Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

Urbanisasi merupakan

kemajuan aspek fizikal


yang memerlukan kos
yang tinggi.Bincangkan
masalah yang wujud
akibat urbanisasi ini.

MUHAMMAD SYAFIQ BIN HASRIN AE16


PENDAHULUA
N
ISU Urbanisiasi adalah bermaksud peralihan penduduk luar bandar kepada bandar
secara beransur-ansur.Dalam era globalisasi kini,urbanisasi merupakan satu
fenomena yang tidak dapat dielakkan di negara yang sedang membangun.
Tidak dapat dinafikan bahawa urbanisasi memberikan natijah yang
KESAN positif,namun ia juga melahirkan pelbagai natijah yang negatif kepada
sesebuah negara.

TINDAKAN Pelbagai inisiatif oleh pihak-pihak tertentu dalam membendung kesan-kesan


buruk yang lahir dari urbanisasi ini.

HASIL TINDAKAN Namun beberapa negara masih lagi menemui jalan buntu dan belum lagi
menemui solusi yang terbaik dalam mengatasinya.

HUBUNG KAIT Perkara ini sudah tentu meninggalkan kesan-kesan buruk kepada sesebuah
SOALAN negara tersebut.
ISI 01
AYAT TOPIK
Antara kesan-kesan yang terhasil dari urbanisasi ini ialah kesesakan jalan raya.

FRASA 1 Perkara ini berlaku disebabkan pertambahan bilangan kenderaan yang banyak di
bandar iaitu kesan dari pemilikan kenderaan persendirian yang menyebabkan
kesesakan jalan raya yang teruk.

Menurut kajian kira-kira 88 peratus penduduk bandar bergantung kepada


FRASA 2 kenderaan persendirian dan 12 peratus bergantung kepada pengangkutan
awam.Kesesakan jalan raya ini juga boleh berlaku disebabkan jalan raya yang
tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang banyak.

PENEGASAN Oleh itu,masalah kesesakan lalu lintas ini perlu diambil tindakan dengan segera
agar tidak bermaharaja lela.
ISI 02
AYAT TOPIK Selain itu,urbanisasi ini juga menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan air.

Jumlah kenderaan yang semakin banyak di bandar menyebabkan berlakunya


FRASA 1 pencemaran udara.Pelepasan gas-gas bertoksik seperti karbon dioksida,sulfur
dioksida,oksida nitrogen telah menyebabkan pencemaran udara.

Pertambahan kawasan perindustrian juga menyebabkan pencemaran udara dan


FRASA 2 air disebabkan pembuangan sisa kilang dan udara kotor.Perkara ini
menyebabkan keadaan sekeliling menjadi kabur dan kurang jelas.Menurut kajian
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati seramai tiga juta manusia mati
setiap tahun disebabkan pencemaran udara.

PENEGASAN Oleh itu ,perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana ia melibatkan kesihatan dan
lebih buruk lagi boleh membawa kematian.Mencegah adalah lebih baik daripada
mengubati.
ISI 03
AYAT TOPIK Seterusnya,perkara ini juga menyebabkan kekurangan tenaga kerja di luar bandar.

FRASA 1 Faktor tarikan di bandar telah menyebabkan penghijrahan penduduk luar


bandar,sementara itu golongan belia yang mempunyai pendidikan tinggi lebih
gemar mencari perkerjaan di bandar berbanding di luar bandar.

FRASA 2 Masalah kekurangan tenaga kerja di luar bandar timbul disebabkan penghijrahan
penduduk desa khususnya golongan belia.Keadaan ini menyebabkan banyak
kawasan pertanian di luar bandar semakin dibiarkan dan tidak mendapat
kemajuan.

PENEGASAN Oleh itu, perkara ini perlu di teliti agar pembangunan dan pertanian di luar bandar
tidak terbiar begitu sahaja.
ISI 04
AYAT TOPIK Kemudian,urbanisasi ini juga menyebabkan peningkatan kadar jenayah berlaku
dalam sesebuah negara tersebut.

Hal ini kerana urbanisasi disesebuah negara menggalakkan berlakunya migrasi


FRASA 1 masuk kedalam kawasan bandar,kebanyakkan majikan lebih suka memilih
migrasi kerana bayaran gaji yang tidak terlalu tinggi,kemasukan migrasi ini
menyebabkan peluang perkerjaan bagi penduduk negara tersebut semakin
terhad dan mewujudkan persaingan dan yang gagal akan menjadi penganggur
dan tidak mempunyai perkerjaan.
Akibat dari desakan dan tekanan ekonomi maka masalah sosial di bandar iaitu
FRASA 2 peningkatan kadar jenayah tamsilnya merompak ,meragut, pelacuran. ,
pengedaran dadah dan sebagainya dilakukan oleh mereka demi meneruskan
kelangsungan hidup.

Oleh itu,pihak-pihak majikan perlulah mengambil perkerja yang berkelayakkan


PENEGASAN khususnya dari penduduk tempatan dan bukannya memilih migrasi yang tidak
mempunyai kelayakkan.
ISI 05
AYAT TOPIK Seterusnya, urbanisasi ini juga menyebabkan pertambahan kawasan
setinggan.

Pertambahan penduduk di bandar hasil daripada penghijrahan penduduk


FRASA 1 dari luar bandar telah menimbulkan masalah tempat tinggal setelah mereka
berpindah,ini adalah kerana terdapat sebab-sebab tertentu yang
menyebabkan mereka sukar mencari tempat kediaman.

Antara sebab mereka sukar mencari tempat tinggal adalah disebabkan oleh
FRASA 2 kekurangan perumahan ,kadar sewa rumah dan harga tanah yang
tinggi.Kawasan setinggan juga dapat menimbulkan isu sosial seperti
keselamatan,kesihatan dan sebagainya.

PENEGASAN Oleh itu ,masalah setinggan yang lahir dari kesan urbanisasi ini perlu
diambil perhatian yang pesat.
PENUTUP
RUMUSAN Tuntasnya, berdasarkan perbincangan tadi izharlah bahawa urbanisasi dapat
menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada sesebuah negara.

CADANGAN Rentetan itu,Langkah-langkah segera perlu diambil bagi mengatasi


permasalahan ini daripada terus berlaku.

AMARAN Jika perkara ini dibiar begitu sahaja tanpa ada tindakan, ia akan mencemarkan
dan mencalarkan nama baik sesebuah negara tersebut dan dipandang rendah
oleh negara-negara luar.

HARAPAN Bagi melestarikan bandar yang selamat dan aman,semua pihak perlu
berkerjasama dalam menangani masalah-masalah yang wujud ini “Berat sama
dipikul ringan sama dijinjing”.

You might also like