• Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak
yang berprestij di Malaysia.
• Piala Malaysia juga antara kejohanan yang tertua di
rantau Asia yang dipertandingkan setiap tahun dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). • Piala Malaysia terlebih dahulu dikenali sebagai Piala Malaya yang mula dipertandingkan pada awal 1920.
• Piala Malaysia sekali lagi bertukar nama kepada Piala
HMS Malaya pada tahun 1933 sempena nama kapal perang HMS Malaya. • Pada 1967 barulah nama Piala Malaysia diperkenalkan dan ia kekal hingga kini. • Trofi HMS Malaya yang telah menghampiri usia 100 tahun itu kini berada dalam simpanan rapi di Muzium Negara sejak tahun 1968. • Satu liga kejohanan diperkenalkan pada 1982 untuk menentukan pasukan yang layak mara ke final dan diadakan selepas liga bola sepak Malaysia tamat. • Pasukan Selangor yang mendapat jolokan Raja Malaya merupakan pasukan pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Malaysia apabila muncul juara sebanyak 33 kali dan 15 kali naib juara. • Singapura merupakan pencabar utama Selangor dengan muncul juara sebanyak 24 kali dan naib juara 19 kali diikuti Perak ditempat ketiga dengan gelaran juara 8 kali. • Pasukan yang bertanding di Piala Malaysia pada tahun 1999 telah bertambah kepada 12 pasukan sebelum menjadi 16 pasukan. SENARAI PEMENANG PIALA MALAYSIA