Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

TOKOH TOKOH PENDIDIK TIMUR

Selain tokoh-tokoh pendidik barat yang telah diperkatakan sebelum ini, dalam tajuk perjuangan insan pendidik ini juga, aspek yang turut dibincangkan adalah merujuk kepada perjuangan tokoh-tokoh pendidik timur yang bakal mengisahkan perjuangan tiga tokoh utama iaitu Confucius, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan Hamka dan juga Lao Tze. Secara ringkasnya, perjuangan mereka meliputi dua wilayah utama bahagian Timur iaitu Cina (Confucius dan Lao Tze) serta Indonesia (HAMKA). Dalam tajuk ini, kita bakal mendalami latar belakang ketiga-tiga tokoh ini sehinggalah kepada jasa dan sumbangan yang telah mereka taburkan dalam bidang pendidikan. Sememangnya perjuangan tokoh-tokoh ini telah memberi impak kepada sistem pendidikan masa kini khususnya di Malaysia.

CONFUCIUS

HAMKA

TOKOH-TOKOH PENDIDIK TIMUR

LAO TZE

Tokoh pertama yang bakal dibincangkan dalam perjuangan pendidik Timur ialah Confucius. Insan ini merupakan tokoh berpengaruh dalam sistem pendidikan di Cina. Selain terkenal sebagai tokoh pendidik, Confucius yang juga merupakan pengasas Konfusianisme ini juga merupakan seorang ahli falsafah terkemuka. Banyak pendapat dan pemikiran yang telah diketengahkan oleh Confucius yang lebih menyumbang kepada pembangunan diri dan jiwa individu dengan berlandaskan kepada sistem pendidikan. Untuk mengetahui secara lebih mendalam, dalam tajuk ini kita akan membicarakan serba sedikit latar belakang Confucius sehinggalah kepada sumbangan beliau dalam memajukan sistem pendidikan.

Merupakan pengasas Konfusianisme. Dilahirkan di Negeri Lu (kini Wilayah Shandong), China. Tarikh dilahirkan adalah pada tahun 551 SM. Beliau telah membuka sekolah sendiri pada umur 30 tahun. Beliau juga dikenali sebagai pakar adat istiadat China. Beliau telah dilantik sebagai penasihat adat istiadat negeri Lu. Pada tahun 502 TM, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Keadilan.

Oleh sebab reformasi beliau tidak mendapat sokongan daripada pemerintah Lu, Confucius bersama pengikutnya mengunjung negeri negeri dan berusaha menyebar ideologinya kepada raja masing masing, tetapi kurang berjaya. Confucius bermastautin di luar negeri Lu selama 14 tahun. Kemudian, beliau pulang ke negeri Lu apabila umurnya telah sampai 60 tahun. Di antara tempoh 5 tahun sebelum meninggal, kira kira 3000 pelajar menghadiri sekolahnya.

Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza. Oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Strategi yang digunakan ialah perbincangan.

Confucius yang dikenali sebagai tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia. Hal ini dicapai melalui amalan bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, kesederhanaan, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat dan cinta kepada pemerintah dan negara.

PENDAPAT AHLI AHLI KONFUSIANISME

Untuk menjadi manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma, peraturan dan kebudayaan masyarakat.

Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian hidup.

Pelajar hendaklah menghafal kelima lima buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh tokoh cendekiawan dari tamadun purba kala iaitu : Buku Syair Buku Sejarah

Fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati dan dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan.

Buku Elemen Buku Upacara Buku Annals

KESIMPULAN
Pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma masyarakat serta mengekalkan kebudayaan seterusnya membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian hidup . Begitulah serba ringkas fahaman Konfusianisme yang turut diserap dalam sistem pendidikan mereka. Kalau kita melihat secara lebih mendalam, perjuangan dalam falsafah pendidikan di Cina juga sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh fahaman ini. Tuntasnya, perbezaan dalam fahaman yang diterapkan oleh para tokoh masa dahulu sebenarnya ingin mencapai objektif yang satu iaitu memajukan sistem pendidikan.

Seorang yang dihormati atau lebih dikenali sebagai Buya dalam kalangan orang Minangkabau, begitulah gelaran yang telah diberikan kepada seorang lagi insan terpenting dalam perjuangan tokoh-tokoh Timur iaitu Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali oleh masyarakat kita kini iaitu Hamka. Perjuangan tokoh kedua selepas Confucius ini adalah berpusat di Indonesia, wilayah kelahirannya. Sebagaimana Confucius, Hamka juga merupakan seorang tokoh terkemuka yang bukan sahaja terkenal dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam keagamaan iaitu agama Islam. Berbeza dengan tokoh-tokoh yang lain, Hamka kurang berkecimpung dalam bidang falsafah namun benyak menyumbang dalam aspek pemikiran dan penerbitan bahan ilmiah. Dalam tajuk ini bakal dimuatkan maklumat berkenaan latar belakang dan sumbangan insan mulia ini.

Nama penuhnya ialah Profesor Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Dilahirkan pada tahun 1908 di Kampung Molek, Maninjau Sumatera Barat. Beliau biasa dikenali dengan gelaran Buya, nama panggilan orang Minangkabau yang membawa maksud seorang yang dihormati Pendidikan awal beliau adalah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga Kelas Dua. Ketika berusia 10 tahun, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang agama dan bahasa Arab di Sumatera Thawalib, Padang Panjang. Beliau mula menceburi bidang keguruan sebagai guru agama di Perkebunana Tebing Tinggi, Medan pada tahun 1927 dan di Padang Panjang pada tahun 1929.

Seterusnya, beliau menjawat jawatan sebagai Dosen di Universitas Islam, Jakarta dan Universitas Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958. Selain itu, HAMKA juga pernah menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam Jakarta dan Profesor Universitas Mustopo Jakarta. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia tetapi terpaksa meletakkan jawatan apabila Presiden Sukarno mengarahkan beliau untuk memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia. HAMKA meninggal dunia pada tahun 1981 di Jakarta.

ANTARA SUMBANGAN HAMKA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Mengkaji karya ulamak dan tokoh tokoh utama Timur Tengah termasuk Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad dan sebagainya yang ditulis dalam bahasa arab. Beliau juga mengkaji karya sarjana tokoh tokoh Inggeris, Perancis dan Jerman seperti William James, Sigmund Freud, Jean Paul Satre, Karl Marx dan Pieere Loti. Sifatnya yang tekun membaca dan gemar bertukar tukar idea dan pendapat dengan tokoh tokoh terkenal Indonesia seperti Raden Mas, Surjopranoto, Haji Fachrudin menjadikan beliau seorang ahli pidato yang disegani ramai. HAMKA juga merupakan seorang wartawan, penulis, penyunting dan penerbit. Sejak tahun 1920an, beliau telah menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Beliau juga merupakan penyunting majalah majalah seperti Kemajuan Masyarakat, al-Mahdi, Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Hasil karya HAMKA ialah :
yTafsir Al-Azhar sebanyak 5 jilid, novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli (telah dijadikan buku teks sastera di negara ini dan Singapura)

You might also like