Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Agama

Buddha
Kumpulan pengajian: PPRBMM1-5
Penerangan
Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang
lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha tersebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda
meninggal dunia. Dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah tersebar ke tengah, tenggara, timur Asia,
China, Korea, dan Jepun. Mengikut kriteria klasifikasi agama Buddha mempunyai tiga tiga aliran utama, iaitu
Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, dan Vajrayāna.

Dalam aliran Theravāda, matlamat utama ialah pencapaian tahap lujkhur nirvana, yang dicapai melalui "Lapan Jalan
Mulia" atau juga dikenali sebagai "Jalan Kesederhanaan". Dengan ini, seseorang itu dikatakan bebas dari kitaran
kesengsaraan dan kelahiran semula. Aliran Theravāda merupakan aliran yang paling diamalkan di Sri Lanka dan
Asia Tenggara.
Aliran Mahāyāna, yang termasuk tradisi Tanah Tulen, Zen, Buddhisme Nichiren, Shingon dan Tiantai (Tendai)
banyak dijumpai di bahagian Asia Timur. Bertentangan dengan pencapaian nirvana, Mahayana mengilhamkan
pencapaian kebuddhaan melalui laluan bodhisattva, satu tahap di mana seseorang itu terus berada di kitaran
kelahiran semula untuk membantu manusia lain mencapai kesedaran.

Aliran Vajrayāna, sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat sebagai satu aliran baru atau
sebahagian daripada aliran Mahāyāna. Buddhisme Tibet, yang masih mengekalkan ajaran Vajrayāna abad ke-lapan
India, masih dipraktiskan di kawasan sekitar Himalaya, Mongolia dan Kalmykia. Buddhisme Tibet mengilhamkan
pencapaian kebuddhaan atau badan pelangi.

Agama Buddha mempunyai lebih kurang 488 - 535 juta penganut di seluruh dunia. Agama Buddha dikenali sebagai
salah satu agama yang paling utama di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang memahami kebenaran alam semesta melalui pelajarannya yang bertahun-tahun,
penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau
"Kesedaran".

Śākyamuni Buddha ialah pengasas Buddhisme. Melaluinya, banyak ajaran telah diwujudkan dan dikumpulkan untuk
memudahkan penyebaran Buddhisme. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami
alam semesta nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha dan Sangha yang dikenali
sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci.
Secara keseluruhan, tujuan seorang penganut Buddha adalah menamatkan segala kesengsaraan dalam kehidupan
manusia. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus menyucikan dan melatih minda sendiri dengan
mengamalkan ajaran "Lapan Jalan Mulia", atau "Jalan Kesederhanaan" supaya memahami kenyataan. Dengan ini
semua penganut Buddha boleh mengikut langkah demi langkah untuk mencapai kebebasan dari kesengsaraan. Tahap
ini dinamakan nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).
Kehidupan Buddha

01 02 03 04
Sarjana Richard Gombrich
mempertimbangkan
Agama Buddha Beliau dilahirkan sebagai Sesetengah penulis wali
pernyataan itu sebagai
merupakan agama Siddhārtha Gautama di telah menyatakan
dakwaan palsu kerana
dari India yang Kapilavatthu, sebuah bandar bahawa ayahnya adalah
terdapat kombinasi bukti
bercirikan ajaran di kawasan dataran seorang Raja yang
yang mencadangkan beliau
Buddha. sempadan moden Nepal- bernama Suddhodana
dilahirkan di dalam komuniti
India. Beliau manghabiskan dan ibunya yang
Shakya - di mana beliau
kehidupannya di kawasan bernama Maya, dan
kemudiannya menerima
yang dikenali secara moden beliau dilahirkan di
gelaran Shakyamuni dan
pada hari ini, Bihar dan Uttar Taman-Taman Lumbini
komuniti tersebut ditadbir
Pradesh (India). (kini di Nepal).
oleh sebuah majlis mesyuarat
kecil oligarki di mana ia tidak
terdapat konsep pangkat dan
mementingkan konsep
senioriti.
Kehidupan Buddha

05
Buddha tergerak
06
Beliau terkenal dengan
07
Beliau mencapai
kesedaran, menemui
08
Sebagai seorang manusia
dengan sifat sengsara posisi duduknya iaitu apa yang para penganut tersedar, beliau telah menarik
semula jadi dalam duduk di bawah pokok Buddha gelar sebagai pengikut dan mengasaskan
kemanusiaan. Beliau Ficus religiosa, yang "Jalan Sangha (aturan monastik).
bermeditasi sekarang dikenali sebagai Kesederhanaan", suatu Sekarang, sebagai seorang
berseorangan untuk pokok Bodhi praktis rohani untuk Buddha, beliau menghabiskan
satu tempoh yang menamatkan hayat yang seterusnya dengan
berpanjangan, dengan kesengsaraan (dukkha) mengajar Dharma yang
pelbagai kaedah dari kelahiran semula di ditemuinya dan meninggal
termasuklah alam Saṃsāra. dunia di Kushinagar, India
mengelakkan diri dari pada umur 80 tahun.
terlibat dalam
keseronokan dunia,
Konsep penganut Buddha-
Dukkha
Dukkha merupakan satu konsep pusat dalam buddhisme dan salah satu doktrin
Empat Kebenaran Mulia dan juga pusat ciri kehidupan di dunia ini. Ia boleh
diterjemah sebagai "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi", "sifat ketidakpuasan
dan ketidakjaminan semua fenomena yang mempunyai kondisi", "kesakitan".
"Dukkha" sering diterjemahkan sebagai kesengsaraan di mana ia merupakan
penterjemahan yang salah kerana ia bukanlah merujuk kepada kesengsaraan
sebenar, akan tetapi ketidakpuasan terhadap tahap dan benda bersifat sementara
termasuklah pengalaman yang menyenangkan tetapi bersifat sementara.
Konsep penganut Buddha- Dukkha
Empat Kebenaran tersebut mencerminkan orientasi asas Buddhisme: kita
mengejar dan berpaut kepada tahap dan benda yang bersifat sementara, di
mana ianya adalah dukkha, "kepuasan yang tidak dapat dipenuhi" dan
kesakitan. Ini menyebabkan kita terperangkap dalam saṃsāra, kitaran
kelahiran semula yang tidak berkesudahan, dukkha dan meninggal dunia
lagi. Akan tetapi, terdapat satu cara untuk membebaskan kita dari kitaran ini
dan kepada tahap nirvana, iaitu "Lapan Jalan Mulia".
Konsep penganut Buddha- Dukkha

Kebenaran Dukkha adalah pandangan asas di mana kehidupan di dunia


biasa ini, dengan pautan dan keinginan untuk tahap dan benda yang tidak
berkekalan ialah dukkha dan tidak memuaskan. Kita menginginkan
kegembiraan dari tahap dan benda yang tidak berkekalan dan oleh itu, tidak
dapat mencapai kebahagiaan yang sebenarnya.
Galeri
ilmu
01
Gambar
Buddha
Kebahagiaan
02
Gambar
Buddha
Keemasan
03
Gambar
Buddha di
atas teratai
TAMAT.
Sekian,terima
kasih

You might also like