Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PEMBENTANGAN KERJA KURSUS BAHASA

MELAYU

TOSHINA DEVI MANIAM


MANJULA ARUNASALAM
KANAGESHWARY BALAN
TAATCHINI MATHAVAN
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG

• Menurut Fischer (1996) slanga muncul pada abad ke-18 yang ertinya
“origin uncertain”, iaitu ketidaktentuan sebenarnya.
• Secara etimologi kata slanga berasal dari kata “sling” yang
dihubungkaitkan dengan “beggar language and rogues language”, iatu
bahasa kelompok pengemis dan anak jalanan.
• Penggunaan bahasa slanga telah menjadi ‘biasa’ dan tanpa segan-silu
dipertuturkan di kaki lima kedai usang sehinggalah ke galeri indah,
bangunan parlimen.
1.2 DEFINISI KONSEP

• August Comte (1842),  menjelaskan  sosiolinguistik adalah bidang ilmu yang


mengkaji kesan sebarang aspek masyarakat ke atas bahasa.
• ‘Sosiologi bahasa’ pula mengkaji kesan bahasa terhadap masyarakatnya. 
• Kosa kata slanga merupakan kosa kata yang tidak baku digunakan untuk
membina atau memperkuatkan identiti sosial dan ikatan sosial khususnya dalam
sebuah kelompok.
• Bahasa slanga memiliki ciri-ciri unik dalam bentuk ungkapan dan pengujaran
sehingga akhirnya bahasa slanga ini menjadi sangat sinonim, akrab dan berakar
umbi  untuk membentuk identiti kumpulan (Asmah, 1993:85).
• Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998), berpendapat ‘key word’ atau kata kunci dalam
pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat,
memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau bahan bertulis, mengumpul


data tentang bahasa Slanga dan :

a) Memberi definisi bahasa slanga


b) Mengenalpasti unsur-unsur slanga yang digunakan dalam filem-filem

Melayu
c) Mengenalpasti ciri-ciri bahasa slanga
d) Mengkaji peranan bahasa Slanga dalam filem-filem Melayu.
3.0 KEPENTINGAN KAJIAN
• Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan. Antaranya adalah untuk:

(a) Meninjau dan mendokumentasikan ruang lingkup , definisi , dan peranan


bahasa Slanga;

(b) Menyediakan satu profil lengkap berkaitan bahasa Slanga sebagai


rujukan kepada pembaca dan pelajar dalam sesi pembelajaran

(c) Melihat lenggok pengucapan slanga yang sering digunakan oleh


kumpulan komunikasi yang tersendiri

(d) Mempelajari makna-makna baru terhadap sesuatu perkataan slanga yang


dicipta oleh kumpulan komunikasi yang tersendiri.
4.0 SKOP KAJIAN
• Fokus kajian ini ialah pada bahasa Slanga , iaitu salah satu jenis
bahasa dialek sosial yang wujud .
• Berdasarkan perkembangan masa kini , aspek yang diberikan
tumpuan ialah definisi unsur -unsur bahasa Slanga yang
dipetuturkan , contoh-contoh bahasa Slanga dan peranan setiap
bahasa Slanga itu sendiri.
• Definisi bahasa Slanga dihuraikan berdasarkan penggunaan bahasa
bagi bangsa itu sendiri.
• Penggunaan bahasa Slanga mengikut perkembangan masa kini dan
menjadi bahasa kebiasaan bagimasyarakat masa kini.
• Pengunaan bahasa Slanga ini sebenarnya menggambarkan
pencemaran bahasa sesuatu bangsa dan tamadun.
5.0 BATASAN KAJIAN

• Kajian ini dilaksanakan terhadap data teks bertulis yang berkaitan


dengan filem-filem Melayu.
• Kajian ini juga dihadkan pada penggunaan bahasa slanga yang
sering digunakan dalam filem-filem Melayu.
• Tinjauan untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan bahasa
slanga dihadkan pada satu episode daripada sebuah filem Melayu
iaitu Senario themovie : Episode 1 yang diterbitkan oleh
Metrowealth arahan Ahmad Idham kewujudan bahasa slanga iaitu
filem yang bertajuk Senario Lagi.
6.0 KAEDAH KAJIAN
Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk
menghubungkaitkan objektif kajian dengan hasil kajian.

6.1 Mendapatkan bahan / data


(a) Kajian Perpustakaan
(b) Kajian Lapangan
(i) Pemerhatian
(c) Rakaman

6.2 Mengumpulkan Data

6.3 Menganalisis data


7.0 DAPATAN KAJIAN
7.1 DEFINISI BAHASA SLANGA
• Bahasa Slanga ialah sejenis variasi bahasa yang rasmi sifatnya yang
digunakan oleh sekelompok kecil tertentu.Bahasa slanga ini dituturkan
dengan mudah oleh pelbagai bangsa dan diucap tanpa segan silu walaupun
berlaku pencemaran bahasa itu sendiri.
• Hal ini kerana, dalam bahasa slanga kata kata baru dibina daripada bahasa
dialek, bahasa sesuatu kaum dan bahasa penjajah yang kemudiannya
diberikan konotasi tertentu.
• Di samping itu, penggunaan bahasa ini mempunyai ciri ciri unik yang
bertujuan untuk menguat, memberi makna yang lebih mudah difahami
sambil mengetengahkan identiti sekelompok sosialnya.
• Menurut Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006), slanga dikelompokkan dalam
bahasa eksklusif iaitu bahasa yang tidak ditempatkan di atas bahasa lain.

• Perkara ini bermaksud bahawa slanga merupakan bahasa yang mempunyai


bentuk yang tersendiri dan unik.

• Penggunaan bahasa tersebut juga dituturkan oleh mereka yang berada dalam
kelompok mereka sendiri sama ada dari usia, sosial, kumpulan atau daerah.

• Secara umumnya, slanga dapat dikatakan sebagai penggunaan bahasa yang


dihasilkan sendiri oleh sekelompok kumpulan, komuniti atau pihak-pihak
tertentu terutamanya golongan remaja dan maksud istilah yang digunakan
oleh mereka adalah berubah mengikut situasi atau tempat yang bersesuaian.
7.2 UNSUR-UNSUR BAHASA SLANGA DIGUNAKAN DALAM
FILEM SENARIO

TAJUK ARAHAN BILANGAN KATA CONTOH


SLANGA

Kete ni dah bape


tangan ?
Senario Lagi Aziz M.Osman 57 Awak ni pe hal?
Aik! Ni apa hal ni?
7.3 MENGENALPASTI CIRI-CIRI BAHASA SLANGA
a) Bahasa Slanga ialah bahasa yang dipertuturkan sekumpulan penutur tertentu
seperti golongan remaja.

b)Bahasa slanga dikenal juga sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker.

c)Bahasa yang digunakan tidak rasmi,tidak baku, dan bersifat tidak kekal (musiman)
. Istilah-istilah yang digunakan mungkin akan pupus setelah beberapa waktu

d)Variasi bahasa jenis ini dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.

e)Kosa kata yang digunakan mempunyai makna tersendiri yang hanya difahami oleh
kumpulan tersebut seperti‘kantoi,hampeh,awek,cun,cool,tangkap
leleh,poyo,cintan ,bro dan lain-lain .
7.4 PERANAN BAHASA SLANGA
Antaranya penggunaan dan peranan bahasa slanga ialah :

(a)Merupakan alat komunikasi dalaman untuk mengelakkan golongan dari luar kelompok
memahami kosa kata dan istilah yang diungkapkan oleh sesuatu kelompok;

(b)Merupakan bahasa komunikasi bagi masyarakat yang telah menjadi kebiasaan oleh semua
lapisan mayarakat sama ada dari kaki lima hinggalah ke bangunan parlimen;

(c)Merupakan bahasa yang boleh memperkuatkan identiti sosial sesebuah kelompok;

(d)Digunakan dalam bahan bacaan ringan seperti komik,majalah dan akhbar berbentuk santai;

(e)Bahasa ini dapat mengelakkan rasa kebosanan dan mewujudkan kemesraan antara penutur
dengan audiens.
8.0 RUMUSAN KAJIAN
• Kesimpulannya, bahasa Slanga menunjukkan satu perubahan dalam
evolusi bahasa Melayu di Malaysia.

• Dari segi definisinya, bahasa Slanga boleh didefinisikan sebagai


bahasa yang berkembang mengikut peredaran zaman.

• Bahasa Slanga ini hanya difahami oleh sekelompok masyarakat


sahaja terrutamanya golongan muda.

• Dari segi tahap perkembangannya,bahasa Slanga ini akan


berkembang luas pada awal perkembangannya dan akan hilang begitu
sahaja apabila tiba pada waktunya.
• Fungsi yang dimainkan oleh bahasa Slanga ini amat luas bukan sahaja
dalam bidang lisan malah dalam bidang tulisan seperti novel.

• Hal ini demikian kerana bahasa ini bukan sahaja diperlukan dalam
perhubungan lisan malah disebabkan wujudnya bahasa Slanga ini,
dapat digunakan dalam penghasilan karya bertulis.

• Bahasa Slanga ini juga sebenarnya merupakan satu pencemaran


bahasa yang boleh mencemarkan martabat bahasa ibunda kita.
BIBLIOGRAFI

a) Kamus dan Ensiklopedia


Slanga : kata-kata (ungkapan) yang biasa digunakan dalam
percakapan sahaja dan tidak sesuai digunakan dalam penulisan.
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 1122.

b) Bahan Alat Pandang Dengar ( APD )


Senario Lagi, 2000. (Filem). Aziz M. Osman (Pengarah). Grand
Brilliance Sdn. Bhd. Aziz M. Osman dan Shamsul Khalid Ismail.

You might also like