Professional Documents
Culture Documents
Bab 5 Jentera Ran
Bab 5 Jentera Ran
JENTERA PENTADBIRAN
Pengenalan
Jentera pentadbiran negara iaitu kabinet dan kementerian memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negara.
Kewujudan sistem kabinet, kementerian, badan-badan berkanun dan
suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara.
Latarbelakang Sejarah Sistem Kabinet
Pada tahun 1951, Sistem Ahli (Member System) telah diperkenalkan
di Tanah Melayu. Melalui sistem ini , seseorang ahli akan dilantik sama
seperti tugas seorang menteri.
Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan
seorang ahli. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara
langsung kpd Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem berakhir pada
pilihanraya tahun 1955.
Parti perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi melalui P/raya
Umum 1955. Parti perikatan terdiri drpd UMNO. MCA dan MIC. Tunku
menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, Tunku Abd Rahman
dilantik Perdana Menteri Pertama.
Jemaah Menteri mengadakan mesyuarat pertama di majlis
undangan Persekutuan KL pada 10 Sept 1957.
Sistem dan Kuasa Kabinet
Sistem Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan
diasaskan oleh British. Kabinet sebagai badan penggubal
dasar negara yang tertinggi akan membincang dan
memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam
mesyuarat kabinet.
Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang
mendapat sokongan dan ahli-ahlinya meletak jawatan.
Menurut Perkara 43 (1) , Perlembagaan Persekutuan
memperuntukan ahli-ahli jemaah Menteri dilantik oleh
YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan
tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang
menang dlm pilihanraya umum dan biasanya menjadi
Ketua Pemerintah untuk ketuai kabinet
Kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa Eksekutif
atas nma YDPA. Terdiri dari seorang PM, Tim PM dan Menteri2 yang
bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
Seseorang PM secara tidak langsung berperanan sbg Ketua Jemaah
Menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kpd YDPA
untuk menyertai kabinetnya.
Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 43 (a) memperuntukan
kuasa untuk YDPA melantik menteri2 yang lain atas nasihat PM.
Bagi melaksanakan tugas jemaah menteri , seorang Setiausaha
Parlimen dilantik oleh PM. Tugas Setiausaha Parlimen ialah membantu
menteri dan timbalan menteri.
Bagi membantu PM menjalankan tugas menurut Perlembagaan
Persekutuan Perkara 43 (c) membenarkan PM lantik seorang
setiausaha politik.
Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dlm seminggu
(setiap rabu). Semua keputusan dlm mesyuarat kabinet dibuat melalui
rundingan secara kolektif.
Peranan PM
PM bertindak sbg pengerusi dalam mesyuarat jemaah
menteri yg diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu
PM berperanan sbg Ketua Pentadbir Utama Negara.
PM berperanan memperkenalkan dan menjalankan
sesuatu Dasar.
Contoh Dasar Penswastaan (Tun Mahathir)
Dasar Ekonomi Baru (Tun Abd Razak)
Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa
Ketua Parti politik yang menang majoriti dlm pilihanraya.
Menteri
Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu
antara 18 hingga 23 orang menteri.
Kebiasaanya, setiap kementerian mempunyai Menteri,
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Perdana Menteri Malaysia
1. Tunku Abd Rahman(selepas 31 Ogos 1957)
PERDANA MENTERI
MENTERI
KEMENTERIAN
JABATAN
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri
Raja/Sultan/
Yang Dipertua Negeri