Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 28

Kumpulan 8

B A H A S A M E L AY U

Tema:
• Melancong Mencari Makna
• Citra Bahasa dan Sastera Kita
Ahli-Ahli Kumpulan.........................3
Index
Tema 8: Melancong Mencari Makna...................4
Faktor-Faktor Menggalakkan Pelancong Datang Ke Malaysia ..................5-8
Kepentingan Sektor Pelancongan kepada rakyat dan negara......................9-11
Langkah Untuk Mempromosikan Sektor Pelancongan.........................12-15
Kesan-kesan positif kemajuan industri pelancongan.......................16-19
Tema 14: Citra Bahasa dan Sastera Kita.............................20
Langkah-Langkah Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan Masyarakat...........21-24
Kesan-Kesan Malas Membaca................................25-28
Ahli-Ahli Kumpulan
• Marcus Gwee Wen Hong
• Ng Jing Yong
• Ryan Teo
• Ong Jian Hao
Tema 8:
Melancong
Mencari Makna
Faktor-Faktor Menggalakkan Pelancong Datang Ke
Malaysia
AF-negara kita mempunyai pelbagai tempat menarik
AH-Malaysia banyak memiliki kawasan rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi oleh para pelancong
AC-antaranya ialah kawasan pantai yang bersih, cantik dan berpasir putih seperti yang terdapat di pantai Desaru,
pantai Cahaya Bulan dan sebagainya
AK-Hal ini menggalakkan pelancong bertumpu di kawasan tersebut untuk mandi-manda sambil menikmati keindahan
alam
UM-Ada gula ada semut
AF-kedatangan pelancong ke negara kita adalah disebabkan oleh kepelbagaian jenis budaya yang terdapat di Malaysia

AH-Memandangkan Malaysia mempunyai masyarakat majmuk, pelbagai jenis makanan terdapat di sini
AC-Pelancong dapat menikmati makanan kaum Melayu seperti sate, ketupat dan rendang mahupun makanan kaum
India seperti tosei dan maruku
-Mereka juga boleh menikmati tarian pelbagai kaum seperti tarian zapin dan tarian inang bagi kaum Melayu dan
tarian singa daripada kaum Cina
AK-Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan imej negara kita sebagai negara berbilang kaum di persada
dunia
UM-Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
AF-kemudahan pengangkutan awam turut menggalakkan kemajuan dalam sektor pelancongan negara
AH-Kerajaan telah membina jalan raya untuk menghubungkan kawasan pelancongan agar dapat
dikunjungi dengan mudah
AC-Pihak kerajaan Malaysia telah membina beberapa stesen LRT baharu di Selangor bagi memudahkan lagi
pencapaian destinasi pelancong
AK-Hal ini terbukti berkesan apabila jumlah pelancong yang berkunjung ke Malaysia sentiasa bertambah
dari setahun ke setahun
UM-Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
AF-terdapatnya kemudahan membeli-belah yang disediakan untuk para pelancong
AH-mereka dapat berbelanja atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka untuk
dihadiahkan kepada ahli keluarga mereka
UM-Bagai isi dengan kuku
AC-pelancong membeli barang kerana dijual dengan harga yang murah
AK-Hal ini menggalakkan pelancong untuk terus berkunjung ke negara kita
epentingan Sektor Pelancongan kepada rakyat dan negara

AF-peningkatan ekonomi yang amat signifikan hasil kemasukan pelancong-pelancong dari segenap pelosok
dunia.
AH-Kemasukan pelancong-pelancong ke negara kita telah meningkatkan penukaran mata wang ‘dollar’ kepada
ringgit sekaligus meningkatkan nilai mata wang ringgit di dunia.
-para pelancong akan menggunakan wang ringgit mereka untuk membeli kraf tangan dan hadiah-hadiah lain
di negara kita untuk dibawa pulang ke negara masing-masing sebagai cenderahati kepada insan-insan tercinta.
UM- Bagai isi dengan kuku
AC-ucapan pembentangan Belanjawan 2019 oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng yang menyatakan
bahawa industri pelancongan telah menyumbang sebanyak rm201.4 bilion pada tahun 2017.
AK-Keuntungan yang diperoleh menjadi dana kerajaan untuk membaikpulih infrastruktur awam negara seperti
taman awam dan sekolah-sekolah serta meningkatkan taraf hidup marhaen tempatan untuk hidup dengan lebih
selesa.
AF-membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada para penduduk.
AH-Rentetan kedatangan pelancong-pelancong yang semakin bertambah hari demi hari, permintaan kepada
perkhidmatan penginapan hotel dan perdagangan kraftangan semakin bertambah juga.
-membuatkan lebih banyak syarikat yang mengambil peluang keemasan untuk membina hotel-hotel dan pusat
penginapan bajet untuk menampung pelancong-pelancong yang datang.
-Masyarakat yang juga menetap di kampung atau kawasan pedalaman juga dapat menggunakan teknik
mereka dalam memproduksikan kraf tangan khas Melayu yang diperbuat daripada rotan dan sumber alam semula
jadi yang lain.
AC- ramai masyarakat yang mempunyai kesempatan untuk menceburi industri pelancongan kerana peluang
untuk mendapat keuntungan ialah luas.
AK-masyarakat akan berlumba-lumba secara sihat dalam menyediakan perkhidmatan pelancongan yang terbaik
UM-rezeki secupak tidak akan menjadi segantang.
AF-memperlihatkan ketamadunan negara kita yang gemilang dan hebat ke mata dunia.
AH-Negara kita kaya dengan sejarah nenek moyang kita dalam proses pembentukan negara yang kita huni
sekarang.
-Tanah Melayu suatu ketika dahulu amat mashyur sebagai pusat perdagangan antara Timur dan Barat kerana
kedudukannya yang strategik di antara negara India dan China serta kebijaksanaan sultan-sultan terdahulu dalam
mentadbir kerajaan.
AC-Rata-rata pelancong yang melawat Malaysia akan singgah ke Kota Melaka untuk menyaksikan tapak
bersejarah zaman kegemilangan Kerajaan Melayu-Melaka.
-Kota A Famosa menjadi bukti zahir yang suatu ketika dahulu telah menjadi kubu pertahanan British dalam
usaha menawan Tanah Melayu.
-empat bersejarah lain seperti Tapak Warisan Arkeologi Lenggong yang terletak di hulu Perak merupakan
lembah bersejarah di mana pelbagai artifak sejarah purba seperti Perak Man dijumpai di sini.
AK-pelancong-pelancong dapat mempelajari sejarah kegemilangan negara kita apabila melawat tempat-tempat
bersejarah ini.
UM-Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
Langkah Untuk Mempromosikan Sektor
Pelancongan
AF-Kerajaan boleh menghasilkan iklan atau kandungan digital yang mampu memukau masyarakat asing untuk
berkunjung ke dalam negara.
AH-Kaedah terkini yang dilakukan di kebanyakan negara adalah dengan menaja selebriti untuk melancong ke Malaysia
dan menarik minat peminat mereka untuk turut serta.
AC-Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan boleh mengumpulkan produksi kreatif dan agensi pemasaran
tempatan yang terbaik untuk menghasilkan kempen pelancongan yang luar biasa dan menangkap hati setiap penonton
samada secara domestik ataupun antarabangsa.
AK-Berkempen melalui media massa dan elektronik merupakan salah satu langkah meningkatkan tahap atau taraf
sektor pelancongan.
UM- Seperti isi dengan kuku.
AF-Sektor pelancongan boleh dikembangkan dengan menganjurkan acara atau kejohanan sukan peringkat antarabangsa
di dalam negara.
AH-Langkah ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi tetapi hasil penganjurannya akan memberikan pulangan yang
berbaloi-baloi.
AC-Penganjuran Le Tour De Langkawi menganjurkan acara di peringkat antarabangsa dan mempromosikan keindahan
kawasan tumpuan pelancong di Malaysia.
AK-Hotel-hotel berdekatan akan mendapat pelanggan bukan sahaja di musim percutian, manakala restoran dan pusat
pelancongan juga akan dikunjung dengan lebih kerap.
-Masyarakat tempatan juga akan mendapat tempias yang positif dengan peluang-peluang pekerjaan yang dibawa
oleh penganjuran acara-acara ini. Tuntasnya, mengadakan kejohanan peringkat antarabangsa seperti Sukan Asia dan
Komanwel dapat memajukan lagi sektor pelancongan dalam negara.
UM- Menyelam sambil minum air.
AF-Menyediakan prasarana dan infrastruktur awam yang lengkap.
AH-Prasarana yang dimaksudkan adalah jalinan perhubungan seperti jalan raya yang selamat dan lapangan terbang
yang selesa.
AC-Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semula jadi terkenal dengan produk pelancongan berasaskan flora dan
fauna atau dikenali sebagai ekopelancongan.
AK-Pihak berkuasa hendaklah menyediakan jalan raya, pengusaha bas dan van serta lapangan terbang yang selesa dan
kondusif untukl menerima pelancong domestik mahupun asing.
-Jika kita mampu memberikan pengalaman yang mudah dan selesa kepada pelancong untuk bergerak dari satu
destinasi ke satu destinasi yang lain, pasti mereka akan berasa seronok dan tidak mengganggu suasana percutian
mereka.
UM- Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
AF-Melakukan libat urus dengan pengusaha-pengusaha pelancongan untuk mewujudkan penambahbaikan.
AH-Peranan ini khusus untuk badan yang mengelola dan memantau aktiviti pelancongan dalam negara kerana mereka
bertanggungjawab.
AC-Menganjurkan forum perbincangan atau sesi “townhall” dapat mengumpulkan pengusaha pelancongan seterusnya
mencari solusi kepada setipa masalah yang dihadapi.
-Pengusaha feri dan bot yang menggunakan petrol diesel sebagai bahan bakar kenderaan mereka memerlukan
subsidi yang lebih banyak.
-Pengusaha taman tema yang perlu membayar cukai lebihan walaupun jumlah pengunjung tidak mencapai sasaran
yang ditetapkan.
AK-Masalah ini jika dibantu dan diselesaikan dengan solusi terbaik, pastinya sektor pelancongan akan bertambah maju.
UM-Bagai aur dengan tebing
Kesan-kesan positif kemajuan industri pelancongan
AF-pertambahan kemudahan infrastruktur di negara kita
UM-bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan
AH-Kemudahan infrastruktur ini meliputi pengangkutan awam, tandas awam, dan hentian rehat dan rawat.
-Kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri tentang tahap kualiti kemudahan tersebut sehingga
memuaskan hati semua pihak.
AC-pembinaan projek transit aliran ringan (LRT)
AK-menawarkan kemudahan pengangkutan kepada rakayat sekali gus kepada pelancong luar negara.
AF-memperkenalkan dan memajukan industri kraf tangan negara kita.
UM-tak kenal maka tak cinta
AH-Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat
berpatutan.
-Banyak pelancong luar yang berkunjung ke negara kita membeli barangan kraf sebagai buah tangan kepada
sanak saudara dan rakan taulan.
AC-Barangan kraf tangan buatan rakyat Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, songket, labu sayung,
seramik amat cantik dari segi bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati.
AK-Permintaan yang tinggi terhadap barangan kraf tangan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
pendapatan pengusaha kraf tangan di negara kita.
AF-menyediakan peluang pekerjaan yang lebih luas kepada rakyat tempatan.
AH-Dalam memastikan pergerakan pelancongan berjalan dengan lancar, industri pelancongan akan memerlukan
tenaga kerja dalam bidang yang berkaitan.
AC-apabila sesebuah resort dibuka, biasanya ratusan pekerja diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan
sebagai penyambut tetamu, pengemas bilik, tukang masak dan sebagainya.
AK-masalah pengangguran yang berlaku dalam kalangan rakyat rempatan dapat ditangani menerusi kemajuan
sektor pelancongan.
AF-budaya Malaysia yang unik dapat diperkenalkan kepada dunia luar.
AH-Malaysia terkenal dengan penduduknya yang terdiri dengan pelbagai kaum dan etnik seperti Melayu, Cina,
India, Kadazan, Iban dan lain-lain.
-Setiap kaum di negara kita mempunyai adat istiadat, budaya dan cara pemakanan yang tersendiri yang
mampu menarik minat pelancong luar.
-Industri pelancongan dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek
panas ke serata dunia.
AC-Pelancong luar yang datang juga mendapat peluang untuk melihat sendiri persembahan kesenian tradisional
seperti wayang kulit dan kuda kepang malahan lagi, mendapat pengetahuan mengenai permainan dan pakaian
tradisional.
AK-Pengalaman sebegini mampu menjadi memori indah buat pelancong luar yang akan menggamit mereka
untuk datang semula ke negara kita.
Tema 14:
Citra Bahasa dan Sastera
Kita
Langkah-Langkah Memupuk Amalan Membaca Dalam Kalangan
Masyarakat
UM-Bagaiman acuan,begitulah kuihnya
AF-Ibu bapa memainkan peranan yang signifikan untuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat
AH-ibu bapa perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada anak seperti membaca buku bersama
bersama dengan anak.
-Ibu bapa juga boleh membeli bahan bacaan untuk anak supaya dapat meningkatkan minat anak tentang
pembacaan.
AC-Membeli buku kegemaran anak-anak supaya mereka berminat untuk membaca.
AK-amalan akan dicontohi oleh orang lain apabila dilihat oleh orang lain.
AF-Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen yang berkenaan seperti"Mari Membaca Malaysia" dan "Bangsa
Membaca Bangsa".
AH-dapat memupuk amalan membaca
-pameran buku juga perlu dianjurkan oleh pihak penganjur
-menganjurkan pameran buku merupakan salah satu cara untuk menarik minat masyarakat Malaysia.
AC-Bagi golongan miskin, kerajaan boleh memberi buku yang percuma supaya golongan miskin juga boleh
mendapat pengetahuan yang banyak.
AK-semua lapisan masyarakat dapat menambah ilmu pengetahuan pada masa yang sama.
-pihak kerajaan haruslah melakukan banyak usaha supaya amalan ini dapat dipupuk dalam diri masyarakat
sebelum
UM-nasi menjadi bubur
AF-Pihak sekolah juga menggalas tanggungjawab yang besar untuk memupuk minat membaca dalam kalangan
masyarakat
AH-Guru sebagai insan yang penting bagi pelajar perlu mengajar pelajar supaya mengamalkan amalan
membaca.
-pihak sekolah perlu menganjurkan program "NILAM" supaya dapat menggalakan pelajar untuk membaca.
-Pihak sekolah mengadakan pertandingan membaca dan memberi hadiah atau wang tunai.
AC-Pelajar menyertai pertandingan untuk mendapatkan hadiah
AK-Lama-kelamaan mereka akan menimbulkan minat tentang amalan membaca.
-membentuk pelajar yang suka membaca dan menjadi insan yang cemerlang pada masa depan.
UM-melentur buluh biarlah dari rebungnya
AF-syarikat penerbitan buku, majalah dan surat khabar turut mempunyai tanggungjawab yang besar.
AH-syarikat penerbitan seperti New Straits Time dan Berita harian dapat membuat tajaan di sekolah agar
menjadi bahan bacaan.
-penerbit stesen televisyen perlu mengadakan satu program berkenaan amalan membaca supaya rakyat yang
cetik ilmu dapat menyedari kepentingan amalan membaca.
AC-Drama tentang amalan membaca juga boleh disiarkan.
-masyarakat generasi ini lebih tertarik dengan dunia hiburan.
AK-dapat memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia agar Malaysia terus maju seiring
dengan arus globalisasi.
UM-bersatu teguh, bercerai roboh
Kesan-Kesan Malas Membaca
AF-Kurangnya pengetahuan
AH-Pepatah mengatakan bahawa pengetahuan adalah kekuatan. Salah satu cara untuk mendapatkan pengetahuan
adalah dengan membaca.
AC-pengetahuan yang didapatkan oleh orang yang membaca biasanya lebih banyak dan bervariasi.
AK-Orang yang tidak suka membaca kemungkinan akan tertinggal pengetahuan yang ada di buku-buku.
AF-Wawasan yang sempit
AH-Apabila seseorang tidak suka membaca tentu sahaja wawasan dan pengetahuannya berbeda dengan orang
yang rajin membaca buku.
AC-kurangnya kemauan untuk meningkatkan pengetahuan
AK-hidup menjadi seperti katak dalam tempurung, dan pandangan hidup menjadi sempit.
AF-Miskin kosakata
AH-Membaca bukan hanya meningkatkan pengetahuan, tetapi juga membantu seseorang itu memperkaya
kosakata.
AC-Ketika membaca, seseorang 'bertemu' dengan berbagai macam kosakata
-Kosakata ini biasa digunakan oleh mereka apabila menulis dalam kehidupan harian.
AK-sudah terang lagi bersuluh bahawa perbelajaran di peringkat sekolah akan terjejas disebabkan oleh
kimiskinan kosakata.
AF-mencemari martabat bahasa Melayu
AH-wujud keadaan kebahasaan yang tidak stabil dalam masyarakat..
AC-Keadaan ini berlaku akibat daripada kekurangan pengetahun bahasa Melayu ketika malas membaca.
-Lama-kelamaan beberapa ciri bahasa Melayu akan ditelan zaman.
AK-sikap malas membaca merupakan tamparan kepada identiti dan kewibawaan bahasa Melayu.

You might also like