAN CALON
• Jawapan tidak menepati kehendak soalan. Calon hanya menjawab
sebahagian soalan sahaja, terutama soalan perbandingan.

• Jawapan calon terlalu umum dan ringkas tanpa contoh yang tepat
dan relevan. Calon tidak menjawab mengikut standard STPM.

• Calon tidak memahami istilah yang terkandung dalam soalan.


Contohnya, takrifkan atau galurkan.

• Mengambil masa terlalu lama untuk menjawab 1 soalan sehingga


tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab soalan
berikutnya.

• Calon terlalu bargantung kepada soalan ramalan hingga jawapan


yang diberi berlainan daripada apa yang dikehendaki oleh soalan.

• Calon terlalu bergantung sepenuhnya terhadap nota guru tanpa


usaha untuk membuat kajian dan pengayaan sendiri.
CARA-CARA MENGATASI KELEMAHAN CALON
• Kenal pasti soalan yang hendak dijawab. Pilih soalan
yang mudah bagi anda.
• Timbulkan persoalan siapa, apa, di mana, bila dan
bagaimana agar calon mempunyai kreativiti yang
tinggi ketika menghurai fakta.
• Menyediakan rangka jawapan (pendahuluan, isi,
penutup) agar jawapan lebih teratur dan fakta tidak
berulang.
• Menggunakan bahasa dan istilah yang betul.
• Memastikan tulisan kemas dan mudah dibaca oleh
pemeriksa.
• Pembahagian masa (cadangan):
• a. memilih 4 soalan dan merangka jawapan - 20
minit
• b. menulis 1 jawapan esei - 40 minit
TEKNIK MEMERIKSA JAWAPAN
• Terdapat 2 peringkat:
a. Impression - pandangan secara keseluruhan
jawapan dalam pandangan pertama.
b. Analitik - menganalisis jawapan
mengikut skema jawapan
Pemeriksa akan membaca pendahuluan
dan kesimpulan jawapan calon. Kemudian
akan membuat impression terhadap
jawapan itu sama ada calon gagal atau lulus
(Gagal 0 - 8 markah, Lulus 9 – 12, Baik 12-20).
c. Pemeriksa akan membuat analisis jawapan
sekali lagi berdasarkan skema jawapan dan
memberikan markah sesuai dengan skema
jawapan.
TEKNIK MEMAHAMI DAN
MENGINGAT FAKTA
SEJARAH
SEJARAH KERTAS 1
• Membuat skema jawapan ringkas
untuk 15 soalan setiap tema.
Minimum tema 1 – tema 4.
SEJARAH KERTAS 2
• Membuat skema jawapan ringkas
untuk 15 soalan setiap tema.
Minimum tema 1 – tema 3.
Mulakan pada awal April 2009 dan
selesai pada hujung Mei 2009.

You might also like