Kesihatan Makannbergula

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Apa itu gula ?

•Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh
tubuh.

•Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi,
mi, roti, pasta dan ubi-ubian.

•Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan
atau pemprosesan.

•Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada
makanan yang mengandungi karbohidrat.

•Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol,
manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa
(maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .
Saranan pengambilan gula
•WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian.
Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10
sudu teh sehari (50g).

corak pengambilan
gula di Malaysia
Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di
Malaysia menambah 7 sudu teh sehari iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh  susu pekat manis ke dalam
minuman mereka. 
kesan pengambilan gula
secara berlebihan
•Pengambilan gula yang berlebihan = pengambilan tenaga yang berlebihan.

•Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan
menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti
fizikal yang dilakukan.

•Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah
tinggi dan sakit jantung.

•Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan
kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dalam kalangan kanak-kanak
yang berumur 6 tahun (1997).
Kandungan gula dalam beberapa contoh minuman berbungkus

Isipadu per kotak/ tin/ botol Kandungan gula (g) per kotak/ Bilangan sudu teh gula
Jenis
(ml) tin/ botol (1 sudu teh = 5g)

Minuman isotonik 240 16 3¼

Minuman berkarbonat 240 25 5

Minuman soya 300 28 5½

Minuman teh 240 28 5½

Minuman blackcurrant 300 35 7

Minuman laici 300 33 6½

Minuman teh bunga 300 21 4¼

Minuman cincau 300 27 5½

Minuman tenaga 330 59 11¾


Saranan dalam mengurangkan
pengambilan makanan & minuman bergula?

•Makan makanan yang rendah kandungan gula.

•Minum minuman yang rendah kandungan gula.

•Minum minuman yang rendah kandungan gula.


Soalan
Apakah impak kepada negara jika
kes berat badan berlebihan
di Malaysia?

You might also like