Pendidikan Alam Sekitar

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

PENDIDIKAN

LESTARI 1) MOHD IRFAN


ALAM SEKITAR 2) ALI ALDIEE
3) NOR SYAHIDA
4) SITI QAYUM
LASS 3013
SLIDESMANIA
• Pembagunan mampan ialah pembagunan yang memenuhi
keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai
kesinambungan antara pembagunan ekonomi,sosial dan alam
sekitar demi kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan
keperluan generasi seterusnya.

• Mengikut laporan Brundtland Report 1987 bahawa


PENGENALAN pembagunan mampan ialah pembagunan yang dapat
memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan
keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan.
SLIDESMANIA
Pembangunan Lestari bertujuan untuk memastikan
penggunaan sumber-sumber semulajadi mencukupi buat masa
kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis
kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu pembangunan lestari amat
bergantung kepada pemuliharaan dan pemeliharaan
kesejahtera manusia dan ekosistem secara bersama. Polisi
Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam
TUJUAN Rancangan Malaysia ketujuh. Plan tersebut juga menerankan
langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan
terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh
Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dimulakan
semasa Rancangan Malaysia ke-7 ( 1996-2000 ) bagi
meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara
lestari.
SLIDESMANIA
KOMPONEN DALAM PEMBAGUNAN
LESTARI
Pemuliharaan Kualiti Alam
Sekitar Penyertaan
Sumber Politik

Pembagunan Kesaksamaan
Fizikal Sosial
SLIDESMANIA
Memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa
sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif,

Pemuliharaan sumber pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan


kepelbagaian sumber semulajadi. Pemulihan merangkumi
penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan
memberi perhatian kepada faktor ‘intangible’ seperti nilai keselesaan
dan nilai warisan.
SLIDESMANIA
Memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam
semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling
memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang
Pembagunan Fizikal yang terdapat di kawasan tersebut dan meminimumkan pembaziran
sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila
sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan
yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami
kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan
pekerjaan
SLIDESMANIA
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti ekosistem dan
pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau
menjejaskan kualiti kehidupan. Selain itu mengurangkan atau
Kualiti Alam Sekitar mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan
menjejaskan kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan
pelupusan sampah harus dititikberatkan.
SLIDESMANIA
Mengelakkan pembangunan yang menambahkan jurang antara
golongan kaya dan miskin serta mengalakkan pembangunan yang
dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu,
Kesaksamaan Sosial mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Kesaksamaan sosial
perlu dipelihara dari segi peluang ekonomi di sesuatu kawasan
SLIDESMANIA
Mengalakkan penyertaan komuniti dalam membuat keputusan.
Keputusan ini termasuklah di dalam memilih pentadbiran kerajaan
yang dimahukan. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi
Penyertaan Politik berparlimen di mana rakyat bebas di dalam menentukan tampok
pemerintahan yang diinginkan. Pilihan raya diadakan setiap 5 tahun
bagi membolehkan rakyat untuk membuat pilihan di dalam parti-parti
politik yang bertanding.
SLIDESMANIA
KELEBIHAN YANG
DIMANFAATKAN MALAYSIA
UNTUK MEMPERKASAKAN
PENDIDIKAN PEMBANGUNAN
LESTARI
SLIDESMANIA

― Irene M. Pepperberg
KEWUJUDAN INSTITUT
KESERIUSAN KERAJAAN
PENGAJIAN YANG
DALAM MELAKSANAKAN
MENGADAKAN PROGRAM KEKUATAN DARI SUMBER DATA
PROGRAM PEMANTAUAN
PENYELIDIKAN MENGENAI YANG BERKAITAN DENGAN
ALAM SEKITAR SECARA
ALAM SEKITAR ALAM SEKITAR
BERTERUSAN

SLIDESMANIA.C
SEJAUH MANAKAH PENDIDIKAN
PEMBANGUNAN LESTARI TELAH
BERJAYA MEMENUHI KEPERLUAN
MASA KINI TANPA MENJEJASKAN
KEUPAYAN GENERASI AKAN DATANG
UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN
MEREKA SENDIRI
SLIDESMANIA
Terdapat tiga unsur yang terpenting dalam pembangunan lestari iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Menurut
laporan Brundtland dan definisi umum pembangunan mapan, aspek ekonomi, ekologi dan sosial sepatutnya
diberi keutamaan yang sama

EKONOMI SOSIAL
ALAM
SEKITAR

SLIDESMANIA.C
Pembangunan lestari amat mementingkan ketiga-tiga elemen tersebut iaitu ekonomi, sosial dan alam
sekitar. Ketiga-tiga komponen ini bertindak menyokong antara satu sama lain dalam mengekalkan
kelestarian negara dalam pelbagai segi untuk mewujudkan negara yang seimbang merangkumi semua
aspek. Hal ini kerana matlamat pembangunan lestari bagi memastikan pembangunan ekonomi untuk
kesejahteraan dan peningkatan kualiti hidup masyarakat, penggunaan sumber secara bijaksana dan
memastikan pemuliharaan terhadap alam sekitar dan juga sistem ekologi berada dalam keadaan yang
baik (Chamhuri Siwar, Nasyrah Ahmad dan Sarah Aziz, 2011). Pembangunan lestari ini perlu
dilaksanakan dan digerakkan dalam skala yang besar untuk memberi kesan terhadap kesejahteraan
masyarakat di setiap pelusuk bumi dalam segi ekonomi, sosial dan alam sekitar.
SLIDESMANIA

― Irene M. Pepperberg
ALAM SEKITAR

 Kelestarian alam sekitar merujuk kepada perlindungan terhadap alam sekitar menerusi proses
pembaikan serta pemuliharaan sistem ekologi dan sistem pertahanan kehidupan (Chamhuri Siwar
& Nasyrah Ahmad, 2011). Perkara yang perlu kita fahami adalah untuk memastikan kelestarian
alam semulajadi terpelihara dan melindungi persekitaran supaya menjadi warisan generasi akan
datang. Pada pembangunan lestari alam sekitar, sudah semestinya menitikberatkan persekitaran
fizikal. Misalnya jika di bandar, penduduk menjadi ejen yang berpengaruh dalam menentukan
keadaan alam sekitar seperti melalui penggunaan kenderaan dan pembuangan sampah rumah
tangga .Perkara ini jika dinilai akan memberi kesan terhadap ruang persekitaran kita dan
menjejaskan biodiversiti dan ekosistem sekitar. Oleh itu, jika pembangunan lestari terus-menerus
dilaksanakan maka ianya dapat memberi kesan terhadap kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat.

SLIDESMANIA.C
ALAM SEKITAR

Jelas atau tidak, tanpa kelestarian alam sekitar untuk menyediakan sumber, ia boleh jadi
susah atau tidak mungkin dibayangkan untuk mempunyai masyarakat yang lestari. Hal ini
bersamaan dengan ekonomi lestari bergantung terhadap sumber kemampanan bahan,
tenaga dan persekitaran serta tanpanya sistem ekonomi akan gagal .Kelestarian alam
sekitar ini akan memberikan kesejahteraan melalui perkhidmatan-perkhidmatan yang
ditawarkan oleh alam sekitar. Antaranya adalah memperuntukkan perkhidmatan dan
selainnya memperolehi produk daripada ekosistem termasuk makanan, serat, sumber
genetik, biokimia, perubatan semulajadi, farmasi, air segar dan lain-lain bentuk sumber
tenaga .Seterusnya adalah perkhidmatan yang menyediakan kualiti udara, penapisan air
dan pengurusan sisa. Di samping itu, perkhidmatan dibantu adalah termasuk tanah,
fotosintesis, pengeluar primer, kitaran nutrien dan lain-lain.

SLIDESMANIA.C
EKONOMI

 Aspek ekonomi juga sangat penting. Hal ini adalah kerana ekonomi merupakan
antara bidang yang sangat penting dan merupakan penggerak terhadap sesebuah
negara tersebut. Daripada ekonomi ini jugalah yang akan memberi perkaitan yang
sangat rapat terhadap penggunaan sumber-sumber bumi yang asli.

 Herman Daly mencadangkan bahawa pembangunan lestari boleh dioperasikan


daripada segi pemuliharaan sumber semulajadi (Jonathan Harris, 2000). Sehubungan
dengan perkara tersebut, matlamat yang disasarkan oleh dasar ini adalah
menghadkan penggunaan sumber dan memastikannya sentiasa berada pada tahap
yang mampan. Manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui peraturannya adalah
untuk melabur semula hasil daripada eksploitasi sumber yang tidak boleh
diperbaharui ke dalam pelaburan dalam modal semula jadi yang boleh diperbaharui.
Jika diteliti, jika matlamat tersebut dipatuhi oleh semua pihak ianya dapat
mengekalkan stok sumber semulajadi secara berterusan pada tahap yang stabil selari
dengan populasi manusia. Oleh itu, dengan sumber yang mencukupi tersebut akan
secara langsung mengekalkan kesejahteraan masyarakat pada masa hadapan dan

SLIDESMANIA.C
menjamin kehidupan mereka
SOSIAL

 Pembangunan mampan sosial ini sangat berkait rapat hubungannya dengan implikasi ekonomi dan alam sekitar.
Tujuan pembangunan mampan adalah bersandarkan untuk mewujudkan komuniti yang sejahtera dalam kualiti
hidupnya. Komuniti yang sejahtera pula merupakan sebuah komuniti yang dapat meneruskan kehidupan
merentas generasi di mana generasi pertama merasa selesa, selamat dan sesuai meneruskan kehidupan dan
memupuk kehidupan generasi seterusnya . Pembentukan identiti pada tahap komuniti digambarkan melalui
kaedah analisis rekabentuk bandar yang memberi penekanan terhadap pengekalan kepada fascade, fungsi dan
aktiviti. Tiga masalah utama awam dalam perancangan bandar bermula dengan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan awam yang bukan sahaja untuk mengelak dan menyelesaikan masalah, bidang ini juga perlu untuk
membentuk ‘kebahagiaan’ dan ‘kesejahteraan’ dalam masyarakat.

 Jika melihat pandangan aspek pendidikan dalam pembangunan mampan sosial, penglibatan pelajar dalam
konsep kelestarian dan kemampanan sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Pendidikan
pembangunan lestari (Education for Sustainable Development, ESD) secara umumnya merupakan suatu proses
untuk membangunkan keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada pada para pelajar .Pendidikan
merupakan agen utama dalam menyebarkan konsep-konsep serta ilmu pengetahuan berkenaan dengan
kemampanan yang menjadi satu prinsip baru bagi negara kita. Hal ini adalah kerana pelajar dapat
mengaplikasikan keputusan dalam sebarang perimbangan alam sekitar. Penekanan ESD ini sangatlah penting
dalam memupuk sikap dan nilai dalam diri pelajar untuk lebih terbuka dan terdidik akan kepentingan kelestarian.

SLIDESMANIA.C
SOSIAL

 Pembangunan mampan sosial ini sangat berkait rapat hubungannya dengan implikasi ekonomi dan alam
sekitar. Tujuan pembangunan mampan adalah bersandarkan untuk mewujudkan komuniti yang
sejahtera dalam kualiti hidupnya. Komuniti yang sejahtera pula merupakan sebuah komuniti yang dapat
meneruskan kehidupan merentas generasi di mana generasi pertama merasa selesa, selamat dan sesuai
meneruskan kehidupan dan memupuk kehidupan generasi seterusnya . Pembentukan identiti pada
tahap komuniti digambarkan melalui kaedah analisis rekabentuk bandar yang memberi penekanan
terhadap pengekalan kepada fascade, fungsi dan aktiviti. Tiga masalah utama awam dalam perancangan
bandar bermula dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan awam yang bukan sahaja untuk mengelak
dan menyelesaikan masalah, bidang ini juga perlu untuk membentuk ‘kebahagiaan’ dan ‘kesejahteraan’
dalam masyarakat.

 Jika melihat pandangan aspek pendidikan dalam pembangunan mampan sosial, penglibatan pelajar
dalam konsep kelestarian dan kemampanan sudah mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan.
Pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development, ESD) secara umumnya
merupakan suatu proses untuk membangunkan keprihatinan, kemampuan, sikap dan nilai-nilai yang ada
pada para pelajar .Pendidikan merupakan agen utama dalam menyebarkan konsep-konsep serta ilmu
pengetahuan berkenaan dengan kemampanan yang menjadi satu prinsip baru bagi negara kita. Hal ini
adalah kerana pelajar dapat mengaplikasikan keputusan dalam sebarang perimbangan alam sekitar.

SLIDESMANIA.C
Penekanan ESD ini sangatlah penting dalam memupuk sikap dan nilai dalam diri pelajar untuk lebih
terbuka dan terdidik akan kepentingan kelestarian.
SOSIAL

Pendidikan pembangunan lestari ini telah dilaksanakan di Malaysia pada tahun 2001
dengan perancangan pelan pembentukan program sekolah lestari dan mula dimulakan
secara formal pada 2005 menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar di
Malaysia (SLAAS). Fokus utama Program SLAAS adalah bagi memperkukuhkan proses
pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada dengan mengintegrasikan
pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.
Selain itu, Program SLAAS juga diharap dapat membentuk persekitaran sekolah yang
menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan persekitaran sekolah, rumah, komuniti
setempat, masyarakat dan akhirnya peringkat negara (Hanipah Mahat, 2014). Hal ini akan
memberi kesedaran yang tinggi dalan diri murid dan membina jati diri untuk lebih
bersikap kelestarian dan memainkan peranan membentuk masyarakat yang sejahtera
kesan daripada tahap kesedaran yang tinggi tersebut.

SLIDESMANIA.C
STRATEGI
PEMBAGUNAN MAMPAN
SLIDESMANIA
01
Penyertaan dan ketelusan. Ia akan melibatkan masyarakat tempatan
termasuk swasta, pihak berkuasa tempatan, dan jabatan kerajaan
lain dalam semua program Local Agenda 21. Maklumat tentang
program Local Agenda 21 dan pembagunan mampan mestilah
sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan
SLIDESMANIA
02
Peka kepada keupayaan. Mamastikan bahawa corak hidup dan
pembagunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan
alam sekitar. Kesaksamaan memastikan bahawa semua lapisan
masyarakat tempatan tanpa membezakan kaum,jantina,umur atau
latar belakang diwakili dalam program Local Agenda 21.
SLIDESMANIA
KESIMPULAN

Pembangunan mampan mempunyai tiga aspek yang menyokongnya iaitu alam sekitar, ekonomi dan
sosial. Ketiga-tiga aspek berkenaan amat berkait rapat dan saling bergantung antara satu sama lain.
Pembangunan mampan yang digiatkan dalam tiga aspek tersebut adalah bertujuan semata-mata
mengekalkan keseimbangan yang dinamik antara populasi manusia dan bumi mengikut peredaran
masa. Hal ini adalah kerana generasi masa kini perlu untuk mengekalkan sumber yang mencukupi
untuk kegunaan generasi akan datang. Kelestarian ini perlu dipupuk oleh semua lapisan masyarakat
dan bukan hanya terhad kepada pelajar sahaja semata-mata untuk memenuhi silibus pembelajaran.
Golongan dewasa juga perlu dididik berkenaan dengan lestari untuk memupuk kesedaran yang tinggi
dalam diri mereka dengan cara yang sesuai dan berbeza. Pemupukan ini sangat penting dalam
membudayakan masyarakat yang hidup harmoni dan aman serta sejahtera menerusi nilai dan sikap
lestari.
SLIDESMANIA

― Irene M. Pepperberg
Thank
you!
SLIDESMANIA

You might also like