Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

BAHASA MELAYU UPSR

-AYAT PERINTAH-

DISEDIAKAN OLEH:
CIKGU LYANA
10.3.2021
• Jangan • Tolong • Pergilah • Sila
• Usah • Minta • Bacalah • Jemput
• Basuhlah
AYAT LARANGAN
Menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu.

• JANGAN: Tidak boleh melakukan sesuatu.


Jangan buang sampah merata-rata tempat.
Jangan bising di dalam kelas.

• USAH: Tegahan daripada melakukan sesuatu.


Usah memukul anak kucing itu.
AYAT PERMINTAAN

• Harap:meminta dilakukan sesuatu.


Harap kamu bersabar dengan dugaan ini.
• Minta:ingin akan sesuatu.
Minta kamu sapu kelas ini sebentar lagi.

• Tolong: meminta pertolongan.


Tolong selamatkan kucing saya.
AYAT SILAAN

•• Jemput
Sila: Meminta seseorang
datang ke rumah melakukan sesuatu
saya hari ini.
dengan cara hormat.
Sila masuk ke dalam dewan.
• Jemput: mengajak.
Jemput datang ke rumah saya hari ini.
Jemput makan kuih ini.
• ELAKKAN MENGGUNAKAN DUA KATA PERINTAH
DALAM PENULISAN AYAT.

1. "Tolong jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, "


kata Cikgu Ali. (SALAH)
2. "Jangan sentuh barang-barang di atas meja ini, " kata
Cikgu Ali. (BETUL)
3. "Harap jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada
anaknya. (SALAH)
4. "Jangan ulangi kesilapan lalu," kata Aini kepada anaknya.
(BETUL)
Latihan
1. “______kalian bersabar, persembahan akan bermula
sebentar lagi," kata pengacara majlis.
A. Harap
B. Usah
C. Tolong
D. Jangan
Latihan
2."_________main dengan pisau yang tajam itu," tegah
ayah kepada Laqshant.
A. Harap
B. Sila
C. Tolong
D. Jangan
Latihan
3. _________ masuk ke dalam bilik Encik Puven," kata
setiausaha itu.

A. Harap
B. Sila
C. Tolong
D. Usah
Latihan
4. "___________lah makan kuih-muih yang dihidangkan,"
ajak Sarvesya.

A. Harap
B. Sila
C. Jemput
D. Usah
KEPUTUSAN
KUIZ!

https://wordwall.net/play/12206/057/259

You might also like