Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PELAKSANAAN KAJIAN KES

SEJARAH
-
Perlembagaan Persekutuan
Ahli-ahli Kumpulan: Chong How Tong 39
Samuel Ung Zhen Wei 44
Teoh Zheng Yang 34
Pernyataan Masalah

 Perlembagaan Persekutuan merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan
Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Ia merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi sumber
dan punca kepada semua undang-undang.

 Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini. Selain itu ia menjamin keadilan, kerjasama,
kesepakatan dan kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
KAJIAN LITERATUR
Kumpulan saya telah membuat beberapa kajian Literatur yang mempunyai kaitan dengan
tajuk kajian saya :

1. Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 daripada Dongzong

2. Buke Teks Sejarah Tingkatan 5 daripada Kementerian Pendidikan Malaysia


Objektif Kajian

1. Memahami latar belakang dan sejarah penggubalan Perlembagaan


Persekutuan.

2. Menerangkan ciri utama dan pindaan Perlembagaan Persekutuaan.

3. Menghuraikan kesan Perlembagaan Persekutuan bagi mengekalkan


kedaulatan negara.
KAEDAH KAJIAN KES
Saya telah menggunakan kaedah berikut sebagai rujukan kajian:
Kaedah Media
 http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/09/bab-7-perlembagaan-malaysia.html
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia
 https://www.legislation.gov.uk/ukpga/1957/60/pdfs/ukpga_19570060_en.pdf
Kaedah perbincangan kumpulan
- Tentang latar belakang sejarah perlembagaan persekutuan.
 Tentang sejarah penggubalan perlembagaan persekutuan
 Tentang ciri utama perlembagaan persekutuan
PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Buku
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur:Utusan Publication and Distributor Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation:Political
Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.
Ahmad Ibrahim (ed.), 2003. Perkembangan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ye, Lin Sheng (2003). Chinese Dilemma, p. 20, East West Publishing.
Jurnal
Ahmad Masjidin. “Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara” dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah.
Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. “Dato’ Onn and Malay Nationalism 1946-1951”, dalam JSEAH. Vol 1.Mac 1960.
 

 
PENULISAN SUMBER RUJUKAN
Sumber lain
 Wu Min Aun (2005).The Malaysian Legal System, 3rd Ed., pp. 47 and 48.: Pearson Malaysia
Sdn Bhd.
Ahkbar
 Singh, Bhag (12 December 2006). Seditious speeches. Malaysia Kini.
Internet
https://en.wikipedia.org/wiki/Constitution_of_Malaysia
http://pengajianmalaysiaikmtsya.blogspot.com/2014/09/bab-7-perlembagaan-malaysia.html
Analisis Data

Analisis yang kumpulan saya kemukan melalui pemerhatian kami dapat


lebih memahami tentang sejarah negara kita. Kami menyedari
kepentingan Perlembagaan Persekutuan kepada negara Malaysia.
Laporan Kajian
1. Apakah maksud perlembagaan?

Perlembagaan bermaksud undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintah


sesebuah Negara.
Laporan Kajian
 2. Jelaskan latar belakang sejarah Perlembagaan Persekutuan.
 Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan melayu dan kemudiannya beberapa prinsip undang-undang
Inggeris disesuaikan dengan nilai tempatan.
 Sebelum kedatangan kuasa barat, Negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang digunakan sebagai asas
perlembagaan dan dijadi sebagai panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan Negara.
 Undang-undang di negeri-negeri Melayu mengalami perubatan demi perubahan selaras dengan perkembangan
masyarakat sehingga kemunculan dan pengenalan undang-undang dari barat sekitar awal abad ke-19.
 Pada zaman pentadbiran British, NNS iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura memperkenalkan undang-undang yang diambil
dari England.
 Pada bulan Ogos 1956,Perlembagaan Sarawak memberikan kuasa kepada badan membuat undang-undang, iaitu Council negri
yang mengandungi 45 orang ahli dan dipengerusikan oleh ketua Setiausaha.
 Di Sabah pula ditubuhkan Majilis Undangan dan Majlis Kerja pada tahun 1950. Majlis Undangan memberikan kuasa kepada
Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.
Laporan Kajian
 3. Huraikan sejarah penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
 Pada tahun 1877, Mesyuarat pertama Majlis Negeri Perak pada tahun 1877 yang dipengerusikan oleh Raja Muda Yusuf
menjadi titik tolak kepada pembentukan undang-undang negara. Mailis Negeri Perak berperanan untuk menggubal undang-
undang bagi negeri Perak. Kemudiannya, peranan yang sama ini dimainkan oleh semua Majlis Negeri di negeri Melayu yang
lain.
 Pada tahun 1946, Undang-undang di NNS digubal oleh Majlis Undangan Negeri manakala undang-undang di Negeri-negeri
Melayu Bersekutu (NNMB) digubal oleh Majlis Persekutuan.Sementara itu, undang-undang di Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NNMTB) pula digubal oleh Majlis Negeri.
 Pada tahun 1947, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan titik penting pembentukan sebuah Persekutuan yang
terdiri daripada negeri-negeri Melayu,Melaka dan Pulau Pinang. Antara kandungan yang terdapat dalam Persekutuan Tanah
Melayu termasuklah pentadbiran, kuasa raja Melayu, perundangan dan kewarganegaraan.
 Pada tahun 1957, Suruhanjaya perlembagaan ini dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu atau
Suruhanjaya Reid. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 disesuaikan dengan model Westminster yang diambil dari
Britain. Perlembagaan ini berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini juga menjadi
asas kepada perlembagaan negara kita pada hari ini.
Laporan Kajian
 4. Bincangkan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan.
1. Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

 Sultan merupakan pemerintah berdaulat dan memiliki kuasa penuh di negeri masing-masing.

 Kuasa yang di-Pertuan Agong termasuklah kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman orang yang disabitkan kesalahan
oleh mahkamah.

 Baginda mempunyai kuasa membuat pelantikan bagi jawatan utama Negara.

 Raja merupakan ketua negeri dan mempunyai kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman kepada mereka yang disabitkan
kesalahan oleh mahkamah serta pelantikan jawatan utana negeri.

2. Agama Islam

 Agama Islam merupakan Antara ciri tradisional.

 Agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja di negeri masing-masing.
Laporan Kajian
 4. Bincangkan ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan.
3. Bahasa Melayu

 Bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan.

 Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan memainkan peranan sebagai Bahasa ilmu.

 Kini, Bahasa Melayu menjadi Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi di Negara kita.

4. Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera

 merupakan di bawah kuasaraja dan ketua peribumi.

 Yang Di-pertuan agong diberi tanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan
Sabah serta kepentingan sah kaun lain.
Laporan Kajian
 5. Terangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965.

Tahun 1963 - Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dipinda selepas pembentukan Malaysia. Pindaan
yang dibuat adalah dengan cara memasukkan klausa baharu pada bahagian tertentu bagi menyesuaikannya dengan
keperluan semasa.Terdapat tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963, iaitu struktur
Mahkamah Atasan, pembentukan Mahka mah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri. Struktur
Mahkamah Atasan

Tahun 1965 - Tunku Abdul Rahman Putra al-Hajselaku Perdana Menteri Malaysiapertama, membawa usul
pindaan perlembagaan yang dinamakanpindaan Singapura di Parlimen pada 7 Ogos 1965.Parlimen meluluskanusul
ini yang membolehkanSingapura keluar daripada Malaysia.Oleh itu,semua perkara berkaitandengan Singapura
dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia.Contohnya, dari segiimigresen,kewangan,hubungan luarnegara dan
pertahanan.
Laporan Kajian
 6. Sejauhmanakah Perlembagaan Persekutuan dapat mengekalkan kedaulatnn
negara.
Malaysia ialah sebuah negara unik yang mempunyai perlembagaan berasaskan ciri tradisional dan
moden. Kedua-dua ciri ini saling melengkapi antara satu sama lain. Apabila Malaysia dibentuk pada
tahun 1963, pindaan perlembagaan dilakukan bagi menyesuaikannya dengan Sarawak dan Sabah.
Pindaan perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1965 menyaksikan pemisahan Singapura daripada
Malaysia.Sebagai rakyat Malaysia,kita bertanggungjawab mempertahankan perlembagaan demi
kedaulatan negara.
Rumusan
Daripada tugasan ini, pengetahuan yang saya perolehi daripada kajian ini ialah
Perlembagaan Persekutuan merupakan satu dokumen undang-undang yang amat penting
kepada negara kita. Ia menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama
antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Nilai-nilai murni daniktibar yang saya perolehi daripada kajian ini ialah
Sebagai rakyat negara, kita haruslah kesetiaan kepada raja dan negara kita. Kita perlulah
berkejasama and memupuk semangat nasionalisme.
Harapan kami terhadap masa depan negara ialah
Harap neagara kita dapat menjadi lebih maju and lebih perpaduan antara kaum. Selain
itu, harapnegara kita boleh ada pemimpin yang baik dan memimpin negara kita menuju
kepada kejayaan.

You might also like