Seni Ukiran Kayu

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

SENI UKIRAN KAYU

SEJARAH SENI UKIRAN KAYU DI MALAYSIA


• Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti
orang-orang melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan
istana, masjid, rumah, makam, kepala sampan , perabot dll.
• Sebelum kedatangan pengaruh Hindu, bentuk-bentuk hiasan
yang dihasilkan bercorak geometri.
• Setelah kedatangan pengaruh Hindu, bentuk-bentuk hiasan
ukiran berubah kepada objek figura.
• Pada zaman kedatangan Islam, gaya geometri yang
bermotifkan alam tumbuhan dan ayat-ayat suci al-Quran
telah dihasilkan. Bentuk figura dan lembaga bernyawa
beransur-ansur lenyap kerana ukiran lambang seperti ini
tidak dibenarkan dalam Islam.
• Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi
unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup
masyarakat. Pengukir banyak dipengaruhi oleh adat
resam , agam , kepercayaan, iklim ,geografi dan
persekitaran.
• Motif-motif biasanya mengambil bentuk bunga
atau daun yang sesuai digunakan dalam berbagai-
bagai jenis ukiran kerana melambangkan
keindahan alam semula jadi.
• Negeri-negeri yang menghasilkan ukiran kayu yang
cantik adalah Kelantan, Terengganu, Melaka, dan
Negeri Sembilan.
• Antara bangunan lama berukiran kayu yang
masih dapat dilihat pada hari ini ialah :
1 Istana Kenangan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. 2. Istana lama Sri Menanti, Negeri Sembilan

3. Balai Besar , Alor Setar, Kedah 4. Masjid Kampung Keling, Melaka.


KEPERCAYAAN DAN FALSAFAH UKIRAN KAYU
TRADISIONAL
• Mengikut kajian, motif ukiran kayu tradisional
berlandaskan ajaran kesufian. Masyarakat melayu
tidak melihat alam ini dari sudut kebendaan semata-
mata tetapi dari sudut yang lebih luas.
• Bunga-bungaan dan tumbuhan yang pelbagai warna
dan rupa itu mempunyai fungsi yang jauh lebih besar
daripada keindahan semula jadinya.
• Seni ukiran kayu termasuk dalam mukaddas, iaitu seni
yang mengandungi maksud simbolik selain maksud
zahirnya.
• Kebanyakan motif bunga yang berbentuk bulat
melambangkan alam semesta atau alam yang
melingkungi bumi.
• Orang-orang melayu mempercayai bahawa alam
terbahagi kepada alam nyata dan alam ghaib. Bahagian
atas kuntuman bunga (kelopak) melambangkan alam
nyata manakala bahagian bawah bunga melambangkan
alam ghaib.
• Rahim dan ovari bunga melambangkan inti kejadian diri
manusia.
• Motif awan larat tanda sifat kehalusan budi pekerti
manakal liuk-lintuk daunnya melambangkan sopan
santun orang Melayu.
• Hujung daun yang tidak pernah mencecah batang
melambangkan sifat orang Melayu yang tidak perlu
menegur sesuatu kesalahan orang lain atau
menyampaikan hasrat hati secara terbuka.
• Motif sulur bayur yang terdapat pada bangunan
masjid biasanya menghala ke atas. Ini
melambangkan pemusatan kepada sesuatu kusasa
yang sangat tinggi.
• Corak motif yang mengandungi falsafah untuk
memberi nasihat dan pengajaran biasanya terdapat
pada rumah-rumah tradisional Minangkabau di
Negeri Sembilan.
• Contoh :
• Motif ayam berlaga yang sering diukir pada tangga
rumah menggambarkan dua ekor ayam yang sedang
berlaga bertujuan untuk mengingatkan penghuni rumah
dan tetamu yang berkunjung supaya tidak berperangai
seperti ayam yang selalu berlaga.
• Motif itik pulang petang yang menunjukkan sebaris itik
yang berjalan menuju arah yang sama bertujuan
mengingatkan manusia supaya mengikut pemimpin dan
tidak sombong, serta tidak mengatasi pimpinannya.
APLIKASI SENI UKIRAN
• Rumah –rumah orang Melayu daripada golongan
yang berada dan istana-istana raja Melayu lazimnya
dipenuhi dengan ukiran-ukiran kayu dalampelbagai
bentuk.
• Seni ukiran kayu dapat dilihat pada bahagian –
bahagian rumah , perabot dan hiasan rumah,
barang-barang harian, hujung perahu, gayung, hulu
senjata, bangunan masjid, mimbar, rehal, kawasan
makam, kepungan di sekeliling pusara dan
sebagainya.
Motif pucuk rebung corak popular untuk menghias
Motif daun sayap
cucuran atau kaki atap

Motif bunga raya

Motif ketam guri Ukiran bangau pada perahu nelayan di Terengganu Hulu keris pekaka yang dihiasi dengan ukiran
kayu yang rumit dan halus
UNSUR DALAM CORAK UKIRAN TRADISIONAL

• UNSUR FAUNA :
• Unsur benda bernyawa yang masih dapat dilihat pada
ukiran tradisional kini sebenarnya dihasilkan oleh
pengukir pada zaman pra-Islam.
• Bentuk motif dipersembahkan dalam bentuk lambang
sahaja.
• Motif fauna jarang digunakan selepas kedatangan
Islam kerana mengikut ajaran Islam, lambang binatang
tidak boleh digunakan dalam semua bentuk perhiasan.
Motif badak mudik
• UNSUR KOSMOS :
• Motif yang ada kaitan dengan alam semesta
seperti matahari, bulan, bintang, awan ,
gunung, bukit, logam
• Motif jenis ini sering digabungkan dengan
motif unsur flora dan kaligrafi.
• Motif seperti ini juga boleh ditemui pada tebar
layar rumah.

Motif awan larat


• UNSUR GEOMETRI :
• Unsur ini merupakan corak yang berdasarkan
rupa geometri dan unsur lain yang disusun
dalam rupa bentuk geometri.
• UNSUR KALIGRAFI :
• Unsur ini merupakan motif yang berdasarkan
huruf-huruf arab dan tulisan jawi.
• UNSUR FLORA :
• Unsur flora merupakan motif hiasan yang
sangat penting dalam seni ukiran kayu
tradisional.
POLA CORAK
• POLA BUJANG (POLA PUTU):
Gaya ini bebas dan tersendiri, tidak terikat,
berkait atau bersambung-sambung.
Walaubagaimanapun, cara susunan motif yang
sama berikat atau bersambung-sambung dapat
menghasilkan kesan visual yang menarik.
• POLA PEMIDANG (POLA BINGKAI) :
Pola ini merupakan corak yang tersusun dalam
skrin atau bingkai. Pergerakan unsurnya tidak
berbelit atau berlingkar.
• POLA LENGKAP (POLA INDUK)
Pola ini menggabungkan semua unsur untuk
menghasilkan corak yang sempurna. Tumpuan
corak biasanya diberi kepada unsur flora dengan
bahagian akar, tangkai, batang, daun, bunga ,
kuntum dan buah terjalin mengikut cita rasa
pengukir.

Motif pokok kerak nasi


MOTIF HIASAN KLASIK
• AWAN LARAT
Motif ini daripada perkataan awan dan larat. Motif awan larat digambarkan sebagai
awan yang berselerak di langit. Awan ini melarat-larat dipuput angin sehingga
menghasilkan pelbagai bentuk gambaran yang indah. Terdapat 2 jenis awan larat :
Awan larat melayu asli/ Awan larat jawa.

• PUCUK REBUNG
Corak pucuk rebung menyerupai pokok buluh yang masih muda. Corak ini menjadi
simbol hikmat sebagai simbol padi dan kesuburan di samping sebagai motif
hiasan.

• SULUR BAYUNG
Sulur bayung dikenali juga sebagai sulur bakung atau sulur bayur. Corak ini
menyerupai bentuk sulur tumbuhan.
BENTUK UKIRAN
• BUNGA TIMBUL :
Bentuk ini dibuat dengan cara ukiran tidak
menembusi bahagian belakang. Bunga timbul
boleh dihasilkan sama ada secara bersilat atau
tidak.

Ukiran timbul bersilat Ukiran timbul tidak bersilat


• PAPAN TEBUK (TEBUK TEMBUS) :
• Bentuk papan tebuk sering dibuat pada papan yang
ditebuk dengan mnggunakan gerudi,gergaji atau
pahat.
• Terdapat 2 jenis papan tebuk :
1. papan tebuk silat
2. papan tebuk tidak silat
1. 2.
• ARCA :
Ukiran jenis arca lazimnya terdapat pada peralatan tiga dimensi
seperti hulu keris, peralatan, senjata, tiang rumah, mimbar dan
masjid.

LARIK :
Ukiran jenis ini berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang
dan genting-gentat yang menarik.
BENTUK SILAT
• SILAT BELAH ROTAN :
• SILAT SERONG
• SILAT MINANGKABAU
• SILAT LEPER
• SILAT DADA TUMA
• SILAT BUNUH JURING
BAHAN
• KAYU : kayu cengal,nyatuh,sena,jelutong, merbau
• SYELEK
• SPIRIT
• GERGAJI BERHALANG
• GERGAJI KECIL
• CETAR
• KETAM KAYU
• PAHAT BETUL DAN PAHAT KUKU
• TUKUL KAYU
• PISAU WALI/PISAU UKIR
• KIKIR PARI
• PENGIKIR
• DAUN MEMPELAS
• DAUN LALANG
• KERTAS PASIR
• BERUS
PROSES
• UKIRAN TEKNIK BUNGA TIMBUL :
1. lukis corak pada kertas
2. Tekap corak pada kayu
3. Pahat bahagian latar belakang sedalam lebih kurang 1.5
cm.
4. Lurut dan kikis ukiran dengan pisau wali untuk
membuat silat
5. Licinkan dengan kikri pari, daun mempelas atau kertas
pasir.
6. Gilap dengan bahan yang sesuai.
PROSES
• UKIRAN TEKNIK TEBUK TEMBUS :
1. Lukis corak pada kertas
2. Tekap corak pada kayu
3. Gerudi bahagian yang hendak dibuang
4. Ukir dengan menggunakan pahat.
5. Lurut dan kikir dengan pisau wali
6. Licinkan dengan daun mempelas atau kertas pasir
7. Sapu syelek atau pewarna kayu
TOKOH-TOKOH PENTING
• ENCIK ABDUL LATIF BIN LONG DARI KELANTAN
Pengukir yang paling berbakat di negara ini. Berasal dari keturunan
tukang kayu.
• ENCIK LONG BIN YUSOF DARI BESUT, TERENGGANU.
Bapa kepada latif long. Pengukir istana kampung raja besut. Istana
tersebut kini telah ditempatkan di puncak bukit losong di kompeks
muzium negeri terengganu.
• TUAN HAJI WAN SU OTHMAN DAN ANAKNYA WAN
MUSTAPA
Pengukir yang berasal dari besut terengganu. Terkenal dengan
ukiran klasik bermotif awan larat.

You might also like