Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 29

AD-DIN DAN

PERHUBUNGANNYA
DENGAN
PERNIAGAAN
Unit Pengajian Islam
Jabatan Pengajian Umum
Kolej Poly Tech Mara Bangi
KANDUNGAN

Pengenalan
Islam sebagai Ad-Din
Asas-asas ajaran Islam
Rangka kerja ajaran Islam
Hukum-hakam menurut Islam
Kaedah-kaedah fiqh
Tahap-tahap kehidupan manusia
Kesimpulan
PENDAHULUAN
Islam ialah agama yang lengkap dan
memenuhi setiap aspirasi kehidupan manusia
seperti sosial, politik, ekonomi, pendidikan
dan sebagainya.
Agama Islam berkisar kepada ketaatan dan
ibadah kepada Allah SWT. Oleh sebab itu,
setiap perkara yang dilakukan oleh umat Islam
dianggap sebagai ibadat selagi mematuhi garis
panduan yang telah ditetapkan.
ISLAM SEBAGAI AD-DIN
Perkataan Islam adalah nama yang diberikan oleh
Allah kepada agama yang diturunkanNya.
Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang
diredhai dan diiktiraf oleh Allah SWT dan manusia
yang menerima Islam sepenuhnya sebagai agama
sahaja diterima sebagai hambaNya yang taat.
Islam menurut bahasa bermaksud tulen, suci dari
sebarang kecacatan, damai, aman, sejahtera, taat,
tunduk , patuh dan menyerah diri.
Menurut istilah, Islam bermaksud mentauhidkan
Allah SWT serta beriman dengan melaksanakan
ketaatan terhadap ajaranNya yang disampaikan
melalui Rasulullah SAW dengan ikhlas.
…Sambungan
Kata kunci utama kepada maksud Ad-Din ialah:
(i) Tunduk menyerah diri kepada Allah
(ii) Allah Maha Berkuasa
(iii) Ketaatan pada syariat /undang-undangNya
(iv) Mengharapkan ganjaranNya dan takut
kepada balasanNya
(v) Islam adalah cara hidup
Islam sebagai Ad-Din adalah mengamalkan
ajaran Islam sebagai satu cara hidup seperti yang
ditetapkan oleh Allah dalam semua aspek
kehidupan demi ketaatan dan keredhaanNya di
dunia dan akhirat.
ASAS-ASAS AJARAN ISLAM
Ajaran Islam terbahagi kepada dua bahagian:
(i) Asas agama (usul ad-din)
(ii) Cabang agama ( furu’ ad-din)
Perkara yang termasuk dalam asas-asas ajaran
Islam ialah tauhid dan takwa.
Tauhid : kefahaman dan keyakinan yang sebenar
(I’tiqad) dengan ungkapan syahadah “Tiada
Tuhan melainkan Allah”.
Maksud kalimah tauhid ialah kita mengetahui,
berikrar, mengaku dan mempercayai bahawa
Allah sahaja yang berhak disembah dan tiada
sesuatu pun yang layak disembah melainkannya.
…Sambungan
Tauhid terbahagi kepada tiga jenis:
(i) Tauhid uluhiyyah : mentauhidkan Allah dari
segi ibadat dan sembahan
(ii) Tauhid rububiyyah : Allah sebagai Pemilik,
Pencipta dan Penguasa alam
(iii) Tauhid asma’ wa as-sifat : merujuk kepada
Allah mempunyai nama-nama dan sifat-
sifat yang baik
Seseorang peniaga yang benar-benar menghayati
konsep tauhid dalam kehidupannya sudah tentu
tidak akan mempertikaikan sesuatu hukum
muamalat yang telah ditetapkan oleh Islam.
…Sambungan
Apabila menyentuh soal rezeki atau nafkah yang
dicari, hukum halal dan haram mestilah jelas agar
memperoleh keberkatan daripada usaha yang
dijalankan.
Takwa ialah asas kepada segala amalan dalam
Islam. Dengan adanya sifat takwa, masyarakat
Muslim dapat melaksanakan keseluruhan ajaran
Islam.
RANGKA-RANGKA AJARAN
ISLAM
PENGARUH DAN KESAN
AKIDAH, SYARIAT DAN
AKHLAK KEPADA INDIVIDU
Akidah, syariat dan akhlak menjadi asas kepada
pelaksanaan dan penghayatan Islam dalam
kehidupan individu muslim.
 Sekiranya akidah seseorang itu mantap nescaya
dalam apa jua bidang yang diceburi, ia akan
meletakkan asas syariat dan akhlak Islam
sebagai ad-din iaitu cara hidupnya termasuk
dalam hal perniagaan.
Sambungan...
Akidah, syariat dan akhlak menjadi penentu
kepada hala tuju dan penanda aras kehidupan
yang akan dilalui oleh seorang muslim.
 Dengan wujudnya akidah yang mantap dalam
diri, hala tuju kehidupan akan mempunyai arah
dan landasan yang betul iaitu jalan Allah yang
lurus dan perhitungan hidupnya akan lebih
panjang merangkumi ke hari akhirat.
Sambungan...
Akidah, syariat dan akhlak menjadi penentu
kepada hala tuju umat Islam dalam perniagaan
 Sekiranya hala tuju umat Islam berdasarkan
akidah maka urusan perniagaan yang dijalankan
adalah berasaskan syariat dan sentiasa dihiasi
dengan akhlak seperti bersyukur, bertimbang
rasa, adil, tidak menipu dan sebagainya.
HUKUM-HAKAM MENURUT
ISLAM
Sumber Utama
Sumber Tambahan
Hukum-hakam Dalam Islam
KAEDAH-KAEDAH FIQH
Kaedah fiqh ialah prinsip-prinsip asas
atau hukum fiqh yang menjadi garis
panduan pembinaan hukum-hukum
Islam.
Kaedah ini amat berguna terutama dalam
mencari penyelesaian terhadap hukum-
hukum atau kes-kes baru yang
memerlukan ijtihad ulama’ atau fatwa
kontemporari dengan segera.
...Sambungan
Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan
matlamat
Setiap perkara dinilai berdasarkan tujuan atau
niat dan matlamatnya. Niat juga menjadi penentu
sah atau tidak sesuatu amalan kita.
Contoh : jika kita berhutang, maka hendaklah
kita berniat untuk membayar hutang bila
berkemampuan.
...Sambungan
Keyakinan tidak hilang dengan keraguan
Sesuatu perkara jika diyakini tidak berlaku, tetapi kemudian
datang pula apa-apa keraguan mengenainya maka keraguan itu
tidak diambil kira. Maka hendaklah berpegang kepada
keyakinan asal dan menolak keraguan yang datang kemudian.
Contoh : apabila kita telah membayar wang untuk urusniaga
di supermarket, kemudian esoknya di rumah kita ragu-ragu
sama ada sudah bayar atau tidak, maka kembali kepada
hukum asal, kerana kita yakin telah membayarnya, jika tidak
tentu kita tidak membawa pulang barangan tersebut.
...Sambungan
Kesukaran mendatangkan kemudahan atau
kesenangan
Jika wujud kesukaran dalam melaksanakan
sesuatu perintah Allah maka di situ diberi
keringanan atau kelonggaran dalam
melaksanakannya tidak seperti hukum asal.
Contoh : jika orang yang sakit tidak mampu
berdiri sewaktu sembahyang, maka diringankan
dengan melakukannya dalam keadaan duduk.
...Sambungan
Bahaya mesti dihapuskan
Sesuatu perkara yang mendatangkan ancaman
dan bahaya mesti dihapuskan atau dihilangkan
bahaya itu.
Contoh : harus memakan daging babi
sekadarnya bagi yang kebuluran dan tiada
makanan lain hinggakan timbul ancaman pada
nyawanya seperti akan mati kebuluran.
...Sambungan
Adat (uruf) dijadikan hukum
Mana-mana adat yang tidak bercanggah dengan
hukum Islam boleh diterima sebagai hukum sekiranya
tiada dalil yang jelas mengenai pengharamannya.
Contoh : apabila kita berjual beli di kedai di negara
kita, sudah pasti adatnya kita menggunakan Ringgit
Malaysia (RM) dalam urusniaga. Jika kita mengatakan
saya beli buku ini dengan harga 20, maka adatnya
bermaksud harga RM20. Walaupun kita tidak menyebut
RM, tetapi ia telah difahami dalam adat kebiasaan.
TAHAP-TAHAP KEHIDUPAN
MANUSIA
…Sambungan
KESIMPULAN
Islam perlu diletakkan sebagai keutamaan dan
menjadi penanda aras dalam mengharungi
kehidupan di muka bumi ini.
Ajaran Islam tidak tertumpu kepada ibadat khusus
sahaja, malah segala yang dilakukan semata-mata
kerana mencari keredhaan Allah akan dianggap
ibadat.
Begitu juga dengan perniagaan, dalam mencari
rezeki, apabila kita mematuhi perintahNya dan
menjauhi laranganNya, ia tetap dianggap sebagai
satu ibadat.

You might also like