Topik 3 - Kebudayaan Melayu Sebagai Warga Kebudayaan Islam

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TOPIK 3 : KEBUDAYAAN MELAYU

SEBAGAI WARGA KEBUDAYAAN ISLAM


OLEH : KASSIM BIN HJ BUNTAK
PENGENALAN

 Kebudayaan merupakan konsep yang luas dan


telah banyak dibahaskan oleh pelbagai sarjana
tidak kira tamadun Barat mahupun Timur
 Kebudayaan merujuk kepada keseluruhan cara
hidup masyarakat yang kompleks, mengandungi
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, akhlak,
undang-undang adat dan kebolehan serta tabiat
lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota
masyarakat.
 Kebudayaan dicipta atau dibentuk melalui
sumbangan individu atau masyarakat.
 Masyarakat sememangnya mempunyai identiti
atau idiosinkrasi yang tersendiri dalam
membentuk kebudayaannya.
 Melalui penyebaran pengaruh ajaran Islam di
serata dunnia, maka alam Melayu telah menerima
kebudayaan Islam secara tidak langsung.
 Islam sebagai agama yang addin,bersifat
menyeluruh dan berprinsip telah menerima
pelbagai kebudayaan daripada pelbagai lapisan
masyarakat.
 Oleh itu, masyarakat Melayu yang menjadikan
Islam sebagai teras kehidupan mereka di alam
Melayu, secara tidak langsung telah menjadi
salah satu wrga keluarga besar Islam di dunia ini.
3.1 PEMBENTUKAN UMAT
MELAYU-ISLAM
 Dari segi geografi, rantau Melayu terdiri daripada
ribuan pulau yang penduduknya pula terdiri
daripada pelbagai suku kaum atau menuturkan
pelbagai dialek bahasa yang berbeza-beza.
 Secara jelasnya, pembentukan Melayu-Islam
menjadi telah membentuk komuniti masyarakat
yang mempunyai perbezaan ketara kepada aspek
kehidupan dengan masyarakat lain.
 Penyatuan umat Melayu dengan Islam telah
memberi kesan yang mendalam terhadap
kefahaman siapa umat Melayu-islam itu sendiri.
 Takrif Melayu dalam perlembagaan persekutuan
ialah :

i. Menganut agama Islam


ii. Lazim bercakap bahasa Melayu
iii. Mengamalkan adat istiadat Melayu
 Bingkai terpenting dlam takrif Melayu ialah
agama.
 Bahasa dan adat resamnya diresipi dan
dipamcarkan oleh ajaran Islam.
 Oleh yang demikian, keadan ini tidak akan
membatalkan takrif Melayu yang difahami dan
dialami sekian lama.
3.2 KEBUDAYAAN MELAYU-
ISLAM
 Pembentukan umat Melayu-Islam yang lahir
kesan daripada ajaran Islam memberi kesan
kepada corak kehidupan masyarakat Melayu itu
sendiri.
 Kesebatian ini tidak memungkinkan wujudnya
pemisah antara satu sama lain kerana pemisah
melayu daripada agama Islam akan melenyapkan
kewibawaan Melayu itu sendiri.
 Islam bukanlah satu kebudayaan.
 Islam sebagai addin ialah wahyu Illahi yang
universal, mutlak, sempurna dan bebas daripada
campur tangan manusia.
 Kebudayaan islam sebenarnya membawa
pengertian perkara berkait dengan pegangan
ijmak ulama.
 Melayu merupakan sebahagian daripada
kebudayaan Islam sekiranya segala hasil ciptaan
masyarakat Melayu menyemangati dengan
kehendak al-Quran, hadis dan pegangan ijmak
ulama dalam Islam.
 Kehadiran Islam yang mengubah kebudayaan
masyarakat Melayu-Islam itu dapat dilihat
melalui perkara berikut:
a) Kebudayaan yang bersifat kebendaan. Contohnya
hasil pertukangan seperti rumah, seni ukir dan
pahatan.
b) Kebudayaan yang tidak bersifat kebandaan.
Contohnya kesefahaman terhadap akhlak dan budi
pekerti yang mulia.
3.3 ADAT TEMENGGUNG

 Adat Temenggung ini digunakan untuk


membezakannya dengan sekumpulan undang-
undang yang dinamakan Adat Perpatih.
 Kedua-dua adat ini dikatakan berasal dari
Sumatera khususnya Minangkabau.
 Datuk Temenggung dan Datuk Perpatih
merupakan adik-beradik seibu tetapi berlainan
bapa.
 Atas perselisihan faham yang berlaku, negeri
Minangkabau terbahagi kepada dua iaitu :

i. Datuk Temenggung berkuasa dibahagian pesisir.


ii. Datuk Perpatih berkuasa dibahagian sebelah darat.
 Kedua-dua jenis undang-undang ini diperluaskan
penggunaannya di Semenanjung Tanah Melayu,
Undang-undang Adat temenggung digunakan di
negeri Johor, Melaka, Selangor, Perak, Kedah,
Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Ciri-ciri Adat Temenggung

Perkara Ciri-ciri Huraian

Dalam keluarga, kaum lelaki mempunyai kelebihan


iaitu:
• Bersifat
Sosial • Lelaki berperanan sebagai ketua
patriarki
• Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan
harta
• Susur galur keturunan berdasarkan pihak lelaki

• Perkahwinan
Perkahwinan secara • Berlandaskan hukum syarak
endogami
Pentadbiran • Bersifat • Raja mempunyai kuasa tertinggi
autokrasi • Perlantikan dari atas ke bawah
Perkara Ciri-ciri Huraian

• Kesalahan
ditanggung oleh
• Hukuman bunuh adalah dengan dibalas dengan
individu
Perundangan bunuh
• Tegas dan keras
• Hanya Raja berhak menjatuhkan hukuman
• Berdasarkan
syarak

• Pindah milik harta dan penjualan ditentukan


• Berasaskan oleh pemilik harta tersebut
Ekonomi
kepada syarak • Kepentingan pembahagian harta diberikan
kepada pihak lelaki
3.4 ISLAMISASI ADAT
PERPATIH
 Kedatangan islam membawa bersama proses
islamisasi telah memberi kesan yang mendalam
terhadap banyak perkara seperti soal kefahaman,
pendirian, undang-undang, adat dan kebudayaan
kepada masyarakat Melayu.
 Adat Perpatih sememangnya menjadi sebahagian
daripada adat yang diamalkan oleh masyarakat
melayu khususnya di Negeri Sembilan turut
mengalami Islamisasi.
 Islam tidak pernah berniat untuk menghapuskan
secara keseluruhannya segala sifat kebudayaan
peribumi.
 Dalam konteks Adat Perpatih, setelah mengalami
proses Islamisasi, kesan yang mendalam dapat
dilihat melalui pepatah yang begitu masyur
ketika itu iaitu:

Adat bersendikan hukum


Hukum bersendikan syarak
Syarak bersendikan Kitabullah
Syarak mengata, adat memakai
Ya kata syarak, benar kata adat
 Apabila adat dijadikan sebagai undang-undang
yang mengatur kehidupan masyarakat, maka
ketua adat sepakat untuk menentukan kedudukan
adat dan peranannya berdasarkan:
a) Firman Allah SWT
b) Sabda Rasulullah SAW
c) Kata pusaka
d) Kata tua muafakat
e) Kata berteromba
f) Kata bersalasilah
 Melalui prinsip musyawarah dan muafakat ini,
lahir beberapa prinsip lain yang dilihat selari
dengan Islam iaitu:
a) Prinsip kemanusiaan yang adil.
b) Prinsip kesatuan dan persatuan.
c) Prinsip menjunjung tinggi sifat musyawarah.
d) Prinsip menjunjung tinggi keadilan sosial sesama
masyarakat.
e) Prinsip menjunjung tinggi ketuhanan yang Maha
Esa
3.5 ISU PUSAKA TINGGI

 Dalam pembahagian harta pusaka ini, Adat


perpatih membahagikannya kepada dua iaitu harta
pusaka tinggi dan harta pusaka rendah.
 Harta pusaka tinggi diklasifikasikan sebagai harta
yang dimiliki oleh seluruh anggota kaum secara
turun-temurun.
 Kebiasaannya harta ini terdiri daripada sebuah
rumah, sawah, ladang, kolam, hutan dan tanah.
 Terdapat ulama yang berpendirian tegas dan
menganggap harta pusaka tinggi sebagai harta
(syubhah) ragu dan perlu dihindari.
 Terdapat juga beberapa pendapat yang diutarakan
sebagai penyelesaian isu ini dengan cara
memasukkan ke dalam kategori wakaf.
 Tidak dapat dinafikan bahawa cara pembahagian
harta pusaka tinggi memanh aneh dan unik.

You might also like