Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TAJUK 4 SENI CETAKAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL T2 KSSM


OLEH CIKGU NORAZILA KHALID
SMK ULU TIRAM, JOHOR
Definisi Cetakan

 Cetakan merupakan proses menghasilkan


kesan imej pada permukaan perantara
melalui terapan blok atau plat yang disapu
dakwat cetak.
 Keunikan seni cetakan berbanding
dengan karya seni halus lain ialah cetakan
dapat menghasilkan beberapa keping hasil
yang disebut edisi. Dalam suatu edisi, semua
hasil seni cetakan dianggap sebagai karya
asli.
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Sebelum Merdeka

 Perkembangan seni cetakan


tempatan tidak serancak
seni catan.
 Perkembangan ini merujuk
kepada kegiatan seni
cetakan potongan kayu oleh
pelukis-pelukis Akademi
Nanyang di Singapura pada
akhir tahun 1940-an.
 Kebanyakan karya seni
cetakan awal bertemakan
kemasyarakatan.
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Sebelum Merdeka

 Contoh karya seni cetakan ialah 'United'


(1954) oleh Tan Tee Chie menggunakan
seni cetakan kayu.
 Tay Hooi Keat pula menghasilkan karya
seni cetakan lino bertajuk 'King Fisher '
(1951).
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Selepas Merdeka

 Selepas merdeka, ramai pelukis tempatan


yang melanjutkan pengajian ke luar negara
antaranya Long Thien Shih, Loo Foh
Sang, Lee Kian Seng, Lee Joo For, Abdul
Latif Mohidin dan Ahmad Khalid Yusof.
 Mereka turut menyumbang kepada
perkembangan seni cetakan tempatan
setelah kembali ke tanah air.
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Selepas Merdeka

 Seni cetakan semakin berkembang dengan


penubuhan Specialist Teachers’ Training Institute
(STTI) pada tahun 1960.
 Chew Teng Beng dan Ahmad Khalid Yusof adalah
antara pelukis cetak kelahiran institusi ini
 Seni cetakan juga dijadikan satu bidang khusus di
Jabatan Seni Halus, ITM (kini UiTM), USM dan
Institut Seni Lukis Malaysia.
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Selepas Merdeka

 Era kontemporari seni cetakan, iaitu seni


cetakan konvensional kepada digital
bermula pada 1980-an.
 Ismail Zain telah mempamerkan karya
seni cetakan digitalnya dalam Pameran
'Digital Collage ' pada tahun 1988.
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Selepas Merdeka

 Contoh karya yang menggunakan teknologi


komputer ialah 'Surah ' (1991) oleh Ponirin Amin
dan 'Virtual Reality' (1993) oleh Bahaman
Hashim.
 Seni cetakan terus diberi nafas baharu dengan
penerokaan karya cetakan 3D oleh Juhari Said,
contohnya karya 'Seniman Yang Dilupakan '
(1996)
Sejarah Perkembangan Seni
Cetakan
-Selepas Merdeka

 Beberapa siri pameran seni cetakan telah


diadakan seperti Pameran Gurisan Asid Pelukis
Atelier 17 Paris di Galeri Samat (1968) dan
Pameran Cetakan Antarabangsa Pulau Pinang
(PIPE) 2010.
 Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara,
Galeri Petronas dan Persatuan Pelukis Malaysia
antara pihak yang pernah terlibat dalam
penganjuran pameran seni cetakan.
Contoh pelukis seni cetak dan karya
mereka
Prinsip dan Konsep Seni
Cetakan Konvensional

 Seni cetakan juga menggunakan Bahasa Seni


Visual, contohnya garisan, jalinan,
kepelbagaian, kesatuan, harmoni dan kontra.
 Namun demikian, prinsip dalam seni cetakan
konvensional merujuk kepada satu piawaian
yang diguna pakai untuk menentukan sama
ada karya seni cetakan tersebut asli atau
reproduksi.
lima definisi seni cetakan asli

 1.Menulis 'Artist Proof ' (AP) pada setiap


karya seni cetakan.
 2. Karya mesti ditandatangani oleh
pelukis, jumlah kesemua edisi dan
nombor siri cetakan.
 3. Setiap bahan blok yang digunakan
perlu ditanda atau diguris untuk
menandakan edisi cetakan.
lima definisi seni cetakan asli

 4. Pengkarya sendiri yang menyediakan


plat asal cetakan.
 5. Sesebuah reproduksi dianggap cetakan
asli jika sangat berkualiti dan pengkarya
bersetuju untuk menurunkan
tandatangannya.
Prinsip dan Konsep Seni
Cetakan Konvensional

 Konsep seni cetakan konvensional menurut


kenyataan Alexia Tala (2009) ialah 'framed and
hung on the wall behind glass ‘.
 Konsep ini merujuk kepada karya seni cetakan
asli 2D yang difahami oleh karyawan seni cetak.
Kaedah dan Teknik Seni
Cetakan

 Kaedah timbulan atau relief


 Kaedah benaman atau intaglio
 Kaedah permukaan atau planografi
 Kaedah saring sutera atau serigrafi
Kaedah dan teknik dalam seni cetakan
Kaedah Timbulan
(Relief )
 Dakwat digelekkan ke
atas permukaan tapak
cetak dan bukan ke
dalam alur turisan.
 Kaedah ini merupakan
kaedah tertua dalam
seni cetakan
Kaedah Benaman
(Intaglio )

 Proses melukis dengan


cara mengukir pada
plat logam atau kayu.
 Dakwat cetak
diletakkan di dalam
alur turisan dan
dicetak menggunakan
pemampat atau
penggelek
Kaedah Saring
Sutera (Serigrafi)
 Kain sutera akan
diregangkan di atas kayu
pemidang.
 Imejnya terhasil melalui
keratan kertas akhbar
(newsprint), profilem atau
foto emulsi.
 Sekuji digunakan untuk
menyapu dakwat atau
warna di atas permukaan
kertas atau kain.
Kaedah Permukaan
(Planografi)

 Dihasilkan daripada
permukaan seni cetakan yang
mendatar.
 Litografi berdasarkan teknik
sifat penolakan minyak
dengan air.
 Blok batu kapur digunakan
sebagai blok persembahan
imej.
 Kaedah ini dapat
menghasilkan seni cetakan
yang hampir sama dengan
lukisan pensel.
TAMAT

You might also like