Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

BPD 3292 Perkhidmatan Bangunan Kemudahan dalam Terminal Lapangan Terbang < Lapangan Terbang Senai > 22 April 2011 Pensyarah : En Kamalludin Bin Bilal

AHLI KUMPULAN
NAMA KAU WEI SEIN ALIXANDER BIN SAIMUN MOHD BAQIR AL-HAKIM BIN JAMIL HASLINDA BINTI HAIZENAWER NOR HAFIZAH BINTI MOHD HMZAH NORADILLA BINTI MOHAMAD EKHSAN RABIAH BINTI LAPADO NO. MATRIK AP080196 AP080241 AP080341 AP080255 AP080196 AP080305 AP080146

Pengenalan
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ialah sebuah lapangan terbang yang terletak di Senai, berhampiran dengan Johor Bahru, di negeri Johor, Malaysia. Lapangan terbang ini memberi perkhidmatan, khususnya kepada penduduk penduduk Johor.

JABATAN TEKNIKAL LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL SENAI


Lapangan Terbang Sultan Ismail Senai mempunyai satu jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Teknikal. Antara tanggungjawab jabatan ini adalah: Menjaga dari segi peralatan sokongan untuk penumpang, keselamatan di lapangan terbang, pengendalian kargo dan kebombaan. Tanggungjawab jabatan ini lebih tertumpu kepada bahagian operasi. Menjaga peralatan peralatan teknikal dan menyelenggara dengan baik. Menjadi sokongan kepada projek projek di lapangan terbang.

SISTEM BEKALAN AIR

Di urus oleh Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) Kapasiti tangki simpanan 800 000 liter Menggunakan Sistem pam iaitu Maxi Pump

elektrik
Sistem bekalan elektrik di lapangan terbang menggunakan bekalan kuasa sebanyak : = 11kV 240~415v

mempunyai sub station sendiri. Ianya terdiri daripada tujuh sub station di dalam lapangan terbang. salah satu di tempat penumpang menunggu (aeromal) dan kawasan kargo. Guna 2 jenis kaedah iaitu single running & crossing. Single running = guna 1 generator sahaja. rosak 1 tiada backup lain dan tidak akan berfungsi.

Crossing = ada 2 generator untuk membantu backup jika bekalan elektrik putus. Jika rosak, 1 lagi generator akan menggantikan generator yg rosak tadi. Single running mempunyai had kuasa sebanyak 500kw. Crossing = 1000kw.

SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN


Sistem pencegah kebakaran pada bangunan Lapangan Terbang (LP) Senai, Johor: Sistem pengudaraan pada bangunan LP bertujuan untuk mengeluarkan asap dan haba jika berlaku kebakaran. Penentangan secara pasif yang digunakan adalah seperti fiber glass door dan rekabentuk bangunan serta laluan yang disediakan jika berlaku kebakaran. Laluan laluan ini membolehkan bomba LP dan bomba dari luar untuk datang jika berlaku kebakaran. Laluan kecemasan untuk pengguna juga banyak disediakan berdasarkan jumlah pengguna dalam LP adalah ramai.

Penentang secara aktif yang digunakan adalah seperti pili bomba yang dianggarkan melebihi 60 buah pili bomba. Selain itu, Hos bomba yang disediakan adalah disediakan dalam bangunan pada setiap jarak 30 meter. LP Senai juga memiliki 4 buah kereta bomba sebagia langkah berjaga jaga jika berlaku sebarang kebakaran pada kapal terbang.

Bekalan air sangat penting dalam sistem penentang kebakaran pada bangunan LP. Tiga kaedah yang akan digunakan mengikut kesesuaian keadaan semasa kebakaran iaitu Generator pump, Booster pump dan Jocky pump.

Jocky Pump

Booster Pump

Fire-resistant Door

Sprinkler

Ventilation

FAKTOR FAKTOR REKABENTUK YANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA

a. Taburan tekanan di sekeliling bangunan b. Inersia udara yang bergerak. c. Orientasi tingkap d. Ukuran tingkap e. Pengudaraan rentas f. Lokasi tingkap secara menegak

Air Cond

Centralized Air Conditioning System


unit 400 tan dan 600 tan yang digunakan berdasarkan ruang Bekalan utama kepada bangunan

Sistem Pengasingan (Split Unit).


sistem yang membekalkan udara kepada pejabat pejabat

Kedua dua sistem berfungsi secara automatik sepanjang masa

Sistem Kumbahan

SISTEM PEMBUANGAN KUMBAHAN


Sistem pembentungan boleh ditakrifkan sebagai satu proses yang mengandungi rangkaian pembentung, paip pelupusan, sistem pengepam, tempat pengolahan dan kelengkapan lain yang digunakan untuk mengumpul, mengepam dan mengolah kumbahan dengan selamat sebelum disalurkan ke sungai. Bagi Lapangan Terbang Senai, bangunan mereka menggunakan sistem pembentung awam. Sistem ini menggunakan sistem paip utama di mana paip pembentung ditanam di dalam tanah selari dengan jalanraya. Paip ini disambung ke loji pembersihan pembentung tempat kumbahan diproses.

Penyaliran (Drainage)
Sistem penyaliran bangunan di Lapangan Terbang Senai terdiri daripada dua bahagian iaitu Drainage system dan Venting system. Sistem Saliran (Drainage system) juga dikenali sebagai perparitan, terdiri daripada paip yang menuju kepada pelbagai sambungan perpaipan dari saliran didalam bangunan ke pembentungan dan dari pembentungan akan bersambung kepada sistem saliran. Venting system terdiri dari paip yang menyambung kelengkapan sanitari menuju ke luar bangunan, biasanya keatas bumbung. Ianya berfungsi untuk melepaskan gas yang dapat menghalang gas gas berbau masuk ke dalam bangunan.

VENTING SYSTEM

Sistem Rawatan Kumbahan (STP)


diletakkan di kawasan yang rendah dan juga bebas daripada banjir untuk mencapai gravity flow . Terdapat 1 sahaja STP di terminal Lapangan Terbang Senai Sistem Rawatan Kumbahan di terminal Lapangan Terbang Senai berkapasiti 3600 pe bagi maksimum populasi. Kini digunakan hanya 50 % sahaja.

STP yang terdapat di terminal ini menggunakan Standard Aeration System. Bagi di bahagian kargo pula mempunyai kapasiti 460 pe sahaja.

Air Bersih Sistem Graviti Air Kotor

Terus dialirkan ke Sungai

Terus ke STP

SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BANGUNAN

Bagi Lapangan Terbang Senai, sistem pengangkutan yang digunakan dalam bangunan ialah eskalator. Eskalator ini hanya dikhususkan untuk para penumpang yang terlibat dengan penerbangan sahaja kerana ianya terletak di balai pelepasan dan balai ketibaan. Tangga gerak atau eskalator ialah sejenis peranti pengangkutan penyampai yang mengangkat penumpangnya dari tingkat ke tingkat dalam sesebuah bangunan. Alat ini terdiri daripada serantaian anak tangga pacuan motor yang bergerak ke atas atau bawah dalam satu landasan, sementara mata tangga kekal mendatar.

Sistem Komunikasi

Sistem Telefon
Sistem yang dikenali sebagai Fibre Advance Branch Exchange . 10 incoming extension sebanyak 120 talian untuk kegunaan staff. Sistem ini merupakan sistem jumping . Sistem jumping merupakan satu sistem untuk menyambungkan panggilan yang masuk kepada talian alternatif apabila talian panggilan dalam keadaan sesak.

Radio Komunikasi
Radio Komunikasi menggunakan tran radio system yang menyambungkan 7 bahagian pejabat dalam lapangan terbang.

Mobile Unit
Mobile unit merupakan alat komunikasi mudah alih yang digunakan dalam kenderaan.

Base Unit
Base Unit dijadikan satu alat komunikasi yang tetap dalam pejabat pengurusan untuk berhubung sesama lain dengan lebih senang.

Menara Kawalan
komunikasi antara staff daratan dengan kapal di udara. penting untuk memastikan trafik yang selamat dalam udara dan landasan menara kawalan mempunyai satu frekuensi yang tersendiri

Kesimpulan
Secara kesimpulannya, perkhidmatan sesebuah bangunan bergantung kepada jenis bangunan tersebut. Bagi perkhidmatan yang terdapat di lapangan terbang Senai, perkhidmatan yang disediakan dapat memberi keselesaan dan keselamatan yang maksimum kepada pengguna dan pekerja di lapangan terbang tersebut. Selain itu, lapangan terbang Senai juga mempunyai Jabatan Teknikal khusus bagi menjaga dan menyelenggara perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.

Sekian, Terima Kasih!

Terima Kasih!!

You might also like